Market Samurai
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 30th, 2010.Entri ni tiada kena mengena dengan night market atau pedang samurai walaupun namanya seakan-akan sama… Kali ni aku nak kongsi sedikit info dengan bloggers yang ingin menambahkan trafik pengunjung blog masing-masing..
Pernah dengar Market Samurai? Bagi blogger yang mempunyai akaun Google Adsense, mereka sangat menekankan kepada aspek SEO, SERP (Search Engine Resuts Page), pagerank, backlink dan sebagainya. Jadi tips untuk meningkatkan trafik dan penggunaan perisian aplikasi seperti Market Samurai yang dapat memaksimumkan perkara-perkara di atas bukanlah perkara baru bagi mereka. Perisian Aplikasi ni memang sudah lama wujud. Pemilik Google Adsense selalunya berusaha meningkatkan trafik melalui enjin carian. Salah satu penekanan yang diberikan adalah penggunaan kata kunci atau keyword bagi sesebuah entri. Jadi kepada blogger yang mempunyai misi -- blognya bukan sekadar untuk tatapan sendiri, tetapi untuk perkongsian bersama, apa kata luangkan sedikit masa untuk perkongsian kali ni. Moga dapat memberi manfaat.
Berbalik topik utama, Market Samurai adalah satu perisian aplikasi yang dapat memberikan analisis penuh SEO, pagerank, google index, backlink, keyword description, tag dan sebagainya.. dengan menganalisis kata kunci yang digunakan, kita dapat melihat setakat mana kekuatan entri atau blog kita dan mampukah ia bersaing dengan blog lain yang juga menggunakan keyword yang sama. Aku ambil satu contoh analisis mudah. Keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL berdasarkan SEO Competition yang dianjurkan oleh saudara Denaihati. Ni adalah keputusan hasil analisis yang aku dibuat.
klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Berdasarkan analisis tu kita dapat buat perbandingan kekuatan bagi setiap blog yang disenaraikan dalam ranking 1-10. Kekuatan ditunjukkan mengikut warna: pink-hot, kuning-warm, hijau-cool (harap aku tak rabun warna). Kalau blog kamu tidak tersenarai dalam ranking 1-10 dalam keputusan, jangan risau… kamu cuma perlu klik butang “Add Custom URLs” dan masukkan URL entri kamu (contohnya: http://abcdef.com/hidup-berani-untuk-gagal). Setelah itu entri kamu akan disenaraikan di bahagian atas.
Cuba lihat pada Title, URL, Desc dan Head pada gambar di atas, kemudian tengok juga pada PR, IC, BLP dan lain-lain (rujuk gambar pertama untuk mengetahui maksud singkatan tu). Bandingkan entri kamu dengan entri yang tersenarai di rank 1-10, nampak perbezaannya? Macam contoh dalam gambar, title entri, URL, Desc dan Head semuanya N-No atau tidak ada… Itulah antara kekurangan entri/URL berkenaan sehingga ia tidak mampu bersaing dengan blog yang lain… Jadi kalau dah nampak masalah macam tu, apa nak buat? Terpulanglah pada diri sendiri sama ada mahu perbaiki semula entri tu atau beri perhatian pada penulisan akan datang. (Peringatan: kena pandai kalau nak buat perubahan pada entri yang sudah terindeks di Google, silap-silap kena penampar pakcik Google tu, entri kita bukan bertambah naik, tapi akan jatuh ke belakang)
Nota tambahan: Masalah URL tidak tersenarai biasanya terjadi pada blog yang menggunakan wordpress tetapi setting untuk permalinks masih dalam keadaan asal. Maka URL bagi sesebuah entri akan jadi macam ni: http://kulanzsalleh.com/?p=564. Pastikan permalinks ini diubah!
Ada beberapa lagi perkara penting dalam penggunaan Market Samurai ni, antaranya, PR (pagerank) yang dinyatakan adalah mengikut URL. Jadi jangan hairan PR yang dipaparkan untuk URL kamu 0, sedangkan blog kamu sebenarnya mempunyai PR 2/10. Begitu juga sebaliknya. Contoh dalam analisis di atas, blog yang berada pada kedudukan rank pertama PR nya 0.. sebenarnya itu cuma PR untuk entrinya saja… aku dah tengok, blog tu mempunyai PR 4/10 sebenarnya. Itulah kekuatan blog berkenaan. Selain tu, ada juga blog yang tersenarai dalam rank 1-10, tetapi URL nya N. Kelebihan ini berpihak pada blog yang menggunakan keyword berkenaan sebagai Tajuk atau Nama Blog. Sebab tu bagi blog yang berfokus kepada Niche khusus, pemilihan nama blog adalah sangat penting. Bagaimanapun, kalau untuk SEO contest berdasarkan entri, blog itu tetap tidak dikira sebagai pemenang walaupun berada di kedudukan atas enjin carian.
Nota Tambahan 2: Menukar nama asal blog juga tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu proses index enjin carian dan menyebabkan PR blog kita menurun pada jangkamasa panjang.
Kesimpulannya, Market Samurai tidak memberikan ketepatan 100%.. tapi seronok sebenarnya guna benda ni… dan bagi yang ingin mencubanya, bolehlah cuba download trial-nya di sini. Penjelasan berkenaan Market Samurai pula boleh dirujuk di sini. Ingat, benda ni bukan percuma tau… harga sebenar USD149.. tapi kalau kamu sudah download trial, diorang akan bagi diskaun sehingga 35%.. Crack? Jangan tanya aku.. aku tak mau bertanggungjawab.. Sudah download, install saja perisian aplikasi tu step by step… Tentang cara penggunaannya taklah susah sangat… aplikasi ni memang mesra pengguna.
Ok, tu saja berkaitan dengan Market Samurai ni. Moga dapat membantu. Sambil-sambil tu, sila layan”The 3 Golden Rules of Search Traffic”.
Source: Market Samurai



Ichigo
January 30th, 2010 at 6:02 am
Ichi nak cuba la cara ni.. thanks bro for da share
Ichigo´s last blog ..How To Install Windows 7
[Reply]
kulanz Reply:
January 30th, 2010 at 6:12 am
ye bro.. bnyk juga kegunaannya ni..
[Reply]
zaiMi
January 30th, 2010 at 10:37 am
thanks bro. berguna software ni. tapi blog aku personal je. mungkin tak perlu sangat SEO pagerannk bagai ni. hehe
zaiMi´s last blog ..Copy Artikel VS Copy Idea
[Reply]
kulanz Reply:
January 30th, 2010 at 12:49 pm
dah tengok blog bro tu.. mana ada blog personal.. bnyk pkongsian sana tu..
tp market samurai ni cuma satu alternatif je bro, akupun x pakai sgt.. klu blog ada pasang google adsense atau kita ikut SEO competition, baru sesuai guna..
[Reply]
ain
January 30th, 2010 at 2:33 pm
ilmu baru buat saya nie..
nak cuba la nanti..
tks for sharing…
ain´s last blog ..MY MUM’S FARMVILLE
[Reply]
kulanz Reply:
January 31st, 2010 at 3:32 am
iya.. sekali-sekala guna bole jg tu..
[Reply]
ajie
January 30th, 2010 at 4:15 pm
ooo.. baru tau bro.. tq
ajie´s last blog ..Tukar Hak Milik
[Reply]
kulanz Reply:
January 31st, 2010 at 3:32 am
dah try ke bro ajie?
[Reply]
how to ollie
January 31st, 2010 at 3:20 am
Good post… I’m always on the lookout for good blogs.
[Reply]
mie
January 31st, 2010 at 2:11 pm
hmm..ape ni ek? pening bca..bnyk sgt term..1 ape pn x phm..haha..
mie´s last blog ..Firefox 3.6 for Windows
[Reply]
kulanz Reply:
January 31st, 2010 at 8:57 pm
hehe.. xpa bro.. pelan-pelan
mmg SEO ni bnyk term dan kdg susah nak paham.. akupun tak khatam lg pasal tu smua..
[Reply]
wazy
January 31st, 2010 at 11:31 pm
teringin gak nak guna ni,tapi description blog dah ubah skit utk contest denaihati,agak2 ok ke bro kalau guna sekarang atau selepas tukar description yang asal
wazy´s last blog ..Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting
[Reply]
kulanz Reply:
February 1st, 2010 at 2:10 am
Rasanya description diorg x kisah sgt bro.. aku punya desc pun semua pasal hidup berani utk gagal tu.. jd, xda mslh klu nak kekalkn yg tu..
aku rasa diorg utamakn traffic report.. klu guna google analytics lagi bagus sbb bole sediakn report dlm bentuk .pdf.. xpa bro.. try je apply, aku tgk entri bro pun okey jg..
[Reply]
yanmie
February 1st, 2010 at 1:36 am
pernah dengar pasal nie tp blm pernah cuba, thanks bg link trialnye…hehhe..nk beli kena fikir 2-3-10 kali kot..hahaha…
yanmie´s last blog ..Contest Cabutan Bertuah di tutup secara rasminya
[Reply]
kulanz Reply:
February 1st, 2010 at 2:17 am
hehe.. akupun jarang juga guna ni sbb x pentingkn sgt keyword… lain la klu ada akaun google adsense.. keyword mesti power utk menang psaingan..
[Reply]
azizan4444
February 1st, 2010 at 10:20 pm
bgs ni bro..ley bt tuk projek google adsense..hehehe..nice sharing bro
azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri
[Reply]
kulanz Reply:
February 1st, 2010 at 11:27 pm
betul bro.. klu google adsense atau SEO contest, mmg bguna sangat ni bro
[Reply]
Dak Wan
February 2nd, 2010 at 12:30 am
Uish? Mahalnya…. thanks berkongsi ilmu boss!
Dak Wan´s last blog ..Tagged Profile
[Reply]
kulanz Reply:
February 2nd, 2010 at 3:07 am
memang mahal juga.. tp kira berbaloi jg tu klu guna utk google adsense..
[Reply]
Spatt
February 2nd, 2010 at 4:59 pm
MS mahal giler..baik guna Traffic Travis, free version pun dah mantap..
Spatt´s last blog ..Google Camo – Disabling Google Personalized Search Result
[Reply]
kulanz Reply:
February 2nd, 2010 at 11:31 pm
iya.. yg ni mahal ckit bro.. tp sekadar review je.. banyak pilihan yg ada, terpulang pada kita nak guna yg mana satu
[Reply]