Makin Besar Periuk, Makin Besar Keraknya
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: February 6th, 2010.Minggu ni, dengan rela aku menghantar kereta ke workshop. Buat pemeriksaan rutin takut penyakitnya semakin merebak. Terpaksalah berpisah dengannya selama 3 hari. Selama dia di sana, aku langsung tak jenguk dia.. bukan sebab tak sayang, tapi aku mana ada masa pegi buat lawatan.. kerja dari jam 8.00 a.m – 5.00 p.m. Hari ketiga dia di workshop, barulah aku datang, tu pun taukey workshop tu sudah telefon banyak kali, suruh ambil kereta… workshop dia dah penuh sebab banyak kereta lain nak minta rawatan juga.
Sampai di workshop tu aku tengok kereta tu dah berseri-seri, tak sabar mungkin jumpa dengan tuannya.. Tapi aku tak jenguk dia terus, aku jumpa taukey Kedai dulu. Setelah mendapat sedikit penerangan daripada taukey tu dia tunjuk resit kepadaku..
- Rack end – RM120
- Steering boot kit – RM28
- Gear Handle Kit & Bush – RM50
- Repair by engineering and labour charge gear handle – RM300
- Bush steering rack – RM260
- Steering grommet rack housing – RM 95
- Steering fluid – RM36
- Y*&g@a#an$g%u (aku tak paham tulisannya) – RM 180
- Alig*&m@%d& warranti – FOC
Jadi dengan paksa rela aku menghulurkan RM1069 kepada kepada taukey workshop tu… aduhhh..
Tapi nak buat macam mana lagi kan? Bak kata perumpamaan “Makin besar periuk, makin besar keraknya“. Lagipun ni untuk kebaikkan juga… Aku serik dah dengan penyakit kereta ni, sebab sebelumnya aku pernah tersadai gara-gara gagal buat maintenance yang sepatutnya, pegi ke tempat kerja tak dapat, balik pun tak dapat..
Jadi kepada rakan-rakan yang punya kenderaan tu, tak kiralah apa jenis, sama ada kereta, motorsikal, helikopter, basikal, dan sebagainya, jangan lupa buat servis dan pemeriksaan berkala. Jangan sampai “sudah terhantuk baru terngadah“. Iyalah.. kereta ni walaupun sekadar benda, tapi ia juga perlu rawatan macam kita..
“Amalkan tips penjagaan kenderaan yang sihat” – pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh kulanzsalleh.com


ain
February 7th, 2010 at 4:13 pm
minggu lepas kete saya berasap waktu hubby tengah drive….
nasib baik takde spark…. brek dah 5 tahun pakai tak pernah tukar… ropenya dah expired!!
patut la dua hari sblm tu stereng asyik bergegar jer…huhuhu…
melayang jugak ler 300 henggit!!
ain´s last blog ..[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar
[Reply]
kulanz Reply:
February 8th, 2010 at 3:54 am
kadang kereta ni, klu kita lupa buat maintenance.. mmg lagi besar masalahnya.. sbb tu awal2 sblm bnyk masalah, aku antar kereta ke workshop.. ganti mana-mana yg patut..
[Reply]
ain Reply:
February 9th, 2010 at 12:57 pm
kalau kita follow routine checkup dia takde la timbul masalah kan….
1st taim berlaku kat kami…. mungkin hubby ingat benda tu elok lagi sbb keta tu dia pakai cermat giler….
roti kalau elok mcm mana pun, bila dah expired kena buang jugak kan… takkan nak makan lagi kot….hehehe…
ain´s last blog ..[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar
[Reply]
AyieBlog
February 7th, 2010 at 7:45 pm
salam,bro kulanz..alah biasalah kereta buat hal,manusia pun sama

AyieBlog´s last blog ..Coding widget
[Reply]
kulanz Reply:
February 8th, 2010 at 3:55 am
Salam bro..
betul tu bro.. keta ni kena jaga baik-baik.. baru dia jaga kita dgn baik juga..
[Reply]
sera dc
February 7th, 2010 at 8:24 pm
- nice tips..
- bisuk mo tepon service center mo booking hari n jam utk service jet pejuang aku.. ngee~~
sera dc´s last blog ..•° HAPPY VALENTINE’S DAY °•
[Reply]
kulanz Reply:
February 8th, 2010 at 3:56 am
haha.. booking.. jangan tak booking..
KK tu pun klu kita main datang jak servis, tak booking awal-awal.. alamatnya mmg penat juga menunggu..
[Reply]
911
February 8th, 2010 at 2:27 pm
adess… aku pun baru teringat Prado(A) aku pun sedang bengkak pala lutut + tumit kakinya empat2..
Prado(A) tu sila baca perodua jak aaa… heheh
911´s last blog ..Anjing Mati Diorang Bising!
[Reply]
kulanz Reply:
February 9th, 2010 at 3:00 pm
hehe.. Pradoa kah..
lebih kurang juga tu bunyinya..
saja baiki kereta tu sebab mau dibawa jalan jauh..
[Reply]
Dak Wan
February 8th, 2010 at 3:16 pm
Tayar pon penting gak kan? Pernah kena tayar meletup tengah speeding…. nasib baik takder apa-apa.
Dak Wan´s last blog ..Buat Para Sahabat!
[Reply]
kulanz Reply:
February 9th, 2010 at 3:01 pm
betul tu.. tayarpun penting sangat.. kena beli yang original..
nasib kereta tu tayarnya baru jak beli.. kalau tak sengsara juga beli tayar..
[Reply]
qimie
February 8th, 2010 at 11:50 pm
sekarang aku pun bawak viva je bro.. nak bawak keter turbo minyak sehari 50 hinggit pun tak cukup.. huhuhu..
qimie´s last blog ..Orang Tengah!!!
[Reply]
kulanz Reply:
February 9th, 2010 at 3:03 pm
sama juga tu bro.. akupun kalau untuk kerja lebih suka pakai MyVi tu.. lagi jimat belanja petrol..
[Reply]
mcsue
February 9th, 2010 at 12:05 am
salam bro,
nasib sue takde keta,pkai keta sorong jela.hehehe
mcsue´s last blog ..Curangkah Anda??
[Reply]
AyieBlog Reply:
February 9th, 2010 at 1:20 pm
haha sue kereta sorang masih kereta sebab nama kat depan kereta hahahah

AyieBlog´s last blog ..Antara Kehendak & Keperluan??
[Reply]
kulanz Reply:
February 9th, 2010 at 3:04 pm
mcsue, setuju ngan bro Ayie.. tu pun kereta juga tu, kena rajin-rajin jaga angin tayarnya.. hehe
[Reply]
zik
February 11th, 2010 at 7:41 pm
boleh tahan dia punya kos maintainance tuh…
[Reply]
kulanz Reply:
February 12th, 2010 at 10:34 pm
kira macam tu la bro.. tp utk keselamatan.. kena juga buat maintenance..
[Reply]
murnihati
February 12th, 2010 at 6:19 pm
perumpamaan tu sesuai utk banyak keadaan.
contohnya, bab gaji.. kalau gaji kecik, kereta pun kecik la, nnt kalau pakai kereta besar, nnt dikata tk ukur baju di badan sendiri kan..
sbb tu yang berpendapatan rendah atau tinggi, masing2 blh meneruskan kehidupan, sesuai dengan apa yang ada.
murnihati´s last blog ..Claim Rebet dari Streamyx
[Reply]
kulanz Reply:
February 12th, 2010 at 10:49 pm
Ya… betul juga tu.. mmg bole guna dlm banyak keadaan
kalau bab gaji, bukan besar atau kecik gaji yg jadi ukuran, tapi kuasa beli wang tu.. kadang tu lagi baik gaji kecik, tapi kuasa beli wangnya besar, banding gaji besar, kuasa beli wang kecik..
[Reply]