Home >> Nasional >> Lagu Rasmi Baru Wilayah Persekutuan

Lagu Rasmi Baru Wilayah Persekutuan

by Kulanzsalleh on October 3, 2010 · 33 comments

bendera wilayah persekutuan

Pertukaran lagu rasmi Wilayah Persekutuan yang diluluskan oleh Kabinet, masih dalam proses mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Begitulah seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semasa merasmikan Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Perkembangan terkini usaha itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Phesal Talib dalam masa terdekat.

Raja Nong Chik dalam laporan akhbar sebelum ini pernah memaklumkan bahawa lirik lagu baru Wilayah Persekutuan, yang temponya lebih rancak berbanding sekarang, akan lebih sejajar dengan semangat 1Malaysia.

Mengikut perancangan, melodi dan lirik lagu Wilayah Persekutuan sedia ada iaitu “Maju dan Sejahtera” akan digantikan sebelum sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun depan. (Sumber: Kosmo online, 3 Okt 2010)

Sebagai info tambahan, bendera yang dimuatkan di atas adalah bendera rasmi Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Manakala Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.

Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

  • Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
  • Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
  • Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
  • Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan. (Sumber: pmr.penerangan.gov.my)

Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 33 comments… read them below or add one }

1 hanif October 3, 2010 at 9:36 pm

oh dah tukar yang baru.. lagu yang lama pun dah ingat2 lupa..

Reply

2 kulanz October 3, 2010 at 11:59 pm

ingat-ingat lupa okey lagi tu bro.. aku langsung tak tahu

Reply

3 zezebel October 3, 2010 at 11:06 pm

Banyak orang membantah pasal lagu baru ni.
Kenapa perlu lagu baru?

Reply

4 kulanz October 4, 2010 at 12:09 am

x tau kenapa perlu lagu baru..
mungkin mau tanamkan semangat baru

Reply

5 jawatan kosong October 3, 2010 at 11:10 pm

ya itu good question la.. kenapa kita perlu ?

Reply

6 kulanz October 4, 2010 at 12:16 am

sudah dijawab di atas.. tapi tak pastilah niat sebenar mereka yang terlibat mencadangkan tu :)

Reply

7 yanmie October 3, 2010 at 11:45 pm

rasanya nda pernah dgr lagi lagi wilayah nie sama ada yang baru atau pun lama..ehehe

Reply

8 kulanz October 4, 2010 at 12:11 am

aku pun belum pernah lagi lah..

Reply

9 cikmin October 4, 2010 at 1:17 am

sama dengan yanmie..tak pernah dengar pun… :P

Reply

10 tehr October 4, 2010 at 1:24 am

aku pun belum pernah dengar lagu wilayah persekutuan
samada yang lama atau yang baru
harap nanti dapat dimasukkan ke dalam koleksi peribadi

Reply

11 kulanz October 4, 2010 at 9:21 pm

aku lagi bro..
bukan setakat tak pernah dengar.. ni pun 1st time tau ada lagu wilayah persekutuan.. :)

Reply

12 zik October 4, 2010 at 4:00 am

tak pernah dengar lagu yang lama.. apatah lagi yang baru nie…entahla…

Reply

13 kulanz October 4, 2010 at 9:23 pm

harap-harap lepas ni kita boleh dengar..

Reply

14 syafiq.net October 4, 2010 at 6:56 am

harap tak de sepatah pun 1malaysia dalam tu. lagu bukan untuk guna 1-2 penggal

Reply

15 kulanz October 4, 2010 at 10:08 pm

betul tu.. biarlah yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang

Reply

16 syafiq.net October 4, 2010 at 11:31 pm

tapi aku terpikir. apa lagu sebelum ni? masa sekolah di jalan gurney dulu wilayah persekutuan mana ada lagu rasmi. semua lagu2 patriotik je. tapi dah lupa lagunya.

Reply

17 Affan October 4, 2010 at 10:01 am

wow. lagu wilayah dah tukar.
tapi yang sebelum ni pun aku macam tak pernah dgr. hehe

Reply

18 sunglasses October 4, 2010 at 12:19 pm

bukan orang wilayah kot
saya pun x pernah dengar juga

Reply

19 kulanz October 4, 2010 at 9:27 pm

kalau aku mmg confirm macam tu.. tak pernah dengar sbb bukan orang wilayah :)

Reply

20 pujangga October 4, 2010 at 11:03 am

aishhh bodo betoi…wat susah budak2 skolah kna hafal lagi lagu baru

Reply

21 kulanz October 4, 2010 at 9:29 pm

hehe.. tak taulah.. mungkin diorang pikir ada rasionalnya.. :)

Reply

22 ishak October 4, 2010 at 11:23 am

ni kira penjenamaan semula ni

Reply

23 kulanz October 4, 2010 at 9:59 pm

lebih kurang macam tu lah :)

Reply

24 Amir Said October 4, 2010 at 11:36 am

lagu lama ni pun dah best sebenarnya. 1st time dgr.

Reply

25 kulanz October 4, 2010 at 10:07 pm

lagu lama tu ada juga sempat aku dengar di blog cikmin

Reply

26 sunglasses October 4, 2010 at 12:18 pm

baru kali pertama dengar lagu ni ..

Reply

27 suri October 4, 2010 at 2:14 pm

yang 3 bintang tu baru terperasan..heeeee

Reply

28 wazy October 7, 2010 at 1:20 am

1st time juga dengar lagau lama dan baru ni

Reply

29 dedoku October 7, 2010 at 11:18 am

pengetahuan am yang berguna :)
agak2 lagu ni ade tak kat youtube? hehe

Reply

30 Iq January 30, 2011 at 3:11 pm

Ok la 2. Lagu bur dia lg sedap dr yg lma..

Reply

31 Aq February 7, 2011 at 10:10 pm

mcm mne nk download lagu ni??

Reply

32 nonong February 9, 2011 at 10:56 am

dmna kmu dgr ??????nada pn aku pnh dgr…..

Reply

33 syad February 10, 2011 at 5:11 pm

mana lagunya tak nampak pun

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner