Home >> Fotografi >> Lepaking

Lepaking

by Kulanzsalleh on February 21, 2011

Kali ini saja-saja menulis tajuk yang agak berlainan daripada kebiasaan sebelum ini. Mungkin disesuaikan dengan mood yang sekarang ni yang agak santai sebenarnya. Sekali-sekala eloklah juga tu kan? Kalau asyik menulis artikel yang panjang dan perlu dibaca satu-persatu takut nanti bosan pula pengunjung blog ni. Jadi kali ni saya sekadar kongsikan gambar-gambar yang saya ambil beberapa hari lepas.

Waktu tu tumpuan kepada blog agak berkurangan disebabkan talian internet yang selalu bermasalah ditambah dengan beban tugas yang juga semakin bertambah. Maka masa terluang waktu petang saya manfaatkan dengan lepak-lepak tepi pantai konon untuk merehatkan kepala otak ni sambil menemai anak-anak bermain di tepi pantai depan rumah. Kebetulan dah ada peluang tu, sempatlah juga merakamkan beberapa gambar sebagai kenangan.

Gambar-gambar pemandangan waktu senja di bawah ni tak adalah cantik sangat pun, tapi bolehlah juga dijadikan koleksi sendiri. Tengok sajalah. Kalau ada yang nak komen gambar ni pun elok juga. Memang sangat dialu-alukan.

Petang

Petang di kampung

sunset

Senja nan merah

Bermain

Gambar-gambar di atas tu juga dah saya upload di flickr. Juga dalam proses mengemaskini projek tumblr yang tergendala sebelum ni.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner