Sekadar ingin berkongsi maklumat tentang MyCERT (Malaysia Computer Emergency Response Team). Agensi ni sudah lama ditubuhkan sebenarnya. Tetapi kemungkinan kebanyakan pengguna internet yang baru di negara ini kurang memberi perhatian terhadap kewujudan pasukan ni, termasuklah saya sendiri (sebelum ini). Mungkin jika tidak ada orang telah merosakkan laman web saya hari tu (entri sini), sampai sekarang saya tidak peduli sangat peranan MyCERT ni. Berikut adalah sedikit info tentang MyCERT.
MyCERT merupakan salah satu agensi di bawah Cyber Security Malaysia yang banyak memainkan peranan penting khususnya dalam memastikan keselamatan penggunaan komputer serta penggunaan internet di negara ini. Ditubuhkan pada 13 Januari 1997 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac 1997. MyCERT adalah pusat rujukan rujukan untuk komuniti internet di negara ini dalam menghadapi insiden keselamatan komputer dan cara pencegahan.
Pada dasarnya, MyCERT bekerja sama dengan badan-badan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Securities Commission dan Bank Negara Malaysia. MyCERT juga mempunyai kerjasama erat dengan Internet Service Provider (ISP) dan lain-lain CERT (Computer Emergency Response Team) serta Computer Security Incident Response Teams (CSIRT).
Misi utama MyCERT adalah untuk mengatasi sebarang masalah yang berkaitan dengan keselamatan komputer pengguna internet di Malaysia. Manakal visi yang ditetapkan pula adalah untuk mengurangkan kemungkinan serangan yang berjaya dan menurunkan risiko kerosakan akibat.
Apa yang bagusnya tentang MyCERT ni, apabila ada pengguna melaporkan kejadian atau tindakan merosakkan laman web tertentu, tindakan segera akan mereka ambil. Contohnya, melalui pengalaman saya sendiri. Pihak MyCERT telah menghubungi pihak hoster saya dan meminta agar akaun digantung sementara setelah mereka mengesan gangguan/kerosakan telah dilakukan ke laman web yang saya bangunkan. Tindakan tersebut boleh mengelakkan laman web/blog kita dirosakkan lebih teruk.
Jadi, jika anda berhadapan dengan masalah keselamatan komputer dan internet, sama ada melibatkan diri sendiri atau orang lain, segeralah melaporkannya kepada pihak MyCERT. Atau jika ingin mengambil langkah pencegahan, khususnya mendapatkan khidmat remote scanning atau informasi berkenaan gangguan terkini duni siber, sila kunjungi laman web MyCERT di: www.mycert.org.my




{ 28 comments… read them below or add one }
salam, wah bagus fungsi mycert ni ya…untuk personal blog boleh jugak ke bro?
.-= etomyam´s last blog ..Tutorial : Bagaimana Mengubah Feedburner Email Subscription =-.
salam bro,
kalau ikut email pihak MyCERT tu mmg diorang juga sediakan perkhidmatan kepada personal blog..
pestime dgr mucert ni bro..besar jgk tanggungjwab dorang ek..blog personal pun bley jgk ye..
.-= azizan4444´s last blog ..Imajin Saya Adam, Siapa Maya? =-.
Sayapun kalau bukan sebab pihak hoster yg bagitau, mmg tak tahu juga pasal MyCERT ni bro..
owh..baru tahu,kalau tak bagitahu,mmg aku tak tau psl mycert nih..tq sebab bgtau..huhuhu
.-= apiih´s last blog ..Tulang Manusia Dijadikan Seni =-.
nanti boleh dapatkn khidmat daripada MyCERT utk monitoring blog bro..
terbaru baca pasl niagakit
macam2 dah skrg ni
niagakit tu apa pula bro?
thanks for the info
tak tahu pun pasal ni
ingatkan bab komputer internet ni skmm ja ada
sekadar bekongsi bro,
benda berguna ni.. bnyk lagi badan yg ada selain SKMM
Info yang menarik ni bro,saya pun rasa-rasanya kene godam la,tu sebab masalah streamyx ni tak boleh lari
.-= wazy´s last blog ..Bagaimana wudhu’ zahir dan batin ? =-.
benda-benda godam ni mmg susah nak elak bro..
tapi kalau kita dah ada usaha, sekurang-kurangnya apa-apa hal ada juga yg bantu nanti..
Minggu lepas aku menerima satu email dari MYCERT. Mereka memberitahu ada orang cuba menceroboh blog aku. Lantas aku terus email pada tokey hosting. Mereka juga sudah menyelesaikan masalah ini. Memang bagus MYCERT.
.-= Shaffik´s last blog ..Mak Memang Hebat. =-.
betul, kiranya MyCERT mmg dapat bantu kita daripada apa-apa masalah yang lagi besar..
rasanya dulu pernah dengar nama mycert tapi tak tahu apa benda tu. ni bro kulanz dah bagi penjelasan panjang lebar baru la faham. thanks bro.
sama kita bro, saya pun dulu pernah dengar MyCERT tapi tak kisah sangat.. lepas terima email dan tengok laman web diorang baru paham peranan..
aku pun tak tahu psl ni..huhu baru tahu lps bc ni
takpa bro, kita kongsi-kongsi mana yg tahu..
kira mcm polis cyber la kan??
.-= marki´s last blog ..Ejen Terbabi =-.
aah, betul tu bro, diorang tolong bantu jaga keselamatan pengguna komputer dan internet
first time dengar… myCERT.. kira dia selesaikan masalh dari company private n govenm la..
.-= zik´s last blog ..Mampukah Malaysia menjadi Johan Piala Thomas dan Uber 2010?? =-.
nampaknya macam tu lah fungsi diorang bro..
bagus jgk ada website tu..
Memang bagus bro, kita boleh ambil manfaat
baru tahu aku ada mycert ni.. bolehlah kita manfaatkan peranan mycert ni.
.-= jawatan kosong´s last blog ..Jurong Port Vacancy Cargo Container Singapore =-.
memang boleh dapat manfaat..
While it’s definitely important to have a secure host, security starts with the end user. If one uses weak passwords, then they could be hosted at Fort Knox, and it wouldn’t matter.
MyCERT juga ada Twitter yang boleh diikut dan CyberSecurity Malaysia ada di facebook