Nampaknya negara kita sekarang ni makin panas. Bukan hanya disebabkan kesan pemanasan global, penipisan ozon atau kesan rumah hijau, tetapi juga disebabkan pelbagai isu. Misalnya, sepanjang minggu ini sahaja ada beberapa isu panas yang dilaporkan. Berikut adalah beberapa di antaranya yang sempat saya kutip.
Penderaan dan Pencabulan ke Atas Murid
Pada masa ini semakin banyak berita kurang menyenangkan yang melibatkan guru dan murid. Kes terkini, seorang ustaz dilaporkan melakukan penderaan dan pencabulan ke atas 6 orang muridnya.
Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.
Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel. (Artikel penuh)
Pada pandangan saya mungkin tindakan ustaz berkenaan menunjukkan yang dia mengambil berat tentang pencapaian anak-anak muridnya. Siapa tahu itu adalah cara dia meluahkan kasih sayangnya. Bahkan memarahi atau mendenda anak murid pada tahap berpatutan masih dikira rasional. Tapi kalau sudah mencapai tahap dera atau cabul itu adalah keterlaluan. Perkara seperti ini bukan perkara ringan. Jika benar seperti didakwa, kepercayaan orang ramai kepada seorang insan yang bergelar guru semakin berkurangan. Martabat profesion keguruan juga berada ditahap membimbangkan.
Gadis Dirogol dan Dibunuh
Kes rogol dan bunuh juga tidak kurang hebatnya di negara ini. Banyak kali kes ini menjadi topik hangat di dada akhbar.Yang terkini, berkenaan penemuan mayat seorang gadis yang terikat pada sebatang pokok di tebing sungai dalam Estet Sungai Bagan dekat Machang Selasa lalu, dikesan turut dirogol sebelum dibunuh.
Persoalannya, ini angkara siapa? Teman lelaki sendiri? Orang yang dikenali? Musuh? Warga tempatan atau warga asing? dan Kenapa perkara ini boleh berlaku? Gagal melawan nafsu akibat hasutan syaitan? atau Pihak berkuasa terbabit gagal menjaga keselamatan rakyat negara ini?
Haruan Makan Anak
Saya terbaca Artikel berita di Harian Metro tentang seorang kontrakor yang mempunyai 4 orang isteri masih masih tergamak memperkosa anak kandungnya sendiri sejak berumur 9 tahun hingga 14 tahun. Lebih keji lagi, perbuatannya itu juga turut dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit. Tidak pasti untuk kegunaan apa, mungkin dia hendak upload ke youtube atau redtube supaya mudah untuk orang lain download video panas dia tu! Mana tahu boleh menandingi populariti Ariel Peterporn tu.
“… seorang kontraktor layak digelar ‘bapa setan’ apabila tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini.tergamak menjadikan anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri keduanya sebagai tempat memuaskan nafsu apabila memperkosa mangsa sejak berusia sembilan tahun di Kerambit, dekat sini. Lebih keji, lelaki berusia 49 tahun itu turut merakamkan perbuatan terkutuknya merogol anak yang kini berusia 14 tahun di dalam bilik dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan rakaman berkenaan. Difahamkan, setiap kali melakukan perbuatan kejinya, lelaki terbabit mengugut akan memukul atau mencederakan mangsa jika membongkarkan rahsia selama enam tahun itu kepada ibunya atau sesiapa saja.” (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rakamnodaanak/Article)
Malaysia semakin panas dengan pelbagai isu
Mengandungi Luar Nikah dan Buang Bayi
Kes ni bukannya baru. Dah bertahun-tahun berlaku di Malaysia. Tapi sehingga kini kes ni bukan berhenti, malah semakin banyak berlaku. Persoalannya, tidak adakah sesiapa yang dapat mengesan mereka itu sedang mengandung? Setahu saya, orang yang mengandung ni nampak sangat perubahan fizikalnya. Jadi, adakah ibu bapa tidak sedar perubahan mereka? Teman sekolah/kolej tidak perasan? Rakan serumah buat tak tahu? Rakan sepejabat tidak kisah? Atau memang mereka yang terlibat ini terlalu licik menyembunyikan perut sama seperti mereka licik menyembunyikan dosa!
Apa yang saya tertarik berkenaan perkara ini. Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran. Satu tidakan yang bagus. Namun tindakan seperti ini mungkin hanya dapat membendung kes buang bayi, tapi bagaimana dengan kes sebelum bayi itu lahir? Kenapa tidak dicegah? Seperti apa yang dikatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim, “Menyediakan tempat untuk bayi-bayi terbuang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan menyelesaikan masalah tersebut sebaliknya lebih banyak usaha perlu dilakukan melalui pendekatan agama dan pengukuhan institusi keluarga.
“Seperti masalah gatal pada kulit, ia tidak mencukupi hanya dengan menyapu minyak pada bahagian yang gatal, sebaliknya kita mesti tahu kenapa kita menghadapi masalah tersebut sama ada melalui pemakanan dan begitu juga masalah bayi ini kenapa ia berlaku,”
Makanan Tak Halal
Isu Halal Haram pun semakin banyak diperkatakan sekarang ni. Kopitiam tak halal, restoran tak halal, barangan makanan/minuman tak halal. Dua contoh yang sempat saya petik. Pertama, sebuah kedai kopitiam terkenal disyaki membeli ayam daripada sebuah pusat penyembelihan ayam yang tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang menjalankan perniagaan selama ini. Perkara tersebut terbongkar apabila sepasukan pegawai dari Bahagian Hub Halal Jakim, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan di sebuah premis sembelihan ayam di Kepong baru-baru ini dan menemui bukti pembelian ayam oleh kedai kopitiam tersebut. Dalam kes yang lain pula, kopitiam menyajikan kaki katak kepada pelanggan.
Kedua, isu pengilang yang menggunakan log0/sijil halal pada produk minuman (teh) sedangkan produk berkenaan mengandungi lemak babi! Perkara ini ada dijelaskan di beberapa laman blog sahabat, antaranya di blog: Tehr, Suri dan Syafrizal. Mungkin banyak lagi yang menjelaskan perkara tu yang tak sempat saya singgah. Persoalannya, adakah pengilang sengaja menipu masyarakat kita dengan penggunaan logo halal berkenaan atau mereka memang mendapat kelulusan logo berkenaan atas kelulusan seseorang atas kepentingan tertentu (maaf, bukan menuduh, sekadar menduga).
Konflik para “Yang Berhormat”
Boleh dikatakan setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang ada kena-mengena dengan mereka yang bergelar “Yang Berhormat” ini. Kenapa saya menggelar mereka yang berhormat, bukan pemimpin? Sebab saya ada alasan tertentu. Nantilah akan saya kongsikan pada entri akan datang.
Cerita “Yang berhomat” ini kadang-kala agak merimaskan juga. Asyik-asyik cerita mereka yang dibaca atau didengar di berita. Kalau isu panas yang dibincangkan tu melibatkan kepentingan rakyat secara menyeluruh tidak kisah sangat, ni kadang isu-isu kedai kopi yang sepatutnya dibincang oleh orang kampung macam saya turut dijadikan isu besar. Perkara yang rakyat tidak perlu tahu, mereka bongkarkan. Keburukan “Yang berhormat” lain dicanangkan bagai satu kebanggaan tapi kelemahan sendiri disembunyikan. Seorang cakap itu, seorang cakap ini. Tapi kalau disuruh berdepan sesama sendiri berdebat, belum tentu mahu. Disuruh jadi wakil rakyat mengutarakan isu yang membabitkan kepentingan rakyat, berdiam diri. Tapi kalau ada kes yang melibatkan rakan “Yang berhormat” sendiri, alangkah cepatnya berdiri. Kalau konflik begini berterusan, sampai bila-bila negara tidak akan maju. Kalau nak majukan diri sendiri, mungkin ya.
Ini hanyalah sebahagian kecil daripada peristiwa yang berlaku seluruh negara. Kalau nak tahu yang lain, boleh juga baca artikel lain di blog ni yang mungkin ada kena-mengena dengan isu panas berkenaan; Tujuh Cinta Terhebat di Hari Valentine atau Lagi berita Kurang Menyenangkan. Dan kalau dicari daripada pelbagai sumber, mungkin boleh ditulis panjang berjela, mengalahkan Laporan Pembentangan RMK10.
Jadi persoalannya, mampukah Malaysia mampu menangani isu-isu panas dalam negara ini sebelum ia menjadi lebih teruk? Akhir sekali, maaf jika ada yang tersinggung.
Penafian: Semua individu yang dinyatakan secara langsung atau tidak langsung dalam entri ini masih dianggap tidak bersalah selagi hukuman belum dijatuhkan.


{ 24 comments… read them below or add one }
Mmg panas betul berita2 ni.
Haish, buat masa ni takde idea penyelesaian, tapi rasanya semua sbb pengabaian terhadap agama.
Yang berhormat ni pun satu, kadang2 dah ada jawatan tu suka ambil kesempatan. Tak semua, segelintir.
Affan recently posted..Realiti Yang Dihadapi Orang Islam
tu lah, mungkin isu yang terakhir tu banyak mainkan peranan.. para yang berhormat sibuk urus hal ehwal peribadi, sampai lupa tanggungjawab
panas2… semua itu dijadikan isu2 untuk PRU yang akan datang…
tu lah, bagus juga ni buat koleksi
agak sedih dan risau jugak memikirkan apa akan jadi kepada negara ni dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang sekiranya isu yang di ulas kat atas ti tidak dapat ditangani dengan berkesan, apa jadi kepada nasib anak2 kita nanti ya
etomyam recently posted..KL Server Studio- Web Hosting Malaysia Paling Ideal
betul bro, kadang aku tengok muka anak2.. terfikir juga apa akan jadi dengan diorang nanti..
Tau takpe. Malaysia dah tak aman lagi dah kot T__T
Zida recently posted..Abby Abadi Suatu Masa Dahulu dan Kini
memang susah nak aman kalau banyak sgt isu tak selesai
isu rogol ni yg sedih dngr. kalu rela xpe la jgk kn. tngung sndiri. ni rogol. ish3. sedih gila T_T. geram dngn si perogol tu. xberhati perut. lepas dah buat bunuh. kenapa?. sh*t!
acapz recently posted..Laman Anime Terbesar OneMangga Kini Ditutup
Tamadun peradaban manusia kini dah menjadi ‘kembali ke masa lampau’. Masyarakat kita lebih gemar kepada hidup tidak bertamadun. Pegangan agama jadi mainan.
Salam…
Memang dunia semakin panas dengan segala perkara. Nampaknya kita seolah-olah kembali ke permulaan seperti zaman jahiliah. Tembok keimanan semakin runtuh tanpa dapat ditahan.
Jika benda yang kecil pun sukar untuk dibanteras, bagaimanakah utk menangani segala perkara yang besar2?
iza recently posted..Rumah Sendiri vs Kuarters
Apa pun kepanasan yang terjadi samada kepanasan suhu global, kepanasan ekonomi,kepanasan hati, kepanasan akhlak…semuanya berpunca dari jahilnya kita pada ajaran agama.
Kalau kita cakap, nanti ada pulak yang marah-marah, tapi itulah jalan penyelesaiannya.
mus99 recently posted..Rahsia Tarikh Lahir Bukan Ramalan
masalah harus diselesaikan dari akar umbi. sy nak komen psl ustaz tu, sy rs dia lebih bertindak mengikut emosianal. mungkin dia terbawa2 masalah peribadi ke sekolah. hasilnya dia melepaskan kemarahan kepada student. mungkin la..
Amir recently posted..Ramadhan Buffet 2010 Promotion
pemanasan global?…x tahulah
Pemanasan global pun salah manusia gak..
adamfaiz recently posted..Bila Melayu Bukan Islam…
cacing gelang masih juga belum kepanasan…
sebagai guru saya memang tidak suka dengan berita penderaan dan pencabulan ke atas pelajar – calon guru tidak boleh dipilih berdasarkan sijil dan kumpulan sahaja
sebagai rakyat saya memang mengharapkan pemimpin yang berkaliber – YB perlu dipilih berdasarkan kebolehannya bukan kebaikannya
mengandung luar nikah, rogol, buang bayi memang menyedihkan – saya berpendapat pendidikan kita yang menghasilkannya, kita mementingkan ujian dan sijil
mengenai makanan halal – kita ada pagar yang gah sebenarnya tetapi harapkan pagar, pagar runtuh menimpa tanaman, apa nak dikata lagi
tehr recently posted..Rahsia Kita Berdua
banyak tul isu panas kat Malaysia nie… tak paham aku… kenapa boleh jadi cam nie… yang muda mungkinlah cetek ilmu, tapi yang Ustaz pun sama keliru jugak nie , pasai apa ??? Confused aku !!!
bujang3 recently posted..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
sebagaimana panasnya dunia bgtulah panasnya khdupan manusia yg penuh dgn anasir2 manusia yg jahat.tangan2 yang hitam mencalit dosa tanpa mengenal erti sebuah prkara yg mana satu baik dan buruknya kdan itu..
bumi merintih namun manusia ttp rakus..
isu ini bukan sahaja panas malah super hot ni,panas dalam erti kata lain..memanaskan telinga juga
ishak recently posted..Profile pelakon my fair lady korean drama
bro..saye cukup sesak nafas bile bace2 berita camni..nak2 kalau terbeli harian metro..dah kire macam bace akhbar jenayah..
harap nilai modal insan kite dan remaja2 akan pulih dan terpelihara..ameen
Assalammualaikum wbt…
Mungkin saya tidak perlu masuk campur urusan kalian semua yang berhormat. Tapi setelah sekian lama saya melihat senario politik di MALAYSIA ini, terdetik di hati untuk membisik kan sesuatu yang mungkin berguna untuk kalian dan rakyat yang kalian pimpin. Sebelum meneruskan bicara apakata kita sama-sama buangkan sifat ego yang ada dalam hati kalian agar saranan yang dibicara dapat menusuk hati kalian. Yang utama kalian dilantik menjadi pemimpin adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi apakah yang kalian lakukan.. Kalian hanya memperjuangkan nasib PARTI anda, kemana halatuju perjuangan anda. Setelah berjaya dilantik kalian hanya bermegah dengan kejayaan parti anda, tak kira BN, KEADILAN, PAS dan DAP semuanya sama. Asyik berbalah sesama sendiri tak kira antara ahli tertinggi dengan yang bawahan apatah lagi antara parti Kerajaan sesama PEMBANGKANG. Cuba anda bayangkan dalam ke lekaan anda berbalah BILA LAGI ANDA NAK BERJUANG UNTUK RAKYAT. Saya tidak nafikan kalian banyak membuat perubahan infrastruktur tetapi bila lagi perubahan dalam pemikiran kalian sendiri. Kalian sibuk membina empayar kroni-kroni tetapi semua itu untuk diri anda sendiri. Hanya sedikit untuk rakyat. Kalian telah lupa bahawa Tanggungjawap pemimpin itu sangat besar kerana balasan akhirat nya juga besar. Ingat, anda adalah pemimpin rakyat bukannya pengambil hak rakyat. Satu contoh untuk kalian fikirkan bersama, jika kalian membuat jalan menuju sesuatu tempat seringkali didapati ada tujuan disebaliknya iaitu untuk mengembangkan kekayaan kalian. Kalian lakukan bukan untuk rakyat, tetapi untuk diri anda sendiri tetapi kesempatan itu kalian nyatakan untuk rakyat. **( bukan jalan yang sepuluh ribu, seratus ribu tu yer.. yang JUTA-JUTA tu).Mengapa harus kalian membohongi diri anda sendiri. Apakah perasaan anda selepas berbohong. Tidak kah anda pernah menyelami hati rakyat yang mengharapkan ihsan dari pemimpin mereka. ***( saya tak salahkan anda, kebanyakkan anda dari keluarga berada dan tidak pernah merasai kemiskinan hidup, sebab tu anda tidak tahu).Berhenti lah wahai pemimpin ku dari khayalan dan mimpi kalian mengejar terlalu banyak kemewahan dunia, dunia takkan habis di kejar, kekayaannya semua itu akan punah dan musnah. Berhenti lah berbalah sesama sendiri, antara parti-parti anda. Ingat! semuanya ada kelemahan. Berhentilah berebut kuasa, jangan rakyat jadi mangsa kalian. Rakyat sendiri tahu menilai mana baiknya. Yang penting perjuangan untuk rakyat, bukan perjuangan poket sendiri. Ini untuk keluarga kalian, Sekali, kalian makan nilai nya sama untuk makan 20 orang miskin malah mungkin samadengan 50 orang miskin. Apa yang kalian fikirkan mewah itu semuanya dibuat oleh tangan-tangan orang miskin yang bekerja di kilang-kilang, baju-baju anda, anda mungkin kata itu designer pro buat baju i, tapi ingat, kain takkan dia juga buat kot, mesti orng miskin yang kat kilang yang buat. Makanan yang kalian fikirkan mewah pun orang miskin juga dulu yang pegang, takkan jutawan yang tanam padi kot!!. Apa yang mewah nye.. kereta anda? lagi lah, takkan dato@YB pasang tayar kot. Rumah? Takkan Jutawan nak susun bata rumah juga.. fikirkanlah… Apa kata kurangkan duit masuk poket sendiri jer.. bagi sikit-sikit kat rakyat yang susah. Cukuplah masa untuk kalian berpesta, hentikanlah ..
Fikirkan rakyat, maka rakyat akan fikirkan kalian jua.
Terima kasih.
@boring politik sokong kenyataan beliau sangat rational
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal Leather
Dude.. I am not much into reading, but somehow I got to read lots of articles on your blog. Its amazing how interesting it is for me to visit you very often.
@boring politik sokong sngt2!