Memilih Innity, Desakan atau Pilihan?
January 29th, 2010 | 3:08 am | Pengiklanan | 58 responses
… seperti yang kamu lihat, blog ni mula dihiasi dengan iklan Innity, salah satu Digital Ad Network yang besar di Asia Tenggara. Bagi rakan-rakan dan pengunjung yang melayari blog ni pada 29 Januari 2010 (Khamis), selepas jam 11.00 malam, memang sudah nampak banner/iklan berkenaan.
Sebenarnya sudah lama tahu berkenaan iklan Innity ni.. kalau tidak silap dari salah sebuah Berita Online dalam negara. Mungkin secara kebetulan tertarik dengan iklan di web berkenaan, tangan gatal klik butang tetikus…. dari sanalah mula tahu serba sedikit tentang Innity.

Kemudian setelah membuat blog sendiri pertengahan tahun lepas, kerajinan untuk blogwalking semakin bertambah… Masa tulah aku lebih kenal dengan Innity sebab ada beberapa blog yang mempromosi atau menceritakan perihal Ad Network tu… Tapi pada masa tu memang aku tiada niat langsung untuk jadi publisher di sana setelah mengetahui yang blog perlu mempunyai trafik yang bagus, minimum 3,000 Unique Visitors dan 15,000 Pageviews sebulan… Selain tu ada beberapa syarat tambahan lain (boleh rujuk sini).
Semalam, masa menyinggah di blog Roslan Nazri, sempat baca entri dia pasal Innity… Di blog tu aku dapat lagi beberapa info… jadi fikir-punya fikir, kenapa harus takut untuk mencuba? Sedangkan memohon untuk dapatkan akaun Google Adsense aku dah gagal lebih daripada 10 kali… tak mati pun… Jadi dalam fikiran tu tiada salahnya untuk mencuba nasib di Innity… malam tu juga aku isi application form…
Tengahari tadi dapat email daripada pihak Innity, yang diorang tengah review aku punya application, jadi pihak Innity meminta aku menghantarkan bukti traffic blog ni… Nasib baik sebelum ni aku dah setting Google Analytics dan sitemeter… jadi senang sikit hantar traffic report… hantar via email juga… Alhamdulillah, petangnya pula sekali lagi dapat email daripada pihak Innity bagitau application aku dah approved.
Setakat ni kalau aku ditanya apa kelebihan Innity berbanding Nuffnang, aku akan jawab tidak tahu.. iyalah, kadang kita terlalu excited dengan benda baru sampai lupa jangkamasa panjang… Tapi kalau ditanya tentang keyakinan, aku boleh jawab aku tetap yakin dengan apapun jenis Ad Network selagi aku tidak “merasai” sendiri apa-apa masalah… Saling mempercayai antara dua pihak sangat penting… konon-kononnya dalam bahasa kampung aku, “You trust me, I trust you”, lebih kurang macam tu lah..

Kenapa aku join Innity… jawapannya sebab pilihan aku sendiri… bukan kerana terdesak sebab tidak pernah dapat buffered earning. Bukan sebab aku tidak sayang Nuffnang… kasih sayang terhadap Nuffnang tidak pernah luntur, chehh.. ibaratnya kalau bermadu, kasih bukan dibahagi, tetapi makin meluas, bercambah, semakin besar… woh.. aku tak nak cerita pasal bermadu, nanti ada orang marah pula.. hehe
Status glitterati Nuffnang hilang kalau pasang iklan Innity? Jawapannya YA.. Tapi sebagai alternatif, memandangkan aku ada banyak blog, maka aku register blog lain untuk akaun Nuffnang, dengan cara tu status glitterati pasti akan kekal.
Jadi, saranan aku pada rakan-rakan, kalau ada yang berminat untuk menambah sedikit pendapatan daripada pengiklanan, cubalah memohon di Innity… yang penting kamu ada site traffic report (mungkin paling kurang report selama sebulan – tak pasti). Kalau unique visitors mencecah 100 sehari dan pageview dalam 150 sehari, rasanya dah layak memohon… cuma pastikan entri kena ada kekuatannya… tu bolehlah fikirkan apa kekuatan masing-masing..

















said on January 29th, 2010 at 4:10 am
aku masih setia ngan nuffnang. walaupun tak penah dapat cashout lagi. haha
said on January 29th, 2010 at 4:20 pm
Sama jg bro.. akupun tetap setia dengan nuffnang, cuma iklan dipindah di blog lain je..
said on January 31st, 2010 at 2:51 am
aku malas nak setia dgn nuffnang. aku ngan nuffnang x lama pun. x sampai sbulan. tunggu punya tunggu, last day aku ngan nuffnang br dpt buffer earning tu. RM3. aku psg innity la. alhamdulillah stakat ni innity x mngecewakanlah.
said on January 31st, 2010 at 3:33 am
kira ok lagi tu bro.. aku join nuff start bulan ogos.. buff x prnh dapat.. tu yg kecewa tu.. hehe
said on January 29th, 2010 at 7:31 am
wow! kagum. All the best~~elok ar m’cuba yg baru..sy xleh nk 2kr pon..haha…
Miss D´s last blog ..Ludah Jilat Balik!!
said on January 29th, 2010 at 4:21 pm
betul.. mencuba yang baru akan bagi kita pengalaman sendiri.. sekurang-kurannya nanti ada bahan nak dikongsi dgn rakan lain setelah merasainya sendiri..
said on January 29th, 2010 at 9:10 am
erk.. nak apply jugak le
ajie´s last blog ..Sah!! Memang Gigitan Buaya.
said on January 29th, 2010 at 4:24 pm
boleh apply bro… kan ada dua blog.. bole lah satu untuk innity, satu lagi untuk nuffnang
said on January 29th, 2010 at 9:23 am
Salam,semoga Innity membantu bro memajukan diri.

blogresipi´s last blog ..Kek Tiramisu
said on January 29th, 2010 at 4:24 pm
salam, terima kasih jg..
moga sama2 maju
said on January 29th, 2010 at 12:24 pm
pernah pasang 2 minggu tapi terpaksa ditarik balik sebab masih ada buffered kat blog
skrg ni nak tunggu buffered tu habis – mgkn pasang balik..sama saja perancangan kita – keluarkan blog utama, add blog2 lain – masih lagi berstatus Geligeli tu…:p
kujie´s last blog ..Hari Bertemu Pelanggan Vol 7
said on January 29th, 2010 at 4:27 pm
a’ha.. ada juga baca2 yg kak jie tulis di blog tu.. lepas habis buffered tu bolehlah pasang balik kan… sya tak tunggu lama.. sbb xda buffered pun..hehe
said on January 29th, 2010 at 3:15 pm
salam bro…
tahniah bro sebab dah dapat innity ni,makin berseri je kan blog ni dengan iklan innity
said on January 29th, 2010 at 4:29 pm
salam bro..
tu la kebetulan innity hijau sama macam background blog ni.. hehe.. apapun, harap2 iklan tu x memberatkan blog ni..
said on January 29th, 2010 at 3:16 pm
wah.. menarik.. ni xde tdo tdo ek? heheheh mcm nuff tu slalu tdo je dgr citer :p
arieza´s last blog ..::: >>> Haram Takde Untung
said on January 29th, 2010 at 4:31 pm
hehe.. tido juga tu.. klu iklan keluar warna hijau dan tulis innity je mmg xda iklan keluar la tu..
said on January 29th, 2010 at 3:53 pm
innity pon cam nuff gak ker? kna click2. Kasi la info skit cmner system innity nih.
There Is nO sUch s2upid QueStiOn
buT tHere iS suCh s2upiD aNsWer. (-.+)v
chedet´s last blog ..Bila Fahrin Menangis. Ada yang menyampah?
said on January 29th, 2010 at 4:38 pm
No problem bro..
klu tak silap, iklan innity ni berasaskan cost per thousand impressions… bayaran berdasarkan berapa kali iklan tu dipaparkan (dan dilihat oleh pengunjung blog) maknanya kalau tak diklikpun, kita tetap dapat bayaran… tapi kalau klik lagi bagus, bole juga dapat bayaran cost per click..
said on January 29th, 2010 at 4:58 pm
bro ade tak spesikasi dia.. cth mcm mana nak apply dan ape yg dia nak sebelum approve kita nye application
Ichigo´s last blog ..How To Install Windows 7
said on January 29th, 2010 at 5:55 pm
ada broo.. bole rujuk sini: http://www.innity.com/publisher/site-requirements.php
said on January 29th, 2010 at 5:52 pm
tak pasan ko ade post gak pal ni..rmi yang dah terpengaruh dek entri aku..dasat lebih dr 10 org bertukar innity kelmarin dan semalam dari pengaruh aku..kih3..semoga berjaya..ape2 pun baca FAQ dia dalam dashboard..sume ade dlm tuh..=) peace!
Roslan´s last blog ..Promosi Hosting Dan Domain Murah Untuk Anda, Yang Penting Stabil
said on January 30th, 2010 at 4:13 am
memang dasyat pengaruh ko.. hehe
aku tu sebenarnya saja cuba-cuba apply.. ye la beranikan diri gagal mcm apply google adsense.. tengok2 lulus… alang2 pasang je la iklan innity tu… thanks bro utk info tu.. nak kenal lagi dgn innity ni..
said on January 29th, 2010 at 5:53 pm
nk tau jawapan kpd soalan ichigo,payment takat brape bru dpt, bro kulanz dh dpt lum?
dasat ye, kuar iklan tp x klik pn dpt $ gak,
innity bayo usd ke ape bro?
said on January 30th, 2010 at 4:16 am
klu x silap payment dibuat klu earning dah cecah RM50, apapun, nanti aku rujuk balik…
ada bbrp kategori juga ads innity, klu CPM tu mmg x perlu klik diorg akan bayar.. mcm buffered nuff.. tp kalau CPC kena klik juga…
Rasanya innity bayar RM juga tu..
said on January 29th, 2010 at 10:42 pm
dah ade yg dapt payment dari innity ni ke?
said on January 30th, 2010 at 4:19 am
bayaran tu x pasti… tp bole rujuk di blog justkhai
said on January 30th, 2010 at 1:01 am
Salam bro kulanz..
tahniah dah dapat innity
..baca kat khai dulu dia pun ada cakap ads nih mmg terbaik dari nuffnang dan adsvertlets..
lawa pun lawa ads dia..ada juga try mintak sekali tapi tak dapat hehe..
Nine´s last blog ..Color Efek Pro 3.0 Photoshop Plugin
said on January 30th, 2010 at 4:21 am
thanks bro nine..
mmg ada juga baca2 pasal innity sebelum ni.. lama dah nak apply, tapi takut tak layak..
xpa bro.. pelan2.. InsyaAllah nanti dapat juga tu..
said on January 30th, 2010 at 5:41 am
Hehehe nak test gak ah
Syarat dia ketat gak kan?
Dak Wan´s last blog ..Tagged Profile
said on January 30th, 2010 at 6:03 am
syarat mmg ketat ckit x mcm nuffnang.. tp xda salah tu utk try..
said on February 2nd, 2010 at 2:45 am
Tunggu lah bukak blog lain nanti. Blog English kot? Ermmm… traffic yg dihitung limit ke Asia je atau open se dunia eh?
Dak Wan´s last blog ..Tagged Profile
said on February 2nd, 2010 at 3:06 am
traffic tak kisah tu tuan dari mana-mana
said on January 30th, 2010 at 8:27 am
salam bro..
kenapa ek kita x boleh pasang innity kalau masih ada buffered??
Kalau kita ada buffered..tapi kita ada satu lagi blog yang pasang Nuff, then kita tukarkan Nuff ke Innity untuk blog yg kita ada buffered tu.. jejas tak? Wah panjang soalan aku.
aku baru berkira2 nak pasang innity. Nak tunggu buffered ni ke meter. pagi ni aku tgk Nuff tambah lagi 2 buffered.. alahhh.. kalau macam tu lambat lagilah aku nak ke innity!!.. he he he.
TQ bro..
tED|´s last blog ..aKu Dan Kuc|ng Baga| Berc|nTa TanPa resTu OranG Tua….
said on January 30th, 2010 at 12:32 pm
salam..
kalau kita pasang innity, dlm 3-4 hari status glitterati btukar kpd ordinary… ordinary x layak dapat buffered… jd, buffered tu nuffnang akan batalkn sebelum tamat tempoh.. sayang juga kan..
soalan ke-2 tu pun rasanya sama jg.. buffered x bole pindah blog lain.. klu pasang innity, mmg ttp jg buffered ditarik balik wlupun kita ada blog lain.
jadi, sesuai la tu klu nak pasang innity, tunggu buffered habis..
said on January 30th, 2010 at 10:47 am
Adussss … rasanya tak cukup syarat page views dan unique visitors tu! sedeyyyy …
said on January 30th, 2010 at 12:40 pm
ehh, mana tau tak layak, cuba je apply..
utk dapatkan report visitors dan pageview.. try guna google analytics…
said on January 30th, 2010 at 11:00 am
fuhh.menarik juga…buffered bertambah pula..adushh…adakah aku patut bertukar ke Innity?
said on January 30th, 2010 at 12:44 pm
klu selalu dapat buffered, sayang juga tu.. aku x pernah dpt buffered, tu pasal pasang innity.. hehe
apapun.. pilihan di tangan masing2.. xda salah utk mencuba..
said on January 30th, 2010 at 1:29 pm
woi..hebat,saya baru belajar semua itu tuan..boleh dapat duit sambil berblog..
said on January 31st, 2010 at 3:30 am
sama jg tuan.. baru belajar jg ni..
said on January 30th, 2010 at 2:18 pm
oooooo begitu ya….
thanks for sharing.
masih setia dengan nuffnang… sy tak banyak blog takut hilang status VVIP di nuff…
;D
IxoRa´s last blog ..Duta Produk – Sabun Pelik….
said on January 31st, 2010 at 3:31 am
betul tu.. syg tinggalkn nuff sbb cik pora slalu dpt buff..
aku pun masih setia dgn nuff jg.. tu pasal tukar nuff di blog lain.. nak kekalkn glitterati tu.. hehe
said on January 31st, 2010 at 2:52 am
susah ke google adsense nak terima kita? ada requirement mcm innity?
said on January 31st, 2010 at 3:36 am
susah jg bro.. lagi ketat syaratnya.. tp klu english ok xda masalah jg tu… mcm aku yg x pandai ni.. mmg susahlah.. hehe
said on January 31st, 2010 at 2:37 pm
waa..wat rekod plg lame ak dok singgah2 kat blog ni..abis sume komen ak bca..dh lame tringin nk join innity tp visitor x ckup kot..google analytic n sitemeter? 1st time dgr..t ak try..dh dpt earning lom? tgk kt blog Roslan Nazri 2 sehari dpt rm17+…leh thn gak 2!
mie´s last blog ..Firefox 3.6 for Windows
said on January 31st, 2010 at 9:05 pm
thanks bro luangkan masa singgah baca2..
akupun camtu jg dulu bro… lama dah nak join tp x berani apply.. takut x melepasi syarat.. tp selagi kita x cuba… mana kita tau x layak.. kan?.. tp mcm yg aku tulis tu.. kena ada traffic report sbg bukti.. rasanya bole jg gunakan analisis nuffnang tu..
earning innity ni best bro, diorg slalu update.. so bole lah kita tgk berapa earning kita setiap hari… stakat ni join innity 3 hari.. dah dapat RM42++… tu yg tambah naik semangat tu..
said on January 31st, 2010 at 2:48 pm
bro! ak ade 1 soaln nk tny..kat wbsite die ade 2lis 1 rquirement..”Websites must be hosted under a root domain. No sites hosted on free providers will be considered”…pe mksd die? blogspot.com x boleh ke?
said on January 31st, 2010 at 9:17 pm
mmg tu antara syarat yg innity tetapkan… tp rasanya blogspot xda problem utk apply, ada jg tu member2 lain join innity guna blogspot, cuba rujuk: http://www.riszseifer.blogspot.com
said on February 1st, 2010 at 12:03 am
memang sangat meriah blog ni dgn INNITY…TuneMoney ni dia punya kan??
Most review yang INNITY dalam sehari jer dah berbelas RM…best ler sapa yg dpt peluang itu

DaHLia´s last blog ..February New LooK
said on February 1st, 2010 at 2:13 am
kira innity mmg meriah.. sbb kempen iklan dia kebanyakknnya CPM, mcm buffered la klu nuffnang.. yg Tune Money tu mmg iklan innity
betul tu.. sya pun 3 hari join dah dkt RM50.. tp tgk la mcm mana pkembangannya.. apa2 hal nanti sya update jg
said on August 10th, 2010 at 1:52 pm
wahh bagus tu 3 haro dah rm50 tahniah keep update nak tau juga earning semasa ke semasa
ray ban´s last blog ..Size guide
said on February 1st, 2010 at 1:19 am
salam lan, wah tahniah dh berinnity, saya dh apply seminggu. diorg ada reply kata tgh review, trafik blog pun dh email ke diorg..maybe time server down tu diorg xleh masuk..huhuhu…tak taulah bila approve..klu tgk kt trafik tu mmg layaklah jugak tu pasal apply…ahaks…
said on February 1st, 2010 at 2:15 am
salam yanmie.. thanks
kira ok dah tu klu innity dah review dan report dah hantar.. mungkin jg approval lambat ckit sbb blog x dpt buka tu.. klu x mesti cepat jg tu sbb aku ari tu sehari je dah approved.
said on March 5th, 2010 at 8:43 pm
now innity punya rules dah ketat.. haha.. rugi sape yang tak mohon harituh.. sekarang kena ada 6k unique user.. agak susah tuh.. hehehe
Si Panda´s last blog ..Kasihan burung itu, sarangnya dibakar, telurnya dipecahkan dan kepalanya dipatahkan.. KEJAM!
said on March 6th, 2010 at 11:22 am
betul tu, akupun baru perasan syarat baru Innity 2 kali ganda drp sebelumnya.. mungkin sbb diorang nak hadkan publisher..
said on March 6th, 2010 at 6:43 am
dah register awal2…dan earning dia pun ok compare guna nuff…boleh dikatankan earning naik sampai 4x..
said on March 6th, 2010 at 11:25 am
memang earnig Innity lagi best dari Nuff, masalahnya kempen iklan dah semakin kurang.. maka yg nampak iklan hijau je..
said on August 10th, 2010 at 1:51 pm
owww baru paham tetapi sekrang still setia dengan nuffnang lagi
ray ban´s last blog ..Size guide