facebook
Home >> Global >> Lelaki Terpendek di Dunia 2012

Lelaki Terpendek di Dunia 2012

by kulanz on 26/02/2012 · 17 comments

Tahun ini seorang lagi lelaki bakal dicatat namanya dalam Guinness World Records sebagai lelaki terpendek di dunia. Chandra Bahadur Dangi, 72 tahun yang berasal dari Nepal dikatakan hanya memiliki ketinggian 22 inci (56cm). Buat masa sekarang beliau telahpun berangkat ke Kathmandu untuk mendapat pengesahan oleh pegawai Guinness World Records pada hari Ahad ini.

Lelaki Terpendek di Dunia

Jika ukuran ketinggian itu adalah betul, beliau akan mengalahkan pemegang rekod semasa bagi lelaki terpendek di dunia, Junrey Balawing yang berasal dari Sindangan, Selatan Filipina. Junrey Balawing memiliki ketinggian 23.5 inci (60cm). Dia merampas gelaran lelaki terpendek di dunia pada Jun 2011 daripada Khagendra Thapa Magar (Nepal) yang berketinggian 26.4 inches (67cm).

Lelaki Terpendek di Dunia

Junrey Balawing memiliki ketinggian 23.5 inci (60cm)

Chandra Bahadur Dangi yang tidak pernah berkahwin kini menetap bersama adik-beradiknya yang lain di sebuah perkampungan yang dinamakan Rhimkholi, iaitu kira-kira 250 batu di barat Katmandu. Disebabkan saiz tubuh yang kecil juga, beliau tidak pernah mendapat pekerjaan atau pergi di luar perkampungan beliau. Pemergian beliau ke Kathmandu untuk tujuan pengesahan daripada pegawai Guinness World Records adala pengalaman pertama bagi diri beliau.

Lelaki Terpendek di Dunia

Esok, kita tunggu saja sama ada beliau berjaya merampas gelaran lelaki terpendek di dunia atau sebaliknya.

Lelaki Terpendek di Dunia

Lelaki Terpendek di Dunia

Lelaki Terpendek di Dunia

Kemaskini: Doktor dan juga pegawai Guinness World Records yang melakukan ukuran ke atas Chandra Bahadur Dangi mengesahkan yang ketinggian beliau ialah 21.5 ini (54.6 cm). Berdasarkan ukuran ini, hari ini beliau diistiharkan sebagai pemegang rekod baharu lelaki terpendek di dunia dan juga pemegang rekod orang terpendek paling tua di dunia (72 tahun) yang pernah dicatatkan dalam sejarah 57 tahun Guinness.

Lelaki terpendek di dunia

Sumber: cbsnews, dailymail
Gambar: Getty Images


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


Kata kunci artikel:

orang terpendek di dunia, lelaki terpendek di dunia, junrey balawing, lelaki terpendek didunia, jika 89353, Chandra Bahadur Dangi ADIK BERADIK, rina salleh, orang terpendek dunia, jesselton sabah, lelaki terpendek

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 17 comments… read them below or add one }

1 anif February 26, 2012 at 3:38 am

Subhanallah.. Comelnya Pakcik ni…
anif recently posted..Sengaja Mencari IsuMy Profile

Reply

2 iza February 26, 2012 at 11:13 am

Betul..betul..betul..
comel kan…
iza recently posted..Teka-teki 3.My Profile

Reply

3 iza February 26, 2012 at 11:13 am

Assalam…
Kalau dia kawin, agaknya macam mana fizikal anaknya nanti.
iza recently posted..Teka-teki 3.My Profile

Reply

4 titan February 26, 2012 at 3:04 pm

terpendek dan terkacak. :)
titan recently posted..Komisen ke 14 dari InnityMy Profile

Reply

5 Sobri Mansor February 26, 2012 at 10:38 pm

Betapa besarnya kuasa Allah itu.
Sobri Mansor recently posted..Putrajaya sesak dipagi JumaatMy Profile

Reply

6 Harian Post February 26, 2012 at 11:58 pm

Pendeknya… paras lutut je ni. Pendek, popular, nak apa lagi? hehe

Suka gambar pak cik ni meniti di atas titi tu =)
Harian Post recently posted..Tarikh Pelancaran Dan Ciri-Ciri Proton P3-21AMy Profile

Reply

7 akubiomed February 27, 2012 at 3:25 pm

Pakcik ini mukanya cool sahaja.
akubiomed recently posted..Hot dog sebagai santapan malamMy Profile

Reply

8 syahrilhafiz February 27, 2012 at 7:11 pm

makhluk Allah ada kelebihan dan kekuranganya masing2, tengok
lelaki terpendek pun dinobatkan sebagai pemegang rekod..
syahrilhafiz recently posted..Top Blog Malaysia Paling Popular Tahun 2012My Profile

Reply

9 MR.Z February 27, 2012 at 10:52 pm

mungkin disebalik orang rasa melihat kerendahannya adalah kelemahannya, ada kelebihan tersendiri dia yang kita tiada. subhanallah :D
MR.Z recently posted..Photography Outing Bersama Ustaz Azhar Idrus di Pulau PangkorMy Profile

Reply

10 yanmie February 28, 2012 at 9:16 am

Salam, owh rendahnya, tapi comel.

Lan cek email yea :D
yanmie recently posted..Terima Kasih Semua Atas Sokongan Dalam Contest Gadget ImpianMy Profile

Reply

11 rahman February 28, 2012 at 2:12 pm

bersyukurlah kita yang di lahirkan sempurna sifatnya
rahman recently posted..Senaraikan Zulfadli Zulkifli di piala ThomasMy Profile

Reply

12 Jobless Girl February 29, 2012 at 11:57 am

Ada kebaikan dan keburukan dilahir sebegitu.
Jobless Girl recently posted..Retail Specialist – SelangorMy Profile

Reply

13 Mus February 29, 2012 at 4:28 pm

besarnya kuasa Allah.. kita patut bersyukur dilahirkan tinggi
Mus recently posted..Mee Tauhu, Hidangan Istimewa Di SabahMy Profile

Reply

14 Yus March 1, 2012 at 12:35 am

comel-comel meraka ni kan.. dah tu yang diciptakan, kena terima dengan ikhlas :-)
Yus recently posted..Sejarah P.Ramlee Yang MenyedihkanMy Profile

Reply

15 Rina As March 2, 2012 at 5:25 am

Semoga dengan kekurangan yang mereka miliki tidka menjadikannya berkecil hati dan tetap tegar
Rina As recently posted..Memahami Perbedaan Google Dance, Google Sandbox, Deindex dan BannedMy Profile

Reply

16 semut March 4, 2012 at 1:59 pm

pakcik ni memang ciptaan tuhan yang ajaib… comel lagi..
semut recently posted..JOM CEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDESMy Profile

Reply

17 budakserius March 15, 2012 at 5:46 pm

Huh mmang pendek giler.
budakserius recently posted..Nak Makan Perlu BerbogelMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: