Salam semua, first nak bagitau dulu, entri kali ni mungkin agak emosional sedikit. Maklumlah ni melibatkan luahan hati dan perasaan. Kena dengan pengakuan ikhlas tentang apa yang pernah terjadi antara kami. Jadi budi bicara pembaca sangat-sangat diharapkan.
Bagi yang bercinta, tentunya pernah merasai suatu detik yang cukup indah untuk dikenang bersama pasangan masing-masing. Tak kiralah dengan isteri atau kekasih. Ada yang kata jika kita punya cinta yang cukup mendalam, maka kita akan lupa kepada orang lain atau perkara-perkara yang lain. Namun sebagai manusia yang punya kelemahan, saya sangat lemah dengan godaan. Hingga saya terpaksa membohongi diri sendiri dan menyakitkan hati orang lain.
Entahlah saya sendiri tidak tahu sejak bila ia bermula. Tapi yang pasti segalanya berpunya daripada kehadiran pihak ketiga. Dialah yang membuat saya lemah. Bohonglah jika saya tidak tertarik dengan tubuhnya yang seksi. Tergoda dengan belaiannya yang sangat mengasyikkan setiap kali saya mendakapnya, jauh berbeza dengan sentuhan yang pernah saya rasai sebelum ini. Ditambah lagi dengan satu perasaan yang memang mendebarkan setiap kali saya mengeluarkan ‘accessories’ bersaiz 300mm dan mengenakan ke tubuhnya.
Fuh, memang betul-betul menggoda Nikon D90 ni sampai saya terpaksa menduakan Canon 1000D yang saya miliki tahun lepas.
Tapi tu bukan curang namanya. Memang dah masuk wish-list barang yang nak dibeli (boleh tengok sini). Tapi sayangnya saya tidak dapat model (Nikon D300s)yang diidamkan sebab habis stok. D90 ni pun tunggu sehari baru dapat. Cuma yang untungnya, D90 dah turun harga. Kalau di Kota Kinabalu boleh dapat dalam RM3400 termasuk body dan standard lens (AF-s Nikkor 18-105mm). Mungkin tempat lain lagi murah.
Dan memandangkan harga D90 ni lebih rendah daripada harga yang disasarkan, saya tambah sebijik AF-S VR Zoom-Nikkor 70-300mm f/4.5-5.6G IF-ED. Harga sekitar RM1900. Ni lah sebenarnya ‘accessories’ bersaiz 300mm yang dikenakan ke atas body D90 tu… bukan yang lain-lain, hehe.
Dengan adanya D90 ni, anak lelaki sulung saya langsung tak nak lepaskan lagi 1000D tu. Nak buat macam mana, dah minat memang sama. Sekarang ni pun dia dah tahu banyak function kamera tu. Bolehlah nanti keluar tangkap gambar sama-sama.
Itu sajalah kisah godaan si D90 yang menyebabkan saya menduakan si D1000.. Rehat kejap, nak belai-belai dia. Hehe..





{ 57 comments… read them below or add one }
wow! memang mantap..
.-= Encik One´s last blog ..Pengajaran yang aku dapat dari Rafiqin Darwisy =-.
haha, apa yg mantap tu bro.. yg penipuan atas ke? hehe
erkkk..berdebar baca tajuk entri ni tadi..
kusmangat..pulangkan lah semangat pahlawan wanita yang terbilang,kembalikan semangat tun teja dan puteri gunung ledang! fuhh..kan dah keluar mentera!
p/s perghhh godaannya..memang patut la kalau diduakan..
.-= cikmin´s last blog ..Semalam Sejarah Tercipta =-.
hehe, dapat idea dari kawan sebenarnya cerita ni.. dia cerita pasal tidur dgn pasangannya. Ingatkan orang, rupa-rupanya sekadar iPhone
hahahaha. igt bebtol la citer curang tadik
terkejot gak berani pulak tulih kat belog…
rupa2nya… huahuahauhua, aku tertipu!! adeesshhh~
.-= aisha´s last blog ..MASALAH UTAMA DALAM BERBLOGGING!!! wuwuuwuu~ =-.
Memang curang pun, tapi bukan curang dgn isteri.. hehe
suspen jer baca entry ni.. tak kan la pulak..memang mengoda pun.. harga pun mantap gitew..
.-= uda´s last blog ..Tips Mengenal Tangisan Bayi =-.
Memang tergoda, pasal tu sanggup curang dgn yg lama..
ingatkan curang dgn sape la td..
adeshh..
cun2 kamera tu..
hehe, curang dgn kamera je.. hehe
hahaha…
saabar jer…
baru plan nak bg komen kaw2…
.-= DaHLia´s last blog ..Sofea Jane – Black =-.
Fuhh, lega..
kalau kena komen kaw-kaw tadi mesti panas telinga baca.. hehe
sungguh jeles dgn org2 yg ade camera canggih2 ni…
.-= dilot´s last blog ..jus manggis untuk kurangkan senggugut dan tenangkan emosi anda =-.
xpa, ada rezeki nanti dilot pun boleh dapat jg apa yg diidamkan..
wah anak ngan ayah sama hobi best aa camni.. bleh tengok sapa lagi pawer amik gambar
.-= eiman´s last blog ..Slot Akasia: Adamaya Lakonan Lisa Surihani, Mampukah Menyaingi Na O Mei? =-.
Mungkin 2-3 tahun lagi anak dah mengalahkan ayah dia.. hehe
wahh jelesnye kita
bila la kita mampu beli benda2 ni dgn duit sndri.. huhuh skrg ni klu nk beli, kena fikir 2-3kali sbb duit kena guna kt bnda lain dlu,, hanbags? hahahahhaha
.-= arieza´s last blog ..::: Bila Aku Mengomel… =-.
kejap lagi abis study n dah kerja, mesti boleh beli guna duit sendiri, kan?
waa..bestnyer dpt D90..bila la nak dpt beli ni..huhu
.-= Bb Hussain´s last blog ..Spaghetti Bolognese & Sambal Gulai Tempoyak =-.
InsyaAllah ada rezeki, mesti boleh dapat..
terliur melihat lens tu
Ada lagi 500mm bro, harga dekat RM5K, hehe
Kalau dah terjebak dengan dunia fotografi ni memang tak boleh nak elak, wajib guna kamera SLR
Sekali-sekala labur duit utk benda yg kita minat, tak salah juga kan, daripada labur buat kilang dadah, hehe
pehh permulaan entri memang triller,hehehe rupa-rupanya dah beli lagi satu kamera yer bro
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.
saja tu bro, nak tukar mode penulisan, hehe
anak sulung bro kulanz umur brp tahun? saya pun teringin nak ada DSLR ni, tapi tak reti la nak adjust2 setting..
Anak sulung tu 6 1/2 tahun..
tak juga pandai sangat setting tu bro.. tp kalau setakat yg asas tu boleh jugalah..
wah D90, idaman ku, insya Allah akan menyurusi langkah bro kulanz…:D
.-= etomyam´s last blog ..Filem Melayu: Semerah Cinta Stilleto =-.
Moga tercapai impian bro, Amin
samalah kita, telah berlaku curang juga…
tapi dgn canon 500D jer…
tgh memantapkan dana utk tambah aksesori yg bleh menyebabkan kecurangan itu bertambah manis…hehe
.-= ejam´s last blog ..Sampainya hati kau MENIPU aku =-.
500D okey, jauh beza dgn 1000D tu..
InsyaAllah ada rezeki, boleh dapat jg tu bro..
Aku tak sempat baca abes post ni, tapi bila nampak 300mm tu aku dah dapat agak. Ni mesti DSLR. Muahahaha.. Cayalah beb.. Welcome to Photography World.
p/s: Salam kenal dari Baloot.
.-= Baloot´s last blog ..10 Tutorial Untuk Website Developer Merekabentuk Blog Wordpress =-.
baru nak belajar ni bro.. tak pernah dapat ilmu secara formal..
Tak perlu dapatkan ilmu secara formal. Baca je tutorial kat Internet ni. Hehe. Aku belajar Photoshop pun tak secara formal. DIY. Lagi best sebab takde sape nak marah nak wat apa-apa pun. Cuma kadang2 orang cakap nak menuntut ilmu kena ada guru kan, nnti ajaran sesat lak. Hehehe.
Sekarang ni, Google je yang menjadi GURU. LOL.
.-= Baloot´s last blog ..10 Tutorial Untuk Website Developer Merekabentuk Blog Wordpress =-.
Betul tu, selalu juga berguru dari pakcik google, problemnya kalau ada yg tak paham, kena cari juga guru lain, hehe
aku dah makin jeles ni..haha
kejap lagi nak kerja dah tu bro, dapat gaji nanti bolehlah beli, hehe
ala bila nak beli macam bro nie… kwang2.. .
.-= zik´s last blog ..Wikipedia bukan sumber rujukan yang sahih?? =-.
ada rezeki nanti bro, kalau minat mesti dapat juga tu
salam.
Ingatkan apa tadi. Bestnya dapat baru. Macam mengidam ni sejak bulan lalu..nak juga tapi lum ada rezeki..hehe Tahniah
hehe,
betul tu, ada rezeki nanti mesti dapat juga
erkkk. knpe bgitu??. haha. adih la ingt kes curng2 r ni. bnci aku! =P
btw congrat. bgi aku belai2 jgk =P
.-= acapz´s last blog ..Menghantar ASCII Art Pada Yahoo Messenger Dan Myspace IM Dengan Art Sender =-.
haha, curang dengan kamera yg satu lagi bro, tak curang dgn isteri..
ala bg anak ke.. baru ingat nak mintak 1000D tu.. ce.. cam dapat hahaa..
igt tul2 curang tadi.. suspen jerk..
Anak sulung tu dah tak nak lepaskan lagi kamera tu.. kenalah bagi dia..
hehe ingatkan apa tadi..terkejut baca title..hehe..
mmg menarik dan cantik dslr tu..wahh bro kulanz kalo minati betul sanggup beli lagi ek..tahniah bro..cita2 bro tercapai lagi hehe…belanja satu bro ? ekeke
.-= Nine´s last blog ..Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai =-.
Memang dah minat bro, tu yg laratkan diri beli lagi satu..
nak belanja DSLR ke bro, boleh tu, hehehe..
Walau mantap pun tak boleh la menduakan istri
.-= jawatan kosong´s last blog ..SHELL JOBS VACANCIES ENGINEER 2010 =-.
Menduakan isteri tak adalah.. sekadar menduakan kamera je, hehehe
Yang lama tu bermadu atau cerai talak satu?haha..lain brand lain quality kan?
Memang ada beza juga kedua-dua tu.. kena belajar dari A lagi pasal nikon, sbb tak pernah guna sebelum ni
wah…suspen je permulaan..hahaha, yg lama tu bak mai kasik kt aku
haha, suspen ke? saja bagi tajuk gempak sikit konon, hehe
Kreatif jugak penulis blog ni.
.-= Phazli´s last blog ..Pembodek membodek yang dibodek. =-.
Saja buat kelainan sekali-sekala, hehe
salam,bro kulanz dah lama tak masuk blog bro kulanz sebab kesibukan melanda diri ini.. ayie tertipu dengan entry ini.. ingatkan pasal apa rupa-rupanya pasal kamera adess terkencing ayie..