Home >> Semasa >> Luca Lucas dikutuk sebab hina Sabah

Hina menghina dan kutuk mengutuk seolah-olah sudah menjadi trend terkini di laman sosial. Kes terkini, seorang individu yang menggelar dirinya Luca Lucas menjadikan Facebook sebagai tempat melepaskan kutukan dengan bahasa-bahasa yang tak sepatutnya digunakan. Akibatnya, Group/Fan Page: Kami Benci Luca Lucas Krn Mengutuk Negeri Sabah telah diwujudkan. Tak pasal-pasal dia jadi selebriti “bidan terjun” di facebook.

Sebab teringin sangat nak tahu hal sebenar, saya buka page yang dimaksudkan. Terkejut juga tengok page tu dah 11,121 orang klik button like (sehingga 3.01 a.m – 8 Sept). Dan ini adalah antara komen-komen daripada Luca Lucas yang menyebabkan ramai melenting dengan tindakannya.

luca lucas hina sabah

Sayapun tak tahu sangat apalah niat atau punca sebenar dia mengutuk macam tu. Mungkin juga disebabkan rasa tidak puas hati disebabkan perkara tertentu. Tapi, sebagai seorang yang menganggap dirinya “lebih baik” daripada orang lain, komen-komen macam tu tidak sepatutnya diluahkan sesedap rasa. Mungkin betul apa yang dikatakan, tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman atau sensitiviti orang lain.

komen mengutuk sabah

Banyak lagi sebenarnya komen-komen yang sempat dikongsikan di page tu. Satu persatu komen daripada Luca Lucas yang di-captured saya baca. Begitu juga dengan komen-komen yang ada di page tu. Rasa terkilan, sakit hati dan simpati silih berganti. Tapi paling banyak adalah rasa kecewa.

Perasaan kecewa bukan hanya kerana komen-komen daripada Luca Lucas sendiri, tapi juga daripada komen kebanyakan ahli yang masuk di page tu. Pada saya tindakan Luca Lucas menulis komen dengan kata-kata kesat tu memang tak boleh diterima. Apa lagi sebagai salah seorang penduduk Sabah yang dilahirkan, membesar dan sudah hidup berpuluh tahun di negeri ni. Memang terasa sangat-sangat kalau ada seseorang menghina tempat tumpah-darah kita. Tapi adakah komen yang kita berikan atau tujukan kepada Luca Lucas tu boleh diterima oleh orang lain? Kita wujudkan perasaan benci terhadap Luca Lucas sebab komen-komennya yang kita anggap sebagai penghinaan, tapi tanpa kita sedar, dalam masa yang sama kita pun turut mencemuh dan menghina hingga menyebabkan kebencian orang lain. Maknanya, kita dan Luca Lucas tu 2×5!

Apapun pada saya yang salah tetap salah. Moga yang salah segera minta maaf. Dan kepada yang tak salah, marilah kita sama-sama kongsikan cara yang betul untuk perbaiki kesilapan orang lain. Jangan sampai kitapun tergolong dalam golongan yang memberi petunjuk dan pengajaran dengan cara yang salah! Negara baharu saja menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53. Sabah menyambut hari Malaysia pada 16 September. Sama-samalah kita memerdekakan negara dan minda kita. Semoga perbuatan seperti ini tidak diulang oleh individu yang lain. Salam 1Malaysia.

Kata kunci artikel:

luca lucas, kl hina sabah, komen paling lucu, hina sabah luca, luca, logat orang bajau kampung panji, komen facebook yang sangat lucu, kes luca lucas, indonesia mengutuk malaysia, luca lucas sabah, luca gadis, luca lucas facebook post, facebook komen lucu, komen terhadap sabah, komen mengutuk allah, kes luca lucas menghina sabah, Kenapa kulit orang sabah putih, kami benci orang sabahan, facebook menghina orang sabah, SIAPA CAKAP NEGERI SABAH TIDAK MAJU

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 69 comments… read them below or add one }

1 tehr September 8, 2010 at 4:24 am

dah dua tiga hari baca hal luca lucas ni
tak tau la apa puncanya

harap2 hal ini diberhentikan segera
langsung tak ada faedahnya
tehr recently posted..Balik KampungMy Profile

Reply

2 kulanz September 8, 2010 at 9:07 am

aku baru prasan pasal ni sebab beberapa hari tak online

Reply

3 jawatan kosong September 8, 2010 at 10:32 pm

Betul tu, tak ada faedahnya..

Reply

4 Bb Hussain September 8, 2010 at 5:04 am

adakah dia mengejar publisiti..hemm..
Bb Hussain recently posted..Jam apa ekMy Profile

Reply

5 kulanz September 8, 2010 at 9:08 am

tak pasti lah juga

Reply

6 Sharif September 8, 2010 at 5:04 am

wow, Luca Lucas, seorang pengkritik yg bertauliah (mengarut). ‘siapa dia’? biarkan dia dgn dunianya. agaknya dia berhenti bila tiada yg melayan ;)

Reply

7 kulanz September 8, 2010 at 9:09 am

harap-harap dia berhenti daripada membuat komen macam tu

Reply

8 Sir Marcello September 8, 2010 at 5:09 am

aku lagi terhina…lahir di johor besar di sabah…rasa sakit hati plak bila ada makhluk macam nie..cakap tanpa ilmiah sungguh~
Sir Marcello recently posted..Tidur Tak LenaMy Profile

Reply

9 kulanz September 8, 2010 at 9:10 am

wah, dua2 negeri ada kaitan tu bro..
harap dia sedar apa yang dah berlaku

Reply

10 mrnamie September 8, 2010 at 7:22 am

biarkan aja… jangan samakan taraf kita dengan dia.. kadang2 lagi geram tengok orang yang “niat nak tegur,tapi memaki tak ingat dunia”..
mrnamie recently posted..Kad raya daripada cik Julia AKA @bubbles182My Profile

Reply

11 kulanz September 8, 2010 at 9:11 am

itulah maksud aku bro.. kadang memang niat baik untuk tegur, tapi cara menegur tu 2×5 salah dengan yang ditegur

Reply

12 'aqilah September 8, 2010 at 8:24 am

erk, buat malu orang jb..ish
‘aqilah recently posted..Anyam Ketupat Err TakMy Profile

Reply

13 kulanz September 8, 2010 at 9:12 am

negeri sama tapi hati lain-lain kan? x perlu risau sangat hal ni :)

Reply

14 J September 8, 2010 at 9:04 am
15 kulanz September 8, 2010 at 9:14 am

terima kasih kongsi..
ada juga nampak info dia di page yang dimaksudkan.. calon pekerja cemerlang dia ni..

Reply

16 wadie September 9, 2010 at 3:47 pm

cemerlang memporak perandakan mskt Sabah hehehe.. C17, tapi cara dia ckp mcm pro puny org :)

Reply

17 boy_daughtry September 8, 2010 at 10:21 am

Aq melahirkan rasa terkilan yang tak terhingga atas segala penghinaan dan kutukan yang dilemparkan ke atas negeri Sabah. Aq rasa Luca Lucas ni mesti ada sesuatu yang berlaku ke atas dirinya berkaitan dengan Sabah sampai dia sanggup menghina. Tapi, walau macam mana pun perkara ni tidak boleh di ambil ringan mesti siasat dengan teliti… ada kemungkinan juga orang lain (tak diketahui) menggunkan identiti Luca Lucas bertujuan menimbulkan pergaduhan dan ancaman kepada penduduk sabah.

Reply

18 kulanz September 8, 2010 at 10:00 pm

tu lah, mesti ada penyebab dia buat macam tu..
apapun sepatutnya kalau ambil tindakan kena juga buat secara rasional kan? Harap perkara ni selesai segera

Reply

19 someone September 8, 2010 at 3:07 pm

sape ckp sabah xbez???
sy org kl..
tp ske dok sabah..

Reply

20 kulanz September 8, 2010 at 10:03 pm

betul, semua orang/tempat sama bagus selagi dia tak buat perkara tak bagus :)

Reply

21 sunglasses September 8, 2010 at 3:23 pm

lorrr ade juga jenis manusia macam ni ntah pe2..
Setiap negeri ada kelebihan dan kekurangan xpayah la nak berbangga2 sangat
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

22 kulanz September 8, 2010 at 10:04 pm

memang macam tu sepatutnya.. negeri maju tak semestinya kita maju.. negeri mundur tak semua orang mundur.. janji minda kita sentiasa maju :)

Reply

23 wandisini September 8, 2010 at 4:36 pm

“..Hina menghina dan kutuk mengutuk seolah-olah sudah menjadi trend terkini di laman sosial..”

zaman sekarang itu lah dia tempat untuk mengutuk dan mengumpat…maka berjaya lah kaum yahudi itu untuk memecah-belahkan perpaduan yang ada antara kita. terutamnya umat islam

Reply

24 kulanz September 8, 2010 at 10:43 pm

semoga kita terhindar daripada perbuatan macam tu

Reply

25 ishak September 8, 2010 at 10:02 pm

aku rasa mesti ada something dia berbuat begitu

Reply

26 kulanz September 8, 2010 at 10:44 pm

betul bro,
setiap sesuatu mesti ada puncanya

Reply

27 cikmin September 9, 2010 at 12:23 am

facebook lagi…betul 2×5 je kan..cikmin belum pernah ke page dia..baru baca kat blog lanz je ni…
cikmin recently posted..Aidilfitri disambut JumaatMy Profile

Reply

28 rmge September 9, 2010 at 10:03 am

Memang LL tidak sepatutnya “membangunkan” Sabahan dengan kata2 begitu. But, users lain yang komen2 tu juga tidak sepatutnya mengutuk sampai macam tu sekali. Its true, 2×5 saja.. Lebih baik buat aduan terus daripada komen2 tidak tentu. But…. bila LL cakap sumandak sabah macam “mayat hidup” automatic saya berdiri depan cermin and said to myself “am i? aww…”.. hahahaha.. touch up pipi terus..

Bah, apa2 pun.. berpada2 la bahkan sewaktu mengutarakan hujah2 bernas.. nanti “kelihatan bernas tetapi sebenarnya membinasakan”..

P/S untuk Mr LL yang saya masih hormati (i think ada something yang buat dia benci sabah ni..)

“Sekilas pandang Mr LL, memang macam buruk bah Sabah but bila dikaji.. LUAR DAN DALAM masih terselit sejuta-juta-juta-juta… kecantikan yang kita tidak dapat gambarkan & 1 hari pasti Mr LL jatuh cinta dengan Sabah”

Salam Aidilfitri untuk semua yang beragama islam & Mr LL juga. Maaf Zahir & Batin ;p

Reply

29 Dayah September 14, 2010 at 2:13 am

agree..mg x patut LL bt kritikan/cemuhan cmtu,btl2 x patut…sy org sabah..but sy jg x stju bila ada sglntir users tu pn turut memaki hamun cmtu sekali..dgn perkataan2 yg melampau cmtu..bt sy bfikir..2×5 sja dgn pengutuk dan dikutuk..admin dlm FB tsbut patut sekat la mna2 ayat dlm tu..jgn smpi org LUAR bfikir yg org sabah ni pn xda manner..marah2 jgk..tp biar la btmpt..jgn mencarut yg x ketentuan.

Reply

30 lucah lucas September 9, 2010 at 1:57 pm

lucalucas ni islam kew?… x p sekolah ke?…

Reply

31 hanif September 9, 2010 at 3:21 pm

lau orang yang boleh berfikir tak wat macamtu …ape la masalah dia ni..
hanif recently posted..Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan BatinMy Profile

Reply

32 wadie September 9, 2010 at 3:40 pm

Sy sendiri pun baru join ni grup bulan lepas. Ada dua grup yg membantah tindakan LL ni. News yg terbaru kes beliau ni sudah sampai ke pihak yg bertanggungjawab. Klu tak silap ada dlm new sabah times 9 sept (hari ni).. Tak berapa pasti sangat :) sila ke grup utk lihat. Memang d grup tu agak mengecewakan juga kerana ada beberapa user yg tak dpt mengawal emosi bertindak mengedit gambar si LL tu yg berunsur lucah lalu d uploadkan ke grup. Ini boleh memalukan Sabah, jgn nnt kerana nila setitik itu, habis rosak susu sebelanga.

Reply

33 leslie September 9, 2010 at 5:49 pm

ades….panas jugalah tgk komen2 da…tp xlah panas mcm yg len tu….cuma aku rasa benda tu ada juga kebenaran da. cuma jgn la sindiran tu menusuk dan menghiris kalbu. stetment tu kat public wei…..sa sbgai ank jati sbh, chill seja. hehe

Reply

34 darby September 9, 2010 at 8:48 pm

hmmmmm… pdan muka ko luca lucas… tp pa pun hrap ko insaf lpas trima pngajaran kli ni….

Reply

35 Matthew Gin September 10, 2010 at 2:24 pm

Chill sja la….apa2x LL ni ckp mungkin disebabkan oleh sesuatu….setiap penduduk dlm ssebuah negeri pasti ada egonya/semangatnya tersendiri…kalau kita senaraikan setiap keburukn utk setiap negeri pasti byk…yg membezakan ialah minda kita masing2x….ttp kalau kta sewenang2xnya dicerca pasti ada balasannya…..kita ambil yg +ve la…..LL ni sorg sj mungkin la….kalau bergaduh pun sampai mati pun tk habis….tq…selamat ari raya utk semua org islam di msia…

Reply

36 someone September 10, 2010 at 7:58 pm

…rasanya sedara luca lucas nih putus cinta kat SAbah kali.

..dah jodoh bang…nak buat cemana….kalau dah takda jodoh, apa boleh buat. Bunga bukan sekuntum, rama2 bukat seekor.

mungkin dia bertindak sebegitu sebab nak tarik perhatian gadis tuh kot….haish..

apa2pun…..semoga Allah membuka pintu hati kita semua.

Reply

37 omg September 10, 2010 at 11:17 pm

ntah la…mungkin LL ni penah keja d sabah lepas tu terjatuh cinta dgn gadis sabah tp nak wat cam mane luca ni bukan test gadis tu…so luca sangat kecewa…pasal tu LL jadi bengang and frust giler tu…

Reply

38 ain minho September 11, 2010 at 1:44 am

luca lucas ni xpatut la mengutuk negeri Sabah. dia sepatutnya tahu kita ni dah hidup bawah 1 bumbung. 1 malaysia. xpatut la dia mcm ni. lagi pun, sabahan mmg patut pun marah n kutuk dia balik. xsalahkan ?? dah luca lucas ni yang menyebabkan isu ni timbul dan menjadi sensitif kepada penduduk sabah. ish. aku pun xpuas hati. walaupun aku bukan orang sabah, tapi aku tetap rasa dihina. aku xsuka la orang mcm ni. bukan nye tahu nak sedar diri pun.

Reply

39 jebat nor September 11, 2010 at 2:05 am

Kesimpulannya- fb laman sosial yg ada tujuan sebenarnya. Kita pula sebagai pengguna kena pastikan setiap komen, upload gambar atau video, perkongsian mcm-2 hal kena kita pastiakn ia tidak menjejaskan sensitivity masyarakat, bnagsa atau agama dan sebagainya..kita ukur berapa jauh langit dari bumi dan kita syukuri jari-2 yg belum kudung, mata yang belum buta, mulut yang belum bisu. Apa juga agenda luca lucas yang pasti dia tergolong dalam manusia yang tidak ada pertimbangan akal dan budi sebelum berckp dan melakukan sesuatu..Saya tumpang lalu..

Reply

40 Jay Jay September 12, 2010 at 1:07 am

bg sy, xkisah la 2×5 ka x, ini kata hati sy, sbb dgn trus trang sy ni srg yg degil. dan mksud sy d sni, kelakuan biadap insan yg brnama luca lucas ni mcm mna skali pun TIDAK DAPAT sy TERIMA. biarpun org lain kata jika sy mengutuk dia sy akan sama 2×5 dgn dia, tidak kisah dan jika dia membela diri pun, xtntu menang sbb sy rsa apa yg d katakn dan d buat oleh org2 yg tidak puas hati kepadanya, masih tidak ckup memuaskn (tidak dpt d bandingkn dgn apa yg dia buat) memandangkan lg insan biadap ini menyembunyikan diri dn mmbuat kdaan lbih trgntung. yg pnting, jika klakuan dia ini sdh d laporkn dan d salurkn kpd saluran yg btul, ttp masih tiada tindakan, SAYA, akn membuat tindakan sndri yg mna sy pasti rmai jg berpendapat sedemikian. sekian.

Reply

41 S.A.M. September 12, 2010 at 4:14 am

Saya orang Sabah yang berkawan dengan org Johor, tapi tindakan awak bukan sahaja memalukan diri awak dan keluarga awak ( dgn sikap tak sopan awak), serta memalukan JOHOR, negeri awak sendiri. Awak menggelarkan awak anak negeri JOHOR?

Tolong la brother, buka buku sejarah awak itu. Sabah termasuk dalam Malaysia , dengan menghina Sabah, awak hina satu Malaysia, which also turut menghina negerimu sendiri……

Bahasa kami semamangnya amat normal. Kami ada banyak sekolah sini. Dengan mengutuk plajaran BM ini bagaikan mengutuk sisterm pendidikan Malaysia…. Kami yang di Sabah tidak pun mengatakan atau mengutuk orang semenanjung kerana bahasa “a” jadi “e”. Semua orang ada style bahasa sendiri…..Tak kan awak pergi luar negara akan mengutuk org putih kerana menggunakan english. Cuba awak baca balik awak punya post, awak paling banyak masalah bahasa…awak pasti awak ada graduate sekolah dengan baik ke? Betina dan jantan hanya digunakan ke atas binatang, bukan manusialah. Jaga perempuan dari rumah jiran tampar awak kerana menggelarkan perempuan “betina”. Bahasa kami memang baku macam Indon, tapi tidak. Cuba awak buka TV awak itu ke channel indon dan dengar…Bezakan…..BTW, awak mencaci bahasa Indon ke? Berjaga2 pihak Indonesia membuat tindakan…..^^

Masuk ke kandan kambing mengembek, ke kandang harimau mengaum la, tapi logiknya larilah, manalah mau mengaum jika ada harimau…..Jika awak pijak ke negeri org tolong jaga mulut tahu. kalo boleh belajar la bahasa Sabah, lucu juga bah….Saya boleh bertutut bahasa malayu Sabah and semenanjung, serta 3 jenis bahasa cina, sikit bahasa kadazan, Jepun dan english….next mungkin korean, hehehe, multilingual good for you…..Mana tahu u sakit perut cari “jamban” org pun faham maksudnya…

Kulit org Sabah bukan semuanya putih. Awak cemburu dengan kulit putih Sabahan ke? Autralian pun putih juga……semua org putih pun kulit putih….tapi ada yg tan. Pergi la buat pembedahan plastik. Tak halang. Tak caci tahu. Hanya beritahu awak sahaja. Ohya, kawan saya org Melayu dari semenanjung kulit pun putih melepak….Adakah awak mencaci dia sekali? Awak suka perempuan berkulit gelap pergi lah cari yg kulit hitam, tak tanya pun…..BTW, saya pun kulit putih dan saya bangga, tak mau jemur2..panasla woi…Kau tak panas ke? Nampak muka awak digambar mcm kontracktor….Hmmm, gelapnya kulit awak…cuba sunblock, nanti kanser kulit kerana sinaran UV…Saya sebagai medical student ingin memberitahu awak yg kulit hanyalah satu lapisan, di bawah kulit itu semuanya sama. Ada muscle, blood (Darah tetap merah, awak punya biru ke?), bone, heart, lung etc….Pergi google, search for skin….mungkin check skin di bahagian picture….n check anatomy, semua sama kecuali bahagian sulit…hehehe…anatomy ba..

Kami juga dah buka shopping mall di sini 1Borneo. Naik taraf dah. Banyak barangan dari semanajung….Sama ada awak tidak kenal brand atau awak memang tak pernah pergi 1Borneo. Kami mana ada hidup segan mati tak mahu.Kami tak harapkan 1Borneo? Lebih kepada Giant la specifically since tpt itulah kami beli barangan harian…..Awak sahaja yg segan mahu masuk ke komplex situ. Awak segan kerana berbuat salah ke? Saya bayangkan awak org yg kuat menghabiskan duit di megamall…Jaga-jaga, itu tugas perempuan, hehehe, seperti saya.

Berkaitan tpt perlancongan, itu lah yang popular maka BALIK-BALIK lah awak akan dengar name tpt pelancongan itu di mulut org. Saya bangga yg byk org mengulangkan nama2 tpt itu. Saya sendiri tidak tahu ada apa di Johor, boleh awak beritahu saya? Seriously, saya hanya pernah pergi KL, Kedah, Penang, Melaka, Thai, S’pore, Philiphine. Boleh beritahu saya apa tempat yg menarik utk kami pergi lawat? Nanti akanlah kami BALIK-BALIK beritahu org lain. BTW, antara ekonomi Malaysia ialah sektor pelancongan….awak caci ekonomi Malaysia ke?

Pendatang asing nak dihalau susah. Bukan kami nak. Tatapi belum ada tindakan walaupun saya nampak ramai pendatang. Saya sokong point awak sini….Haha, awak anti-pendatang ya?

JB bandar yg boleh tidurla…U ingat all people like u Insomnia ke? Kalo tak bole tidur (dah keluar bahasa shortform…..jgn caci tau), minum la milo ke? cadbury choclate drink ke….atau….apa2 je la awak buat sampai tidur….Oh! Saya tahu awak pergi menjejak kaki ke tpt larangan ke? Saya ke KL, Mall ect memang tutup lepas waktu tertentu, kecuali pub, disco etc……cara awak cakap ini mengadu Sabah kurang Pub, k’oke n disco ke?hmmmm…..

Dan kawan awak MOY AREMOY, makan babi tak menyebabkan org jadi bodoh….Hanya org pemalas sahaja yang menjadi kurang bijak, tak jadi bodoh. Perkataan itu sgt…tak patut di gunalah…Kita semua manusia ada otak kan? Saya makan babi dapat juga masuk medical course…..rajin belajar dan bersukan. Badan sihat otak cergas

Buang bayi? Tak usah awak susahkan awak sendiri pasal itu…Itu salah perempuan dan lelaki yang membuat kesilapan, bukan salah negeri menyebabkan mereka berbuat demikian. Malaysia tetap Malaysia. Rakyat Malaysia bebas menjejak kaki di seluruh pelosok Malaysia. Tak boleh kira merempat brother….Sama2 cari duit, di mana ada gula, di situ ada semut. Memandang negeri awak ada kerja kosong tentu org mahu. Jika anda suka, anda boleh bekerja di kilang utk mengganti mereka. Dapatkah anda seorg menggantikan ramai pekerja. Ohya bimbang pasal bayi mungkin awak bolej jadi ayah angkat mereka? Baik fokus ke bayi yg hidup dari mereka…

Saya rasa bersalah kerana org ingatkan awak org Sabah….Kami pun tak mau u jadi Sabahan, tolongla…kan kami dah ramai penduduk tanpa izin…kenapa? u mau join ke jadi setaraf status mereka?

Utk pengetahuan anda, ada lelaki pun masuk dapur tahu, banyak chef pun kaum lelaki….Bukan perempuan sabah sahaja yg masuk dapur malah berjuta perempuan di dunia ini termasuk perempuan Johor pun masuk dapur tahu. Awak pun masuk dapur minum air, makan maggie kan? Awak telah menghina bukan sahaja kaum perempuan tetapi juga lelaki kerana menybabkan kaum lelaki digambarkan sebgai org ganas yg bertindak ganas. Awak mengutuk seluruh kaum perempuan kerana menggambarkan kami kaum perempuan hanya sesuai di dapur jika tidak akan “dikerjakan” suami….Hmmm, cara awak bercakap, adakah anda akan melayan kaum keluarga anda begitu jika tidak pergi dapur memasak? Anda dah kahwin ke belum? Nanti isteri mengandung, awaklah yg masuk dapur….atau awak nak memaksa isteri awak yg sarat mengandung utk masak? Fikir…..Saya tak hina tahu, hanya bertanya.

Kawan awak HARITH NOTNORMAL itu, memang la dia tak normal, tidak ke jelasnya nama nya NOTNORMAL…..Perlu jumpa kaunseling. Tidak lah saya marahkan Harith, betul katanya kita perlu open mind. Memang Sabah kurang maju, sedang dimajukan lah ini. Rumah masuk pencuri perkara yang sering berlaku. Tidak ada apa2 yg melucukan….Saya berharap rumah saya tidak di masuk pencuri…Tapi memang juga betullah cakap Harith, memang kurang update la Sabah, apa boleh buat…….Hutan belantara banyak sangat, ingat jalan ke Kudat lurus macam pembaris ke? Naik turun bukit. Foster family saya pun ada di Kudat. Susah la nak update….bukan salah sabahan…boleh tolong salahan keadaan geografi sabah? PS: Saya pun harap Sabah cepat mempertingkat..hehehe.. tapi tak dapt buat sekali gus…nanti semua runtuh kan? sabar2 la….

Kami tercegat depan komputer? Sembahyang? Jgn bimbang, saya memang suka berdepan di komputer, baca fiction, main game…..keybord rosak? Tak usah bimbang, rumah saya kaya dengan komputer…utk pengetahuan anda saya akan dapat another new laptop next week, brother, sia happy tau. Ohya, brand kumputer saya yang baru Sony , branded juga kan? Rumah dah ada Acer, and dell…mungkin HP utk next kumputer….hehe..Shhh..Kaya rumah saya, tak usah bimbangkan kekurangan keyboard.

Kami org Sabah dah kira bersabah apabila berdepan dengan org macam awak, kami belum pun membuat tindakan fizikal…Itulah hanya marah dengan guna kumputer, takkan awak nak kami pergi rumah u dengan rombongan org Sabah dan marah awak? Sponsor air ticket?

Lagi satu, kami tak paksa awak ke Sabah….Jika awak rasa tak suka lain kali jgnlah datang….Awak tak cukup duit nak melancong luar negarake? Hmmm, saya pernah melancong dengan cruiser and airplane ke luar negara…saya org Sabah pun mampu, awak tak mampu ke? Taklah menghina, tanya sahaja….Hmmm, check di Airsia, selalunya ada tawaran pakej hebat.

Ohya, berkaitan bahasa kesat, bukan semua org gunakan nya, saya tak gunakan pun, ….Saya dengar bahasa ini bukan di Sabah, malah luar Sabah pun ada, luar Malaysia lagi dasyat….apa boleh buat, mulut di muka org. BTW, adakah awak perasan bahawa awak pun telah menggunakan bahasa kesat itu semasa awak manaipkannya?

Kampung tak hodoh macam srang tikus tahu….ish ish ish, utk pengetahuan anda pada permulaannya, manusia yg tak berumah pada zaman dahulu pun tinggal dalam gua tahu. Kampung kami berumah papan ada yang batu…..ada sawah etc, bukan semua org boleh bina mahligai tahu. Pls understand keadaan org tak berduit. Hmm, u tak sensitif sangat dgn kewangan org yg susah ke? Jika awak bimbang isu kampung, mungkin awak perlu hulurkan derma..BTW, awak pernah tengok sarang tikus ke? Di rumah awak? Cuba poskan? Saya tak pernah jumpa saeang tikus tapi pernah jumpa tikus. Pernah pelihara hamster juga tahu..^^

Saya sebagai org Sabah dan org Malaysia, harap awak lain kali janganlah poskan benda yg buat org dapat darah tinggi (check hypertension), dah tahu pos tu akan menyakiti org mahu juga awak buat……Saya banyak kawan dan ramai juga dari semenanjung termasuklak negeri Johor. Tahukah anda betapa kecewa dan malunya dia selepas baca mesej awak. Lain kali, jumpa pihak kaunseling atau pun tulis dalam diari…..atau ada apa yg berlaku di sabah serta masalah yg dihadapi tlong beritahu polis, atau pihak tertentu……hmmmm….

Saya doakan agar kelakuan awak akan dimaafkan oleh org ramai, lebih2 lagi di waktu raya ini

Selamat Hari Raya…

Reply

42 sunglasses September 13, 2010 at 12:32 pm

penerangan panjng lebar dari saudara SAM (saya anak malaysia?)
Logik dan betul semua kata-kata saudara SAM kesimpulan yang dapat dihuraikan buat apa mau gaduh2 kutuk2 negeri orang lain? xdapat apa2 keuntungan selain menjadi bintang bidan terjun sahaja hehehe
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

43 S.A.M. September 17, 2010 at 11:10 am

hehehe, saya rasa guna logik lagi baik daripada kutuk dia lagi….nanti, bergaduh satu Malaysia susah juga…

Saya faham, sebab ada juga kawan satu course dtg dari semenajung n always complaint about the food taste…..Memang kita akan komplain, lebih2 kalo rindu runah kan….cuma tak paham napa en. Lucas amat…kalian tau la apa terjadi kan….Sebenarnya ingin pi sana tampar juga la…nasib baik sia masi study…phew….lebih2 lagi hina perempuan “betina”…wow….Saya perempuan lo, mana mau dengar itu kan…

SAM= S nama saya, A nama bapa, M nama datuk…Bukan saya anak Malaysia…hahaha, tapi ngam juga ba kan, memang sia anak Malaysia pun…hehehehe…

panjang lebar tu sebab sia balas semua yg dia tulis d FB tu….

Reply

44 tineii September 14, 2010 at 1:00 am

hahahaha… Harith NotNormal ka? sia ada surf tu nama di d internet owh.. he say sorry.. cuba buka nih.. http://www.facebook.com/photo.php?pid=316487&id=100000395858219#!/pages/Sorry-from-me-Harith/115952671792869

sia copy paste ja apa dia type..

Sorry from me Harith + others
Sorry from me Harith
Just others

Sorry from me Harith Saya yang telah mengguris perasaan (terutamanya rakyat sabah), ingin meminta ampun dan maaf…dan saya mengaku kesilapan saya…Terima kasih atas nasihat dan komen2 dari pengguna FB lain….sekali lagi…saya ingin meminta maaf atas keterlaluan saya…. -.-
05 September at 22:02
4 people like this.
View all 38 comments
RECENT ACTIVITY
Sorry from me Harith joined Facebook.

yg ni di siring2 sebelah kiri bawah profile picture tu bah.. apa org panggil tu ah/? sia tidak tau owhh..

Ini adalah page rasmi Harith NotNormal yg telah menghina sabah di dlm group
http://www.facebook.com/group.php?gid=317484081516

Nama group di ilhamkan oleh salah seorang pengguna FB yg memberi komen

Aku patut delete or biarkan post2 aku tu??

Reply

45 S.A.M. September 17, 2010 at 11:13 am

sia pun dah baca yg dia minta maaf….kesian juga ba. Maaf je la….tak bole dendam juga nanti sakit hati sendiri…terpulangla kpd dia mcm mana Harith lihat Sabah, walaubgmana pun, Sabah tetap tanah airnya..

Reply

46 joy September 14, 2010 at 11:04 pm

sya skong ko bro s.a.m.tpi klau c luca lucas mo skolah di sabahnese, sya rasa di BUKIT PADANG ja yg ngam.

Reply

47 joy September 14, 2010 at 11:21 pm

AMARAN PERTAMA N TERAKHIR!!!!!!!!!!!!!(TO MR LUCA LUCAS)
SATU KALI LAGI KO HINA SABAHAN SAYA DATANG PIGI JOHOR,SAYA BAWA GANJAU PI TMPAT KO.

and satu lagi mr adamm fikiran sempit okey not otak sempit,amacam kat semenanjung pun banyak sekolah jgak kan,tpi sya rasa smua skolah penuh,jdi sya sarankan ko pigi lah msuk tanjung rambutan,ya bro,ndak ba sya men2 ja ba 2, sorry ar………
selamat ari raya aidilfitri,maaf zahir n batin……

Reply

48 S.A.M. September 17, 2010 at 11:18 am

hehehe….thanx yo…

saya sebenarnya dah marah kat dia di FB, mungkin kesat sikit juga la….harap endak juga la…dah pun lupa apa yg sia taip d FB…

SAya pos sini dulu, tapi lepas tu adik mak tiri saya cme n read dia meletus pula, sampai sia pun tertiup api…..berang sampai marah dia lagi patut di sebat….kalo kamu org terbaca la post sia kat FB…hehehe…tapi saya masih rase mr Lucas perlu minta maaf la….

Mmg dendam marah tu dasyat ya…saya pun kalo bole tak mau mcm tu..tapi senang betul dpengaruh juga oleh aunty sia….hmmm, mungkin kerana saya dah tiba minggu “emosi” haahaha….

Reply

49 xul September 13, 2010 at 7:18 pm

betul

Reply

50 xul September 13, 2010 at 7:24 pm

aku setuju dengan SAM,Luca lucas merosakkan konsep 1 Malaysia.orang macam ni makin suka hati dan gembira kerana dapat menyakitkan hati orang lain.SADIS punya orang ohh..tak takutkah keturunan dia akan datang merana.dunia ini bulan ,hidup kita pun bulat berpusing.jadi apa jua perbuatan kita sama ada baik atau buruk pasti ada balasannya.

Reply

51 xul September 13, 2010 at 7:50 pm

sakit hati bah dia tuh….air mata dia penuh dah dibantal busuk.bukannya 1 atau 2 orang kutuk dia.beribu orang..bah.tension…harap2 dia menyesallah atas perbuatan dia.aku pun hairan apa macam orang macam ni dapat APC.nasib baik C17 ahh…kalau jusa c..mati orang bawahan berperang.sebab ini Luca Lucas suka melaga-lagakan orang.Boleh dia cakap org Sabah dan Kelantan bergaduh.Dulu masa aku sekolah kat KL bestfriend aku orang2 Kelantanlah.Susa dan senang kami sama2 tanggung.Itulah orang bilang pengalaman.Mungkin juga LL ini tiada kawan kot?Bahasa orang jangan dihina , itu bahasa tempatan masing-masing..apa boleh buat bahasa ibunda.Kau LL apa bahasa yang kau pandai ? Tunggang terbalik juga bahasa kau tuh…perosak bahasa…Isu kulit orang , putih atau hitam..apa boleh buat lahir macam tuh.terimalah diri seadanya.dah lahir kulit putih atau hitam bersyukurlah kerana ada kulit.apa kau sakit hati pasal kulit orang.penggunaan betina…kesian yah..Luca Lucas kau lahir dari BETINA ( perempuan bagi istilah Si LL ).No women , no cry…ketulahan menghina perempuan sebab kau dilahirkan oleh perempuan.Menghina negeri orang adalah salah…terus terang saya katakan inda terfikir saya menghina negeri orang sebab kita tetap 1 Malaysia.Habis round saya Semenanjung Malaysia , aku tengok sama jah di Sabah.Ada kekurangan ada kelebihan..tapi buat apa2 mahu diperbesar-besarkan…tiada pulangan.Harap LL bersabarlah yah…orang tengah mengutuk ni..sebab kau sendiri yang mulakan.

Reply

52 rjlyn September 30, 2010 at 5:33 pm

Btl tu..bhsa org jangan d’hina..bhsa sbh tdk standard dia kata? kalau subjek BM, org2 sbh la yg paling champion dlm sebutan. mgkin dia tdk tau kali arr. sejarah bhsa melayu pun dia tdk tau la tu.. bahasa baku sbh sama la dgn bhsa Johor-Riau. Sepatutnya dia org Johor, takkan dia tdk tau psl tu? kecian juga dia. Bgs suruh la dia buka buku, check psl bhsa baku. serve d internet ka.. pintar kan dia. tp tdk berpengetahuan. takkan org sbh tau sebutan baku b’asal dari Johor, tp dia yg mengaku2 dari Johor tdk tau? isk3.. Memang ramai guru2 dari semenanjung d’tempatkan di sbh. yg mengajar bhsa melayu pun ada jg dari semenanjung. dorg la jg yg b’bangga sebab sebutan org sbh excellent.. cuba la tengok & dengar BERITA tv3. hari2 dorg guna bahasa baku.. bhsa sabah la paling standard. kalau org2 sabah b’ckp dgn org yg b’asal dari sabah, memang la logat tu lain. tapi, bila org2 sbh b’ckp dgn org2 dari semenanjung/srwk, dorg guna bhsa baku. sesetengah org b’asal dari semenanjung/srwk yang mempunyai teman dari sbh, dorg akan faham bahasa/logat yang digunakan oleh teman2 dorg. Mungkin si Mr. LL ni tdk memahami bah. apa boleh buat.. setiap negeri mesti ada logat masing2.. tdk payah la telampau mau bangga2. 1Malaysia..pelbagai bangsa, berbilang kaum & etnik. So,..paham2 la bah… byk logat juga kan. logat di sbh ni pun bukan 1 saja.. byk jg. tp org2 sbh pun tdk jg kutuk mengutuk psl logat yang ada di sini. ok ja ni.. kdg2 kalau kwn2 yang b’lainan kaum pun ikut jg b’ckp guna logat kaum yg lain. cthnya mcm kaum bajau. dorg blh ikut logat kaum dusun. begitu juga sebaliknya.. ada jg kaum dusun tau b’bahasa bajau, dan kaum bajau tau b’bahasa kadazan/dusun. begitu juga dgn etnik2 yang lain di sabah ni.. sepatutnya Mr. LL harus b’bangga dpt mengenali kaum & etnik org sbh. bukan mengutuk xtentu pasal. Kita doakan saja Mr. LL agar hati, perasaan & fikiran dia sentiasa terbuka & +ve..^^,

Reply

53 xul September 13, 2010 at 7:58 pm

Nanti kawan2 saya datang cari kau ah..join diorang makan2 sana kedai makan..ah..kami tahu sudah tempat kau kerja tuh.diorang mau salam tabik sama kau..kau faham2lah tuh ..ah

Reply

54 S.A.M. September 17, 2010 at 11:20 am

hahaha, lucu la awak ni…..hehehe…salam tabik tu salam salam ke?

Reply

55 encikbeliau September 14, 2010 at 12:36 am

walaupun apa yg dikatakan lucas tu benar belaka mengenai infrastruktur di negeri sabah tetapi beliau tidak patut memperkecil2kan apa yg ada disana dan beliau juga tidak patut menghina percakapan dialek org sabah…apa yg ada dinegeri sabah juga ada dimana2 negeri dibawah negara malaysia..jadi , janganlah dibangga sangat dengan negeri johor..ini kalau pakar sejarah selak balik sejarah johor , mau malu satu negeri!

udah2lah…tak guna menghina sesama kita.. buat malu dek org luar saja!!!
encikbeliau recently posted..Hari Raya Yang Begitu IstimewaMy Profile

Reply

56 Sara September 15, 2010 at 2:12 pm

apa c LL ni ndak fikirkah sebelum berkata2? nah, tengoklah sekarang dia juga yg susah.. lpas 2 negeri dia pun sush.. mcmanalah gagasan 1 malaysia tu t’capai klu b’laku hal2 begini? klulah msyrkt kita berpecah belah [minta2 tidak] rasa2nya, dptkah c LL tu memulihkan semua, tidakkan?

Reply

57 Fuchii Kawaii September 16, 2010 at 7:51 pm

Luca Luca dah hina negeri Sabah..tapi kita tidak seharusnya mengutuk dia kembali…jgan lawan kejahatan dgn kejahatan..kalahkan kejahatan dgn kebaikan…setuju sngat dgn post ni.. :-)
Fuchii Kawaii recently posted..113My Profile

Reply

58 Lockon September 18, 2010 at 1:45 am

Adei…… ne ka teladan orang2 dewasa kepada kami eni……. sya pn orang sabah tp tak la jga nak kutuk…… tp klu gni la teladan orang2 dewasa kpada kami ne…generasi seterusnya……aduyai!!!! aq pn tak tau la pa jd gn malaysia ne nnt…….

Reply

59 ako September 20, 2010 at 1:03 pm

adui…c luca lucas ni mlampau btl…brpljrn jak tp x brotak! bru c17 sdh tmbirang hbis…tlnglah lucas, x da faedah ko wt smuani, ko jga 2 yg rgi…. buang msa ko jak 2, mgkritik ngri org, bnyk btl kli phalamu kan, 2 lah ko mau wt dosa…bodoh btl!!! org mcm ko ni, x blh d respek lnsng!!!n lngsng x lyak jd calon pkrja cmrlang… adui….hahahahah ksian jga kmi smua tgk ko ni lucas… KSS kli kan…hahahahahahhhaahhahah, bgus ko bnykkn brdoalah, sblm apa2 mnmpa drimu, krana mlut, bdn binasa….law brckp, ko fkir dlu bh, gna otkmu, jgn gna lututmu!!! hahahahah lucas2

Reply

60 Kyesha September 28, 2010 at 1:58 pm

Salam n Salam sejahtera pada semua,

Terkilan saya dgn LL ni… walau apa pun Sabah tetap kaya dengan budaya yg berbilang bangsa. Biar kami mundur tapi kami semua bersatu. Tidak semua orang d dunia ni BODOH dan tidak juga PANDAI. Yang kita mesti jaga ialah BUDI BAHASA. Apa guna kalau kita iklankan supaya berbudi bahasa sentiasa kalau kita sendiri tidak turuti. Cermin diri sebelum mengata orang. Hidup mesti jujur. Jangan cakap pasal ilmu agama kalau diri sendiri pun tidak laksana kan. Orang islam yang hidup berdasarkan Al Quran tidakkan BERKATA-KATA seperti LL. Munafik namanya tu.

Meninggi diri amalan syaitan(Betul kah.. hehehe~)
This is my experience with Europe people. They say that sabahan people was very friendly, helpfulness and more. What are you expect about that?. Just came here and try this experience with us. We will delight you more if you really respect others. we aren’t look at you level, what do you look like n what is colour of you skin?. We are human being so just be your self as you can LL.

Semua orang buat kesilapan. Dari kesilapan kita akan perbetulkan.
Tiada yang mustahil dalam dunia ni. Tuhan itu maha satu..

Reply

61 Ish ketambola September 28, 2010 at 2:27 pm

Dia hina,ska ati dia la..ak xda mslh dia hina sbh,malah ak bangga lg jd urg n d bsar n lhir d sbh..dia jeles tu jhor xbesar mcm sbh..hehehe..urg mcm tu xda lma hdp senang..1ari nti dia trma blsn yg s’timpal tau lbh truk lg..biarkn la dia ma jb dia tu,sbb jb tu no1 knun,ak mau cbar dia,klu brni kutuk la m’sia 1x..ngri2 lain,ktuk la..luca lucas..dgr x..ktuk m’sia la..ak cbar ko..klu ko ank jantan..ktuk sbh apa hal..sbh pn dlm m’sia jgk,sma jgk ngan jb,jhor..klu tkt jgn tgal d jb la…

Reply

62 ann September 28, 2010 at 11:15 pm

MR LL da buat kenyataan mohon maaf? ble pakai ker lepas dia kutuk sabah habis2an?? ikhlas ka 2? atau terpaksa? wahhhahahaha kerana pulut santan binasa kerana mulut yg celupar terima lah padahnya… lain kali sebelum cakap pikir dulu wajar ka x..nie tidak main ikut sedap mulut jak mengutuk orang sabah…
Mb dia tia nampak klebihan sabah bah tau, jelous sebab sabah nie unik banyak adat resam yg masi terpelihara, pusat pelancongan yg menarik n orang2 yg baik2 n ada prinsip kan kan kan kan…. paling penting kita d sabah hidup dengan aman wlupun berbilang bangsa….itulah kebanggan kita…I LoVE SABAH…Bah…

Reply

63 del October 2, 2010 at 6:27 am

yezhhhh…ranau bleh…

Reply

64 LavenD September 29, 2010 at 11:47 pm

Walaupun saya tak ikut sangat perkembangan komen si Luca Lucas ni, tapi saya rasa best la isu ni kalau dibincang. ada pros & consnya. hehhee
Nampak dalam FB ramai yang tak puas hati dgn Luca Lucas, termasuklah beberapa org my fren.. Tapi bila tanya dorang, da report dgn SKMM atau tak, dorang cakap dah guna anonymous ja. hahhahaha
Apapun saya harap hal ni dapat perhatian la. Paling tidak pun ada hero/heroin Sabah yang akan berdiri dan tampil kepada SKMM utk minta hal ni diberi perhatian :)

Reply

65 DD September 30, 2010 at 4:12 pm

luca luncas,kan dah susah sekarang..kenapalah… ko cari masalah..nak tarik kata2 pun tak dapat dah..semua dah terhambur….ko kena kutip satu persatulah kata2 ko balik masuk dalam mulut ko yang celupar 2..

Reply

66 del October 2, 2010 at 6:26 am

i wanna kill luca lucas..kill…KILL… ank cucuk hdung dia guna rambut…biar dia bersin banyak kali sampai mnta ampun….

Reply

67 sial punya luca lucas November 14, 2010 at 4:22 pm

sial pnya luca lucas~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! walaupun k0e kc masuk surat khabar yg ko minta maaaf dgn kami(org sabah)~!!!!!
1 org pun xda yg nak maafkan k0e~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!s0ry je lah~!!!
maaf yg k0e heb0hkaN d srat khabar dgan hajat meminta maaf i2 xda s0rang pun yg akn maaf kn k0e~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!FAHAM~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tiada maaf bagi org mcm k0e~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tng0klh pembalasan k0e nti~!!!!!!!!
kmi org sabah mengharapkan balasan untuk luca lucas@iblis~!kna masuk pnjara& gantung sampi mati~!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!~biar dia rasa~!!!!
kal0e x pun>biarlah da kna iktiraf untuk byar negeri sbh sbnyk rm1000.000 milion
utk kc maju ne sabah~!!!!sapa suruh m0e mnghina sabah~!!!

Reply

68 punk December 28, 2010 at 10:25 am

woiy lelaki pengecut..lu pikir jb bek sgt ker hah..kat sna la sarang maksiat bkn je sarang lebah

Reply

69 Head Hunter April 8, 2011 at 4:33 pm

“Mungkin betul apa yang dikatakan, tapi janganlah sampai mengganggu ketenteraman atau sensitiviti orang lain.”

Excuse me mr.blogger,where you from?? the way you said “mungkin betul” means you did judge us (sabahan) like saufee sehat did,you know nothing about us (sabahan)you guys (especialy semenanjung people) only know how to insult us.so please stop,let us be on our on.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: