Talian streamyx di rumah tidak dapat sambungan sejak Jumaat petang. Ingatkan sekejap, jadi saya biarkan saja. Namun sampai tengah malam talian masih belum pulih. Jadi buatlah aduan ke TM Customer support (CS) – 100.
CS yang melayan panggilan malam tu mungkin agak ‘penat’ jadi dia buat lawak yang tidak seberapa lucu. Dia enggan membuka rekod aduan untuk saya dengan alasan sudah ada orang lain di area sama yang buat aduan terdahulu. Untuk makluman area yang dimaksudkan merangkumi 2 daerah berdekatan dengan keluasan 2,804 km², lebih luas daripada gabungan negeri Melaka dan Pulau Pinang. Disebabkan lawaknya tidak lucu, maka saya cuma berharap yang CS berkenaan memiliki deria keenam dan dia tahu yang masalah saya dan pengadu sebelum ini adalah sama.
Ahad, sekitar jam 1.00 pagi, saya membuka Twitter dengan berbekalkan iPad yang cuma dapat liputan GPRS untuk internet. Misi kali ini, untuk dapatkan bantuan segera kerana sudah tidak tahan dengan 2 pusingan malam tanpa internet. Selepas beberapa percubaan mencari akhirnya jumpa juga dengan @TMConnect. Tanpa membuka page mereka, saya hantarkan mesej SOS, kemudian menunggu maklum balas segera. (Sila abaikan tarikh dan masa yang tidak mengikut waktu tempatan).
Beberapa kali refresh, tiada juga tweet baru yang masuk. Saya malas tunggu lama sangat dan terus masuk tidur. Pagi Ahad saya hubungi semula talian 100. Kali ini dapat layanan daripada CS yang baru breakfast jadi dapatlah saya buat aduan yang direkodkan.
Petang hari Ahad sambungan internet sembuh sekejap. Baru dapat buka page @TMConnet dan dapat tahu yang twitter mereka hanya aktif pada hari bekerja. Patutlah tiada respon. Giliran saya pula buat lawak yang tak lucu. Nasib baik masa buat aduan tiada bahasa kurang elok dilontarkan, kalau ada, pasti hilang satu ciri lelaki kacak yang saya miliki.
Hari Isnin, baru dapat balasan daripada @TMConnects bertanya keadaan talian streamyx saya. Kira lega juga hati sekurang-kurangnya ada maklum balas kepada pelanggan.
Kepada semua lelaki kacak di luar sana yang mengalami masalah dengan talian internet, jangan malu-malu buat aduan yang ada rekod dan nombor rujukan sebab nanti rujukan ini boleh digunakan untuk tuntut rebat. Dan kepada CS pula, janganlah anggap terlalu pandai dan tahu semua maklumat kerosakan hingga malas terima aduan. Sekian saya memang tidak pandai buat lawak.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.





{ 21 comments… read them below or add one }
Bila internet takde…rasa mcm tak lengkap je hidup ni kat rumah…kalau sehari bleh je tahan…tapi kalau dah berhari hari…isk tak tau la..kalau ade android bleh ubat rindu..kalau takde konpem haru…
Hujung minggu duduk di kampung tanpa internet, memang tak tau nak buat apa.. Kalau sampai 3 hari lagilah haru..
mesti kita rasa tension kan bila depa lambat nak beri respon
Nak mengamuk pun ada juga.. Nasib baik masih boleh sabar
Mungkin CS lupa bahawa pelanggan harus dilayan aduannya..
Selalu juga terjadi kepada saya setiap kali melaporkan tentang talian “Streamyx Enterprise” yang bermasalah tetapi dilayan sebagai pengguna dirumah! Dan perkara seperti itu memang tidak lawak!
Selalunya mmg macam tu.. Streamyx rumah atau opis kena layan sama juga… Standard 24 jam.. Nak buat kerja pun susah
Biasa telefon 100 je… nak tunggu tweet belum tentu dibalasnya
Ada balasan juga twitter.. Tapi kena tunggu waktu pejabat
Mati akal juga kalau dua hari tak ada line
Lagi pula aku ni dah bertahun tak beli akhbar
Harap baca kat internet je
Selain blog memang tu lah kegunaanya.. Hari2 kena baca akhbar online
Saya biasa juga buat aduan TM mengenai talian Streamyx. Selalunya akan diberi no rujukan dan mereka akan telefon balik untuk mengetahui pembaikan telah dilakukan.
Selalunya begitulah..
Tu yang hairan CS yang terima panggilan aku malam tu tak nak buka report baru..
Parah hidup tanpa internet. Dah tu ada tak diorang inform pasal apa takde connection?
Ada Juga diorang inform.. Power failure dekat port..
kalau kita serius mereka buat acuh tak acuh.. boleh menggelegak juga darah di buatnya
sepatutnya dorang kena aktif 24/7..
Selalu saja experience slow connection.. benci betul.
streamyx customer servieces memang slow buat kerja..aku baru je selesai masalah streamyx ni, siap ganti modem lagi
streamyx dari dulu prob kan…tapi yang bestnya server nya laju…
haha, sabar jelah dengan streamyx ni. yg best, bila guna wifi. mbr rajin buka utube. yg kita punya line jd slow terus. last2 tgu mbr abis layan utube baru on9 balik. hehe
sabar je lah kalau dapat member yang suka layan youtube, hehehe