Home >> Pelancongan >> Lepak Sekejap di Tanjung Simpang Mengayau

Lepak Sekejap di Tanjung Simpang Mengayau

by Kulanzsalleh on April 7, 2012 · 26 comments

Petang Khamis lepas saya berurusan di LHDN Kudat untuk dapatkan nombor PIN e-filing isteri saya. Selepas urusan kami tidak terus pulang tetapi menyimpang ke Pantai Bak-Bak dan Tanjung Simpang Mengayau, antara tempat pelancongan tepi laut di sini. Persinggahan yang tidak dirancang sebenarnya tapi kebetulan sudah datang ke Kudat, tiada salahnya singgah sekejap sebab bagi peluang kepada anak-anak yang belum pernah ke sini.

Tip of Borneo

Tanjung Simpang Mengayau yang juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’ (bahagian paling utara Borneo), terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Dalam bahasa kaum Rungus, Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama ‘Tanjung Sampang Mangazo’. ‘Tanjung’ bermaksud hujung, ‘sampang’ adalah simpang dan ‘mangazo’ pula bermakna peperangan. Begitulah kalau mengikut apa yang saya baca.

Tip of Borneo

Tip of Borneo

Tanjung Simpang Mengayau

Di hujung Tanjung Simpang Mengayau terdapat sebuah globe yang menjadi mercu tanda tempat ini. Globe berwarna gangsa yang membentuk “Tip of Borneo” ini menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah di timur. Sebuah peta yang memaparkan pulau Borneo dipahat di atas permukaan yang rata.  Menarik dan sangat unik! Dan untuk sampai ke tempat ini, pengunjung perlu berjalan kaki kira-kira 200 meter dari tempat letak kereta, turun bukit, naik bukit.

Agak memenatkan bagi yang tidak biasa berjalan kaki, tetapi waktu berjalan kita boleh merakamkan pemandangan menarik di sekitar. Jadi kurang sedikit rasa penat.

Tip of Borneo

Di sebabkan tempat ini terletak berhampiran laut, keadaannya memang panas. Sangat berbeza dengan keadaan semasa kami bercuti di KundasangMount Kinabalu View dan semasa menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa Bagaimanapun anda tidak perlu risau kerana di sini terdapat beberapa kemudahan yang tersedia antaranya kafe, pondok berehat, kedai cenderamata dan chalet. Bilik air pun ada disediakan.

Tip of Borneo

Tip of Borneo

Di sebelah kiri tanjung terdapat sebuah pantai cantik dinamakan Pantai Kalampunian. Sempatlah berehat di sana sekejap sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Pantai Kalampunian

Sunset at Tip of Borneo

Kepada yang belum pernah datang ke sini, bolehlah luangkan masa berkunjung bersama keluarga, rakan-rakan atau secara bersendirian untuk melapangkan fikiran. Tanjung Simpang Mengayau terletak kira-kira 215 kilometer dari Kota Kinabalu, iaitu lebih kurang tiga setengah jam pemanduan.

Bagi pengunjung yang datang dari jauh dan hendak bermalam di sini, ada dua pilihan yang boleh dibuat. Bermalam di resort yang terdapat di Simpang Mengayau (Tip of Borneo Resort dan Tampat Do Aman Jungle Camp) atau di Pekan Kudat (Kudat Golf and Marina Resort dan Ria Hotel). Jika hendak membuat pilihan hotel/resort lain pun boleh juga, gunakan saja kemudahan carian hotel di atas.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 26 comments… read them below or add one }

1 bardboo April 7, 2012 at 5:23 am

unik perkataan mangazo tu.. kalau ada peluang, rasa macam nak ke sabah lagi..
bardboo recently posted..Acuan Biskut SemperitMy Profile

Reply

2 kulanz April 7, 2012 at 10:18 pm

Salah satu keunikan Sabah sebab banyak dialek di sini..
ada peluang jemputlah datang lagi :)

Reply

3 mie April 7, 2012 at 6:36 am

the tip of borneo tu…
slalu orang akan pergi kalo dtg sabah..
bila la agaknya nak ke sana..
eheehe
mie recently posted..Gambar Mascot Comel Di Universal Studio JapanMy Profile

Reply

4 kulanz April 7, 2012 at 10:21 pm

memang satu tempat yang jadi tumpuan..
ada kesempatan jemput datang bro :)

Reply

5 azmanisma April 7, 2012 at 10:01 am

WoW! gambar yg second tu mmg mengancam betul lah…
azmanisma recently posted..Qadho’ Blog WalkingMy Profile

Reply

6 kulanz April 7, 2012 at 10:23 pm

terima kasih bro..
tapi yang tu dah kecilkan saiz jadi kualiti kurang memuaskan

Reply

7 tehr April 7, 2012 at 2:06 pm

Gambar2 yang menarik, bro
Aku suka gambar pantai yang panjang melengkong tu
tehr recently posted..Tokoh ASUS 2011My Profile

Reply

8 kulanz April 7, 2012 at 10:30 pm

Gambar Pantai Kalampunian tu bro.. pasirnya putih dan halus

Reply

9 akubiomed April 7, 2012 at 8:50 pm

Banyak keindahan alam yang belum saya terokai di Borneo selain keunikkan suku kaum.
akubiomed recently posted..Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbezaMy Profile

Reply

10 kulanz April 7, 2012 at 10:32 pm

ada rezeki boleh datang sini lagi bro

Reply

11 Jomtonton April 7, 2012 at 10:36 pm

Cantik betul panorama di sana.. ingin sekali lagi nak tawan kinabalu :)
Jomtonton recently posted..Lelaki Kacak Suka Melepak?My Profile

Reply

12 kulanz April 7, 2012 at 11:17 pm

jom tawan kinabalu sama2

Reply

13 Mus April 7, 2012 at 11:13 pm

tempat ni cantik masa matahari terbenam..
Mus recently posted..Nasi Kuning Berlauk Sarapan Istimewa Orang SabahMy Profile

Reply

14 kulanz April 7, 2012 at 11:16 pm

sayang betul hari tu bateri kamera habis cas.. tinggal kamera handphone saja

Reply

15 auc dot com April 7, 2012 at 11:23 pm
16 kulanz April 8, 2012 at 12:35 am

Subhanallah.. memang cantik

Reply

17 rahman April 8, 2012 at 1:13 am

gambar gambar di dalam blog ni memang hebat..boleh lah nanti turun ilmu sikit .. rasa macam aku tengah lepak di pantai tu :)
rahman recently posted..Nikmati kesedapan Garrett PopcornMy Profile

Reply

18 yas April 8, 2012 at 10:39 am

Menarik gambar2 tu bro…pernah sampai kat Sabah, Tawau ngan Sampoerna…rasa cam tak puas plak…
yas recently posted..SENARAI CALON ANUGERAH CALON BINTANG POPULAR 2011My Profile

Reply

19 donnyien April 8, 2012 at 10:48 am

review yg lengkap ni bro, lama x pergi sana,rasanya sudah 20 tahun.. skrg dah maju rupanya
donnyien recently posted..[Gambar] Kereta Mitsubishi EVO 10 Zizan Raja LawakMy Profile

Reply

20 titan April 8, 2012 at 2:45 pm

fuh, lama gila aku tak lepak sini..
titan recently posted..Selangor jentik ketiak Terengganu ini malam.My Profile

Reply

21 Denaihati April 8, 2012 at 3:16 pm

bila natural mcm ni memang cantik dan teruja untuk lawati.
Denaihati recently posted..Majlis Sepetang bersama Blogger anjuran Denaihati Network #jumpadenaihatiMy Profile

Reply

22 hatiputera April 8, 2012 at 3:29 pm

bilalah gamaknya dapat jejakkan kaki kat negeri bawah bayu nie,,,
hatiputera recently posted..Anugerah Bintang Popular Milik SiapaMy Profile

Reply

23 Mumbai Escorts April 10, 2012 at 2:11 pm

This blog is very nice. Everything is design in well manner. I am finding this type of information from long time.

Reply

24 Marsita October 14, 2012 at 12:35 pm

Sangat menarik..insyaallah akan kesana april next year.

Reply

25 Mahanim AM November 18, 2012 at 6:36 am

Askm tuan.
Saja utk maklumat tuan.Sebenarnya memang panas kalau pergi sebelah pagi.Paling sesuai adalah pergi sebelah petang lebih kurang jam 4.30. Biasanya,keadaan disitu redup,berangin n tdk panas.sgt cantik lagi apabila masa air pasang dan beromabak. Hari ini kami sekeluarga akn ke situ lagi.Ini merupakan kali ke 3 kami melawat tempat tersebut.

Reply

26 mickeymickiy ovel December 20, 2012 at 8:54 am

waaaaahhhh, , , , cantik nye, , , ,

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner