Home >> SEO|Page Rank >> Market Samurai

Market Samurai

by kulanz on 30/01/2010 · 28 comments

Entri ni tiada kena mengena dengan night market atau pedang samurai walaupun namanya seakan-akan sama… Kali ni aku nak kongsi sedikit info dengan bloggers yang ingin menambahkan trafik pengunjung blog masing-masing..

Pernah dengar Market Samurai? Bagi blogger yang mempunyai akaun Google Adsense, mereka sangat menekankan kepada aspek SEO, SERP (Search Engine Resuts Page), pagerank, backlink dan sebagainya. Jadi tips untuk meningkatkan trafik dan penggunaan perisian aplikasi seperti Market Samurai yang dapat memaksimumkan perkara-perkara di atas bukanlah perkara baru bagi mereka. Perisian Aplikasi ni memang sudah lama wujud. Pemilik Google Adsense selalunya berusaha meningkatkan trafik melalui enjin carian. Salah satu penekanan yang diberikan adalah penggunaan kata kunci atau keyword bagi sesebuah entri. Jadi kepada blogger yang mempunyai misi – blognya bukan sekadar untuk tatapan sendiri, tetapi untuk perkongsian bersama, apa kata luangkan sedikit masa untuk perkongsian kali ni. Moga dapat memberi manfaat.

Berbalik topik utama, Market Samurai adalah satu perisian aplikasi yang dapat memberikan analisis penuh SEO, pagerank, google index, backlink, keyword description, tag dan sebagainya.. dengan menganalisis kata kunci yang digunakan, kita dapat melihat setakat mana kekuatan entri atau blog kita dan mampukah ia bersaing dengan blog lain yang juga menggunakan keyword yang sama. Aku ambil satu contoh analisis mudah. Keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL berdasarkan SEO Competition yang dianjurkan oleh saudara Denaihati. Ni adalah keputusan hasil analisis yang aku dibuat.

klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Berdasarkan analisis tu kita dapat buat perbandingan kekuatan bagi setiap blog yang disenaraikan dalam ranking 1-10. Kekuatan ditunjukkan mengikut warna: pink-hot, kuning-warm, hijau-cool (harap aku tak rabun warna).  Kalau blog kamu tidak tersenarai dalam ranking 1-10 dalam keputusan, jangan risau… kamu cuma perlu klik butang “Add Custom URLs” dan masukkan URL entri kamu (contohnya: http://abcdef.com/hidup-berani-untuk-gagal). Setelah itu entri kamu akan disenaraikan di bahagian atas.

Cuba lihat pada Title, URL, Desc dan Head pada gambar di atas, kemudian tengok juga pada PR, IC, BLP dan lain-lain (rujuk gambar pertama untuk mengetahui maksud singkatan tu). Bandingkan entri kamu dengan entri yang tersenarai di rank 1-10, nampak perbezaannya? Macam contoh dalam gambar, title entri, URL, Desc dan Head semuanya N-No atau tidak ada… Itulah antara kekurangan entri/URL berkenaan sehingga ia tidak mampu bersaing dengan blog yang lain…  Jadi kalau dah nampak masalah macam tu, apa nak buat? Terpulanglah pada diri sendiri sama ada mahu perbaiki  semula entri tu atau beri perhatian pada penulisan akan datang. (Peringatan: kena pandai kalau nak buat perubahan pada entri yang sudah terindeks di Google, silap-silap kena penampar pakcik Google tu, entri kita bukan bertambah naik, tapi akan jatuh ke belakang)

Nota tambahan: Masalah URL tidak tersenarai biasanya terjadi pada blog yang menggunakan wordpress tetapi setting untuk permalinks masih dalam keadaan asal. Maka URL bagi sesebuah entri akan jadi macam ni: http://kulanzsalleh.com/?p=564. Pastikan permalinks ini diubah!

Ada beberapa lagi perkara penting dalam penggunaan Market Samurai ni, antaranya, PR (pagerank) yang dinyatakan adalah mengikut URL. Jadi jangan hairan PR yang dipaparkan untuk URL kamu 0, sedangkan blog kamu sebenarnya mempunyai PR 2/10. Begitu juga sebaliknya. Contoh dalam analisis di atas, blog yang berada pada kedudukan rank pertama PR nya 0.. sebenarnya itu cuma PR untuk entrinya saja… aku dah tengok, blog tu mempunyai PR 4/10 sebenarnya. Itulah kekuatan blog berkenaan. Selain tu, ada juga blog yang tersenarai dalam rank 1-10, tetapi URL nya N. Kelebihan ini berpihak pada blog yang menggunakan keyword berkenaan sebagai Tajuk atau Nama Blog. Sebab tu bagi blog yang berfokus kepada Niche khusus, pemilihan nama blog adalah sangat penting. Bagaimanapun, kalau untuk SEO contest berdasarkan entri, blog itu tetap tidak dikira sebagai pemenang walaupun berada di kedudukan atas enjin carian.

Nota Tambahan 2: Menukar nama asal blog juga tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu proses index enjin carian dan menyebabkan PR blog kita menurun pada jangkamasa panjang.

Kesimpulannya, Market Samurai tidak memberikan ketepatan 100%.. tapi seronok sebenarnya guna benda ni…  dan bagi yang ingin mencubanya, bolehlah cuba download trial-nya di sini. Penjelasan berkenaan Market Samurai pula boleh dirujuk di sini. Ingat, benda ni bukan percuma tau… harga sebenar USD149.. tapi kalau kamu sudah download trial, diorang akan bagi diskaun sehingga 35%.. Crack? Jangan tanya aku.. aku tak mau bertanggungjawab.. Sudah download, install saja perisian aplikasi tu step by step… Tentang cara penggunaannya taklah susah sangat… aplikasi ni memang mesra pengguna.

Ok, tu saja berkaitan dengan Market Samurai ni. Moga dapat membantu.

Kata kunci artikel:

contoh lukisan setting

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 28 comments… read them below or add one }

1 Ichigo January 30, 2010 at 6:02 am

Ichi nak cuba la cara ni.. thanks bro for da share
.-= Ichigo´s last blog ..How To Install Windows 7 =-.

Reply

2 kulanz January 30, 2010 at 6:12 am

ye bro.. bnyk juga kegunaannya ni..

Reply

3 zaiMi January 30, 2010 at 10:37 am

thanks bro. berguna software ni. tapi blog aku personal je. mungkin tak perlu sangat SEO pagerannk bagai ni. hehe

Reply

4 kulanz January 30, 2010 at 12:49 pm

dah tengok blog bro tu.. mana ada blog personal.. bnyk pkongsian sana tu..

tp market samurai ni cuma satu alternatif je bro, akupun x pakai sgt.. klu blog ada pasang google adsense atau kita ikut SEO competition, baru sesuai guna..

Reply

5 ain January 30, 2010 at 2:33 pm

ilmu baru buat saya nie..

nak cuba la nanti..

tks for sharing…
.-= ain´s last blog ..MY MUM’S FARMVILLE =-.

Reply

6 kulanz January 31, 2010 at 3:32 am

iya.. sekali-sekala guna bole jg tu..

Reply

7 ajie January 30, 2010 at 4:15 pm

ooo.. baru tau bro.. tq
.-= ajie´s last blog ..Tukar Hak Milik =-.

Reply

8 kulanz January 31, 2010 at 3:32 am

dah try ke bro ajie?

Reply

9 how to ollie January 31, 2010 at 3:20 am

Good post… I’m always on the lookout for good blogs.

Reply

10 mie January 31, 2010 at 2:11 pm

hmm..ape ni ek? pening bca..bnyk sgt term..1 ape pn x phm..haha..
.-= mie´s last blog ..Firefox 3.6 for Windows =-.

Reply

11 kulanz January 31, 2010 at 8:57 pm

hehe.. xpa bro.. pelan-pelan
mmg SEO ni bnyk term dan kdg susah nak paham.. akupun tak khatam lg pasal tu smua..

Reply

12 wazy January 31, 2010 at 11:31 pm

teringin gak nak guna ni,tapi description blog dah ubah skit utk contest denaihati,agak2 ok ke bro kalau guna sekarang atau selepas tukar description yang asal
.-= wazy´s last blog ..Kenapa Masa Untuk Keluarga Itu Sangat Penting =-.

Reply

13 kulanz February 1, 2010 at 2:10 am

Rasanya description diorg x kisah sgt bro.. aku punya desc pun semua pasal hidup berani utk gagal tu.. jd, xda mslh klu nak kekalkn yg tu..

aku rasa diorg utamakn traffic report.. klu guna google analytics lagi bagus sbb bole sediakn report dlm bentuk .pdf.. xpa bro.. try je apply, aku tgk entri bro pun okey jg..

Reply

14 ray ban August 18, 2010 at 8:43 pm

google analytic je yang saya guna sekrang =)
ray ban recently posted..Rayban Olympic wayfarerMy Profile

Reply

15 yanmie February 1, 2010 at 1:36 am

pernah dengar pasal nie tp blm pernah cuba, thanks bg link trialnye…hehhe..nk beli kena fikir 2-3-10 kali kot..hahaha…
.-= yanmie´s last blog ..Contest Cabutan Bertuah di tutup secara rasminya =-.

Reply

16 kulanz February 1, 2010 at 2:17 am

hehe.. akupun jarang juga guna ni sbb x pentingkn sgt keyword… lain la klu ada akaun google adsense.. keyword mesti power utk menang psaingan..

Reply

17 azizan4444 February 1, 2010 at 10:20 pm

bgs ni bro..ley bt tuk projek google adsense..hehehe..nice sharing bro
.-= azizan4444´s last blog ..Aku Benci Diri Sendiri =-.

Reply

18 kulanz February 1, 2010 at 11:27 pm

betul bro.. klu google adsense atau SEO contest, mmg bguna sangat ni bro

Reply

19 Dak Wan February 2, 2010 at 12:30 am

Uish? Mahalnya…. thanks berkongsi ilmu boss!
.-= Dak Wan´s last blog ..Tagged Profile =-.

Reply

20 kulanz February 2, 2010 at 3:07 am

memang mahal juga.. tp kira berbaloi jg tu klu guna utk google adsense..

Reply

21 Spatt February 2, 2010 at 4:59 pm

MS mahal giler..baik guna Traffic Travis, free version pun dah mantap..
.-= Spatt´s last blog ..Google Camo – Disabling Google Personalized Search Result =-.

Reply

22 kulanz February 2, 2010 at 11:31 pm

iya.. yg ni mahal ckit bro.. tp sekadar review je.. banyak pilihan yg ada, terpulang pada kita nak guna yg mana satu

Reply

23 ray ban August 18, 2010 at 8:41 pm

pengguna newbie macam saya berjinak dengan free servis je la dulu itu yang termampu
ray ban recently posted..Rayban Olympic wayfarerMy Profile

Reply

24 Bro Wacana July 3, 2011 at 12:53 am

Trime kasih atas tips yang diberi….

Reply

25 fadlybehel August 27, 2011 at 2:33 am

wah review yang sangat bagus !!! …

disini ada versi gratisan nya loh

Traffic Travis v4

mampir yuk ke sini

http://idekubagus.blogspot.com/2011/08/free-download-traffic-travis-v4.html

Reply

26 lenterakasih September 10, 2011 at 3:55 am

thanks gan tips nya berguna bgt…

Reply

27 Wawan September 19, 2011 at 8:18 pm

Salam kang Saleh..
Info saya udah ngeposting cara memakai market samurai, sayangnya masih bahasa bule, ada 17 video tutorial. Moga bermanfaat bagi temen temen.
Tjanks

Reply

28 LUKISAN MINIMALIS November 1, 2011 at 11:54 am

Makasih Gan atas share mengenaik Market Samurai nya, baru tau nieh, mau cari cara mengingkatkan SEO yg lain biar gak pakai yang biasa2 aja.. hehehee,,:D
Salam super

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: