Salam semua, kali ni saya ingin kongsikan satu lagi perkara yang boleh dimanfaatkan, khususnya di blog ni, iaitu wpExLinks. WpExLinks ni merupakan satu plugin wordpress yang membolehkan pengunjung dan rakan blog menempatkan atau lebih senang menyenaraikan URL blog anda di blog lain yang menggunakan plugin ini. Fungsinya lebih kurang sama dengan WP Social Blogroll cuma kelebihan wpExLinks ni, ia membenarkan pengunjung memasukkan URL/Link sendiri. Apapun plugin ni bukan baru sebenarnya, lama dah… dan saya tak lupa bagi kredit kepada Mr Bintang sebab pertama kali saya tahu pasal plugin ni pun dari blognya.
Untuk blog ni, saya tempatkan wpExLinks di sidebar bawah sekali. Boleh lihat ada beberapa blog rakan tersenarai di sana. Jadi untuk memasukkan URL, anda hanya perlu mengklik “Submit Your Link” atau terus buka page “Ex-Links” di menu atas. Ikuti langkah seperti pada gambar untuk memasukkan link anda.
Walau bagaimanapun, memandangkan ruang di sidebar agak terhad, saya tidak akan menyenaraikan ke semua link yang dimasukkan di sidebar tu. Link anda akan dipindahkan ke page “Ex-Links”.
Kalau ada yang berminat menggunakan plugin ni, boleh rujuk di SINI.



{ 15 comments… read them below or add one }
hahaha..aku pon ade buat macam wpexlinks nih..buat submit link sendiri..hahaha…pastu letak link org yg hantar tu kat page exchange link.
.-= apiih´s last blog ..tuDiaaa [Apiih mobileweb Twitter Client] =-.
akupun nak juga buat setting supaya lepas submit link, terus papar di page, bukan sidebar.. tapi tak tau nak buat lagi..
salam, menarik bro, tak pernah guna sebelum ni
.-= etomyam´s last blog ..Wanita Cantik Membahayakan Kesihatan =-.
macam ni senang sikit kawan-kawan submit link bro..
salam…boleh la cuba pakai plug in ni..masalah link/banner ni masih tak settle2..masa..masa..masa…huhuhu.
.-= cikmin´s last blog ..Senaman Mulut dan Lidah =-.
salam cikmin.. masalah link/banner blog mana?
menarik gak plug in ni,nanti nak cuba la
.-= wazy´s last blog ..Maybank2u Atau Spam2U ? =-.
boleh cuba bro..
nanti bro submit juga link bro di blog ni..
nana ni comment luv pun byk lg prolem ni…adui~~ give up da~
.-= nanajoe´s last blog ....:: Shahir Juara AF 8 ::.. =-.
tapi saya tengok mcm xda problem je tu.. nana dah tersenarai sbg members comluv..
menarik sebab senang org nak buat link exchange.
nice .. ada can nak cuba juga
.-= hydir´s last blog ..Membuat aplikasi Facebook khas untuk blog Wordpress anda =-.
wah senang sikit kerjanya la ek… erm tapi plugin dah banyak sangat nie..nak kena kurangkan nie..huhu
.-= zik´s last blog ..Jangan berhutang dengan Along! =-.
mmm.. ini plugin macam bantu kita buat exchange link ya..
.-= jawatan kosong´s last blog ..NOVOTECH SENIOR/ CLINICAL RESEARCH ASSOCIATE =-.
tak payah edit manual lagi…boleh try nih
encikbeliau recently posted..Hari Raya Yang Begitu Istimewa