Awal pagi, semasa perjalanan dari kampung ke Kota Kinabalu, Siaran Radio Hot FM jadi halwa telinga. Memang itulah kebiasaannya. Selain Muzik FM, Hot FM adalah pilihan utama untuk didengar semasa perjalanan yang panjang.
Topik hangat yang dibincangkan awal pagi tadi di Hot FM adalah berkenaan Paul, si sotong yang kononnya mempunyai magic dalam meramal keputusan perlawanan bola sepak piala dunia.
Berdasarkan apa yang saya dengar di Hot FM tadi, tahun ni Paul agak popular sebab berjaya meramal 100% tepat untuk 6 perlawanan melibatkan pasukan German, negara tempat tinggalnya. Berbeza dengan tahun 1988 (kalau tak silap), di mana Paul hanya berjaya meramal dengan ketepatan 80%.
Apa yang menarik perhatian saya bukan semata-mata keupayaan si “Magic” Paul dalam meramal tetapi respon orang ramai pada sotong kurita tu. Ada yang percaya dengan ketepatan ramalannya, ada yang mengatakan ia hanya secara kebetulan, ada yang mengatakan gambar ramalan (terutamanya yang melibatkan perlawanan Jerman dan Sepanyol) sebenarnya telah diubahsuai (fake). Tak kurang juga dengan ugutan bunuh ke atas Paul daripada peminat-peminat Argentina dan kemarahan rakyat Jerman sendiri sehingga mereka membayangkan yang Paul memang sesuai dimasak dengan menu tertentu.
Saya sendiri tidak pasti sama ada keupayaan Paul dalam meramal itu benar atau tidak. Jika benar, mungkin ia adalah kelebihan haiwan yang memiliki naluri yang tidak ada pada manusia. Jika tidak, mungkin ia hanya dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan. Maka di sinilah pentingnya manusia berfikir secara rasional. Takkan pula hanya kerana ramalan, haiwan itu sampai diancam bunuh. Terlebih fanatik! Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
…dan berita terkini di myMetro yang saya baca, Paul akan membuat ramalan untuk perlawanan akhir bola sepak piala dunia yang melibatkan Belanda dan Sepanyol. Ramalan pertama yang dibuat oleh Paul pada tahun ini yang tidak melibatkan perlawanan negara German. Tengoklah sama ada ramalan Paul tepat atau tidak. Apapun keputusannya, jangan ada yang sampai tidak terkawal nanti.



{ 22 comments… read them below or add one }
sobss..paul pilih spain…
p/s lanz..mau minta tolong ajar buat subdomain..boleh ka?
cikmin recently posted..Air Laxsamana Mengamuk
Boleh cikmin, xda masalah..
salan lanz..bila free nanti mesej cikmin ya…
cikmin sudah pakai wp3.0 tu..tp setiap kali kita update posting..ada sesuatu berlaku..tp posting tetap boleh.
http://cikmin.com/wp-content/uploads/2010/07/error.png
cikmin ada minta tolong sama wazy..dia kata mungkin ada kaitan sama header..help me pliss..

cikmin recently posted..Juara Piala Dunia 2010
salam cikmin,
mmg ada problem dekat header tu..
selalunya disebabkan whitespace/blank space sblm tags tertentu..
Tulah.. kat berita TV3 tadi ada burung pulak yang buat ramalan memilih NED bakal juara tahun ni.. hehe..
Azuan recently posted..Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs Spain
ada burung plk, macam-macam.. makin ramai yang nak tumpang popular sempena piala dunia ni
A’ah bro.. burung dr singapore rasanya.. maybe betul lah tu nak tumpang popular…
Azuan recently posted..Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs Spain
hahaha, lepas ni jangan ada negara yg nak ambik si paul tu jadi coach bola diaorang sudah lah…hahah
aku rasa sotong ni dah di train dengan warna lah:D
etomyam recently posted..Tawan Bakal Menantu Guna Ilmu Hitam- Apa Pandangan
kalau ada yg sanggup ambik c paul tu jadi coach, tu dah fanatik sangat dah tu..
sotong tu tak tau pun ada manusia berebut bola dan piala di afrika selatan
pandai2 penjaga dia je semuanya
tehr recently posted..Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang
tu lah, kalau sotong tu boleh cakap, lama dah dia cakap yg manusia ni dah dipermainkan..
teringat sebuah lagu…….”ramalanmu benar belaka”….
tp kita tak boleh percaya pada ramalan kn. Bukankan ianya syirik sama seperti tukang tilik?
Wallahu’alam…..
iza recently posted..Cara Pasang Recent Posts Slider Tutorial
lagu yang Amir nyanyi tu ke? hehe
ramalan tu bergantung pada keadaan juga rasanya.. kalau setakat buat ramalan/hipotesis sains, rasanya boleh juga
aku tak caye … manipulasi je kot
sama juga.. akupun tak percaya ramalan sotong tu..
hoho.. klaau spain menang..
alamatnya ramai la berebut dak paul tu… huhu
Berita Harian
Shah recently posted..Marwijk sedia lebur rekod lampau
boleh juga tu masuk rekod dunia tu, haiwan yg kena culik gara-gara jadi tukang ramal.. hehe
kebetulan je semua tu, tak yah percaya la.. haha
Mr.Z recently posted..Bila Seekor Sotong Berbicara Mengenai Piala Dunia 2010-
tu lah, kalau betul si paul tu ada meramal dgn tepat, mungkin cuma kebetulan
si sotong khurafat
kita jangan percaya
Wan Perlis recently posted..Menarik di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
rasanya sotong tu tak khurafat.. cuma dimanipulasikan oleh manusia..
kenapa pulak sotong tu jadi bomoh eh…..
ishak recently posted..Statistik yang lawak dan melucukan