Pada masa ini negara mengalami banyak perubahan dalam pelbagai bentuk. Ada sesetengah perubahan itu mungkin sesuatu yang sudah kita jangka, ada juga yang berlaku tanpa diduga. Sebagai contoh, perubahan terhadap harga beberapa barang kawalan dalam negara; minyak, gula, gas. Sebahagian rakyat negara ini mungkin sudah menjangka perubahan itu lebih awal dan sebahagian lagi sebaliknya.
Bagaimanapun spekulasi tentang perubahan harga yang disebutkan di atas bukanlah perkara pokok yang hendak dibincangkan di sini. Persoalan utama, sejauh mana kita bersedia berhadapan dengan sesuatu perubahan atau setakat mana kita bijak menangani sesuatu perubahan, khususnya dalam konteks sesebuah organisasi. Perbincangan merangkumi: definisi konsep, jenis-jenis perubahan dan juga proses dalam mengurus atau menangani perubahan.
Definisi Konsep:
Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Sementara Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) yang melihat perubahan dalam konteks organisasi mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Pertukaran situasi ini boleh berlaku terhadap empat aspek iaitu struktur organisasi, produk atau perkhidmatan, teknologi dan manusia. Keadaan yang sedia wujud digelar status quo. Status quo inilah yang akan bertukar kepada bentuk situasi yang baru.
Jenis-Jenis Perubahan:
Secara umumnya, perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi adalah berkait rapat dengan matlamat untuk mencapai peningkatan prestasi. Terdapat empat kategori utama perubahan, iaitu:
1. Struktur Organisasi
Perubahan struktur organisasi melibatkan pertukaran struktur formal yang berkaitan dengan tugas dan hubungan autoriti. Perubahan ini termasuklah pembentukan dasar, sistem maklumat, sistem perakaunan dan belanjawan, pengurusan strategik, aktiviti-akitiviti buruh, sistem-sistem ganjaran dan insentif serta pengubahsuaian struktur organisasi formal. Perubahan struktur biasanya memberi kesan terhadap keseluruhan organisasi.
2. Produk atau Perkhidmatan
Perubahan dalam produk dan perkhidmatan termasuklah pembangunan produk atau perkhidmatan baru serta pengubahsuaian dan pembaikan kepada produk dan perkhidmatan yang sedia ada. Tujuan perubahan ini adalah untuk meningkatkan syer pasaran, menambahkan pelanggan baru atau pasaran global dan mengekalkan tahap kompetitif organisasi. Kerap kali produk atau perkhidmatan baru berkait rapat dengan inovasi perubahan teknologi.
3. Teknologi
Perubahan teknologi berkait rapat dengan pengeluaran dan kaedah-kaedah inovatif untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada bentuk produk atau perkhidmatan. Perubahan ini termasuklah robot, optik gentian, alat-alat pemprosesan, satelit, computer, laser dan lain-lain inovasi teknikal. Selain itu aliran kerja, kawalan kualiti, pembaikan kerja, keberkesanan kos dan masa memproses juga tergolong dalam kategori ini.
4. Manusia
Perubahan manusia merujuk kepada gelagat individu, sikap, kepercayaan atau pegangan, persepsi, kemahiran, asas-asas ilmu, keupayaan dan jangkaan kerja mereka. Perubahan gelagat mungkin mencakupi usaha-usaha individu, kumpulan, unit atau seluruh organisasi. Peningkatan kemahiran dalam kepemimpinan, komunikasi, perancangan, pengurusan konflik, penyelesaian masalah, latihan teknikal yang khusus, perhubungan kemanusiaan dan imej kendiri juga adalah termasuk dalam golongan ini. Objektif utama bagi pembangunan kemahiran dan perubahan gelagat adalah untuk mengukuhkan produktiviti individu dan prestasi organisasi keseluruhan.
Proses Pengurusan Perubahan:
Terdapat banyak model yang cuba menjelaskan proses perubahan terancang dan proses perubahan itu sendiri. Kurt Lewin adalah antara individu yang telah memperkenalkan model bagi menjelaskan proses perubahan terancang. Bagi Lewin,perubahan organisasi terancang melalui tiga fasa yang jelas dan berkait rapat. Fasa tersebut terdiri daripada fasa kesedaran (unfreezing), perubahan (changing), dan pengukuhan (refreezing).
Kesedaran –> Perubahan –> Pengukuhan
Berdasarkan model perubahan terancang ini, terdapat beberapa aktiviti yang terlibat dalam ketiga-tiga fasa tersebut iaitu:
Fasa 1: KESEDARAN
1. Menyediakan situasi untuk berubah.
2. Menetapkan keperluan untuk berubah.
3. Ciptakan ketidakpuasan terhadap status quo.
4. Atasi sebarang tentangan terhadap perubahan yang dirancang.
5. Bentuk satu wawasan untuk masa depan.
Fasa 2: PERUBAHAN
1. Perubahan sebenar dilakukan.
2. Komponen-komponen organisasi diubah.
3. Latihan kemahiran dilakukan.
4. Sumber-sumber organisasi menyokong perubahan sepenuhnya.
Fasa 3: PENGUKUHAN
1. Perubahan berkenaan distabil dan diinstitusikan.
2. Gelagat-gelagat baru diperkukuhkan.
3. Penilaian atau maklum balas dibuat.
4. Pengubahsuaian dibuat.
Perubahan dalam sesebuah organisasi kadang-kala boleh menimbulkan konflik dalam organisasi berkenaan. Justeru, pengurus organisasi perlulah menangani perubahan tersebut secara bijak.


{ 17 comments… read them below or add one }
Salam ziarah… nice topic
tpinky recently posted..Benci Bilang Cinta
Salam,
terima kasih sudi singgah..
perubahan ??? Perlu !!!! Kearah kebaikan…
p/s : jom tukar link…aku dah add link ko kat blog aku !!!
bujang3 recently posted..Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!
dah letak link bro di ruangan ex-link tu
perkongsian yang menarik ni bro,

kurt lewin memang mantap ideanya berkaitan perubahan ni
etomyam recently posted..WP Autopublishing Plugins- Autoblogged & WP-Robot
boleh jadi rujukan kpd sesiapa yg ambik program pengurusan
salam
perubahan memang perlu dalam segala segi
cuma yg sakit hati bila seseorang membuat perubahan kerana beliau berkuasa di situ
perubahan dibuat hanya kerana tak mahu ada kenangan lama
kadang2 balik ke asal, kadang2 jadi makin teruk
…kita pula jadi makin geram
tehr recently posted..Entah Berapa Ekor Babi
memang selalu juga berlaku macam tu, pempimpin/pengurus organisasi buat sesuka hati dalam membuat sesuatu perubahan.. dia ingat idea dia saja yg betul..
perubahan… perlu ada… yang bagusnya perubahan ke arah positif..
yang postif tu mmg kita harapkan sangat2 bro
terima kasih info berguna.
bro, apsal saya dapat error ni bila buka page bro guna chrome?
“Warning: mysql_connect() [function.mysql-connect]: Too many connections in /home/nuffmy/public_html/_labs/nn20/synad/nn_define.php on line 41
Nuffnang seems to be down. We apologize for the inconvenience. If this problem persists, please email us at the Nuffnang helpdesk and we will respond as quickly as possible.”
RozaniGhani recently posted..Asal Usul Custom Menu Twenty Ten WordPress 30
rasanya problem tu drp website nuffnang bro.. akupun dapat error yang sama semalam guna chrome.. tapi malam ni dah xda lagi.. atau bro masih dapat error sekarang ni?
perubahan kepada pkra yang baik perlu bagi mcapai sebuah kejayaan heeee
betul tu suri.. aku pun nak berubah juga ni..
Perubahan… memang sangat perlu. Mungkin sama istilah dengan ‘hijrah’ ?
samdaddycool recently posted..Puasa dah dekat- sendiri mau ingat
hijrah pun sesuai juga digunakan untuk perubahan diri.. thanks bro
perubahan dalam melaksanakan sesuatu yang penting dalam mencapai matlamat,adalah perubahan yang bijak
ishak recently posted..Profile pelakon my fair lady korean drama