Home >> Fotografi, Pelancongan >> Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak

Mungkin nama Nahkoda Supirak masih terlalu asing bagi anda, tetapi bagi penduduk Kampung Malubang dan kebanyakan masyarakat di daerah Pitas (Sabah), mereka bukan sahaja dapat menunjukkan di mana terletaknya Pulau Supirak, tetapi juga pastinya dapat menceritakan kisah bagaimana asal-usul kejadian pulau yang menyerupai kapal itu. Apa tidaknya, kisah Nahkoda Supirak dan kapalnya yang sama seperti kisah si Tanggang itu sudahpun wujud sejak sekian lama.

Seingat saya, pertama kali mendengar kisah itu daripada rakan-rakan sekolah (yang berasal dari Kampung Malubang) ialah sekitar awal tahun 1988 dulu. Memang sudah lama teringin untuk datang ke tempat yang mempunyai banyak kisah-kisah misteri yang belum terungkai itu, namun masih belum berpeluang menjejakkan kaki ke sana. Syukurlah secara kebetulan dalam minggu ini saya diberi tugas untuk melaksanakan lawatan dan pemantauan di beberapa buah tempat di daerah Pitas. Salah satu tempat yang harus dikunjungi adalah Kampung Malubang. Jadi peluang ini telah memberi ruang kepada saya dan beberapa rakan setugas untuk berkunjung ke tempat yang dimaksudkan.

Kapal Nahkoda Supirak di Malubang Pitas

Berkenaan dengan kisah pulau tersebut, menurut cerita penduduk Kampung Malubang, pulau ini sebenarnya adalah sebuah kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun akibat sumpahan kerana menderhaka kepada ibunya, dia, awak-awak dan juga kapalnya telah bertukar menjadi batu. Pendek kata, kisah Supirak tidak jauh berbeza dengan kisah si Tanggang. Cuma tempat dan nama sahaja yang membezakannya.

Untuk sampai ke pulau tersebut, kami perlu menaiki bot dari jeti kampung Malubang yang terletak berhampiran dengan sekolah. Nasib kami cukup baik pada hari itu kerana salah seorang penduduk kampung berkenaan sudi membawa kami ke sana menggunakan bot miliknya. Perjalanan dari jeti hanya mengambil masa sekitar 5 minit.

Semasa menghampiri pulau tersebut, kami cukup kagum dengan bentuknya yang memang kelihatan seperti sebuah kapal. Bukan itu sahaja, menurut penduduk kampung yang membawa kami ke sana, pada masa dahulu terdapat banyak bentuk-bentuk (batu) yang menyerupai bentuk manusia, tali, meja dan lain-lain peralatan.  Malangnya pada masa sekarang bentuk-bentuk berkenaan sudah tidak kelihatan lagi disebabkan perubahan fizikal pada pulau berkenaan. Walau bagaimanapun itu tidak melemahkan semangat kami untuk meneruskan penjelajahan.

Kapal Nahkoda Supirak di Malubang Pitas

Saya tidak pasti berapakah ketinggian pulau berkenaan dari paras laut, namun untuk sampai ke atas tidaklah sukar kerana pihak Pejabat Daerah Pitas telahpun menyediakan kemudahan jeti dan juga tangga untuk mendaki. Selain itu terdapat juga dua buah pondok rehat di atas pulau berkenaan. Kami meluangkan masa sekitar 30 minit menikmati keindahan alam semula jadi di atas pulau sebelum menuju ke lokasi yang lain.

Kapal Nahkoda Supirak di Malubang Pitas

Selain daripada Pulau Batu Supirak, Malubang juga turut terkenal dengan beberapa lagi lokasi-lokasi menarik yang juga mempunyai kisahnya yang tersendiri, antaranya Perigi Air Tawar yang terletak di laut, Batu Gerawang, Batu  Berunsai, Batu Dulang dan Batu Talam. InsyaAllah, jika ada kelapangan, saya akan kongsikan kisah-kisah itu nanti. Sementara itu, anda boleh lihat gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang lawatan kami di Pulau Batu Supirak.

Kata kunci artikel:

gambar alam semula jadi, malubang pitas, kulanz malubang, gambar keindahan alam semulajadi, pemandangan alam semulajadi, kg malubang, keindahan alam semulajadi, keindahan alam semulajadi di malaysia, kg liu pitas, alam sekitar semulajadi, kg malubang pitas, malubang, supirak malubang, kampung pulau tawar, tema alam semula jadi, alam semula jadi, kampung malubang, batu berunsai, gambar keindahan alam sekitar, cerita dongeng atau legenda di sabah

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 49 comments… read them below or add one }

1 Amir March 27, 2010 at 7:50 am

wah. menariknya…. cantik tempat ni. :D

Reply

2 kulanz March 27, 2010 at 11:34 pm

memang cantik kalau dijaga dengan baik..

Reply

3 zaiMi March 27, 2010 at 3:23 pm

wah peliknya pulau tu. kat mana2 pun ada kisah macam si tanggang kan? perairan sabah pulak memang antara yang tarbaik di dunia. tringin nak ke sana satu hari nanti. hehe

Reply

4 kulanz March 27, 2010 at 11:38 pm

1st time datang tempat tu memang kagum tengok.. tu belum lagi pelik bro, nanti ada sambungannya pasni, lagi pelik..

Reply

5 org kampung February 12, 2011 at 12:27 am

bapa kta org sna tau,,tp jrang blik kmpung,,

Reply

6 imran March 27, 2010 at 5:42 pm

Teruja tengok gambar menarik disekitar pulau kapal. Air laut biru dan jernih.

Reply

7 kulanz March 27, 2010 at 11:39 pm

tempat tu tak ramai tinggal, sbb tu laut masih terjaga..

Reply

8 amiera25 March 27, 2010 at 5:55 pm

waahh.. indahnya pemandangan…

laut pon biru jek… best nyer klu dpt merasa sendiri kesegaran hembusan bayu tue….
.-= amiera25´s last blog ...:Ini Bantal Punya Cerita:. =-.

Reply

9 kulanz March 27, 2010 at 11:39 pm

lagi best kalau datang sendiri tempat tu.. bole nikmati keindahan alam sepuas-puasnya, :D

Reply

10 r0slina March 27, 2010 at 6:57 pm

lawa giler tmpat nie…lg2 kal0 tng0k laut biru 2.. :)
.-= r0slina´s last blog ..seks at port dickson??? =-.

Reply

11 kulanz March 27, 2010 at 11:40 pm

tu baru 1 tempat aku kongsi, ada lagi yg lain nanti..

Reply

12 lazaac March 27, 2010 at 10:14 pm

salam bro, tmpt ni dekat ngan kudat kan..? mcm mana nak ke sana..? berminat nak tgk…
.-= lazaac´s last blog ..Adobe CS5 akan dilancarkan pada 12 April 2010! =-.

Reply

13 kulanz March 27, 2010 at 11:48 pm

salam bro, tempat tu memang dekat Kudat..
nak sampai tempat tu ada 2 laluan utama, sama ada dari Kudat atau dari pekan Pitas.. Kalau dari Kudat naik bot laju sekitar 35 minit boleh sampai, tp kalau guna kapal ambil masa lebih sejam..

Kalau dari Pitas pula boleh naik kereta 4WD terus ke kg Malubang tu.. tapi jalan ni hanya boleh dilalui kalau bukan musim hujan.. selain tu ada jg alternatif.. sama ada naik bot dari pekan Pitas terus ke Malubang (melalui sungai Bengkoka), atau naik kereta sampai kg Liu Pitas, pastu baru naik bot ke kg Malubang tu..

kalau nak datang tengok bole tu bro.. akupun dah boleh tunjukkan tempat tu, hehe

Reply

14 etomyam March 28, 2010 at 12:11 am

memang cantik betul suasana kat situ, best betul kalau dapat ke sana. Setakat ni Sabah baru sampai ke KK dan Kg Bayangan je :D
.-= etomyam´s last blog ..Bijak Kah Lelaki Paling Bijak Di Dunia Menolak Hadiah USD1 Juta? =-.

Reply

15 kulanz March 28, 2010 at 2:13 pm

lagi cantik kalau terpelihara sebenarnya..
ada masa datanglah lagi sini bro

Reply

16 org kampung February 12, 2011 at 12:31 am

best la u ni promot malubang tu,,,slain tu juga malubang ni di knali sbg turung putih,,,

Reply

17 Mus March 28, 2010 at 1:34 am

aku kan ke sana jika ada peluang..
wajib diterjah!!

Reply

18 kulanz March 28, 2010 at 2:12 pm

datang bro, jangan lepaskan peluang..

Reply

19 Luth Textile March 28, 2010 at 12:31 pm

ermmm.. cantik air laut sabah.teringin nak jejak kaki. kalau dapat pg mesti best.

nice articel bro.
.-= Luth Textile´s last blog ..Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.

Reply

20 kulanz March 28, 2010 at 12:39 pm

ada rezeki datang sini bro, InsyaAllah boleh saya bawa mana-mana tempat

Reply

21 Nine March 28, 2010 at 3:41 pm

salam bro, adess tenang jer tengok gambar..cantik2 jer pemandangan…macam kapal betul la yg pic no 2 tu…
.-= Nine´s last blog ..Apa Itu RSS (Really Simple Syndication) ?? =-.

Reply

22 kulanz March 29, 2010 at 2:06 am

1st time juga datang sana bro, memang menarik pulau tu

Reply

23 syazni March 28, 2010 at 5:04 pm

wah…btol2 mcm kapal..
.-= syazni´s last blog ..Happy Bitrhday Nana! =-.

Reply

24 kulanz March 29, 2010 at 2:07 am

aah, kalau tengok dari sudut yang betul, memang nampak macam kapal

Reply

25 azizan4444 March 28, 2010 at 10:04 pm

menarik skli tempatnye bro..segar mata memandang…
.-= azizan4444´s last blog ..Pasangan Hidup : Pilihan Sendiri Lebih Cun Daripada Pilihan Mama Papa =-.

Reply

26 kulanz March 29, 2010 at 2:07 am

lagi menarik bro kalau dapat datang sini..

Reply

27 Wan Perlis March 29, 2010 at 1:42 am

pulau tu kecik je?
cantik dan menarik
bila la nak sampai sabah ni
pulau sipadan pun best jugak kan
.-= Wan Perlis´s last blog ..WanPerlis – ini blog baru saya =-.

Reply

28 kulanz March 29, 2010 at 3:00 am

aah, kecik je saiz pulau tu, lebih kurang saiz kapal angkut minyak tu..
Sipadan memang best, tapi sekarang ni susah nak masuk sana, kena ada kebenaran dari KDN kalau tak silap baru boleh masuk tempat tu

Reply

29 Wan Perlis March 31, 2010 at 10:47 pm

perlu kebenaran KDN?
kenapa mcm tu?
utk keselamatan ke.
sebelum sampai kesana perlu buat perancangan awal2 la

Reply

30 zik March 29, 2010 at 11:58 am

cantiknya… nak dtang sana jugak!!! … aman damai je rasa…
.-= zik´s last blog ..Cara menjadi presenter yang berkesan! =-.

Reply

31 kulanz March 29, 2010 at 9:41 pm

tempat tu mmg open utk dikunjungi, boleh datang bro.. :)

Reply

32 Lizz March 29, 2010 at 3:06 pm

huwaa!!! cantik nyer!!!! cuti nanti bolehlah gi sane.huhu
.-= Lizz´s last blog ..Menjadi Blogger Tegar. Layakkah Anda? =-.

Reply

33 kulanz March 29, 2010 at 9:42 pm

datanglah, ajak family sekali, hehe

Reply

34 zoul March 29, 2010 at 3:10 pm

Fuh.. cantik betul tempat2nya.. rasa macam nak pegi sana aje.. eh yang batu mcm kapal tu.. nampak real la..
.-= zoul´s last blog ..Drama dan Filem Paling Meletup =-.

Reply

35 kulanz March 29, 2010 at 9:43 pm

betul tu bro, pulau tu memang sebiji macam kapal..

Reply

36 denaihati March 29, 2010 at 3:42 pm

Ini tempat yang menarik untuk aku jelajahi…terima kasih beri info.
.-= denaihati´s last blog ..2010 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX =-.

Reply

37 kulanz March 29, 2010 at 9:44 pm

aah, kira menarik juga.. kalau nak datang sini bagitau je.. bole saya tolong bawa sana..

Reply

38 Frantz-Senpai March 30, 2010 at 5:31 pm

lolz.. gmbar “kapal” tuh memang real r.. tapi betul ke lagenda nie? mana la tahu sekadar myth

Reply

39 kulanz March 31, 2010 at 12:36 am

tu aku tak dapat pastikan bro, hanya dengar daripada cerita orang sana.. tapi rasanya sekadar mitos je tu..

Reply

40 yanmie March 31, 2010 at 8:31 am

salam lanz…wah menariknya tmpt nie, cantik!! mmg nmpk mcm kapal lah..
.-= yanmie´s last blog ..Hot keywords dan Buffered ke 25 dari Nuffnang =-.

Reply

41 kulanz April 4, 2010 at 12:20 am

memang cantik, ada masa boleh datang sini.. :)

Reply

42 amudpondoi April 16, 2010 at 5:21 pm

mang oparu’ bo pitas no.. loga kaaw ya..

Reply

43 ipad June 28, 2010 at 4:59 am

Hi there, I consider that your writing is rather good as it contains lots of great info. On the other hand, was wondering whether you would love to interchange links with my web space, as I am looking to build links to further expand and get better web exposure for my web space. I don’t really mind you putting my links at the front page, just having this links on this respective page is great and adequate. Moreover, please contact me at my web site if you are interested in the link exchange, I would really value that. Best wishes from me and hope to hear from you very soon!

Reply

44 bom78 August 15, 2010 at 12:50 pm

Malubang tanah tumpahnya darahku…..luv u

Reply

45 org kampung February 12, 2011 at 12:34 am

my father too….

Reply

46 Ustaz Shafie August 29, 2010 at 2:04 pm

Sewaktu saya bertugas sebagai Pegawai Dakwah di Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 1994 hingga 1996,saya pernah melawat dadn tinggal di Pulau Malubang selama 1 minggu malang nya kami tidak pula di ceritakan tentang pulau ini kalau tidak kami akan cuba berusaha untok melawat nya

Reply

47 sunglasses September 15, 2010 at 9:39 am

bentuk betul2 macam kapal..cantik permandangan disitu klau ada rezeki rasa terungin gak nak pergi situ
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

48 berungus drift November 22, 2011 at 1:25 pm

salam……
terlebih dahlu sya ingin mmohon maf jika komen sya ni menyinggung…
saya sllu ke pulau supirak untuk menangkap ikan(memukat),kebanyakan org kg malubang dan pansuran mmg saya kenal,klurga mmg ramai kt situ,tp yang sygny pulau supirak mmg cantik,tp penjagaan tiada….orang sering datang ke tmpat tersbut untuk menangkap ikan menggunakan benda terlarang…..jadi tiada jga gunany kalau pulau jak cantik tapi ikan dan terumbu karangnya da tiada dan rosak…saya harap kpda pnddk kg malubang jaga la tmpt tersebut sblum terlambat….terima kasih

Reply

49 mericia m February 7, 2012 at 10:52 pm

hehehe kami pna uda dtg di pulau supirak… memang best lh tmpt ne…
selain dari pemandangannya dan cerita misterinya..tempat ini juga sesuai untuk membuat kajian tentang (national geography) kerana, di tpt tsbut terdapat sebuah gua yang dipercayai mempunyai pelbagai jenis ular sebagai penunggu gua tersebut…ketika kami mengunjungi gua tersebut terdapat banyak ular yang terdiri drpd plbgi jnis atau plbg spisis….

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: