Home >> Artikel >> Mari Bersama Perangi Rasuah

Mari Bersama Perangi Rasuah

by kulanz on 01/05/2010 · 34 comments

Apabila Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) menggariskan rasuah sebagai salah satu teras utama yang harus diperangi, ia secara tidak langsung mempamer sisi gelap sektor perkhidmatan awam yang tidak pernah lekang dengan imej rasuah di pelbagai peringkat.

Peletakan Indeks Prestasi Utama (KPI) kepada jurusan NKRA tersebut jelas menunjukkan kerajaan mempunyai sasaran khusus untuk mengukur usaha dan pencapaian dalam memerangi gejala itu untuk satu tempoh masa yang dijanjikan.

Namun, apabila kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan KPI, adakah rakyat bersedia untuk bersama menggembleng tenaga dan usaha bagi merealisasikan hasrat itu?

Kepincangan dalam organisasi barangkali wujud hanya disebabkan sedikit individu yang menjadi racun kepada pembangunan organisasi secara keseluruhan. Bukan sahaja rasuah, tetapi produktiviti dan kemahiran yang tidak mencapai kualiti yang diharapkan.

Salam semua, selamat menyambut Hari Pekerja, selamat bercuti. Sempena sambutan Hari Pekerja ni, terasa nak menyampaikan sepatah dua pula. Macam ucapan khas PM yang disiarkan secara langsung tu.. hehe.. Tapi tu bukan teks ucapan saya, sekadar petik daripada Kosmo Online.

Saya tertarik dengan petikan tu sebenarnya. Bukan apa, petang tadi dalam mesyuarat jabatan pun, rakan sepejabat ada memaklumkan tentang SPRM dah masuk di tempat tertentu untuk siasat kes rasuah. Jadi ketua jabatan pun ingatkan anak buahnya supaya menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mengaitkan kita dengan tuduhan rasuah tu. Tambahan pula sekarang ni orang suka melabel kerja di unit atau jabatan tertentu memang suka menerima rasuah.

“Bila sebut sahaja rasuah, masyarakat akan fokus kepada perkhidmatan awam seolah-olah semua aktiviti rasuah yang berlaku membabitkan sektor perkhidmatan awam.” – Omar Osman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Mungkin betul juga andaian tersebut. Saya sendiri punya pengalaman berhadapan dengan perkara-perkara yang boleh menjurus kepada perbuatan rasuah ni. Tak perlu saya perjelaskan. Tapi paling banyak ialah “tawaran” untuk menerima sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan projek. Bukanlah projek juta-juta, kecil sajapun. Tapi, kan rasuah tu tak kira berapa nilai suapan?

Kadang saya cukup hairan dengan sikap segelintir orang ni. Mereka macam sudah biasa melafazkan hal-hal seperti itu. Langsung tidak nilai kita secara mendalam. Main sedap mulut saja cakap atau berjanji akan berikan kita imbuhan atas kerja yang mereka lakukan. Seolah-olah orang macam kami ni sudah biasa menerima rasuah. Entahlah kalau orang lain. Tapi saya punya prinsip sendiri. Apapun saya tidak akan melenting apabila berhadapan dengan orang seperti ini. Saya selalunya cakap dengan baik yang setiap pertolongan saya dibuat atas sebab “kerja” bukan untuk mendapat keuntungan peribadi atau mendapat imbuhan daripada mereka.

“Saya menyeru semua penjawat awam supaya sama-sama memerangi rasuah dengan menjadi pelapor rasuah. Sekiranya penjawat awam bekerjasama sudah pasti gejala ini dapat diperangi dengan lebih berkesan.” – Omar Osman, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Pada saya rasuah ni memanglah satu perbuatan yang buruk dan memberi impak negatif  bukan sahaja kepada pemberi atau penerima rasuah, malah negara secara keseluruhannya. Rasuah boleh membantut ekonomi dan pembangunan sesebuah kawasan atau negara. Satu contoh yang mudah, peruntukan untuk sesuatu projek jambatan RM100 ribu. Tapi oleh kerana rasuah, kos yang diguna untuk buat projek tu hanya RM15 ribu. Projek tak sempurna dapat kelulusan. Baru pakai setahun dah runtuh. Kena keluarkan kos lagi untuk baiki. Ini contoh sahaja, bukan kes betul-betul, harap SPRM tak siasat pula.

Jadi, sama-samalah kita jalankan peranan masing-masing untuk perangi rasuah.

Kata kunci artikel:

artikel rasuah, artikel rasuah dalam pekerjaan, kpi indeks prestasi utama, teori gejala rasuah

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 33 comments… read them below or add one }

1 PisangPanas May 1, 2010 at 6:21 am

Rasuah ni musuh bangsa bro, bangsa mundur kalau gejala ni berleluasa..
.-= PisangPanas´s last blog ..Dapatkan Akaun Google Adsense Sepantas Kilat =-.

Reply

2 kulanz May 5, 2010 at 12:53 am

Memang ramai yang sedar kesan negatif rasuah ni.. tapi masih ramai juga yang amalkan..

Reply

3 arieza May 1, 2010 at 6:43 am

rasuah ni satu dunia ada.. huhuh xleh nk elak selagi manusia mengejar kaya terlampau2 huhu..

tp kan ada sorang kwn kita, keje kt kenya. dia kata kat sana rasuah mmg tahap gaban. negara kaya, dpt kmerdekaan lbh krg sama ngn mlysia, tp smpai skrg rakyat mmg hdp teruk sgt2. yg org2 atasan mmg superb kaya. yg org2 biasa, mkn pun susah.

dia kata, since dia slalu outstation kt sane, baru dia realise betapa rasuah kt malaysia tu ckit je huhuhu.

manusia manusia..
.-= arieza´s last blog ..::: Iklan Hebat Dari Twix Chocolate, Tiger Woods Bercerai & Nenek Tua Ada Anak Dengan Cucu Sendiri =-.

Reply

4 kulanz May 5, 2010 at 1:13 am

Memang betul, di Malaysia boleh dikatakan masih terkawal berbanding negara lain.. agak susah sebenarnya nak hapuskan perkara ni.. tapi sekurang-kurangnya kita harap dapatlah dikurangkan daripada yg sedia ada

Reply

5 imran May 1, 2010 at 10:22 am

NKRA dah ada.. Tapi KPI belum tercapai lagi kot??
.-= imran´s last blog ..Umur bukan halangan =-.

Reply

6 kulanz May 5, 2010 at 1:15 am

Memang sah KPI tak capai lagi.. tapi harap-harap lepas setahun NKRA dilaksanakan, kita dah dapat nampak KPI untuk sub-sub NKRA yang dilaksanakan ikut organisasi yg terlibat

Reply

7 apiih May 1, 2010 at 11:20 am

bukan ke rasuah itu berdosa???jadi,xelok kalau kite berasuah??say NO to rasuah…huhuhu..

Reply

8 kulanz May 5, 2010 at 1:15 am

Orang memang tahu dosa pahala ni, tapi masalahnya ada juga yang tak endahkan..

Reply

9 wazy May 1, 2010 at 11:23 pm

katakan tidak pada rasuah,walaupun dah bermcammacam cara dilakukan ,rasuah tetap juga berleluasa.Oleh itu pelbagai pihak kene serius di dalam mencegah rasuah ni.
.-= wazy´s last blog ..Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2010 =-.

Reply

10 kulanz May 5, 2010 at 1:16 am

Memang susah nak hapus sekaligus bro.. semua organisasi ada je benda ni

Reply

11 etomyam May 2, 2010 at 1:19 am

kalau semua pihak betul2 ikhlas dan memainkan peranan masing-masing, insya Allah gejala ni dapat dihapuskan :D
.-= etomyam´s last blog ..Lima Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Lama =-.

Reply

12 kulanz May 5, 2010 at 1:18 am

Betul tu, kerja ikhlas ni memang tak dapat habuan sekelip mata, tapi Allah dah janji tetap akan beri sesuatu kpd mereka.. Orang yang tlibat rasuah ni dia nak semua perkara berlaku sekelip mata, termasuklah kekayaan

Reply

13 zik May 2, 2010 at 2:34 am

Rasuah….orang yang paling tinggi pangkatnya, paling tinggi cabarannya nak hadapi gejala rasuah… susah jadi orang yang ada pangkat besar n kuasa.. takut salah guna…

Reply

14 kulanz May 5, 2010 at 1:19 am

Betul tu.. orang pangkat besar ni iman kena kuat.. tapi paling penting jangan cuba walau sekali rasuah ni.. takut nanti kalau dah cuba sekali, akan jadi tabiat pula

Reply

15 Meow May 2, 2010 at 11:27 am

erm,tapi SPRM tu pun asal daripada kerajaan jugak…jadi sama jer kot..
.-= Meow´s last blog ..Berita Ugut Tok Guru Nik Aziz =-.

Reply

16 kulanz May 5, 2010 at 1:22 am

Kalau diikut SPRM ni bukan di bawah bidang pentadbiran kerajaan (Kuasa Eksekutif)… Statusnya sama macam SPR.. bawah YDPA

Reply

17 yoy May 2, 2010 at 4:44 pm

kalau xsilap malaysia antara negara tertinggi amalkan rasuah kan..tol ke?huhu

Reply

18 kulanz May 5, 2010 at 1:23 am

Belum rujuk statistik terkini.. tapi nampaknya rasuah di Malaysia ni pun macam dah semakin meningkat dari sehari ke sehari

Reply

19 Amir May 9, 2010 at 9:02 am

pernah jugak terbaca pasal tu. tp mcm betol je. pemimpin2 malaysia pandai sorok pasal rasuah ni..

Reply

20 jawatan kosong May 2, 2010 at 10:32 pm

hapuskan rasuah negara kita…
.-= jawatan kosong´s last blog ..THE BANK OF NOVA SCOTIA RELATIONSHIP MANAGER VACANCY =-.

Reply

21 kulanz May 5, 2010 at 1:23 am

Kena ada kerjasama semua pihak.. baru boleh kurangkan.. nak hapuskan terus mungkin kena ambik masa lama sedikit

Reply

22 marki May 3, 2010 at 12:34 am

sekarang SPRM dah mula bertindak dari ikan bilis ke ikan jaws..jabatan haku pun ketinggalan menjadi tumpuan SPRM ..katanya mau check false claim ..
.-= marki´s last blog ..Keputusan Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 17 =-.

Reply

23 kulanz May 5, 2010 at 1:24 am

Sama bro, SPRM pun dah turun jabatan saya hari tu.. mmg bkaitan dgn claim juga..

Reply

24 marki May 6, 2010 at 1:16 am

berhati – hatilah ..buruk padahnya kalau kena tangkap ngan SPRM neh..haih..
.-= marki´s last blog ..Kantoi haku curi video klip Zee Avi =-.

Reply

25 Kujie May 3, 2010 at 8:52 am

iman saja yg dpt mengelak diri dari rasuah..tingkatkan iman kita bersama-sama.
.-= Kujie´s last blog ..April – 100 Ribu Pengunjung! =-.

Reply

26 kulanz May 5, 2010 at 1:26 am

Betul tu kak jie.. iman saja dapat menguatkan hati dan kejelasan berfikir.. boleh elak daripada perkara-perkara dilarang tu

Reply

27 Amir May 3, 2010 at 5:33 pm

pemimpin2 malaysia (pembangkang/kerajaan) pun banyak main n makan rasuah ni..
.-= Amir´s last blog ..2 Pengulas Tegar Bakal Menerima Hadiah Istimewa Dari Australia =-.

Reply

28 kulanz May 5, 2010 at 1:26 am

Memang dah terbukti bro, banyak dah didedahkan di berita tu.. harap orang-orang macam ni lah yang perlu dihapuskan terlebih dahulu..

Reply

29 x-po May 4, 2010 at 9:38 am

orang2 yg amik rasuah ni, tak pikir ke tu duit haram, tak pikir ke bg anak bini makan guna duit haram..aduyai

Reply

30 kulanz May 5, 2010 at 1:27 am

orang macam tu dah tak fikir keluarga lagi bro.. janji dia sorang bahagia.. sebab tu ada yang sanggup tinggalkan keluarga semata-mata nak kejar benda-benda tu semua..

Reply

31 denaihati May 5, 2010 at 1:26 am

Aku benci PERASUAH…
.-= denaihati´s last blog ..10Malaysia Top Commentators April untuk Acer Aspire One =-.

Reply

32 kulanz May 9, 2010 at 10:33 pm

Memang patut untuk kita benci perasuah.. menjahamkan negara..

Reply

33 songel November 10, 2010 at 1:39 pm

Dalam pengalaman saya rasuah berprestej tinggi tu dibuat oleh pemimpin dan ketua jabatan. mereka buat macam2 cara.. ada yang cara dimasuk dalam kos input.. accelerete cost.. perbelanjaan multi.. dan berbagai bagai lagi.. ini semua masuk kat pembida dan pembida pulangkan kat pencipta kos kos merapu itu…lain lain rasuah dicipta dan dibuat akan saya ceritakan kemudian pula lah…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: