Petang tadi ada beberapa wakil dari Kementerian Kesihatan datang ke rumah. Tujuan mereka adalah untuk mengagihkan ubat dan memberi penerangan tentang penyakit Filariasis limfatik atau juga dikenali sebagai penyakit Untut (ada juga yang menamakannya sebagai penyakit Kaki Gajah).
Bila ditanya kepada perlu diagihkan pada masa sekarang, jawapan mereka, ada kes jangkitan berlaku yang melibatkan kawasan terdekat, jadi Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif untuk mencegah penyakit tadi daripada berjangkit kepada orang lain.
Bak kata peribahasa “mencegah lebih baik daripada mengubati’, jadi untuk manfaat bersama, saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan penyakit tersebut yang saya salin semula daripada brosur yang mereka edarkan.
Penyakit Filariasis
Penyakit Filariasis atau Penyakit Untut adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh gigitan nyamuk Mansonia yang membawa cacing mikrofilariasis.
Cara Jangkitan
- Nyamuk Mansonia betina menghisap darah pesakit filaria
- Mikrofilaria (anak cacing) dari darah pesakit masuk ke dalam badan nyamuk dan bertukar menjadi larva selepas 10 hari.
- Larva cacing akan menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Mansonia betina.
- Di dalam badan manusia larva mengambil masa 3 hari hingga 12 bulan untuk menjadi cacing dewasa yang hidup di saluran limfa/kelenjar.
Cara-cara Pencegahan
- Membuat pemeriksaan darah
- Makan ubat yang diberikan
- Tidur dalam kelambu berubat
- Gunakan racun pembunuh nyamuk (lingkaran/semburan)
- Bersihkan tumbuhan air seperti pokok kiambang, keladi bunting dan lain-lain tumbuhan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Mansonia.
Jika mengalami sebarang kesulitan mengenai penyakit ini, boleh dapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau segera berhubung dengan pejabat kesihatan yang terdekat.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




{ 13 comments… read them below or add one }
mmg bahaya nyamuk ni..nyamuk merupakan haiwan yg paling banyak membunuh manusia didunia..jerung putih pon x bhya..
kecik-kecik tapi bahaya..
terima kasih maklumatnya. sakit untut boleh berjangkit juga.
sama-sama bro denaihati
Rupanya penyakit ini berjangkit melalui nyamuk
Mencegah lebih baik dari mengubat
Tapi kalau dah dijangkiti dan mengidapnya, proses penyembuhan bagaimana pula agaknya
Akupun baru tau juga bro.. nasib baiklah ada inisiatif dari KKM tu
huh..bahaya ni..kena bagitau ain maisarah ni..
bro belikan ain maisarah kelambu..
Ooo.. Baru saya tau!
Pernah dulu nampak kat hospital jumpa orang Kaki Gajah ni. Kesian diorang kan.
ada lagi ke penyakit nie zaman sekarang
Sudah lama tidak mendengar kes sakit Untut ini. Harap ia tidak menjadi wabak yang bakal menular. Tanniah kepada KKM kerana mengambil tindakan awal.
Satu info yang baru. Sebelum ni tahu penyakit ni, tapi tak pernah tahu sumber penyakit dan cara berjangkit. Lepas ni kena tidur dalam jaring kelambu..