Rancangan Gadis Melayu Musim Ketiga (ke-3) yang akan disiarkan di TV9 pada jam 9.00 malam bermula pada 27 Ogos nanti adalah satu lagi rancangan berkonsepkan kehidupan realiti. Persoalannya, sejauh mana gadis-gadis yang terpilih menunjukkan realiti sebenar diri mereka dalam rancangan berkenaan.
Apapun, sebelum sebarang ulasan diberikan, ada baiknya dinyatakan sedikit sebanyak latar belakang rancangan Gadis Melayu 3 berkenaan.
Konsep Rancangan
Sebagai sebuah rancangan realiti, para peserta akan meniti proses pembelajaran dan pendedahan aspek-aspek fizikal dan kerohanian yang membentuk nilai-nilai kemelayuan pada diri calon ikon Gadis Melayu berkenaan. Para peserta bukan sahaja harus menitikberatkan tentang keanggunan dan imej gaya diri, malah pengetahuan dan kemahirannya dalam pelbagai aspek juga harus diasah dan digilap.
Setiap peserta juga akan diberi tugasan setiap minggu meliputi elemen tradisional dan kontemporari yang melibatkan adat resam dan budaya, mempraktikkan kemahiran hidup, menghasilkan seni warisan bangsa, kecantikan dan perkahwinan. Semua elemen ini dinilai melalui aktiviti-aktiviti harian, antaranya mengukur kelapa, menyediakan sambal belacan dan menata hias busana Melayu pada patung. Aktiviti seumpama itu akan memberi peluang kepada para peserta untuk memperkembangkan potensi diri masing-masing sepanjang perjalanan program selama tiga bulan. Pemarkahan bagi setiap tugasan akan dinilai oleh juri sepenuhnya dan diterajui oleh Ezzah Aziz Fawzy selaku juri tetap. Sementara dua juri lagi adalah merupakan juri jemputan dan akan bertukar setiap episod. Manakala rancangan Gadis Melayu 3 akan dihoskan oleh pelakon Mohd Ashraf Muslim.
Peserta Gadis Melayu Musim ke-3
Daripada ribuan yang telah menghadiri uji bakar, hanya 9 orang yang berjaya dipilih sebagai calon Gadis Melayu. Mereka ialah:
- Afiqah Hazwani Md Nordin (Afiqah) – Johor (18 tahun)
- Nur Diana Zainuddin (Diana) – Pulau Pinang (19 tahun)
- Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie) – Kedah (20 tahun)
- Norhidayah Samsudin (Hidayah) – Johor (21 tahun)
- Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah) – Selangor (21 tahun)
- Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura) – Pahang (24 tahun)
- Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen) – Johor – (24 tahun)
- Norazrina Mohd Salleh (Rina) – Selangor (25 tahun)
- Siti Amira Mustakhim (Amira) – Kedah (25 tahun)
Usaha dalam Menonjolkan Realiti diri sebenar
Penerbit rancangan ini benar-benar ingin menonjolkan realiti sebenar Bakal Ikon Gadis Melayu. Oleh sebab itu, penerbit mengambil keputusan untuk tidak membuat penyingkiran calon. Maknanya, setiap calon boleh memperbaiki diri masing-masing sepanjang 3 bulan rancangan tersebut.
Pada pandangan saya, rancangan ini tidak jauh berbeza dengan rancangan realiti hiburan yang lain. Walaupun konsepnya terdapat sedikit kelainan, namun apa yang saya lihat pada mana-mana program rancangan realiti, nilai komersial adakalanya lebih diutamakan berbanding realiti kehidupan itu sendiri. Di samping itu, para peserta sudahpun tahu yang segala perbuatan/perlakuan mereka dirakamkan pada masa-masa tertentu. Malah kadang-kala tindak-tanduk seseorang juga dipengaruhi oleh kehendak penerbit. Jadi tidak mustahil, suatu tindakan yang ditunjukkan itu hanyalah lakonan di lensa kamera. Apapun, hiburan tetap sebagai hiburan, sama ada rancangan ini mampu menampilkan realiti sebenar atau tidak, terpulanglah kepada diri masing-masing membuat penilaian dan rasanya tak perlulah fikir berat sangat kan pasal penampilan realiti sebenar? Selamat berhibur..


{ 94 comments… read them below or add one }
realiti la sangat… buang anak menjadi2…
haru biru jadinya
Syafrizal recently posted..Promosi Cenderahati HPA di bulan Ramadhan
jangan pula diorang belajar buang anak dalam rancangan tu, sudah..
huhuhu tulahh kan. nauzubillahh.
Zida recently posted..Promosi Murah Colleen-KawaiiCom Sempena Ramadhan
oh tidak huhuhu..baik adakan kelas agama jer lagi baguh smpena bulam ramadan nie
huhu. jgn la. ish3 T_T
acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda
macam dalam artikel bro tu…, tak de kelainan pun. lakonan semata-mata hehehe

mungkin kalau dimasukkan slot pandai mengaji quran atau bab-bab ugama, baru ada kelainannya
etomyam recently posted..Metrojaya Raya Sale@Putrajaya
betul tu bro, bagus juga kalau elemen tu dimasukkan..
itu kene tukar tajuk lain bro..gadis islam..:D
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
uhuk2…ntah pape je rancangan tuh..perlu ke ade tari menari?nyanyi2…gadis melayu sepatutnya di sinonimkan dengan wanita muslimah..tapi….apa yg jadik????
sekadar pandangan..sy merasakan mereka patut ditarbiyahkan dulu….
menari dan menyanyi untuk bakal suami agaknya..
hanya satu lakonan untuk hiburan yang mementingkan keuntungan
tehr recently posted..Kebersihan Bazar Ramadhan
dari sabah/swk x der ke bro?
memang xda calon bro..
molek2 suma yer..
pilihlah mana yang berkenan
kurang berminat dengan program macam ni..
diorang lebih kepada jual diri pada masyarakat. macam hipokrit pun ada
akupun dari musim 1 tak pernah tengok.. ni 1st time tau kewujudan rancangan gadis melayu tu
aku cadangkan bro tonton season2 kat site tv9
then share ur view bout this program
bg aku la, season1 ok lg tp ak still rase ada yg x kne..sume peserta asyk tunduk malu2 cakp pun slow gile
klu dlm realiti, bile kerja org cmni susah nk nek pgkat sbb cam x bpe menonjol.pandangan ak la..sbb ak la 7 taun kerja ramai ladies pgang pos besar2 tp x d la lembik camni
season2 lak..rubbish! 1st of all, juri diangkat dri kalangan isteri yg pernah ditangkap khalwat& laki islam yg minum arak. so x heran la, drp 5 yg ke final 2 clubbing minum arak pakai x senonoh etc. sume gedik thap melampau excpt for few.ak plak yg rse malu
kadang-kadang benda macam ni sama je macam bro kulanz cakap, hanya wayang di depan lensa.. kalau betul2 gadis melayu, alhamdulillah, tapi kalau sebaliknya? masyaAllah.. hehe
mrnamie recently posted..Kek Lapis Sarawak
bgus jgak ni..tpkan nampak gaya macam menunjuk plak sbb depan kaca tv..kan elok dia amik wanita yang sudah berjaya dan berkerjaya dengan personaliti gaya wanita melayu
just pandangan aje
“Jam Terbesar Di Dunia ,Mecca Royal Clock Hotel Tower”
setuju2..
Dalee recently posted..Resepi – Puding Karamel Gula Hangus kukus dalam bekas microwave
@pawaka19, bagus juga pandangan bro tu.. memang sesuai macam tu
start bulan puasa nie jugak la ek bro… huhu
zik recently posted..Kibarkan jalur gemilang di bulan kemerdekaan!
aah bro, memang time puasa ni juga rancangan tu start
muda nya..18 tahun dah masuk..
hmm di dalam rancangan maybe nampak ok.. bila di luar, tak tahu la macam mana life mereka..
Mr.Z recently posted..Mencari Kesempurnaan Pasangan Hidup
harap-harap peserta kali ni okeylah, sebab kalau google peserta yang dulu-dulu, banyak juga cerita panas pasal diorang
Macam yang bro cakapkan, rancangan camni bukanlah pure dari keperibadian sebenar mereka. mereka diarah berlaon sedikit untuk menimbulkan nilai komersial. So, macam susah nk capai objektif sebenar kalau ditayangkan di TV
banyak yang perlu diperbaiki untuk setiap rancangan realiti tv supaya lebih realistik
Sekarang ni banyak sangat rancangan realiti tv yang melibatkan wanita, sungguh menakutkan kalau mereka menunjukan teladan tak baik kelak…
rashid recently posted..Wanita Cantik Selalu Curang Ke
wanita dalam rancangan tv, eksploitasi namanya tu
peserta GM season lpas, rancangan x tamat lg da pon tunjuk teladan x baik
Gadis melayu yang terakhir ke ni? Ni pun kira ganti ratu cantik juga lah tapi versi Melayu.
denaihati recently posted..Arsenal my dream team
Betul bro.. ratu cantik versi Melayu adalah istilah yang paling tepat
tahniah buat semua yg terpilih. harap xde kontroversi mcm gadis melayu 2 dulu..
Amir recently posted..Resepi Kerabu Jantung Pisang
baru google kisah peserta gadis melayu musim 2. rupanya banyak juga kontroversi..
Salam…
Hanya glamour yg dicari. Jadi banyak babak dlm lakonan yg terpaksa diikut utk penuhi ciri2 yg dikatakan gadis melayu. Betul ke gadis melayu mcm tu? Mcm tak ada sifat malu pun. Lebih kpd promosi diri….
Sekadar pandangan..
iza recently posted..3 Langkah Mengelakkan Keracunan Makanan
Salam iza,
mungkin ada sesetengah peserta boleh menunjukkan sikap sebenar, tapi mereka mungkin terpaksa juga mengikut kehendak pengarah/penerbit.. itulah realitinya
salah satu rancangan yg menarik minat utk aku tonton ni bro..bukan tgk awek cun je..tp pengisian sepanjang rancangan ni yg best..ada yg part kena masuk kampung dan bergaul dgn org kampung..tu sgt menarik..
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
ada betulnya juga bro, menonton rancangan ni sebagai hiburan memang best kadang.. boleh tengok macam-macam gelagat
Macam macam rancangan sekarang ni. Haishhhh takpe la. semoga diorang dapat ubah diri jadi lebih baek..
Zida recently posted..Promosi Murah Colleen-KawaiiCom Sempena Ramadhan
harap-harap macam tu lah..
semogaianya lebih banyak memberi faedah
sharinginfoz recently posted..Kesalahan Sepanjang Ramadhan
apa-apapun, memang itu yang kita harapkan..
erk ada lagi realiti mcm ni..
bertudung tapi tengok penampilan..
err tak suka tengok….
syahrilhafiz recently posted..Kebuntuan Melanda Si Pingu
memang itulah realiti pun..
tapi akupun tak pernah tengok
jagan sekadar lakonan semata-mata sudah..
wan recently posted..Siapa bilang tiada hantu dibulan puasa
betul.. harap ada juga perkara baik yang diorang lakukan..
pelik knape bila berkaitan perempuan,
org akan sebut psl buang anak?
sokong pawaka19
baik ambik wanita melayu yg bjaya
lbih byk positifnya
enth. dah musim skng org buang ank bro. hahaha. lawl
acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda
memang betul juga bro.. musim buang anak sekarang ni.. tapi selalunya melibatkan lelaki juga, hehe
ye betul..takde lelaki tak jadi la anak tu…

cikmin recently posted..Agar – Agar Milo
betul tu sepatutnya perempuan yang berjaya patut dijadikan model dan inspirasi
ray ban recently posted..Size guide
memang bagus cadangan tu, ambil calon dari kalangan mereka yang ada kerjaya, baru boleh jadi ikon
jangan sekdar jadi gadis melayu dalam tv je, bila dekat luar? hmm. no comment
tumpang iklan:
semua blogger dijemput ke
kontest contact lens raya!
fiD recently posted..Harga pelacur murah mahal siapa yang tahu
dalam tv pijak semut pun x mati itu yang kita xnak
ray ban recently posted..Size guide
@fiD, harap-harap realiti yang kita nampak di kaca tv dan di luar sama..
- best contest tu bro..
aku sebagai seorang melayu mahu membantah perkataan ‘gadis melayu’ digunakan untuk rancangan seperti ini – gadis melayu sejati tidak sama sekali terhegeh-hegeh mencari publisiti
tehr recently posted..Kebersihan Bazar Ramadhan
mungkin ada betulnya juga tu bro.. gadis melayu terkenal dengan sopan-santun.. tak cari publisiti..
Nanti ada la tu keluar gosip kisah2 lama gadis melayu ni..kalau dah masuk realiti macam ni..orang memang taksub nak korek segala sejarah dia..
cikmin recently posted..Agar – Agar Milo
hands up bro!
ak sgt setuju klu boleh nak angkat kaki sekaki
Apa yang aku nampak tentang rancangan gadis melayu ni:
Lepas tamat sahaja rancangan ni, pasti akan ada gambar “terlampau” pada peserta-peserta tersebut.
Itulah dia kesan rancangan realiti~
hafidz recently posted..Minggu Pertama Ramadhan
macam kes gadis melayu 2 tu kan?
harap-harap dijauhkanlah perkara macam tu..
Salam,bagi diri ayie sendiri,gadis melayu tak payah dicari dah berlambak kat luar,apa yang kita nak cari gadis muslimah,yang mempunyai betul ciri2 muslimah,gadis melayu apa yang ayie tengok just kepura-puraan
. just pandangan budak mentah
.
AyieBlog recently posted..Percuma Tak Perlu Bayaran Pun
Salam bro ayie,
thanks bro atas pandangan tu.. jangan merendah diri sangat bro, pandangan yang bernas tu..
memang betul macam bro cakap.. gadis muslimah yang perlu dicari.. bukan gadis melayu yang hanya pandai berlakon di depan lensa kamera
terbaik..aku setuju 100%
p/s – mge ahli keluarga kite dijauhkan dari kepura-puraan ini..
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
aku pon sokong
Kalau bukan gadis melayu tak boleh join ka? Hehehehe….
zezebel recently posted..Have you been to Kota Marudu
rasanya tak boleh, hehe..
sabar sajalah kan?
ni kes sekadar hiasan shja..skrg mmg sush nak cari gadis dan dara yang benar2 mlyu tulen ehhh..
nmpak depan molek le..tapi blkag Allah hu akbar.. baik buat bab mgaji ke nasyid bagus juga kans..heee
setuju dengan suri..
nak pilih ikon gadis melayu tak cukup dengan hanya pandangan kasar kita selama 3 bulan.. banyak perkara lain yang perlu diperhatikan..
terbaiklah komen suri..setuju sgt tuh..byk kali jumpe gadis melayu yg ayu berbaju kurung..tapi,sekali lepak mkn ngn member2 die..tu dia…hahahahah..gelak macam pontianak daa..haru betullah…
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
tv9 ni klu nk cari gadis ptutnya kne wajibkan pesertaq wat pap smear
ye la..klu da lohong bukan la gadis nmenye.tambah pulak ng lifestyle yg da mcm org putih
tp klu wat gini cost mendadak la naik.sggup ke tv9…
Memang betul apa yang dikatakan oleh saudara lanz, setap peserta tidak mampu untuk tunjuk bakat mereka sepenuhnya bila campurtangan dari pihak penerbit. Nama pun program realiti mesti banyak berlakon dari realiti..
betul bro.. harap-harap diorang tak sembunyi bakat sebenar dan tak tunjukkan sikap yang dibuat-buat
tak berani nak komen lebih2 pasal tak pernah ambil pusing pasal Gadis Melayu nie..aq harap mereka ini boleh menjadi contoh kepada gadis2 bermasalah diluar sana..
Nadri recently posted..Senarai Kopitiam Francais & Hotel Yang Memiliki Sijil Halal
kalau jadi contoh yang baik, bagus juga..
stakat ni nadri, peserta GM ni just bg contoh x bek j. clubbin minum arak
ok..forget the bitches yg cemrkan reputasi rancangan ni
tp apa la sgt teladan yg ditunjukkan oleh pemenand c aida & fiqa?stakat msuk u..bpe juta pompuan melayu msuk u?
cantik?apa yg org awam dpt klu betul dorng cantik pon
dorng jd selebrity? tu stakat tuk poket dorang j
bg ak la..dorang nmi x layak digelar icon
sumbody is called icon when they r highly capable to represnt a group of people.aida & fiqa ni bole ke sedangkan dorang x contribute pape lgsung kat masyarakat
tak comei…hahaha
jejaka melayu takda ke? bila lah pihak tv3 nak wujudkan program nie…
nanti akan ada juga program jejaka melayu, hehe
kenapa tak buat program uztazah muda erk… imam muda dah ada dah…
rancangan yang menarik tu, ustazah muda..
Try test memasak ke? parut kelapa ke? giling (guna pengiling bukan lesung batu)sambal belacan ke? menjahit ke? barulah gadis melayu kan…
Dalee recently posted..Resepi – Puding Karamel Gula Hangus kukus dalam bekas microwave
inilah agaknye benda2 diorang nk test kot..huu..entahla..
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
setuju dengan bro..realiti tv,biasalah meraih populariti agar lebih byk iklan dpt..tapi kagum dengan realiti tv Imam Muda..betul2 berkesan especially untuk generasi muda…
eyriqazz recently posted..Alisya vs Papa
memang macam tu keadaannya selalu bro..
wau…..tak tahu apa nak kata bro…aku rasa..bagus diorang buat rancangan bakal isteri solehah
aku setuju ngn contoh ni..lebih logik…
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
bagus juga cadangan bro tu
biasanya tengok tudung aje. tau la perangai diorang camana..
titan recently posted..Tips untuk menulis artikel yang menarik
harap-harap yang ni baik2 semua
orang melayu kite mmg ‘mabuk’ join show2 camni..akupun heranlah..
hafizmd recently posted..Buah mahkota dewa
mungkin sebab dah xda peluang ikut show lain
rancangan ni mmg tuk pompuan x bape malu yg xd bakat pape
ssb kalu hebat had x perlu p’iktirafan x seberape cmni
mst dorng lebih syg gaji >3k drp contract setaun tv9
gaji staff tv9 rendah dri astro
mggu lpas ak tgk episod pertama
alahai malunya
ramai betul perempuan melayu bodoh2 rupanya
pas2 aku tgk lak season 2 kat site tv9
ad sorng minah ckp merapu
dia ni gile sebnanya. lacals sume mmg tau
kalu cggini punya jenis g audition
menang x lah hebat
lg 1, ak sgt bengang tahap mencarut bila tv9 nmakan rancangan murah ni ng nama bgsa ak
ak x nafi, org melayu ni bkan sume hebat
walaupun islam, gejala sosial sama j ng kafir
tp apa relevan rancangan ni ng bangsa ak?
drp 2season seblom ni apa yg ak nmpak GM ni lebih kpd nk cari tv presenter. tgk j la ape jd kat pemenang2
kalu tu j tujuannya bek bg nama gadis tv9 ke gadis safi balqis ke then wat la syarat penyertaan berbgsa melayu.lebih tepat serta x memalukan sesape