Home >> Personal >> Melayan Karenah Anak Menonton BRAVE 3D

Melayan Karenah Anak Menonton BRAVE 3D

by Kulanzsalleh on July 2, 2012 · 23 comments

Sudah agak lama tidak menonton movie 3D. Seingat saya Kali terakhir hari tu masa tengok movie Legend of the Guardians: The Owls of Ga’Hoole. Teringat lagi, cermin mata 3D yang dipakai anak-anak semuanya jadi kabur gara-gara makan sambil menonton. Tangan pegang makanan berminyak, lepas tu, pegang pada cermin mata.

Growball Cinemax

Minggu lepas sekali lagi bawa anak-anak menonton movie di Growball Cinemax, Centre Point Sabah. Disebabkan tiada pilihan lain yang sesuai untuk usia anak-anak, terpaksalah memilih movie BRAVE 3D. Tapi kali ni saya bagi syarat awal-awal. Masa menonton tiada siapa dibenarkan makan. Jadi sebelum masuk, makanlah sampai kenyang. Agak kejam bunyinya, tapi itu saja cara yang ada untuk disiplinkan anak-anak. Dan memang berkesan juga cara tu.

Brave 3DBagi saya filem Brave agak menarik dan menghiburkan. Kisah seorang puteri nakal, aktif dan berani. Berusaha untuk mengubah tradisi yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan ayahya hingga kadang menimbulkan kekacauan dalam negeri mereka. Jalan ceritanya juga agak mudah dan senang difahami serta mempunyai mesej tertentu yang boleh dihayati bersama.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

bit ly, growball cinemax, movie 3d sesuai untuk kanak, center point sabah 2013, cinemax\ di sabah, mesej dalam movie brave

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 23 comments… read them below or add one }

1 anif July 3, 2012 at 12:18 am

Menonton wayang? Aktiviti yang sudah lama saya ditinggakan. Entah bila boleh mula semula.

Reply

2 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 8:51 pm

sekali-sekala bawa anak bro.. :)

Reply

3 onlajer July 3, 2012 at 12:35 am

saya baru berkesempatan menonton madagascar bersama anak2

Reply

4 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:00 pm

madagascar best juga tu..

Reply

5 titan July 3, 2012 at 2:34 am

tak tengok lagi cite brave nih..
brave sangat ker?

Reply

6 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:02 pm

pelakon dia? adalah sikit-sikit, hehehe

Reply

7 akubiomed July 3, 2012 at 9:44 am

Saya menantikan filem Spiderman 3D yang bakal masuk panggung bulan ini.

Reply

8 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:05 pm

selalunya panggung akan penuh kalau filem baru ditayangkan.. jadi aku kena tunggu beberapa hari selepas ditayangkan baru boleh tengok

Reply

9 Cikgu Hairul July 3, 2012 at 9:54 am

Anak-anak kalau tak dipaksa macamtu sampai ke sudah tak perbaiki kesilapan. Paksaan kadang-kadang perlu walau nampak sedikit kejam.

Reply

10 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:26 pm

betul bro.. sekali-sekala perlu dipaksa macam tu..

Reply

11 Incik RestNrilekS July 3, 2012 at 11:10 am

Salam alaiyka.

Tak tengok lagi cerita ni tapi ulasan di RottenTomatoes katanya bagus. Last tengok 3D, tak ingat pulak cerita apa, tapi kalau animasi layan 3D memang best.

Tang tengok wayang, jarang mengunyah-gunyah kalau tengok wayang atau movie sebab rasa macam menggangu. Selalu memang kenyang-kenyangkan diri dulu sebelum masuk wayang. Kalau nak makan pun masa iklan. Hehe.

Reply

12 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:28 pm

walaikumsalam,
akupun tak suka makan masa menonton.. tapi anak2 ni memang tak duduk diam.. mesti mengunyah juga.. nasib baik hari tu diorang ikut syarat ditetapkan :D

Reply

13 cikgu naman July 3, 2012 at 1:15 pm

tak pernah bawa lagi anak ke pawagam tengok wayang..kalau bawak nanti mulutnya tak berhenti cakap ganggu orang nak tengok wayang pulak

Reply

14 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:29 pm

anak akupun kecoh juga mula-mula dulu.. tapi kalau tengok movie kegemaran diorang tentu diorang akan duduk diam

Reply

15 Razlan July 3, 2012 at 1:55 pm

Lama da tak pergi tengok wayang ne,last tahun 2010

Reply

16 Kulanzsalleh July 3, 2012 at 9:31 pm

lama juga tu..

Reply

17 Jebeng Otai™ July 3, 2012 at 9:33 pm

beriadah bersama keluarga..bgsu juga tgk wayang sekali sekala.. :)

Reply

18 Kulanzsalleh July 5, 2012 at 2:26 am

asal anak seronok kita pun rasa puas hati

Reply

19 Tehr July 3, 2012 at 11:57 pm

Memang masa paling sesuai untuk latihan mengikut peraturan
Juga masa sesuai memperkenalkan peraturan
Anak2 pasti ikut kerana ada yang mereka mahu

Reply

20 Kulanzsalleh July 5, 2012 at 2:25 am

memang agak berkesan masa tu sebab ada yang diorang mahukan

Reply

21 eddie July 4, 2012 at 5:58 pm

best jugak layan cerita animasi 3D nie…nak pulak pakai spek 3D tu..

Reply

22 Kulanzsalleh July 5, 2012 at 2:17 am

aku masih kurang selesai memakai spek masa menonton :)

Reply

23 Oh! budu July 5, 2012 at 1:19 pm

Best dalam 3D puas hati. tapi mahal sikit la..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner