Home >> Blog, Tutorial >> Cara meminimakan error html dan css

Error pada skrip HTML dan CSS laman blog memang biasa berlaku. Kadang tu susah juga kita nak elakkan error ni sebab semua tu bergantung pada skrip yang terdapat pada theme/template yang kita gunakan. Bagaimanapun, macam yang saya tulis dalam entri Statistik Blog Bulan Ogos 2010 semalam, saya ada nyatakan bahawa error pada HTML dan CSS tu boleh diminimakan.

Jadi, seperti yang dijanjikan dan untuk menjawab pertanyaan beberapa rakan, kali ni saya nak kongsikan tutorial ringkas bagaimana cara untuk meminimakan error pada skrip html dan css. Perkongsian ni khas untuk rakan-rakan yang bertanya apa yang dimaksudkan dengan HTML/CSS error dan bagaimana untuk mengetahui error tu.

Secara ringkas HTML (HyperText Mark-up Language) CSS (Cascading Style Sheets) error maksudnya kod atau skrip yang terdapat pada laman tak sah atau tak mematuhi standard untuk bahasa web. Kesalahan itu sebenarnya tidaklah mengganggu secara keseluruhan laman web/blog. Maknanya laman berkenaan mungkin masih boleh berfungsi secara normal, tapi kesalahan ini boleh menyebabkan gangguan kepada web robot semasa proses web crawling atau spidering.  Sebagai contoh, Google bot datang ke blog kita untuk proses index, tapi disebabkan terdapat kesalahan HTML dan CSS, proses kerja Google bot akan terganggu dan tidak dapat “merangkak” ke seluruh laman. Serta merta Google bot tadi akan meninggalkan laman web/blog kita tanpa sempat mengindex. Jadi, dikhuatiri, ia akan mendatangkan kesan tidak baik kepada enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo termasuklah Alexa. Malah lebih buruk lagi, ini akan membuat nilai laman web/blog kita berkurang kerana tidak sesuai dengan standard web. Begitulah kalau ikut kefahaman saya.

Error tu boleh dikesan dengan menggunakan beberapa validation service secara percuma, misalnya menggunakan: validator.w3, jigsaw.w3 atau xhtml-css. Sebagai contoh, kalau nak guna validator.w3 untuk mengesahkan laman blog anda, hanya ikut beberapa langkah berikut:

Buka laman yang dimaksudkan, kemudian pilih tab Validate by URl. Pada box Address, masukkan laman blog anda. Kemudian, klik button – Check

validation service

Lepas tu keputusan akan dipaparkan macam gambar di bawah. Kalau tiada error, anda akan dapat mesej tahniah. Kalau terdapat 1 atau beberapa errors, jangan risau sangat. Pertama, lihat dulu pada bahagian Option di bawah, kemudian tick pada pilihan Show Soure, Validate error pages dan Show Outline. Kemudian klik button Revalidate.  Keputusan yang sama akan dipaparkan, tapi dengan option yang dipilih tadi, lebih mudah untuk anda check sumber/mana-mana kod/skrip yang ada error.

validation results

html-css error

Seterusnya yang kedua saya menggunakan XHTML-CSS Validator. Cara penggunaan tak jauh beza dengan yang di atas. Anda cuma perlu masukkan URL blog pada ruang tersedia, kemudian klik button – Check it.

results-xhtml

Ni error untuk blog kulanzsalleh.com, ada 11 kesemuanya. Keputusan yang sama macam di atas.

errors

Okey, dah tahu mana yang ada error, langkah seterusnya adalah baiki mana-mana yang patut. Ingat, yang patut saja! Yang tak patut tu sila abaikan.

Untuk WordPress – Cara untuk ubahsuai/baiki skrip tu bergantung kepada kebiasaan masing-masing. Misalnya kalau permission setting blog membenarkan anda ubahsuai kod terus dari wordpress admin (wp-admin), boleh lakukan terus dari sana. Pergi ke Appearrance -> Editor. Kalau error tu melibatkan skrip CSS, lihat pada fail Stylesheet (Style.css). Untuk error HTML, boleh cari kod tu di Header (header.php) atau Main Index Template (index.php). Tak susahpun cari fail yang dimaksudkan tu. Lebih kurang macam kita nak masukkan skrip Nuffnang atau Innity saja.

Kalau permission setting tak membenarkan anda adjust skrip/template blog dari wp-admin, kenalah buat melalui cpanel/direct admin. Boleh cari fail tu style.css, header.php atau index.php tu di: /public_html/wp-content/themes/namathemeanda.

Untuk blogspot – Login ke blogger dashboard -> Design -> Edit HTML. Tick pada box Expand Widget Templates. Kemudian, cari (Ctrl+F) skrip error yang dimaksudkan.

blogspot

Tadi dah tunjuk cara untuk cari fail di WordPress dan Blogspot, nak ubahsuai/baiki skrip apa pula kan? Contoh paling mudah. Saya gunakan error di bawah.

html error

Error tu berlaku hanya disebabkan saya tak masukkan simbol ( / ) sebelum kod ( > ). Sepatutnya ia ditulis seperti berikut:

<META name="y_key" content="7413f6ae1f1dfaa3" />

Setelah satu kod dimasukkan, error tu dah tak ada lagi.

Jadi macam tu lah secara ringkas cara untuk baiki kesalahan pada skrip/kod HTML dan CSS. Harap dapat menjawab persoalan beberapa rakan dalam entri Statistik Blog sebelum ni. Kalau ada mana-mana part yang sukar difahami, jangan segan-segan untuk bertanya.

Kata kunci artikel:

edit worpress pada html dan css, macam mana nak elakkan supaya blog tak loding, tutorial css dalam bahasa malaysia

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 42 comments… read them below or add one }

1 ProfHariz September 8, 2010 at 10:39 am

Banyak nye error saya :( adeiii
ProfHariz recently posted..Filem Senario Asam Garam Raya PertamaMy Profile

Reply

2 kulanz September 8, 2010 at 9:58 pm

boleh baiki pelan2 bro :)

Reply

3 ST September 8, 2010 at 11:00 am

erm, nice tips. saya punya banyak benar error, huhu
ST recently posted..Selamat Hari Raya AiditfitriMy Profile

Reply

4 kulanz September 8, 2010 at 9:59 pm

lepas ni boleh fix mana2 yang patut :)

Reply

5 mrnamie September 8, 2010 at 11:10 am

kalau delete macam tu je bole ke? saya byk error.. nak delete takut kacau template pula
mrnamie recently posted..Kad raya daripada cik Julia AKA @bubbles182My Profile

Reply

6 kulanz September 8, 2010 at 10:02 pm

bergantung pada fungsi skrip tu juga..
ada yang boleh kita delete, ada juga tak boleh.. try baiki dulu bro :)

Reply

7 zezebel September 8, 2010 at 1:24 pm

Waaaa….
Terima kasih. Tutorial yang amat berguna dan mudah difahami.
Bukan senang nak tengok orang ajar betulkan CSS dalam bahasa melayu mcm ni.
zezebel recently posted..Playing cards or whatMy Profile

Reply

8 kulanz September 8, 2010 at 10:04 pm

harap dapat membantu rakan-rakan :)

Reply

9 syahrilhafiz September 8, 2010 at 1:27 pm

bnayak error sy..
dekat 100..tmbh warning lagi.
adoii..ini utk apa erk..
tak faham sgt..
syahrilhafiz recently posted..Marverick Meerkat 1010My Profile

Reply

10 kulanz September 8, 2010 at 10:05 pm

ni untuk fix error pada web..
aku dah update perenggan ke-3 tu bro.. terangkan sikit kepentingannya

Reply

11 Affan September 9, 2010 at 1:05 am

lagi byk lagi bgs bro. hehe.
main2 je

Reply

12 hafidz September 8, 2010 at 3:01 pm

Yeah~
Blaja dari kesilapan, pasti design lagi mantap~
hafidz recently posted..Minggu Keempat RamadhanMy Profile

Reply

13 kulanz September 8, 2010 at 10:06 pm

betul tu bro, kita belajar pelan2 :)

Reply

14 sunglasses September 8, 2010 at 3:13 pm

bro kalau banyak error pada code HTML dan CSS tua ape kesanya pada blog?
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

15 kulanz September 8, 2010 at 10:07 pm

sori, lupa terangkan fungsinya awal2..
aku dah update di perenggan ke-3 entri tu bro..

Reply

16 sunglasses September 8, 2010 at 3:16 pm

saya 105 siap warning lagi huhuhu naseb baik so pelan2 kena betulkan
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

17 kulanz September 8, 2010 at 10:07 pm

pelan2 bro :)

Reply

18 wandisini September 8, 2010 at 4:48 pm

aku pun sama lah macam semua..banyak sangat error..tapi apa kesannya? boleh jelaskan tak en.kulanz
wandisini recently posted..AzwanAnuarcom is on FacebookMy Profile

Reply

19 kulanz September 8, 2010 at 10:13 pm

sori lupa terangkan :D
aku dah update entri..perengan ke-3 tu :)

Reply

20 tehr September 8, 2010 at 8:57 pm

thanks bro
saya dah dapat perbetulkan beberapa error yang ada
tapi… masih sangat banyak lagi…
hehehe
tehr recently posted..Balik KampungMy Profile

Reply

21 kulanz September 8, 2010 at 10:35 pm

sama-sama bro..
mmg ada sesetengahnya yg mungkin susah nak betulkan..
tapi kalau dah minimumkan pun dah cukup baik tu :)

Reply

22 ishak September 8, 2010 at 10:07 pm

rupanya aku pun banyak error

Reply

23 kulanz September 8, 2010 at 10:43 pm

sama juga bro.. tapi aku dah baiki bbrp yang error tu

Reply

24 Affan September 9, 2010 at 1:03 am

wah bro, ada 5 je error sy cek.
dah minimum tu, yg lain2 nuffnang punya code je.
tgk macam blh minimumkan lagi tu. hehe

Reply

25 cikmin September 9, 2010 at 12:20 am

Terima kasih atas tutorial ni lanz..tapi…kena slow2 study ni..lepas raya insya’ALLAH….

Reply

26 kulanz September 9, 2010 at 12:53 am

sama-sama cikmin,
pelan-pelan blog tu.. yang penting raya dulu :)

Reply

27 cikmin September 10, 2010 at 1:24 am

baru selesai cuci bilik air..langsung mandi..ntah pukul berapa la nak tidur ni..kat sini hujan la pulak..kalau pagi esok hujan..harus la nak berjalan pun lemah semangat… :P

p/s malam ni malam double… :P
cikmin recently posted..Syurgamu Ramadhan Episode TerakhirMy Profile

Reply

28 cikmin October 22, 2010 at 10:45 pm

cikmindah cek..nda ada error sudah..felik lah…atau lanz sudah kasi fixkan..? kalau ye..terima kasih daun keladi… :P
cikmin recently posted..Smoker Heaven – Rokok Elektrik MalaysiaMy Profile

Reply

29 Affan September 9, 2010 at 1:00 am

thanks bro.
mmg pnh guna.
tapi still kena faham jugak lah sikit2 basic css and html. hehe
thanks

*kalau bro perasan, yahoo punya banyak gila error.
adakah yahoo tak kisah?

Reply

30 acapz September 9, 2010 at 7:02 am

aku dah buat. de 3 error. xthu nk fix. lawl. haha. xpe try bce pelan2. ngeh3. btw tq bro :D
acapz recently posted..Crack Premium Akaun Cbox Dengan Cbox CrackerMy Profile

Reply

31 sunglasses September 11, 2010 at 2:56 pm

ok bro tq dah faham apa kesanya terhadap crawling spider.
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

32 iza September 18, 2010 at 8:15 pm

Salam…

Dah lama tunggu entry ni sbb html saya ada 50 kesalahan. nasib baik semak balik entry lama2….Thanks…nanti nk try perbaiki…
iza recently posted..Gambar Raya di PerlisMy Profile

Reply

33 iza September 18, 2010 at 9:09 pm

Aduhhhh….sakit kepala….check semula ada 221 error..
Tak dapat nk betulkan, kalau buang atau tambah asyik error je….
naik bintang2 pandang css/html ni..
iza recently posted..Gambar Raya di PerlisMy Profile

Reply

34 AyieBlog September 19, 2010 at 8:10 pm

Salam,wa nice toturial bro kulanz.. thank q so much.. love u lah bro kulanz :) .
AyieBlog recently posted..Hidup Untuk Mencari Sesuatu KematanganMy Profile

Reply

35 rashid October 22, 2010 at 2:49 pm

Bro kulanz, mintak tengok blog saya http://mnirashid.com/, tak banyak error, tapi error yang satu ni pelik..tak faham dan tak tau nak wak gane..huhuhu
rashid recently posted..Selamat Hari Jadi RashidMy Profile

Reply

36 akubiomed November 20, 2010 at 9:56 am

Memang ini saya cari-carikan selama ini mengurangkan html dan css error. Walaubagaimanapun kena ada pengetahuan nak buat editing kod nampak mudah tapi silap hari bulan menimbulkan error pada blog.
akubiomed recently posted..Lawak malam Jumaat 18sxMy Profile

Reply

37 kulanz November 20, 2010 at 10:43 pm

betul bro.. asas css/html tu penting

Reply

38 yahaya December 4, 2010 at 6:57 pm

bila guna web yg berbeza..error keluar tak sama ada yg terlampau byk..
yahaya recently posted..cara membuat menu dengan menggunakan gambarMy Profile

Reply

39 padin December 10, 2010 at 12:18 am

hohohohh 307 errors..
padin recently posted..Tips Memilih DomainMy Profile

Reply

40 blackrosehunter December 10, 2010 at 4:45 pm

waahhh..tq bro..
b4 ni pnh try tapi xtaw nk wt cmne..huhuhu..tq2.
blackrosehunter recently posted..Kenapa BLOGMy Profile

Reply

41 joyiman January 1, 2011 at 10:17 pm

Banyak error membuat loding blog kita menjadi lambat,macam blog sy sehinga200 errornya.sy cuba perbaikinya,di sebabkan kurang faham kode HTML jadi tidak menjadi.Boleh buat tutorial tentang memperbaiki error ini.
joyiman recently posted..Malam Korban Segala KorbanMy Profile

Reply

42 Amry March 13, 2011 at 2:10 pm

saya ada 194 error..banyak nyer :( try edit, tak boleh. kuar HTML error la plak.macam mana…hmm…malas nak godek betul.
Amry recently posted..Pengolahan Ayat PentingMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: