Home >> Pelancongan >> Melawat ke Menara Tun Mustapha

Melawat ke Menara Tun Mustapha

by Kulanzsalleh on June 26, 2012 · 20 comments

Sebenarnya ini bukan lawatan yang dirancang. Sama juga macam persinggahan di Taman Awam Teluk Likas hari tu. Sedar-sedar dah belok kereta masuk ke laluan pelawat menuju ke Menara Tun Mustapha atau sebelum ini dikenali sebagai Bangunan Yayasan Sabah. Salah satu mercu tanda negeri Sabah.

Bangunan Yayasan Sabah

Bangunan Yayasan Sabah

Bangunan ni pun tak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu. Terletak di kawasan Teluk Likas dan hanya lebih kurang 6.7 kilometer atau kira-kira 10-15 minit Perjalanan menyusuri jalan Tun Fuad Stephens.

Menara Tun Mustapha

Dulu bangunan ni memang jadi kebanggaan rakyat Sabah. Bukan hanya kerana bentuk menara yang bulat setinggi 30 tingkat dengan hanya satu tiang, tetapi sumbangan Yayasan Sabah sangat banyak. Biasiswa Yayasan Sabah, bantuan peralatan/pakaian sekolah, bantuan sosial, ekonomi dan banyak lagi. Sekarang ni ia hanya menempatkan ibu pejabat Yayasan Sabah serta beberapa jabatan kerajaan negeri.

Menara Tun Mustapha

Teluk Likas

Sebelum ni juga ada “Atmosphere” atau restoran berputar di tingkat 18. Kira uniklah sebab tak banyak pun restoran yang boleh berputar-putar di dunia ni. Sambil makan boleh tengok pemandangan sekeliling. Tapi hari tu guard yang jaga depan bangunan kata restoran tu dah tak ada.

Yayasan Sabah

Selepas lebih kurang 10 minit, kami balik. Terik matahari mula terasa. Cukuplah untuk hari itu sekurang-kurangnya anak-anak saya sudah dapat melihat bentuk Menara Tun Mustapha secara dekat.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

Menara Tun Mustapha, menara yayasan sabah, bangunan, menara tun mustapha kota kinabalu, bangunan yayasan sabah kota kinabalu, gambar menara tun mustapha, menara tun mustapha sabah, bangunan tun mustapha, restoran berputar yayasan sabah, kraftangan sabah dan sarawak

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 20 comments… read them below or add one }

1 Mus June 26, 2012 at 7:36 am

Sunyi betul kat sini waktu malam..

Reply

2 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:18 am

tak pernah pula datang sana waktu malam.. tapi guard tu cakap best kalau ambil gambar waktu senja dan malam sebab pemandangannya cantik

Reply

3 iza June 26, 2012 at 9:16 am

Assalam..
Tak ramai orang…
tapi cantik.

Reply

4 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:19 am

Waalaikumusalam,
memang cantik tempat tu.. tapi agak sunyi sebab hari ahad..

Reply

5 azman June 26, 2012 at 11:13 am

Bangunan ni cantik,rasanya dah lama bangunan ni kan?

Reply

6 Izzuddin Fauzi June 26, 2012 at 3:26 pm

Dah lama tapi masih menarik untuk dikunjungi… Sepatutnya tempat nie dimajukan lebih dari yang ada sekarang kn :)

Reply

7 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:24 am

bentuknya agak unik tu yang masih jadi tarikan sebab tak banyak bangunan macam tu..
memang perlu diperbaiki tempat tu

Reply

8 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:23 am

memang dah lama bro azman.. dah lebih 30 tahun

Reply

9 suri June 26, 2012 at 2:01 pm

bawa anak jalan2 smbil pekena air sejuk d tekak best gak heee

Reply

10 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:27 am

kalau ada peluang macam tu memang best.. :)

Reply

11 Izzuddin Fauzi June 26, 2012 at 3:25 pm

Mesti terasa ralat bila tau restoran tu dah tak ada… Bangunan tu menarik… :)

Reply

12 Mus June 27, 2012 at 12:04 am

saya tak sempat masuk restoran tu..

Reply

13 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:55 am

sama juga bro.. aku pun tak sempat pegi sana lagi..

Reply

14 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 12:52 am

memang hampalah juga.. :(

Reply

15 Jebeng Otai™ June 26, 2012 at 10:33 pm

mcm roket bentuk bngunan ni.. :)

Reply

16 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 1:09 am

nasib baik muncung dia tak berapa tajam kalau tak memang real nampak macam roket :D

Reply

17 tehr June 26, 2012 at 11:22 pm

bangunan ni memang menarik
tak banyak bangunan bentuk bulat kat negara kita

Reply

18 Kulanzsalleh June 27, 2012 at 1:20 am

memang unik sikit bro.. cuma sekarang ni macam dah tak berapa dipedulikan..

Reply

19 akubiomed June 26, 2012 at 11:32 pm

Mercu tanda adat berkaitan dengan Yayasan Sabah. Cantik langit yang biru.

Reply

20 rahman June 26, 2012 at 11:33 pm

bangunan yang cantik dan menarik.. kalau lebih tinggi mungkin boleh menarik lebih ramai pelancung

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner