Petang tadi, saya sempat juga membaca satu berita yang menarik untuk dikongsikan. Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang telah menguatkuasakan peraturan; Menaiki kenderaan secara “berdua-duaan” di antara pelatih yang berlainan jantina adalah satu kesalahan jika dilakukan di IPG berkenaan.
Menurut Pengarahnya IPG berkenaan, Datuk Mazlan Mohamad, satu memo telahpun diedarkan oleh institut perguruan itu, larangan berkenaan dikuatkuasa sejak 10 Ogos lalu dengan tujuan bagi mengekang kegiatan maksiat. Larangan itu adalah adalah mengikut Bahagian II dalam Tatatertib Am, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).
Dalam memo berkenaan ada memetik:
Perbuatan berdua-duaan itu sebagai “kelakuan yang boleh ditafsir sebagai boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada nama baik institusi sama ada di dalam atau di luar kampus” (Sumber: Malaysiakini – 17 Ogos)
Pandangan saya sendiri. Tindakan itu memang sangat wajar dilaksanakan. Bukan sahaja di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan, malah di semua Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pengajian Tinggi lain di negara ini. Sudah tentu rasional yang diberi, tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Tambahan pula, larangan itu bukannya terlampau ketatpun, masih ada kelonggaran sebenarnya pelajar berbuat demikian atas urusan tertentu. Larangan tu pun hanya dikuatkuasakan di kawasan kampus.
Sekatan? Ya, sudah pasti ramai yang menentang perkara tu. Saya teringat suatu ketika dulu. Status ‘Pelatih’ di IPG digugurkan dan diganti dengan ‘Pelajar’. Gelaran ‘Exco’ diganti dengan ‘Perwakilan Pelajar’. Masa keluar dari Institusi dihadkan daripada setiap hari kepada hanya pada hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Kes Akta Auku tak kurang panasnya. Setiap perubahan pasti ada pro dan kontra kepada mereka yang terlibat.
Tapi, tengoklah juga keadaan sekarang ni. Kes terlanjur dengan pasangan sehingga mengandung. Kes buang anak, kes cerai akibat pasangan yang belajar di IPT curang, kes gaduh akibat cemburu semakin menjadi-jadi. Itu belum masuk kes pelacuran di kalangan pelajar IPT yang mungkin tidak didedahkan. Semua itu mungkin bermula daripada kes “berdua-duaan”.
Apapun, itu cuma pandangan saya. Pandangan anda pula bagaimana, patutkah larangan seumpama itu dikuatkuasakan di semua Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta di negara ini?
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 66 comments… read them below or add one }
harus di lakukan juga supaya mmberi kesedaran pada anak2 muda skrg heee..
elak sebelum terjadi kudis sok dah parah lagi sush kita nak tanganinya..
Betul, itulah matlamat peraturan tu dilaksanakan
wahh sungguh bagus cdgn tu.. tp cmne klu kes emergency? hik~ stp benda ada pros n cons kot. n tak semua org niat kelakuan jahat.. hati manusia lain2.. ape2pun membendung lbh baik dr mengubati
wallhu’alam.
Kalau ikut berita tu, dalam keadaan tertentu masih dibenarkan lagi. Macam kes emergency tu
kes2 sosial dikalngan remaja kian meningkat saban tahun
sebab tu peraturan tertentu dikuatkuasa untuk mencegah kes2 sosial
Bagus juga sebenarnya buat peraturan camtu. Tapi bagi saya, biarla had kan kepada malam sahaja. Kadang-kdang susah juga untuk pelajar pergi ke kelas menumpang kereta rakan dalam keadaan terpaksa. Tapi, mungkin ini hanya minor problem sahaja. Mungkin yang manor nya seperti masalah sosial dapat dikurangkan.
cadangan menghadkan masa tu pun memang bagus.. sebab ada sesetengah pelajar tak ada niat apa2 melainkan untuk berkongsi kenderaan..
Salam…
Sangat2 wajar dilaksanakan bukan sahaja di IPG tersebut memandangkan terlalu kronik masalah keruntuhan akhlak dan moral dlm masyarakat. Moga pelbagai masalah yg timbul dapat dikurangkan walaupun tak dapat nak hapuskan keseluruhannya. Diharapkan dengan perlaksanaan tersebut menjadi contoh pada institusi lain.
http://azilas.blogspot.com/2010/08/hidup-seorang-blogger-berat-badan.html
Betul, harap IPT lain pun buat peraturan yang sama macam tu
kat bekas uni saya dulu cuma tak boleh naik motorsikal bersama jantina yang berlawanan… kalau kereta masih bole diterima, cuma akan di beri teguran…
aah, naik motor berlainan jantina kalau xda apa2 hubungan tu memang tak elok, walaupun bukan bertujuan tak baik.. kereta okey juga kalau naik bersama siang-siang
wah bagus tu bagus..sekirang-kurangnya dapat kurang baby luar nikah lahir nanti
ada betulnya juga.. kadang dari sanalah berpuncanya gejala sosial lain
setuju… sebelum apa2 berlaku, baik dibuat macam nie… lagi bagus
tindakan pencegahan memang bagus dilaksanakan awal-awal..
ada rasionalnya jugak peraturan tu dibuat, seeloknya merangkumi semua sekali, bukan takat pelatih sahaja, tenaga pengajar, pihak pentadbiran dan semua sekali hatta pengawal keselamatan sekalipun…pasal nafsu ni tak kenal semua tu, bila dah naik ‘syeh’ habis segalanya huhuhu
Itulah yang sebaik-baiknya bro. Lagipun “kepimpinan melalui teladan” kalau pihak yang di atas tu terkawal, pelajar pun senang sikit nak dikawal
Sehingga kini bumi Malaysia masih lagi terpelihara dari azab allah. Ini kerana Malaysia masih lagi mengambil berat hal2 agama…Bagus la jika kita bekerjasama membentras gejala2 mcm ni. Kita sekarang berada di dunia akhir zaman, makin banyak benda2 luar biasa yg terjadi sekarang ni….yang terbaru ayah boleh simbah asid kat isteri dan anaknya…allah maha besar dan allah juga maha mengetahui…. 8)
Betul bro, semoga usaha memelihara agama di negara ni tak sia-sia dan masih diteruskan..
sebelum larangan keluar, aku dah angkat tangan setuju – hehehe
siapa berani kata lelaki yang bawa perempuan naik motor tak rasa apa2 kat atas belakang dia? siapa?
aku berani jamin fikiran lelaki tu akan terbayangkan… fikir sendiri
betul.. akupun setuju pasal rasa tu..
terutama kalau yang naik berdua tu tiada kaitan persaudaraan..
jadi sebelum berlaku apa2, baik elakkan awal2
memang ptot dilaksana bg mengelakkan perkara2 yg x elok berlaku..tp kdg2 kena pk jgk, kalau yg terdesak atau kesuntuk\kkan masa utk ke kls, tetapi kenderaan sndri xde. xde.bas pon xde.kalau clsmate laki nk tmpang kawan perempuannye tu cmne plk ek?..susah jgk kan..kesian pon ada. klu x bg tumpang..tp nk bg tumpang da langgar undang2..hmmm
Kalau ikut peraturan yang dinyatakan oleh pihak IPG, memang naik bersama waktu terdesak atau ada tujuan baik tak menjadi masalah juga, masih dibenarkan.. tapi harap tiada yang ambil peluang pula atas kebenaran tu
Oh, mase dekat UTM dulu,dah dilarang pelajar menaiki kenderaan seperti motor berdua-duaan berlainan jantina untuk yang Islam, tapi pelajar selalu tak endahkan, bila kena tahan pak guard baru mengelabah…
harap lepas ni diorang buat bukan setakat larangan, tapi kena ambil tindakan..
negara lain mcma da buat gak ni
oh, iyakah.. macam mana peraturan dia tu bro?
memang patut sangat dikuatkuasakan di semua IPG sebab nak jadi cikgu mesti tunjuk contoh yang baik..bukan muhrim mana boleh berduaan kan…
itulah yang sebaik-baiknya..
setuju sangat kuatkuasakan di semua IPG yang melahirkan bakal pendidik. jangan buat benda yang tidak dibenarkan dalam Agama pas tu nak jadi cikgu plak
ya, moga bakal pendidik yang dilahirkan oleh IPG/IPT terhindar daripada perkara-perkara yang tidak baik.. jadi salah satu langkah untuk tu, adalah dengan peraturan seperti ini
sana memang rules ketat sikit bro rasanya selain dari nih..kawan aku ada sorang student kat sana..ada dia bagitau gak..
ye ke bro.. tapi ada bagus jugakan peraturan macam tu..
jangan cakap aje. kena buat terus.
IPG tu memang dah buat.. dan diharap IPG yang lain pun buat peraturan yang sama
elok gak tu,slah satu punca terjadi maksiat berdua-duaan yg bukan muhrim
harap2 maksiat di negara ni dapat dikurangkan
aku sokong sangat,,tak la jadi belangkas je sumer..cane nak jadi contoh pada pelajar?
jadi belangkas darat tu bro
Nak jadi Guru kena la belajar displinkan diri dulu baru la bole mengajar anak org
itulah yang sepatutnya…
bagus jugak supaya dapat membendung gejala maksiat antara mereka yang berlainan jantina dan tidak mempunyai apa2 ikatan yang sah..
itu yang kita harapkan bro
Bgus cadangan ni..baru guru2 boleh jadik contoh yg terbaik..
betul bro.. baru pelajar boleh jadikan contoh..
elok jgk tue sbb byk kes skrg nih berpunca dr kalangan remaja…
salah satu usaha juga tu bro.. nak elak kes sosial
laksanakan je.janji ade juga buat sesuatu……
itu yang kita harapkan.. suatu tindakan macam tu mesti ada kebaikan juga
Salam,yeep betul 2 sayang sokong dengan apa diwarta dan ianya harus diwarwakan kepada semua ipta mahupun ipts,seluruh malaysia
.
Salam bro,
kalau dibuat peraturan macam tu memang ada bagusnya
wah, bagus tu..
anak muda di indonesia ni banyak kali ulah soalnya..
Memang bagus..
di Indonesia macam mana peraturannya sekarang? Sudah dibuat ya macam ini?
Betul tu. Betulkan dahulu cikgu-cikgu yang nak keluar mengajar anak murid. Rasanya wajar dijalankan di seluruh negara.
itulah, bakal cikgu tu..
harus dilaksanakan
masih ada yang dok bawak awek naik moto bulan posa ni
kadang orang tak peduli pun bulan puasa ni..
bagusla arahan mcm tu. risau jugak kt kaum2 wanita ni. hrp diperluaskan lagi kt tempat2 lain.
memang patut diperluaskan, banyak kebaikan peraturan macam tu
Alhamdulillah, time kasih kerana mnyokong tindakan tuan pengarah ipg kami..cuma yang saya tak faham, ada juga segelintir yang membantah tindakan yang baik ni..manusia2
tindakan yang munasabah tu, memang patut disokong
teringat di perak dilarang berjalan berpegang2 tangan bagi yang bukan muhrim
susah juga tu nak tahu muhrim tak muhrim, pasangan berkahwin atau belum
baguslah kalau IPG buat mcm tu.. dapat elakkan zina.. huhu.. good job IPG.. caiyok2
saya salah seorang warga ipg tersebut
dan saya berbangga dengan keputusan tuan pengarah ^^