Sebenarnya perkataan Life is a Highway atau ikut kefahaman saya hidup adalah sebuah lebuh raya ni saya petik daripada filem Animasi Cars. Kami sekeluarga memang suka sangat filem animasi tu. Bukan sekadar animasinya yang menarik tapi pengajaran di sebalik cerita tu memang bagus untuk dicontohi.
Misalnya, kalau baca berita hari ni, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah dah buat senarai 14 laluan maut di seluruh negeri. Boleh tahan banyak juga jalan sakratul maut di Sabah ni. Saya memang dah pernah melalui kesemua jalan yang disenaraikan di atas tu. Jadi sedikit sebanyak boleh faham kenapa jalan-jalan tu dikategorikan sebagai laluan maut atau boleh mengakibatkan kemalangan.
Saya senaraikan di sini antara faktor penyebabnya:
- Jalan lurus: Pemandu cenderung untuk memandu laju (melebihi had kelajuan).
- Kesibukan: Laluan utama yang agak sibuk dan terlalu banyak kenderaan
- Persimpangan: Banyak simpang keluar-masuk dan U-turn.
- Jalan berbukit: Memandu laju semasa menuruni bukit atau memotong kenderaan lain di kawasan bukit.
- Jalan sempit dan berliku: Pemandu memotong kenderaan lain walaupun jalan sempit dan terdapat garisan berkembar.
- Haiwan: Mengelak haiwan yang selalunya lepak di atas jalan raya atau melintas tanpa menoleh kiri-kanan.
Apapun penyebabnya, bagi saya punca utama berlakunya kemalangan di jalan raya adalah gara-gara memandu dengan laju sebab nak singkatkan masa. Iyalah, lagi singkat masa, lagi banyak untung. Memang bagus juga tu, “time is gold“, “time is money“. Sebab tu orang selalu nak kejar masa.
Masalahnya, gara-gara sendiri ‘nak cepat sampai‘ atau sebab nak sangat singkatkan masa perjalanan kita lupa keadaan sekeliling, lupa kepada perkara yang lebih penting, terutamanya keselamatan orang lain. Kalau dah memandu laju nak kawal kenderaan memang susah. Sebab tu ada kes langgar kenderaan di depan. Orang lain tengah buat U-turn kita tak sempat tekan brek. Sedar-sedar dah terlanggar.
Kalaulah setiap pemandu ingat yang hidup ini macam sebuah lebuh raya (Life is a Highway) kan bagus. Faham-fahamlah lebuh raya ni walau lurus atau luas sekali pun kadang ada juga tempat yang berselekoh, persimpangan dan berlubang sana sini. 4-5 bulan memandu tempat yang sama steady lagi tanpa masalah, mana tahu suatu hari masa memandu kita diuji dengan perkara-perkara yang tak dijangka. “Takkan masa tu baru nak tepuk dahi dan cakap ada selekoh tajam rupanya highway ni, nyesal sungguh memandu laju”. Itupun kalau masih mampu tepuk dahi!
Ni pun cerita pengalaman sendiri juga sebenarnya. Sayapun pernah juga mengalami musibah di jalan raya ni. Gara-gara kelajuan dan nak cepat sampai juga. Sebab tu kongsi kesedaran dengan orang lain. Lebih baik sedar awal-awal sebelum kita atau orang lain hilang segala-galanya.
Jadi, alang-alang dah cerita pasal Life is a Highway, OST untuk filem animasi Cars ni, bagus juga kalau saya kongsikan klip lagunya. Ada masa bolehlah layan sekali-sekala.
Life Is a Highway lyrics – Cars OST
(Hmmm, yeah!)
Life’s like a road that you travel on
When there’s one day here an’ the next day gone
Sometimes you bend, sometimes you stand
Sometimes you turn your back to the wind
There’s a world outside every darkened door
Where blues won’t haunt you anymore
Where brave are free an’ lovers soar
Come ride with me to the distant shore
We won’t hesitate
Ta’ break down the garden gate
There’s not much time left today, yeahea…
{Chorus:}
Life is a highway
I wanna ride it all night long
If you’re going my way
Well, I wanna drive it all night long
Through all these cities an’ all these towns
It’s in my blood an’ it’s all around
I love you now like I loved you then
This is the road an’ these are the hands
From Mozambique to those Memphis nights
The Khyber Pass to Vancouver’s lights
Knock me down, an’ back up again
You’re in my blood
I’m not a lonely man
There’s no load I can’t hold
Road so rough, this I know
I’ll be there when the light comes in
Just tell ‘em we’re survivors
{Chorus:}
Life is a highway
Well, I wanna ride it all night long
If you’re going my way
I wanna drive it all night long (all night long)
(Ah, Gimme, gimme, gimme, gimme, yeah!)
{Chorus:}
Life is a highway
Well, I wanna ride it all night long (Hmmmmm, yeah!)
If you’re going my way (you’re goin’ my way)
I wanna drive it all night long (all night long)
There was a distance between you an’ I (between you and I)
A misunderstanding once
But now we look it in the eye
Ooooohh, yeah!
(Mmmm, yeah Ah, hm, hm, hm, hm)
There ain’t no load that I can’t hold
A road so rough, this I know
I’ll be there when the light comes in
Tell ‘em we’re survivors
{Chorus:}
Life is a highway
Well, I wanna ride it all night long (all night long, yeah)
If you’re goin’ my way
Well, I wanna drive it all night long(Ah, gimme, gimme, gimme, gimme, gimme, yeah!)
{Chorus:}
Life is a highway (life is a highway)
I wanna ride it all night long (Ooooo, yeah)
You’re going my way (you’re goin’ my way)
I wanna drive it all night long (all night long, yeah)
(C’mon! Ah gimme, gimme, gimme, gimme, gimme, gimme, yeah!)
{Chorus:}
Life is a highway
I wanna ride it all night long (yeah, I wanna drive it all night long, baby)
If you’re goin’ my way (you’re goin’ my way)
I wanna drive it all night long (all night long)
Sebagai perkongsian, berikut adalah senarai 14 laluan maut di Sabah yang saya sebutkan di awal entri tadi. Harap berhati-hatilah juga masa memandu di jalan raya.
Jalan yang dimaksudkan termasuklah Kilometer (KM) 0-15 Jalan Lintas-Tuaran, KM8-KM20 Jalan Kota Kinabalu-Papar dan KM9-KM22 Jalan Lintas-Kepayan. Laluan lain ialah KM12-KM52 Jalan Labuk di Sandakan; KM1-KM24 Jalan Apas (Tawau); KM2-KM12 Jalan Keningau-Tambunan (Keningau); KM1-KM21 Jalan Beaufourt-Papar (Beaufort); KM1-KM10 Jalan Kudat-Tamalang (Kudat) dan KM28 Jalan Lahad Datu-Sandakan (Lahad Datu). KM1-KM15 Jalan Papar Beaufort (Kimanis); KM20-KM40 Jalan Semporna-Kunak (Silam); KM1-KM44 Jalan Tuaran-Kota Belud-Ranau (Telipok); KM40-KM65 Jalan Beluran-Telupid (Telupid) dan KM28 Jalan Lahad Datu-Sandakan (Segama).
Sumber berita asal boleh rujuk di sini:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/14laluanmaut/Article



{ 20 comments… read them below or add one }
jalan raya mesti ada bengkang bengkok..kalau tak mengantuk…kalau time malam… kalau mengantuk sangat berhenti kejap…tidor…
zik recently posted..Psikologi Harga
betul, paling penting kalau ada bukit mesti buat bengkok sedikit.. kalau lurus memang bahaya
aku pernah drive kereta dalam keadaan mengantuk sangat. Smapi di masjid, berhenti tdu smpi 4 jam sebab tak sedar.. haha
mrnamie recently posted..Mouse kegemaran aku rosak
Mengantuk tu memang susah nak elak.. sebab tu aku lebih suka drive waktu yang aku tak ngantuk..
dekat dgn musim raya ni memang bnyk la kemalangan maut berlaku..kdg2 ngeri jgk tgk kemalangan..dlm berita kt tv pon da bnyk skng bole tgk..
memang banyak bro, sebab time perayaanlah orang selalu ghairah sangat nak cepat..
entahlah pemandu kat m’sia ni, jalan elok pun kemalangan, jalan tak elok pun kemalangan jugak…memang pelik betul
etomyam recently posted..Perlukah Melontar Najis Untuk Luahkan Kemarahan
memang pelik… mungkin masalah kereta agaknya tu
Statistik kemalangan jalan raya tahun ini pada musim perayaan dijangka meningkat lagi menurut jabatan polis baru2 ini,,,,hurmm apakah puncanya??adakah sikap pemandu?
ray ban recently posted..Ray-Ban Model 8012
harap-haraplah jangkaan tu meleset.. tak nak lah pulak kadar kemalangan meningkat.. mudah-mudahan kita terhindar daripada masuk dalam statistik tu..
Malaysia ni banyak orang mari akibat eksiden
ishak recently posted..Cabaran getir seorang blogger biasa
betul, kemalangan antara punca utama kematian di negara ni
pernah terlibat dengan kemalangan
sejujurnya, masa tu memang saya cuai
memang salah saya sendiri…
hehehe
tehr recently posted..Budak Bakar Mercun- Mercun Bakar Budak
samalah, akupun macam tu, pernah juga kemalangan akibat kecuaian sendiri
wah rasanya dah macam semua aku lalu..ada with my dad dan ada yang drive sendiri..tambah area beufort ke kk…jalan kat sini nampak cam elok jer..i mean straight…tapi kalo salah pemanduan..boleh mengundang padah!
tetiba teringat aksi james bond my dad masa nak ke sandakan dari semporna dulu..sebuah keta berpusing 360 disebabkan kecuaian beliau nak memotong di kawasan gaung…pergh seram sungguh..
Sir Marcello recently posted..Oh! Ruginya Aku
memang best driving jalan papar – beaufort tu.. jalan bagus, kereta kurang.. tapi tu lah mungkin penyebab bahaya sebab kalau tak sedar diri, boleh tekan minyak melebihi had
jalan sandakan semporna memang bahaya, banyak lori kawasan tu.. memotong pun susah..
bawak laju atau perlahan bila berada di atas jalanraya risikonya tetap sama…..
tawakkal jer la sudahnya….
ain recently posted..Berpisah Sementara Mungkin Jalan Terbaik Buat Kita
betul juga.. sebab kadang kalau bukan kesilapan kita, akibat kesilapan orang lain.. sentiasa tawakkal
yang penting … berhati-hati di jalan raya … !!!
bujang3 recently posted..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!
pernah layan dari labuan ke KK leh tahan gak jalan…