Home >> Personal >> Makcik Belikan Pakcik ‘Mountain Bike’

Hari ini makcik belikan pakcik basikal baru jenis ‘Mountain Bike’, warna biru sesuai dengan warna kegemaran pakcik. Makcik pilih yang ada ‘absorber’ sebab terpengaruh oleh taukey jual basikal. Kata taukey tu, ini basikal banyak baik. Kalau jalan teruk, basikal ni tidak hentak kuat. Mungkin taukey tu faham juga yang pakcik ni dah nak reput tulang. Jadi sesuailah beli basikal yang ada ‘absorber’ untuk kegunaan harian pakcik.

Disebabkan makcik belikan pakcik ‘Mountain Bike’, anak-anak pakcik tidak puas hati. Mulalah juga mereka membelek-belek basikal kegemaran masing-masing sambil. Makcik kasihan melihat anak-anak dengan muka merayu lantas membelikan ‘BMX bike’ seorang satu mengikut saiz yang sesuai. Nasib baik taukey basikal tolong makcik angkat basikal ke dalam kereta kalau tidak susah juga makcik yang sedang sarat mengandung itu mengangkatnya (pakcik tidak ikut serta semasa pembelian kerana sedang meneliti pelan bangunan untuk site visit esok).

Sampai di rumah, makcik meminta bantuan pakcik menurunkan basikal. Terkejut pakcik bukan kepalang sebab kereta penuh oleh basikal sahaja. Tapi apa boleh buat sebab basikal sudah dibeli. Terpaksalah pakcik turunkan semua basikal kemudian susun depan rumah dan ambil gambar kenangan-kenangan. Terharu pakcik sebab sudah puluhan tahun pakcik tidak pernah membeli basikal.

Basikal

Lepas tu, makcik pesan pada pakcik, rajin-rajin naik basikal buat exercise fizikal. Biar otot kaki, betis dan peha tu kuat sikit. kalau nak buat family outing berbasikal pun boleh. Jangan hanya duduk atas kerusi menghadap blog. Pakcik hanya mengangguk tanya paham (setuju belum pasti). Dalam hati pakcik, kalau hari-hari naik basikal mana boleh, nanti orang gelar pakcik ni pakcik Kordi pula.

Sekian sahaja karangan daripada pakcik untuk hari ini.

Kata kunci artikel:

kelebihan berbasikal, basikal, gambar basikal mountain bike, tips beli basikal, senaman berbasikal, basikal mtb yang bagus, tips beli basikal mtb, cerita mountain biking, cara bawa basikal mountain bike, senarai harga basikal, makcik mengavdung, model basikal terbaru mtb 2012, pakcik, panduan pilih basikal, saiz mtb sesuai, saiz mtb apa yang sesuai untuk orang tinggi, karangan pakcik kesukaan saya, absorber basikal, basikal baru mtb kuching, basikal bmx baru

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 38 comments… read them below or add one }

1 tehr January 16, 2012 at 12:10 am

aku senyum je ni, bro
memang sindiran yang sangat mengena
aku ni selalu kena sindir kat perut
haha
tehr recently posted..Badminton Terbuka Malaysia 2012My Profile

Reply

2 kulanz January 21, 2012 at 10:57 pm

tu lah.. buat tak tau je kena sindir :D

Reply

3 Mus January 16, 2012 at 12:22 am

anak bujang aku dan tertarik dengan basikal ada gambar Ben10 di kompleks karamunsing.. sayang tiada saiz.
Mus recently posted..(Video) Cara Simpan Pakaian Banyak Dalam Beg KecilMy Profile

Reply

4 kulanz January 21, 2012 at 10:59 pm

nasib baik xda saiz.. kalau tak confirm dah jadi tukang angkat basikal :)

Reply

5 shraqs January 16, 2012 at 12:56 am

Exercise ngan basikal ni bagus jugak, petang2 pusing taman semua…
shraqs recently posted..Backlinks Part 1My Profile

Reply

6 kulanz January 21, 2012 at 11:00 pm

memang best.. boleh ronda-ronda tepi pantai

Reply

7 adamfaiz January 16, 2012 at 9:35 am

Cycling memang bagus untuk sekeluarga…
adamfaiz recently posted..Pengalaman Kena Denda Di Sekolah – Versi MRSMMy Profile

Reply

8 kulanz January 21, 2012 at 11:00 pm

tu lah terpaksa beli untuk satu keluarga.. cuma si makcik je xda basikal

Reply

9 Cikgu Hairul January 16, 2012 at 12:13 pm

Petang-petang bolehla berbasikal satu famili keliling kampung.
Cikgu Hairul recently posted..Ejen Insurans Kena Hati-HatiMy Profile

Reply

10 kulanz January 21, 2012 at 11:01 pm

betul.. dah pernah berbasikal dengan anak2

Reply

11 Nine January 16, 2012 at 1:15 pm

Tgk MTB yang RM10K cantik giler….saya kadang2 je kayuh…

Reply

12 kulanz January 21, 2012 at 11:03 pm

akupun masih jarang kayuh ni.. tunggu hujung minggu & cuti je boleh guna

Reply

13 akubiomed January 16, 2012 at 1:36 pm

Saya ada 1 lagi basikal tidak dibaiki kerana bearing pecah. Sahaja biarkan tidak dibaiki sebagai 1 pengajaran kerana tidak menjaga basikal dengan baik. :-)
akubiomed recently posted..Pasang DontPhisMe dapat menghalang penipuan internetMy Profile

Reply

14 kulanz January 21, 2012 at 11:05 pm

nanti ada masa boleh baiki tu.. boleh guna sekali-sekala

Reply

15 titan January 16, 2012 at 4:38 pm

hoho..perli baik punya tu..
titan recently posted..Lelaki kacak takkan mudah putus asa.My Profile

Reply

16 kulanz January 21, 2012 at 11:05 pm

hahaha.. makcik yang perihatin :D

Reply

17 iza January 16, 2012 at 8:00 pm

Assalam…
Hubby saya dah lama usha basikal ni, tunggu masa je nak pi beli..
Katanya sebulan RM100, entah berapa harga yg dia sambar nanti..
iza recently posted..Bujang Terlajak Bukan Terlanjur.My Profile

Reply

18 kulanz January 21, 2012 at 11:06 pm

Wslam,
mesti basikal mahal tu.. tapi tak kisah kalau dah minat

Reply

19 anjangman January 16, 2012 at 10:53 pm

‘Mountain bike’ mmg mahal basikal ni..ada kwn aku beli basikal ni. Kalau tak silap dia beli RM 3K lebih. Tapi skrg aku tengok dah berdebu basikal tu..he..he..
anjangman recently posted..Majlis Pecah Tanah Asrama Astro – SK Sungai Paku, KapitMy Profile

Reply

20 kulanz January 21, 2012 at 11:08 pm

yang ni murah je.. RM140++ tak silap dengar isteri kata

Reply

21 suri January 17, 2012 at 2:27 pm

ada basikal 2 kat umh hee satu utk htr anak pi pengasuh satu utk dia main2 dlm umh heee

Reply

22 kulanz January 21, 2012 at 11:07 pm

wah, best tu….
nanti boleh bawa anak main basikal dekat taman

Reply

23 suri January 17, 2012 at 2:27 pm

dah cam cerita kisah ataok nnek cerita pd cucunya ar plk heee

Reply

24 kulanz January 21, 2012 at 11:05 pm

hehehe.. lebih kurang macam tu

Reply

25 Shahrul January 17, 2012 at 5:34 pm

beruntungnye pakcik dapat basikal…
Shahrul recently posted..Tunjukkan Protes Terhadap SOPAMy Profile

Reply

26 kulanz January 21, 2012 at 11:05 pm

memang beruntung, hehe

Reply

27 ohcikgu January 18, 2012 at 4:30 am

beruntungnya si bini belikan basikal..semua orang dapat. hehe..
ohcikgu recently posted..Video Jaringan gol dalam Liga Super 2012 pada 17 Januari 2012My Profile

Reply

28 kulanz January 21, 2012 at 11:04 pm

ni kes kena paksa suruh exercise.. hehe

Reply

29 docche January 18, 2012 at 6:52 pm

Seronok ada basikal…boleh kayuh pelan-pelan ngan orang tersayang…hehhehe….satu cara untuk mendapat hidup yang sihat ialah menukat gaya hidup menjadi lebih sihat…dalam semua buku perubatan yang di pelajari semua tulsi begitu.

http://blogdowh.blogspot.com
docche recently posted..Sadis Dowh – Facebook is Stupid, Facebooker is IdiotMy Profile

Reply

30 kulanz January 21, 2012 at 11:01 pm

betul tu.. boleh buat riadah bersama family

Reply

31 MR.Z January 18, 2012 at 11:13 pm

memang antara basikal idaman juga masa dulu2 time sekolah.. satu aktiviti yang sihat tu dengan menaiki basikal..
MR.Z recently posted..Temuduga Terbuka Buat Semua Bakal Calon JenazahMy Profile

Reply

32 kulanz January 21, 2012 at 11:01 pm

aku pun minat basikal ni zaman sekolah dulu.. tapi masa tu tak mampu beli lagi

Reply

33 mie January 19, 2012 at 4:29 pm

pesanan untuk menjaga kesihatan..
bagus makcik ye..
ehhheeee
mie recently posted..Review Ucapan Hari Lahir 18 JanuaryMy Profile

Reply

34 kulanz January 21, 2012 at 11:00 pm

hahaha.. makcik yang perihatin

Reply

35 levelsatu January 21, 2012 at 12:27 am

banyaknya basikal..
levelsatu recently posted..Dua kontena Mercun kena rampas.My Profile

Reply

36 kulanz January 21, 2012 at 10:59 pm

basikal sekeluarga :)

Reply

37 apple langkawi January 21, 2012 at 10:04 am

latihan lutut penting bagi orng tua.kalu lutut ketar habis
susu dalam badan x leh nak keluar
apple langkawi recently posted.. Apple iPad 16GB Wi-Fi + 3G Review 2010My Profile

Reply

38 kulanz January 21, 2012 at 10:58 pm

hahaha.. susu apa yang nak keluar tu? ;p

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: