Home >> Nasional >> Menara Warisan Merdeka Bakal Jadi Bangunan Tertinggi di Malaysia

Saya teringat suatu masa dahulu Malaysia cukup bangga apabila Menara Berkembar Petronas berdiri megah pada tahun 1998 dan sekaligus dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia (1998-2004). Malaysia jadi tumpuan seluruh dunia hinggakan sebuah production Hollywood telah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem Entrapment (1999) yang dilakonkan oleh Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones. Filem yang berkisah tentang si pencuri ulung yang mencuri artifek berharga.

menara berkembar petronas

Menara Berkembar Petronal, Kuala Lumpur (sumber gambar: wwwtraveltipsandphotoscom)

Semasa membentangkan Bajet 2011 Jumaat lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2015. Pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan tersebut. Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor. “Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.

Selain Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga turut menyokong projek mega berkenaan. Kata beliau, rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka merupakan satu projek yang baik untuk negara sebab projek mega seperti itu banyak peluang pekerjaan dapat ditawarkan yang sekali gus mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Selain itu melalui projek tersebut juga ia akan mencetuskan peluang-peluang perniagaan di kalangan syarikat-syarikat yang terdapat di negara ini. (Pendirian Tun Dr. Mahathir ini tentunya berbeza semasa mengemukakan pandangannya tentang pembinaan Jambatan Pulau Langkawi oleh dua buah syarikat di Perlis yang mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis)

tapak menara warisan merdeka

Tapak Cadangan Menara Warisan Merdeka

Jika cadangan ini benar-benar terlaksana, maknanya Menara Berkembar Petronas terpaksa menyerahkan status bangunan tertinggi di Malaysia kepada Menara Warisan Merdeka. Pada masa itu berkemungkinan tumpuan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia mungkin juga akan beralih kepada menara yang baru ini.  Walaupun mungkin masih gagal mengatasi Burj Dubai sebagai bangunan tertinggi di dunia, tapi saya yakin pada masa itu akan lebih banyak lagi production Hollywood dan Bollywood yang buat penggambaran filem di sana. Bahkan, si France Spiderman sekali lagi akan berminat datang ke Malaysia dan memanjat menara berkenaan jika dia masih lagi hidup. Dan tentunya secara peribadi sayapun turut bangga kalau negara punya banyak bangunan pencakar langit.

menara warisan merdeka

Lakaran Menara Warisan Merdeka - Gambar: Azlan Zamhari (Malaysiakini)

Cuma berharap tidak akan ada ada orang luar yang cuba memperli negara kita macam dalam filem Entrapment yang ditulis awal-awal tu. Filem yang diharapkan dapat mempromosi malaysia, tiba-tiba mempamerkan bangunan pencakar langit dengan berlatar belakangkan rumah-rumah setinggan, sungai kotor, lorong sempit serta banyak pemandangan yang menyakitkan mata. Filem itu dulu memang sengaja memburuk-burukkan Malaysia.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 64 comments… read them below or add one }

1 x-po October 20, 2010 at 4:05 am

tak cantik btl lakaran menaran warisan merdeka tu..hehe
x-po recently posted..MAHU ISTERI BEKERJA ATAU SURI RUMAH SEPENUH MASAMy Profile

Reply

2 kulanz October 20, 2010 at 11:03 pm

memang tak cantik.. tapi tu cuma lakaran perbandingan je rasanya.. tak merujuk kepada bentuk sebenar :D

Reply

3 R. Indra Kusuma Sejati October 20, 2010 at 4:37 am

Dengan Mengatasi Permasalahan Yang Kecil; Maka, Kita Dapat Mengatasi Permasalahan Yang Besar.

Sukses selalu

Salam ~~~ “Ejawantah’s Blog

Reply

4 qimie October 20, 2010 at 5:04 am

tak sokong langsung!… bonus tak bagi…. kalau bagi bonus kerajaan boleh berhutang… tapi nak buat banggunan boleh pulak… huhuhuhu…
qimie recently posted..Rita Rudaini Hamil Anak Kedua Siti Bila LagiMy Profile

Reply

5 kulanz October 20, 2010 at 11:09 pm

PM dah jelaskan yang pembinaan menara warisan tu bukan guna wang kerajaan.. tapi tak bagi bonus tu memang tak patut :)

Reply

6 Bb Hussain October 20, 2010 at 6:31 am

Bb suka entrapment..tp tu lah ..kawasan yg kotor juga dipamerkan..hemm..buat malu je..
Bb Hussain recently posted..Berminat JomMy Profile

Reply

7 kulanz October 20, 2010 at 11:10 pm

sindiran yang sangat jelas tu.. :)

Reply

8 Affan Ruslan October 20, 2010 at 8:31 am

malangnya, bukan jerutera malaysia yg buat. macam tiba2 je projek mega macam ni diumumkan.

*taktau pulak pasal filem entrapman tu. huhu
Affan Ruslan recently posted..Fakta- Eh- 94 Pengganas adalah bukan MuslimMy Profile

Reply

9 kulanz October 20, 2010 at 11:11 pm

pasal pengumuman projek ni.. saya pun tak pernah juga dengar sebelum ni.. mungkin sebab tu ramai yang terkejut dan membantah sebab tak jelas

Reply

10 suffer8zine October 20, 2010 at 10:04 am

berapa bnyk menara la nk buat, x nmpk membazir ke, fuhhh, terlampau nk bersaing sgt la ni agaknya :P

Terkini : Unicorn Wujud?

Reply

11 kulanz October 20, 2010 at 11:15 pm

kalau menara tu boleh jana pendapatan secara optimum.. rasanya tak membazir juga.. tapi tengoklah nanti..

Reply

12 Mohd Isa October 20, 2010 at 10:10 am

teman sokong, ini dapat mengaktifkan ekonomi rakyat. dulu buat klcc ada orang bantah ke?
Mohd Isa recently posted..Tips Mudah Meningkatkan Alexa RankingMy Profile

Reply

13 kulanz October 20, 2010 at 11:19 pm

Ada juga yang bantah pembinaan KLCC tu.. tapi sekarang dah berdiri megah melaksanakan fungsinya.. :)

Reply

14 Mohd Isa October 20, 2010 at 10:12 am

baru aku perasan, bro dah pakai thesis ke? hehe
Mohd Isa recently posted..Tips Mudah Meningkatkan Alexa RankingMy Profile

Reply

15 kulanz October 20, 2010 at 11:20 pm

Dah hampir sebulan rasanya guna ni bro..
saja-saja tukar angin selain untuk mengatasi masalah memory usage

Reply

16 habib October 20, 2010 at 11:02 am

salam.. betul ke bgnn tu rupa dia “plain” mcm tu je? huhuuu… x bestnye!

kan kita ada arkitek yg sgt kreatif (cth : hijas kasturi yg design tabung haji 1980-an dan still evergreen sampai skrg.. dia juga design menara pucuk rebung TM di lembah pantai.. kalau bangunan pelik & unik, barulah dinamakan IKON…)

seperkara lagi, kalau kita masih ingat, masa dayabumi mula naik dulu, semua org bertumpu ke sana. apatah lagi dekat dengan dataran merdeka. siap je klcc, perhatian org kita beralih. dayabumi sunyi sepi bahkan jadi “hotel” utk pengemis dan penagih.. sedih3x! .. dataran merdeka masih di situ, tapi generasi baru tak perasan pun dayabumi.

apa akan jadi pada klcc kelak?

sy betul2 berharap kerajaan ada perancangan yg baik, bukan setakat berlumba2 dgn bangunan tinggi, tetapi perhatikan juga pd isu2 yang boleh timbul disebabkan bangunan tinggi seperti masalah kepadatan & kesesakan lalu lintas yg akan bertambah (ohh… KL… jgnlah jadi seperti beijing!)

Reply

17 kulanz October 20, 2010 at 11:28 pm

Tak pasti tu design sebenar.. tapi rasanya bukan..
kalau macam tu je baik buat bentuk pokok pinang..

betul tu.. harap PNB dan kerajaan bincang semula baik buruk pembinaan menara tu.. kalau bangunan sedia ada masih banyak yang kosong untuk jalankan apa-apa aktivit seperti yang pm katakan tu (berniaga dan sebagainya), lagi bagus kalau pulihara bangunan sedia ada daripada membazir buat yang baru..

Reply

18 suri October 23, 2010 at 3:52 pm

pokok pinang..baik tambahkan teres cam pokok tebu pulak..

mmh benar kata dlm Al-Quran dunia dah nak akhir zaman maka itu akan byklah bangunan tinggi akan di bina sana sini…

Reply

19 Azuan October 20, 2010 at 12:00 pm

tgk secara kasar, x menarik lak designnya.. hehe.. tapi kalu siap nnti, hebatlah lagi tinggi dr KLCC..
Azuan recently posted..Kajian Kes Blog Redmummy Mengenai Premium BeautifulMy Profile

Reply

20 kulanz October 20, 2010 at 11:30 pm

hehe.. lakaran je tu bro..

Reply

21 izzad ibrahim October 20, 2010 at 7:47 pm

tolonglah jangan rupa dier macam tu jer. huduh giler!

harap2 diorang buat satu ‘pinnicle’ tinggi macam dorang buat kat KLCC. dapat jadi tinggi lagi. silap2 smapai 700++m. cun skit nombor tu. :P

Reply

22 kulanz October 20, 2010 at 11:32 pm

nanti akan eloklah design menara tu.. :D

Reply

23 Ishak October 20, 2010 at 10:08 pm

Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, rasanya macam tak sesuailah nak buat menara baru ni. sewa retail lot mesti mahal. kalau tak percaya, pergi kat klcc dan tanya berapa sewa utk 1 retail lot. camanalah peniaga bumiputera nak sewa kat sana sbb mahal sgt. takut jadi benda yg sama kat menara baru nanti. lebih baik kalau budget tu diperuntukkan utk benda lain yg membawa manfaat pada rakyat
Ishak recently posted..Volkswagen Polo 12 TSI Dah Sampai MalaysiaMy Profile

Reply

24 kulanz October 20, 2010 at 11:52 pm

perkara macam ni perlu diteliti semula oleh kerajaan.. jangan sampai dari luar je nampak kemegahan menara tu tapi orang yang duduk dalamnya sengsara.. thanks bro kongsi info berguna tu

Reply

25 izzad ibrahim October 22, 2010 at 7:48 pm

menara klcc dan juga menara2 lain termasuk juga menara ni dibuat utk pelbagai tujuan. memang betul harganya mahal, lot2 kat dalam tu, tapi, memberi kpd org melayu menyewa di dalamnya bukanlah tujuan paling utama. tujuan2nya adalah dari segi bisnes yang dipanggil ‘real estate’ iaitu bisnes hartanah. bisnes haratanah ni sgt menguntungkan kalau kena keadaannya. cth2 bilionaire real estate adalah donald trump. dia tukan kaya tahap gaban tu.

mmg byk projek2 yang memberi manfaat kpd rakyat, tapi mesti diigatkan, apakah benda yang membuatkan KLCC sangat penting. klcc memberi motivasi kpd rakayat malaysia termasuk org melayu utk percaya kpd diri sndiri, selain membuatkan rakyat malaysia bangga krn mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan. itu adalah salah satu mengapa kerajaan menggalakkan projek mega. yakin kepada diri sendiri adalah salah satu kunci kejayaan. itulah yang DR. M. membuat putrajaya, KLCC, sepang dan lain2.

Reply

26 tehr October 20, 2010 at 11:16 pm

selalunya saya akan jadi susah hati dengan projek2 mega kerajaan
tak tau kenapa
hehehe
tehr recently posted..Siapa Kita Pada Pandangan KitaMy Profile

Reply

27 kulanz October 20, 2010 at 11:54 pm

tu tandanya perihatin dengan apa yang berlaku dalam negara.. :)

Reply

28 etomyam October 21, 2010 at 1:14 am

aisehman..habis port peberet kari kepala ikan kat stadium merdeka dulu tu hehe.
etomyam recently posted..Malaysia Punyai Hutang Isi Rumah Tertinggi Di AsiaMy Profile

Reply

29 kulanz October 22, 2010 at 9:15 pm

xpa bro.. lepas ni port tu boleh duduk dalam menara :D

Reply

30 wazy October 21, 2010 at 1:46 am

boleh jadi kebanggan untuk semua rakyat Malaysia
memnag berbaloi la nanti
wazy recently posted..CUMA RM5My Profile

Reply

31 kulanz October 22, 2010 at 9:16 pm

mudah-mudahan matlamatnya tercapai

Reply

32 zik October 22, 2010 at 12:48 am

mungkin ada pro and cons nya… hurm kena buat tajuk baru nie..hehe
zik recently posted..Peperangan hari khamisMy Profile

Reply

33 kulanz October 22, 2010 at 9:16 pm

bagus juga kalau dapat kongsi-kongsi pandangan pasal ni bro

Reply

34 Naj October 22, 2010 at 1:30 am

1 Malaysia.. wang rakyat didahulukan, pencapaian keewangan kerajaan (ahli politik) diutamakan.

Buat projek macam mana skali pun tetap untuk kepentingan kroni. Skarang anggaran kos menara warisan = 5 bilion. Kejap lagi jadi $10.B, bila bangunan dah naik suku, jadi $15.B dan seterusnya sampai siap kos = $50.B.
Dari jumlah 50.B ni, 20% jadi wang saku pemerintah kurafat (sekutu iblis), 30% lagi diagih2 kan untuk kroni2 kufur (downline sekutu iblis). saki baki wang masuk akaun bank ahli keluarga kroni. Yang sakit selalu rakyat..
Cuba guna duit tu buat jalan dulu. Kuala Lumpur bandaraya lambang negara tapi jalan raya lobang kiri kanan, pecah/rekah , paip air bocor tengah jalan, cat jalan nampak taknampak, sampah sarap tengah jalan malas nak cerita panjang, sendiri fikir…

Reply

35 izzad ibrahim October 22, 2010 at 8:08 pm

org yang ‘rasanya diri dia terlalu bijak’ bercakap mmg sentiasa fikir yang bukan2. dulu, korang cakap benda2 yang buruk2 pasal jambatan p.pinang. sekarang dah buat jambatan kedua, apa kau nak cakap?

ko cakap ngan aku, mne lebih baik? kuala lumpur ke? kelantan yang pemimpin para malaikat kau tu pimpin? negeri mne yang ada bekalan air yang baik? negeri mne yang ada letrik 24 jam, negeri mne yang bleh pegi ke setiap pencerok bumi guna highway? wei, kau jangan sedap2 panggil org sekutu iblis tau.

kau tgok negeri2 yang ‘barisan pakatan’ tu pimpin. ko tgok selangor. dah berlubang2 dikejekannya. tiba2 mintak wang zakat utk perintah negeri. kepala hotak kau nak bina negeri guna duit zakat. duit zakat hanya uth kebajikan orag islam tau. utk kebajikan sahaja, x bleh buit benda lain. skang ko tgok p.pinang. apa jadi dgn org melayu kat sana. nak berniaga tepi jalan pun kena roboh gerai.

woi. sedar lah skit. kau punya bangsa nak kena pijak kepala tau. sedar lah ckit. anuar ibrahim tu duri dalam daging. satu hari ni bangsa dan agama ko tergadai, macam dkat singapura sekarang, ko menderitalah sendiri.

Reply

36 Mahabraja August 30, 2011 at 5:35 am

Menara warisan ini katanya akan dibiaya oleh PNB. Apa itu PNB? Permodalan Nasional Bhd = Wang pendeposit yang sekian tahun menabung dengan harapan untuk meraih dividen keuntungan yang tinggi dari pelaburan. Kalau nak gunakan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, ada baiknya wang keuntungan pelaburan PNB sebanyak RM5 bilion atau beberapa bilion lagi digunakan untuk membina rumah bagi rakyat pendeposit yang telah melabur di dalam PNB untuk sekian lama, lebih-lebih bagi rakyat pendeposit berpendapatan rendah. Secara kasar, wang RM1.6 bilion boleh membiayai kos membina rumah kos rendah sebanyak 40,000 unit. Kalau dikira campur wang sebanyak RM5 bilion itu boleh membina rumah kos rendah melebihi 40,000 unit. Bayangkan kalau lebih dari 40,000 isi rumah menghuni rumah kos rendah berkenaan menikmati rumah yang selesa, bayangkan kaum keluarga yang menghuninya akan berdoa setiap hari untuk kesejahteraan negara Malaysia, tidak kira apa agama yang dianuti, apakah ini bukan contoh pencapaian yang baik? Setiap minggu kita lihat di kaca TV siri masyarakat tidak bernasib baik, tiada rumah, rumah berbumbungkan langit, dinding menanti roboh, makan nasi dengan air & garam, makan siput, minum air hujan dan banyak lagi paparan sedih, setelah lebih 50 tahun merdeka kita masih ditakok begini? Apakah dengan ada terbinanya menara gah itu menjamin lebih ramai ahli perniagaan yang boleh tampil menghulurkan bantuan seperti beras Faiza? Secara kasar juga adalah mencukupi untuk membiayai jika wang sebanyak RM1.6 bilion boleh diperuntukan secara “percuma” dalam bentuk dermasiswa (bukan pinjaman PTPTN) kepada lebih kurang 40,000 graduan yang belajar di institusi pengajian tinggi di seluruh negara kita. Ingatlah, untuk melahirkan generasi ahli perniagaan yang bijak dan mempunyai sifat menabur budi bukan dengan adanya pembinaan menara warisan semata-mata. Silakan pakar ekonomi kalau ada di sini membuat perkiraan sama ada untung atau tidak kepada rakyat dan negara jika pembinaan menara ini mengambil kira hanya keuntungan yang sekejap, kepada segelintir pembida dan mengunakan alasan ikon menara ini sebagai pencetus untuk maju? Lihat dan buat perbandingan keadaan ekonomi Singapura dan Brunei, walaupun dua buah negara kecil dengan jumlah penduduk yang sedikit, tetapi pendapatan per kapita dua buah negara kecil ini jauh lebih tinggi dari Malaysia, kenapa? Dua buah negara ini walaupun sedikit jumlah penduduknya tetapi yang diambil berat ialah kebajikan dan pelajaran rakyat mereka. Dengan adanya ilmu yang tinggi, rakyat itu sendiri boleh menaikkan martabat ekonomi sesebuah negara itu, bukannya dengan adanya sebuah menara yang akan dibina dengan kos yang tinggi, malah kos untuk senggaraan juga akan tinggi tahun demi tahun. Ingatlah, Singapura dan Brunei dipisahkan oleh laut China Selatan, tetapi nilai matawang mereka adalah lebih kurang sama dan lebih kukuh dari nilai matawang Ringgit. Pakar ekonomi, silakan memberi pandangan jika ini memberi manfaat pada semua, walaupun kamu tidak “dibayar” di laman sesawang ini!

Reply

37 Boddeng August 30, 2011 at 6:05 am

Kot iya nak bina menara itu biarlah bijak sedikit. Lokasi sudahlah tidak strategik – dikelilingi kawasan sekolah, tempat ibadat! Saya rasa lokasi paling sesuai kalau nak labur bina itu menara ialah dengan pengambilalihan kawasan “terbekalai” Plaza Rakyat, sebelah Hentian Puduraya dan setesen LRT Plaza Rakyat – 1. berhampiran pusat bukit kewangan (Bursa Saham Malaysia), 2. Menara Maybank, 3. Pusat pengangkutan darat seperti Hentian Puduraya dan setesen LRT. Dah tentulah sangat elok benar Plaza Rakyat itu “dibail-out” dari jadi tempat nyamuk membiak dan menyakitkan mata memandang kerana dah bertahun terbengkalai!

Reply

38 mancai October 22, 2010 at 4:37 am

satu lagi perlumbaan menara pencakar langit… peh…

Reply

39 nelsa October 22, 2010 at 7:24 pm

berlumba2 utk diingati sebagai pemimpin terbaik.itulah faktor utama selain memenuhi poket sendiri dan kroni terdekat sementara masih berkuasa sebelum kuasa beralih tangan.kalau aku jadi PM pun aku pulun dulu.sekarang ni zaman pentingkan diri sendiri.namanya pun manusia.tamak wajib ada!

Reply

40 izzad ibrahim October 22, 2010 at 8:10 pm

jangan cakap sesuka hati. ko nampak yang buruk jer, yang baik x nampak. satu hari nanti tuhan balas balik sebab tak reti nak bersyukur, mmg padan muka ko.

Reply

41 kulanz October 22, 2010 at 9:21 pm

Saya benarkan pembaca budiman meninggalkan apa-apa komen di entri ini, cuma mohon supaya jangan menyentuh secara langsung nama-nama individu tertentu atau menggunakan bahasa yang menyentuh sensitiviti individu lain..

Reply

42 darimelbournekemalaysia October 23, 2010 at 8:10 am

salam buat semua,

ini pertama kali saya singgah di blog saudara kulanz. menarik isu2 yang diketengahkan. terkini dan bikin sensasi. ade pati kritikal nya. good one. good try.

pandangan saya tentang isu menara ini, saya bersetujulah dengan pandangan pm dan mantan pm kita, pembinaan menara ini boleh membawa kemajuan ekonomi di ‘masa akan datang’ pada rakyat dan negara-lebih peluang pekerjaan, tingkat daya pelaburan asing dan sebagainya. baguslah.

cuma, saya khuatir, apa benar ini yang diperlukan oleh rakyat malaysia buat ‘masa ini’? dari apa yang saya perhatikan dan saya baca, saya dengan penuh rendah diri tapi yakin menyatakan bukan ini keperluan kita. suatu masa ketika Tum Mahathir memimpin, Tun M pernah menyatakan, kita ini prasarana kelas pertama, mentaliti kelas ketiga. saya percaya, perkara ini merupakan satu masalah besar sehingga kini yang masih lagi tidak di berikan sepenuh perhatian, di peringkat kerajaan mahupun pihak berkenaan, sama ada dari segi peruntukan kewangan mahupun pendidikan dan prasarana.

pandangan saya, alangkah baik sekiranya duit yang ingin kita laburkan untuk pembinaan menara tersebut di peruntukan untuk mengatasi masalah yang telah saya sebutkan sebentar tadi. masalah mentaliti kelas ketiga ini bukan sekadar mengetahui penggunaan infrastruktur sebaik mungkin, tetapi jauh dari itu – pelaburan modal insan (pendidikan) untuk generasi masa hadapan yang bakal menggunakan segala infrastuktur yang kita ada, juga yang lebih utama yang, yang bakal mencorak masa hadapan negara yang kita cintai. Walaupun ramai yang melabel Pak Lah, mantan PM kita yang ke-5 sebagai PM yang kurang berjaya, saya tetap berbangga dengan beliau kerana telahpun mengangkat isu pembangunan modal insan sebagai salah satu tiang perjuangan pucuk kepimpinan beliau.syabas.

maka, saya percaya keputusan untuk membina menara tersebut bukanlah satu keputusan yang bijak dan berhemah, apatah lagi yang mengutamakan rakyat. ini bukan soal kronisme mahupun kepentingan parti politik atau pemimpin khurafat (siapalah kita manusia yang lemah ingin menilai dan menjatuhkan hukum, hanya Allah yang berhak), tidak sama sekali. Ini adalah soal keperluan semasa rakyat dan negara, kelangsungan kemajuan untuk masa hadapan dan perbelanjaan duit negara secara berhemah. Jujur, saya kurang pasti sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan menara yang berharga 5billion itu. Komen salah seorang dari pembaca blog ini menyatakan bukan duit kerajaan. Maka, kalau benarlah ada pihak yang memberikan wang sebanyak itu untuk pelaburan, syukurlah. Namun, kalau benar bukan duit kerajaan, kenapa pembinaan ini diputuskan dan di perbahaskan dalam Bajet 2011? Keliru saya di situ. Akan saya tambah pembacaan untuk lebih pengetahuan tentang isu ini.

Buat saudara2 Naj dan Izzad Ibrahim yang saya hormati, usah berbalah mahupun emosi. Mari kita fikir-fikirkan secara kritikal apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia, seperti kita.

Salam sayang dari kota Melbourne,
-anak Bangsa Malaysia-

Reply

43 suri October 23, 2010 at 3:56 pm

ya..saya anak malaysia :) peace no war

Reply

44 dnoBiz October 23, 2010 at 9:10 pm

lain orang lain pandangannya yang penting apa yang baik kita terima dan yang tak baik kita tolak, jadi kalau nak tolak dan bangkang guna lah cara yang berhemah Allah jadikan kita kalifah di bumi sebab kita ada akal, jadi gunalah akal bukan lutut, pandangan kita tak semestinya betul dan pandangan orang tidak semestinya salah, jadi mengapa mesti ada sumpah seranah kutuk dan keji?
dnoBiz recently posted..Tok BoMoh Power – Akhirnya SempurnaMy Profile

Reply

45 boboyz October 23, 2010 at 11:02 pm

saya nak bertanya…kalau projek ni guna duit rakyat…dah projek warisan ini di jalankan juga…apa tindakan kita sebagai rakyat???takkan nak bising dalam blog aja?

Reply

46 cikgu malaysia October 23, 2010 at 11:53 pm

em. Aku suka. Tapi pasti ada yang bangkang. Yelah, nampak macam membazir dan macam-macam lagi. Kalau Tun Mahathir penuh dengan macam-macam projek. Dato Najib pun nak wat gak macam-macam projek..
cikgu malaysia recently posted..10 Tips Temuduga Kerja KerajaanMy Profile

Reply

47 insan biasa October 24, 2010 at 12:25 am

bagi pendapat saya……pelaburan pada menara ini sepatutnya diagihkan kepada kearah pembangunan lain….
jikalau kita asyik membina sahaja….
nampak sangat kita hanya menjadi pengguna bukan pencipta @ penghasil…..
cukuplah bangunan yang ada…
salurkan duit ini kepada perkara yang lebih berfaedah dan manfaat untuk dibangunkan dan majukan….
nampak sangat pembinaan ini untuk bersaingan siapa berada dilandasan yang teratas bukan untuk kemajuan rakyat dan negara.
apa salahnya kita baik pulih dan majukan perkembangan penyelidikan dan kajian kita dengan wang ini…..
kita juga dapat manfaat dan hasilkan keluaran kita sendiri…..
membina menara ini ibarat membina tugu negara sendiri sebagai peringatan kepada kematian sendiri…..
fikirkan lah….
bawa lah sesuatu yang lebih bermanfaat….
jangan salah menggunakan akal yang waras
melakukan pembaziran….
memang dahulu…
sewaktu proton…..projek pembinaan menara klcc dan lain2….
ada bantahan….
tapi projek2 itu semua ader manfaat…
apa salah salurkan wang tu kepada pembangunan dan kemajuan seperti proton…
kita hasilkan model sendiri….
enjin sendiri….
100% seperti jepun…
gunakan reverse engineering…
hantar rakyat kita….
belajar dan kaji….
biarlah kata tikus membaiki labu…
kalau tidak dimulakan…
bila lagi…..
jangan salah gunakan wang yang ada…

Reply

48 Pelabur kecewa October 26, 2010 at 10:23 pm

Dato Najib cakap ekonomi meningkat, Dato Hamad Kama Piah cakap tahun ni kita terpaksa bagi dividen kurang untuk orang2 kampong yang selama ni berkorban ringgit melabur di ASN dan lain2 produk PNB, Sekarang Dato Hamad Kama Piah cakap pembinaan bangunan ni tak pakai duit pelabur… sebab dah 15 tahun harga 1 unit ASN masih di bawah tahap 1 ringgit dividen pula berlegar sekitar 6%, kalau tak guna duit pelabur guna duit sapa plak banyak2 tu…..

Reply

49 monaritatuyawatid October 29, 2010 at 11:55 am

knpa nak buat menara warisan merdeka.dimalaysia banyak lagi pembangunan boleh dimajukan ,macam mana projek bakun sarawak yang masih belum beroperasi lagi dan projek landasan berkembar kereta api laju ets belum siap lagi.dengar kata ytl nak buat projek bullet train dari k.lumpur ke singapura,dulu projek ni ditangguhkan sebab kos menelan belanja rm 8 billion,sekarang kerajaan najib nak buat bullet train ke singapura.habis tu macam mana projek kereta api dari lembah klang ke terengganu.lepas tu jual tanah ktmb tanjung pagar kat singapura brenset betul kerajaan msia ni.kalh dgn singapura pasal batu putih buat malu betul.

Reply

50 aidil maula November 4, 2010 at 12:22 am

bentuk lain takde ke? harap dapat bentuk yang menakjubkan.

Reply

51 janemojiol November 6, 2010 at 6:53 pm

Saya rasa, ada bagusnya jika pembangunan untuk memajukan negara itu di rancang terlebih dahulu. kebanyakkan yang saya lihat sekarang, ramai pemaju, sembarang saja nak bina resort, hotel, shopping kompleks sehingga menyebabkan kemudahan rakyat terganggu.

Reply

52 Ejat November 22, 2010 at 11:54 pm

Ape la malaysia ni..memang kemaruk banggunan tinggi2
cukup lah dah ade Menara KL,KLCC tu..membazir saja..buat benda lain kan elok mcm membina kos rumah kos rendah,sedekah fakir miskin..
Iskandar MAlaysia tu dah cukup bangga aku.

Reply

53 pian November 25, 2010 at 10:31 pm

kte hy boleh bg pandangan mengenai baik bruk menara warisan merdeka ni tp untuk mengesahkannya, kte bukanlah pakar dalam bidang berkenaan. jadi perlulah byk membaca n menyiasat sebelum kte wat pape andaian projek ni membazir atau x… scara luarannya, mmglah nampak baik projek n. sy x rsa projek ni dibuat sbb malaysia nk berlumba2 utk bina pencakar langit…jika malaysia benar2 nk berlumba2, sdh tentu malaysia akan bina menara yg lebih tinggi dr burj dubai.lau lumba, tentulah nk menang. kte semua tahu mengenai wawasan 2020, dimana ketika tu malaysia sebagai negara maju dengn acuan sendiri… malaysia target pada tahun 2015 dan seterusy, keluaran dalam negara kasar malaysia (kdnk) adlh lbh 6% dengan purata pndpatan rkyt 48000 setahun… dr sudut ekonomi, projek n adlah utk 5 tahun akan dtg sebb ble ad menara yg cam2, syrkt luar akan tgk PNB adlah syrkt yg berdaya saing n ada kualiti n kdudukan kwangan yg baik. tentunya negara dunia ktiga berlumba2 tarik PNB melabur di negara mereka.dgn erti kata len, PNB jgak akan sediakan byk peluang pekerjaan bertahap profesional kpd rakyat malaysia. ble tgk PNB dr malaysia satu organisasi yg baik, dah tentu syrkat len dr malaysia pun dapat tempiasnya, ibarat pepatah melayu, kwn ngan org wat myk wangi, dptlah bau wanginya… maka byklah peluang pkerjaan akan wujud utk graduan malaysia. maybe ada yg ckp, singapore, korea selatan nk maju, xyah wat menara tinggi pun??? jwpannya : inilah ape yg malaysia katakan maju mengikut acuannya sendiri, bukannya tiru org len… stu soalan yg baik utk semua, jika anda sebagi rkyat indonesia, apakah benda yg anda ingin bggakan di mata dunia? syukurlah anda jadi rakyat malaysia, yg pemimpinnya tahu wat kerja, jgn nak slahkan jek. siasat dlu n tgk kdua2 pihak, mane baik kte amik, mne yg bruk kte tolak… pgglah prinsip yg baik tetap baik, bruk tetap bruk jika ingnkan yg terbaik….

Reply

54 john December 8, 2010 at 10:36 pm

Tun Mahathir sokong. tp bukan bina sekarang.. cube bace sini

Reply

55 faz December 11, 2010 at 8:24 pm

Cuba baca artikel di bawah…apakah projek Putrajaya yg bermula pada tahun 2003 telah membuahkan hasil??? adakah dengan membina Menara Warisan akan betul2 berjaya??? Kenapa WARISAN yang dijadikan kata kunci???

Persoalan saya, Adakah projek Putrajaya betul2 telah mendatangkan Return pada Negara??? Jika cost lebih tinggi dari return…maka rugilah negara…

Saya amat berharap kata2 dari pihak berkenaan (seperti dalam artikel di bawah) dapat dijadikan realiti. Kata2 (ayat2) yang hampir serupa turut digunakan untuk projek Menara Warisan. Harap Projek Warisan dapat mendatangkan keuntungan kepada semua pihak.
Renung2kan & Selamat Berfikir…

13 taman rekreasi pertanian di Putrajaya
Utusan Malaysia, 16 Ogos 2003

PUTRAJAYA 16 Ogos – Kerajaan akan mewujudkan 13 buah taman rekreasi dan warisan berteraskan pertanian di pusat pentadbiran baru Kerajaan Persekutuan di sini dalam usaha memartabatkan lagi warisan pertanian khususnya untuk generasi muda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, langkah itu selaras dengan usaha menyeimbangkan pembangunan di Putrajaya kerana ia dirancang untuk menjadi bandar raya dinamik dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan termasuk yang mampu dijadikan tarikan pelancong.

Selain itu, katanya, ia bertujuan memastikan warisan dan sejarah silam pertanian negara tidak luput di telan zaman.

Jelasnya, pembangunan taman itu akan dijalankan secara progresif melalui beberapa fasa yang mana setiap satunya menekankan konsep dan pembangunan yang berbeza.

“Empat daripadanya sudah siap dan memulakan operasi manakala satu lagi projek iaitu Taman Wawasan Putrajaya yang dibina di kawasan seluas 120 ekar kini sudah pada tahap 50 peratus untuk disiapkan.

“Kita menjangkakan, dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kesemua 13 taman ini akan dibuka untuk orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Taman Warisan Pertanian Putrajaya dan Fiesta Makanan dan Buah-buahan Putrajaya 2003 di sini hari ini.

Taman Warisan Pertanian seluas lebih 14 hektar dan terletak di Presint 16 itu dibina berkonsepkan paparan sejarah dan kegemilangan pertanian sektor komoditi utama iaitu getah dan kelapa sawit.

Taman Warisan Pertanian itu merupakan yang keempat dirasmikan selepas Taman Putra Perdana di Presint 1, Taman Wetlands di Presint 12 dan Yaman Botani di Presint 1.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Azlan memberitahu, kewujudan Taman Warisan Pertanian itu dijangka meningkatkan lagi jumlah pelancong dalam dan luar negeri yang berkunjung ke Putrajaya.

Jelasnya, kewujudan taman itu merupakan pelengkap kepada usaha semua pihak sebagai menghargai sektor pertanian yang merupakan penyumbang utama ekonomi dan pembangunan negara.

[ Menu Utama ]

DD306BB7-B23E-CEC3-700F-21CC62F373AD
1.03.01

Reply

56 faz December 11, 2010 at 8:31 pm

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar berkata, langkah itu selaras dengan usaha menyeimbangkan pembangunan di Putrajaya kerana ia dirancang untuk menjadi bandar raya dinamik dengan pelbagai aktiviti dan kemudahan termasuk yang mampu dijadikan tarikan pelancong.

Selain itu, katanya, ia bertujuan memastikan warisan dan sejarah silam pertanian negara tidak luput di telan zaman.

Mana pelancong kat Putrajaya tu???macam xder org jer kat Putrajaya…dah lebih 10 tahun beb…

Apalak bandar dinamik yg diharap2 kan tu plak??

Warisan warisan warisan~

Reply

57 fooart December 27, 2010 at 10:09 am

test

Reply

58 pemerhati February 20, 2011 at 7:26 pm

semua ni ada unsur2 freemason…makin dekat kiamat,makin banyak menara tinngi dibina..banyak bangunan2 di malaysia berunsurkan freemason..adakah kebetulam atau dirancang?….jika kebetulan,takkan lebih dari 50 bangunan yg bercirikan freemason..warga yg bijak lagi pedas berkata2..jangan terlalu asyik dengan duniawi,berbangga dengan pembangunan tapi menghancurkan (umat islam dan aqidah islam)..belajarlah mengkaji dan menerokai apakah agenda pembangunan dan segala yg ada..jgn taksub dengan politik hingga compare kL dgn kLtn…itu bukan org bijak,tapi org mlas berfikir..taksub pd agama ada baiknya berbanding taksub politik..pembangunan yg membawa kpd galakan kehancuran dapat menjamin ke syurgakah?kekalkah pembangunan?jd lah org berakal..selalunya yg mendapat terlebih pendidikan itu yg lbh cenderung kearah kesesatan dan kegelapan…

Reply

59 Pemerhati?? March 15, 2011 at 4:59 pm

FREEMASON???? HAHAHAHAH!!!

Reply

60 hari-hari jem kat lembah kelang...... April 1, 2011 at 2:45 pm

salam………….. saya sokong nak buat pe pun yang pasti setel masalah jem kat lembah kelang……saya sokong pembinaan MRT SUNGAI bULOH_kAJANG….BAGI SETELKAN SEBAHAGIAN JEM KAT LEMBAH KELANG WAH CAU BEB………………

Reply

61 Aslan June 15, 2011 at 2:50 pm

Saya telah menyokong pembinaan menara warisan merdeka ini. adakah pembinaan nya sudah bermula?

Reply

62 ryzani November 2, 2011 at 2:30 pm

xlebih mcm nak menambahkan utang negara yg makin menngkat skang ni….klu ikut nak bg keuntungan pun hanya para2 executive je yg dpt semua faedah sambil sibuk goyang kaki atas kerusi pejabat..menghabihkan duit rakyat jer..

Reply

63 faridz idzwan September 22, 2012 at 9:43 pm

kalau boleh buatlah menara lebih tinggi kalahkan menara jakarta tu x pon jadi menara tertinggi asia

Reply

64 Synster Gates April 11, 2013 at 8:02 pm

saya sokong pembinaan menara warisan….tambah skit mnara tinggi kat kl ni ni…ni asyik kl tower ngan klcc je dah bosan tngok

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner