Home >> Semasa >> Kisah Malam Jumaat, Laman Web Lucah dan Perkara Halal Haram

Malam semalam buat pertama kali saya melihat di berita TV3 tentang produk Malam Jumaat (MJ).  Tapi saya kurang tertarik dengan berita tu sebab sebelum ni saya dah tahu daripada blog rakan-rakan. Tambahan pula, saya jeling isteri di sebelah, tapi dia tiada respon apa-apa. Maknanya tak perlulah kami guna produk Malam Jumaat tu…

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah berita berkenaan kerani bank yang disabitkan kesalahan kerana menggunakan aplikasi lucah melalui internet bagi tujuan komersial. Terus terang saya katakan buat pertama kali dalam tempoh 11 bulan sebagai penulis blog sambilan, jantung berdengup kencang apabila mendengar berita yang ada kena mengena dengan dunia internet, blog dan laman web.  Lebih kencang debarannya berbanding laman web saya yang pernah kena hacked dulu. Apapun saya berdebar bukan kerana  saya melakukan kesalahan yang sama (serius saya tak ada laman web lucah). Mungkin sebab perkara tu ada kena-mengena dengan undang-undang dan blogger.

KLANG – Seorang kerani bank yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajulzairi Tajuddin, 31, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman web http://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.

Jadi saya suka berkongsi kisah ni. Tapi bukan untuk memalukan individu dan keluarga individu terbabit.  Atau ingin ‘membaham’ pihak-pihak yang disebutkan nanti. Saya menulis ini sekadar jadi ingatan kepada diri sendiri dan juga kepada rakan-rakan lain yang juga punya kesedaran yang sama. Untuk melatih minda saya berfikir.

Bagi saya inilah yang dikatakan “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga” dan “Pelanduk selalu lupakan jerat, tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk”. Makin extreme dah orang kita sekarang ni. Macam-macam cara dibuat untuk jana pendapatan menerusi internet.

Yang menyedihkan, kenapa “Sudah terhantuk baru terngadah”? Sebelum buat tak pula ingat keluarga. Dah disabitkan kesalahan baru terbayang anak-anak depan mata.

Terdahulu, Tajulzairi yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM, Badius Zaman Ahmad bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam berikutan kes itu telah menyumbang kepada statistik kesalahan jenayah seksual.

Tapi dalam berita yang saya petik dari Kosmo Online ni, ada satu frasa yang menarik perhatian saya.

Beliau (Timbalan Pendakwa Raya) berkata, Tajulzairi yang merupakan individu pertama didakwa mengikut akta itu telah mengaut keuntungan secara haram dengan menyalahgunakan Internet untuk membekalkan perisian lucah bagi tujuan komersial atau dijual.

Kalau ikut kefahaman saya istilah haram yang disebutkan dalam berita merujuk kepada pendapatan yang diperoleh tanpa mengikut saluran undang-undang. Betul tidak? Sila betulkan jika pemahaman saya silap.

Jadi ada satu persoalan yang bermain di fikiran saya. Adakah perkara haram di negara ni hanya ditekankan dari segi undang-undang dan bukan dari segi agama? Bukan nak mempersoalkan keputusan mahkamah, itu memang patut. Cuma tertanya-tanya bagaimana  pula pendirian kerajaan dalam hal ini. Dalam soal halal haram.


Saya sempat membaca beberapa berita memetik bahawa sudah banyak kumpulan yang mendesak kerajaan agar membatalkan lesen perjudian sukan tu, tapi kerajaan tetap melaksanakannya. Dalam keadaan ni, boleh tak sesiapa jelaskan apa perbezaan istilah haram yang digunakan oleh mahkamah dan juga kerajaan? Mahkamah cuba mendidik rakyat negara ini supaya menjauhi perkara yang haram supaya perkara yang lagi haram tidak berlaku, tapi kerajaan pula meluluskan lesen perjudian. Konon nak elakkan perjudian haram/tidak berlesen secara berleluasa.

Kita khuatir selepas ini akan muncul pula kumpulan-kumpulan tertentu yang mencadangkan kepada kerajaan untuk meluluskan lesen membuat laman web lucah dan kerajaan meluluskannya dengan alasan mengelakkan individu membuat laman web lucah secara haram/tidak berlesen. Lagipun kalau buat lesen untuk buka web lucah, boleh juga tambah pendapatan negara!  Akhirnya kita sebagai rakyat hanya mampu berkata: “Saya yang menurut perintah”.

Kata kunci artikel:

bagaimana perjudian dalam sukan, web lucah com, web lucah, perjudian dalam sukan, www laman web lucah com, Kisah Malam Jumaat, laman web cerita lucah, semua laman web lucah di internet, kisah lucah, kebaikan laman web lucah, laman web lucah com

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 30 comments… read them below or add one }

1 Mus DK May 29, 2010 at 6:47 am

Itulah bro..
kalau nak cepat kaya..
risiko kena tanggung..
Benda lucah ni akan merosakkan anak bangsa kita sendiri.
Benda yang haram.. tetap haram.
.-= Mus DK´s last blog ..Petua Hilangkan Bau Busuk Di Dalam Peti Sejuk =-.

Reply

2 kulanz May 30, 2010 at 1:01 am

tu lah..
masalahnya orang tau cara pendapatan mcm tu haram, tapi masih juga nak buat

Reply

3 'aqilah May 29, 2010 at 6:50 am

kene jaga2 dah berblog…
.-= ‘aqilah´s last blog ..Yumeiro Patissiera =-.

Reply

4 kulanz May 30, 2010 at 1:02 am

betul, blog ni mmg ada kebebasan..
tapi etika mesti sentiasa jaga..

Reply

5 Wan Perlis May 29, 2010 at 9:41 am

jadikan pengajaran
jgn ambik jgn pintas
.-= Wan Perlis´s last blog ..Kenapa Youtube video streaming slow ? =-.

Reply

6 kulanz May 30, 2010 at 1:02 am

betul bro,
pengajaran untuk kita semua.. harap kita tak buat benda yg sama

Reply

7 AyieBlog May 29, 2010 at 10:00 am

salam,bro 2lah buat bukan-bukan lagi,ish2 kalau masuk google.com.my taip Sexy bercanang link,so pada pendapat ayielah disitu kita boleh tahu bahawa senya rakyat malaysia ada segelintir tutttttttttttt.. maaf kalau komen ini kurang menyenangkan bro kulanz :)

Reply

8 kulanz May 30, 2010 at 1:04 am

hehe, biasa tu bro..
kalau buat blog informasi ke apa, jarang dpt masuk 1st page search engine, tapi kalau bab yg tu.. mmg banyak :D

Reply

9 etomyam May 29, 2010 at 11:52 am

salam,
masih cuba memahami apa sebenarnya yng dijual oleh Tajulzairi..
.-= etomyam´s last blog ..Softlaunching domain baru http://www.reviewed2u.net =-.

Reply

10 kulanz May 30, 2010 at 1:05 am

tak silap kalau ikut berita, jual vcd lucah.. nanti nak pastikan juga

Reply

11 Seri May 29, 2010 at 1:08 pm

kalau di perhatikan banyak laman web yang membuat promosi berunsurkan lucah, terutama mengenai kehidupan suami isteri. tapi teman tak bagitahu apa yang dia promosikan sampai kena hukum.

soal halal haram ini tak usah cerita. pemimpin kita sekarang dah tak kira itu semua yang penting duit masok. mereka yang berkepentingan dalam syarikat itu kan orang-orang dalam.
.-= Seri´s last blog ..Link Exchange – Pro Dan Kontra =-.

Reply

12 kulanz May 30, 2010 at 1:07 am

mmg banyak web mcm tu seri, guna 1 keyword pun dah jumpa..
mmg kita tak nafikan kerajaan skrg ni pun mcm x ambil peduli sangat soal haram dr segi agama ni.. entahlah knp, x tau nak cakap

Reply

13 irahehe May 29, 2010 at 2:01 pm

dah macam2 hal jadik skang.yang haram jdi halal.ish3..
.-= irahehe´s last blog ..19 tahun 5 bulan 29 hari =-.

Reply

14 kulanz May 31, 2010 at 1:07 am

tu lah masalahnya.. benda haram yang telah dihalalkan…

Reply

15 RHEA@ezany's May 29, 2010 at 2:45 pm

Perlukah kita terus mentaati pemimpin yang tidak lagi berjalan di atas landasan yang digariskan Islam?

‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH’ ..hanya sebaris ayat paksaan.. bukan keikhlasan.. dapat dosa subahat tak agaknya? hmm..
.-= RHEA@ezany’s´s last blog ..Mengapa Begini Akhirnya ~ Bab 12 =-.

Reply

16 kulanz May 30, 2010 at 1:07 am

sbb tu kadang ada org dah tak menurut perintah, sbb pemerintah tu pun ada yg dah tak betul

Reply

17 sinagarimba May 29, 2010 at 10:33 pm

sepandai-pandai tupat melompat jatuh ke tanah jua.
macam-macam cara orang nak dapat income luar.
benda seronok sapa tak nak buat. Tak terfikir ke
orang yang beli tu kita juga yang akan tanggung dosa.

ada jugak web link usur porno tapi content nak promok
biz. tak faham. matlamat tidak halalkan cara lah.

usaha dedahkan benda macam ni patut dipujilah.syabas bro.

Reply

18 kulanz May 30, 2010 at 1:08 am

tu yg orang selalu lupa..
ingat boleh sembunyi selama-lamanya, tapi orang silap..

Reply

19 Amir May 29, 2010 at 11:01 pm

fikir sedalam2nya sebelum buat sesuatu keputusan. keputusan meluluskan lesen perjudian tu bukanlah satu keputusan yg tepat.
.-= Amir´s last blog ..Isu Kasut Crocs Ada Kalimah Allah: Satu Kebetulan? =-.

Reply

20 kulanz May 30, 2010 at 1:09 am

tu yang tak paham..
ramai dah buat tentangan kelulusan lesen judi tu, tapi kerajaan tetap degil nak teruskan..

Reply

21 tehr May 30, 2010 at 2:17 am

semua dah bercampur gaul

saya menyalahkan media dan kerajaan dalam hal halal haram ini kerana menggunakan perkataan haram untuk merujuk kepada perbuatan atau kegiatan tanpa lesen. perbuatan ini sangat tidak patut dilakukan kerana mengelirukan umat Islam.
.-= tehr´s last blog ..Haram Boleh Jadi Halal? =-.

Reply

22 kulanz May 31, 2010 at 1:08 am

setuju sangat-sangat.. salah guna istilah namanya tu

Reply

23 zik May 30, 2010 at 10:05 am

lesen judi tak patut diluluskan… setakat nie baru berapa kerat organisasi yang menentangnya..
.-= zik´s last blog ..Apple Ipad =-.

Reply

24 .encik.SEDAP.™ May 30, 2010 at 11:13 am

susah nak halang bisnes lucah ni since ia membaea pulangan yang lumayan.

Reply

25 kulanz May 31, 2010 at 1:08 am

boleh elak kalau kita ada kesedaran yg benda tu mmg salah..

Reply

26 Mr.Bintang May 30, 2010 at 11:58 am

Judi = HARAM

ape kes nak dihalalkan plak? -_-” ape nak jadi daa….

Reply

27 kulanz May 31, 2010 at 1:09 am

tu lah masalahnya, kata tak nak judi tanpa lesen berleluasa, tapi bagi lesen sama juga ertinya..

Reply

28 nanajoe May 31, 2010 at 2:19 am

benda2 lucah mmg dpt smbutan..
tp kena pikir buruk dia
jgn nak kat untung jew~ :(
.-= nanajoe´s last blog ..Program Realiti Imam Muda Di Astro Oasis =-.

Reply

29 yoy May 31, 2010 at 11:24 pm

kita faham maksud kerajaan nak membendung aktiviti perjudian yang tidak berlesen..
tapi matlamat tak menghalalkan cara..
kerajaan yang lebih ‘pandai’ dari rakyat patut fikir kesan buruk di masa depan..
nice entri bro:)

Reply

30 hafizmd June 1, 2010 at 2:51 pm

bro..saye nampak ape yg bro sampaikan ade rasionalnye..dibimbangi nanti yg pasti haram akan cube diperjuangkan oleh golongan tertentu utk menjadikannya halal disisi undang2 manusia..

jgn kerna kite mahu mengelak sesuatu keburukan, tapi pade mase yg same membuka seribu jalan ke arah keburukan yg lain..
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit =-.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: