Home >> Pelancongan >> Menelusi Tempat Bersejarah di Bandaraya Kuching

Menelusi Tempat Bersejarah di Bandaraya Kuching

by Kulanzsalleh on January 22, 2012 · 42 comments

Pengalaman berkunjung ke Kuching, Sarawak merupakan pengalaman yang sangat berharga. Walaupun tujuan sebenar datang ke sana adalah atas urusan kerja, tapi peluang seperti ini turut saya kongsikan bersama keluarga. Maklumlah, bukan selalu berpeluang seperti ini, jadi tidak salah jika perjalanan kerja diselitkan dengan aktiviti melancong.

Rujuk Senarai Hotel di Kuching

The Waterfront

Setelah selesai segala urusan kerja saya mengatur jadual lawatan pula. Siri jelajah hari pertama tertumpu di sekitar Bandaraya Kuching. Saya difahamkan ada banyak bangunan bersejarah di sini. Perjalanan dimulakan dari hotel penginapan (Harbour View Hotel), menyusuri beberapa jalan utama di sini hinggalah sampai ke Kuching Waterfront.

Kuching Waterfront
Salah satu tempat yang paling mudah untuk dikunjung apabila berada di Bandaraya Kuching ialah Kuching Waterfront yang terletak di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan Sungai Santubong-Sarawak. Kuching Waterfront atau juga The People Place bukan sekadar satu tempat menarik tetapi juga memiliki sejarahnya yang tersendiri. Di sinilah tempat di mana Pengembara Inggeris, James Brooke mula-mula mendarat. Bermula dengan beberapa bangunan atap daun kemudian bertukar menjadi sebuah pelabuhan yang sibuk dengan gudang dan dermaga.

The Waterfront

Apa yang menarik di Kuching Waterfront ini bukan sekadar pada pemandangan sekitarnya tetapi juga dari sudut rekaan dan seni bina kawasan tersebut.  Tidak hairanlah jika Kuching Waterfront pernah menerima anugerah seni bina antarabangsa pada tahun 1994, iaitu:

  • National Project Award in the Civic Design Category – 1994 (Dianugerahkan oleh Australian Institute of Landscape Architecture)
  • Merit Award in the Overseas Category  – 1994 (Dianugerahkan oleh Royal Australian Institute of Architecture)
  • Excellence on the Waterfront/ Waterfront Centre Annual Award – 1994 (Dianugerahkan oleh Waterfront Centre, USA)

The Waterfront

Sarawak River Cruise – MV Equatorial menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Sarawak. Waktu perjalanan 5.30 p.m – 7.00 p.m (1 jam 30 minit), 7 hari seminggu. Bayaran untuk seorang sekali perjalanan ialah RM60 bagi dewasa dan RM30 bagi kanak-kanak (4 – 12 tahun).

The Waterfront

History Walk
History terdapat di sepanjang laluan pejalan kaki di Kuching Waterfront. Tidak pasti ada berapa banyak kesemuanya kerana saya cuma sempat mengambil gambar hingga ke History Walk yang history walkke-9. Pada setiap History Walk ini ditulis sejarah-sejarah yang berkaitan dengan Negeri Sarawak.

History Walk 5 (kiri): 1839-1841 – Seorang pengembara Inggeris, James Brooke tiba di Kuching dengan Kapal Royalist pada 15 Ogos 1839. Raja Muda Hashim memohon bantuan James Brooke untuk mententeramkan para pemberontak yang menentang Sultan Brunei.

History Walk 9 (bawah): 1941-1946 – Sarawak ditakluki tentera Jepun pada tahun 1941. Para anggota bersekutu ditahan dan dipenjarakan dan penduduk tempatan menderita. Tentera Jepun tewas apabila tentera Australia mendarat di Kuching pada 11 September 1945. Raja Vyner Brooke kembali memerintah Sarawak untuk tujuh puluh lima hari.

history walk 9

Muzium Sejarah Cina
Dibina pada tahun 1912 sebagai rumah mahkamah yang mengendalikan pentadbiran undang-undang dan adat yang berhubungkait dengan perkahwinan, perceraian, pembahagian harta dan lain-lain khusus untuk masyarakat Cina di Sarawak. Ini bersesuaian dengan kehendak Raja Charles Vyner Brooke yang mahukan orang Cina mengendalikan harta mereka sendiri. Pada tahun 1930, ia telah diambil alih oleh Dewan Perniagaan Cina. Ia kemudiannya telah dijadikan Muzium Sejarah Cina yang dibuka secara rasmi pada tahun 1993.

Chinese History Museum

(Saya akan kongsikan juga pengalaman berada di dalam Muzium Sejarah Cina ini dalam catatan akan datang)

Arca (sculpture): Celebration of Sarawak
Juga terdapat di Waterfront Sidewalks ialah arca “Celebration of Sarawak” karya Ramlan Abdullah (1994). Walaupun arca ini bukanlah satu monumen bersejarah, tapi saya muatkan juga di sini kerana ia salah satu daya tarikan di sini di samping sculpture celebration of sarawakpembinaan juga mengambil kira beberapa elemen sejarah masyarakat di negeri Sarawak. Berikut adalah deskripsi yang diberikan untuk arca ini.

  • The tripod structure embedded in the solid rock (earth) symbolises the stability and strength of Sarawak State. The ladder or tangga demonstrates the route to prosperity.
  • The funnel portrays the co-operation and success of politics, economy and society.
  • The cone form is derived from the Bidayuh warrior and symbolises progressive society and shelter.
  • The crowning Hornbill of Kenyalang is revered as a diety and protector of the indigenous people of Sarawak.
  • The traditional motifs of Sarawak and the funnel and the cone form a rhythmic pattern to celebrate the dynamic State of Sarawak.

Bangunan Astana
Bangunan Astana yang terletak di seberang Sungai Sarawak memiliki sejarah romantisnya yang tersendiri. Ia sebenarnya adalah tiga bangunan berasingan yang digabung (dicantumkan) menjadi satu.  Rajah kedua, Charles Brooke, membina istana ini pada tahun 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, yang bergelar ‘the Ranee Margaret’. Bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan kediaman rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

The Astana

The Square Tower (Detention Camp)
Bangunan berbentuk segi empat dibina pada tahun 1879. Pada mulanya bangunan ini dijadikan sebagai kem tahanan untuk banduan. The Square Tower kemudiannya ditukar menjadi kubu pertahanan. Pernah juga digunakan sebagai dewan tarian.

Square Tower

The Old Courthouse
Bangunan ini dibina pada tahun 1883 oleh Sir Charles Brooke, Rajah Sarawak yang kedua. Ia dibina daripada kayu belian dan dihiasi dengan motif Sarawak. Pada masa yang pembinaannya, ia bertujuan sebagai pejabat-pejabat kerajaan dan satu tempat untuk upacara negeri. Kemudiannya ia dijadikan sebagai bangunan mahkamah. Beberapa peristiwa bersejarah pernah berlaku di bangunan ini. Pada 1 Julai 1946, apabila Sir James Brooke, Rajah Putih yang ketiga, menyerahkan Sarawak kepada Britain sebagai tanah jajahan mahkota. Ketua Menteri pertama Sarawak, Sir Stephen Kalong Ningkan juga mengangkat sumpah di sini, pada 22 Julai, 1963. Pada masa kini bangunan ini menempatkan pejabat pelancongan negeri.

The Court House

Di bahagian hadapan bangunan mahkamah lama ini terdapat sebuah monumen Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke. Monumen setinggi 6 meter tinggi ini dibina pada tahun 1924. Terdapat panel 4 angka pada monumen ini yang mewakili masyarakat Sarawak – Cina, Dayak, Kayan dan Melayu.

Selain daripada bangunan dan monumen yang ada di atas terdapat beberapa lagi tapak bersejarah di sekitar bandar Kuching, antaranya Sarawak Steamship Building, Bangunan Pejabat Pos, Round Tower, The Pavillion, dan Fort Margherita. Tapi disebabkan waktu untuk melawat di kawasan Bandaraya Kuching agak terhad, tidak semua tempat tersebut sempat dilawati. Mungkin suatu hari nanti apabila ada kesempatan datang semula ke Sarawak, tempat tersebut akan dimasukkan dalam senarai lawatan.

The Waterfront

Selesai kisah perjalanan di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak. Akan datang saya kongsikan pula pengalaman menarik melawat ke Jong’s Crocodile Farm yang juga terletak di Kuching, Sarawak dan juga Kampung Boyan di mana Kek Lapis Sarawak banyak dihasilkan. Sementara itu, anda boleh juga mengikuti perjalan kami sekeluarga semasa melakukan lawatan ke Genting Highland dan I-City sebelum ini.

Bagi yang berminat untuk datang ke sini dan ingin bermalam di hotel/resort, anda boleh gunakan kemudahan carian hotel di bawah untuk membandingkan senarai harga hotel atau boleh juga semak dari senarai hotel di seluruh tempat.

Nota penulis: Sesetengah maklumat yang dipaparkan di sini adalah hasil pengamatan penulis sendiri di samping rujukan daripada beberapa sumber. Penulis memohon maaf jika ada maklumat yang salah terkandung dalam catatan ini.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 42 comments… read them below or add one }

1 anjangman January 22, 2012 at 11:34 pm

Jgn lupa beli ikan terubok masin kat pasar satok. Aku sugest kau bawa anak pegi kat Jong Crocodile.. pegi masa mereka beri mkn dalm pukul 3 ptg. Dtg sblm kol 3 ptg. Ambil gambar guna dslr ker..gambar cantek2…
anjangman recently posted..Panduan membeli hosting di ProfithosterMy Profile

Reply

2 kulanz January 22, 2012 at 11:41 pm

Jong Crocodile farm dah pegi.. postnya bakal menyusul nanti..

Reply

3 anif January 23, 2012 at 12:13 am

Menarik catatan perjalanan ni.. Padat dengan maklumat. Buat Saya teruja untuk melawat Bandaraya Kuching. Insyallah..
anif recently posted..Proton Satria Neo S2000 – Ada Potensi Tetapi Belum Cukup Bagus!My Profile

Reply

4 kulanz January 24, 2012 at 10:16 pm

kebetulan ada masa terluang menulis.. jadi selitkan sedikit maklumat di samping kongsi pengalaman

Reply

5 tehr January 23, 2012 at 12:39 am

setiap kali ke kuching
anak2 aku memang akan ke waterfront
hanya sekadar lepak2 dan tengok orang
tehr recently posted..Pantun KalauMy Profile

Reply

6 kulanz January 24, 2012 at 10:18 pm

memang bagus lepak2 dengan family.. bro selalu balik kuching juga?

Reply

7 b3njy January 23, 2012 at 12:46 am

Benjy pernah juga singgah 2 hari di Kuching tetapi sudah lama dahulu pada tahun 1995. Benjy sempat juga berjalan ke waterfront tu dan melawat muzium tradisional. Memang bandaraya Kuching ni layak menjadi tempat perlancongan terbaik di Malaysia.
b3njy recently posted..ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

Reply

8 kulanz January 24, 2012 at 10:20 pm

akupun baru pertama kali datang sini.. mmg menarik di kuching ni.. banyak tempat yang boleh di lawati

Reply

9 shraqs January 23, 2012 at 12:47 am

Mengingatkan saya pada zaman2 kegemilangan masa kerja di Sarawak dulu. Hampir tiap2 minggu d Wfront ni. Kalau sempat, jangan lupa p ke Santubong Resort.
shraqs recently posted..Samsung vs Apple ContinuesMy Profile

Reply

10 kulanz January 24, 2012 at 10:21 pm

Santubong Resort tak sempat pegi.. jadual lawatan singkat sangat.. tapi kalau ada rezeki kembali ke kuching.. akan datang ke tempat lain pula..

Reply

11 shraqs January 25, 2012 at 1:08 am

Lain kali kalau pegi lagi sy syorkan ke Gua Niah… memang best teramat sangat. :)
shraqs recently posted..GoDaddy – Domain Kupon Kod Januari 2012 $1.49My Profile

Reply

12 b3njy January 23, 2012 at 12:49 am

Benjy juga tertarik dengan sejaran negeri Sarawak yang saudara Kulanz selitkan dalam entry ini kerana Benjy tidak mengetahui sejarah yang menarik ini dengan mendalamnya.
b3njy recently posted..ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

Reply

13 kulanz January 24, 2012 at 10:22 pm

sejarah ringkas saja bro.. harap boleh kongsi pengalaman dengan pengunjung yang pertama kali datang ke sini

Reply

14 b3njy January 23, 2012 at 12:50 am

Oh Sarawak …. kalau ada rezeki Benjy juga akan berkunjung ke sana bersama keluarga :D.
b3njy recently posted..ADA PELUANGKAH UNTUK MEREKAMy Profile

Reply

15 kulanz January 24, 2012 at 10:23 pm

mudah-mudahan ada rezeki bro

Reply

16 hatiputera January 23, 2012 at 1:20 am

favorite sana ialah ikan terubok masin,,,,
hatiputera recently posted..Manchester United VS ArsenalMy Profile

Reply

17 kulanz January 24, 2012 at 10:25 pm

memang terbaik.. beli banyak lagi tu :)

Reply

18 titan January 23, 2012 at 2:15 am

dah lama gila aku tak gi kuching ni..
titan recently posted..Lelaki kacak biasanya memang kelakar.My Profile

Reply

19 kulanz January 24, 2012 at 10:26 pm

ada pengalaman pegi juga kan..

Reply

20 mie January 23, 2012 at 12:38 pm

menarik juga tu…
pernah sampai di kuching, tapi cuma transit kat airport je..
hehehehehee
mie recently posted..Yee Sang & Tahun Baru CinaMy Profile

Reply

21 kulanz January 24, 2012 at 10:25 pm

akupun setakat sampai kuching saja.. yang lain tak pernah pegi lagi :)

Reply

22 Cikgu Hairul January 23, 2012 at 1:27 pm

Sarawak, antara whist list saya yang belum tercapai. Mungkin satu hari nanti. Terima kasih info ni ya.
Cikgu Hairul recently posted..Kenapa Limau?My Profile

Reply

23 kulanz January 24, 2012 at 10:24 pm

InsyaAllah akan tercapai bro.. akupun macam tu juga dulu.. setakat tengok gambar dan baca post rakan saja.. alhamdulillah ada rezeki datang ke sini

Reply

24 ohcikgu January 23, 2012 at 7:29 pm

pernah gi sabah aje. serawak tak ada peluang lagi.
ohcikgu recently posted..Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012My Profile

Reply

25 Mus January 24, 2012 at 8:07 am

Sabah Sarawak… tempat best di Borneo
Mus recently posted..Latok, ‘Anggur Laut’ Yang SedapMy Profile

Reply

26 kulanz January 24, 2012 at 10:23 pm

memang banyak tempat-tempat menarik di Sabah & Sarawak

Reply

27 hatiputera January 23, 2012 at 11:49 pm

Boleh gi tengok rumah panjang,,,
hatiputera recently posted..Saya Mahu Wang Kertas Malaysia Siri Baharu dari Eyriqazz.ComMy Profile

Reply

28 kulanz January 24, 2012 at 10:22 pm

kalau ada peluang datang lagi nanti, akan melawat ke sana juga..

Reply

29 Mus January 24, 2012 at 8:04 am

tanah tumpah darahku ni bro…
Mus recently posted..Latok, ‘Anggur Laut’ Yang SedapMy Profile

Reply

30 kulanz January 24, 2012 at 10:21 pm

best tempat bro ni..

Reply

31 lunaticg January 24, 2012 at 9:27 am

Bagi saya, Kuching ni macam Goergetown, Penang. Banyak bangunan bersejarah yang boleh kita rakamkan dengan lensa kamera. Saya lebih suka berjalan kaki kalau pergi ke tempat-tempat macam ni.
lunaticg recently posted..Where to get Malaysia new currency?My Profile

Reply

32 kulanz January 24, 2012 at 10:20 pm

betul tu bro.. lagi bagus jalan kaki saja sebab tempatnya pun dekat2 saja.. tapi kalau bawa family ni x dapat jalan jauh sangat.. anak2 mengomel kalau dah jalan jauh :)

Reply

33 benjy January 24, 2012 at 11:36 am

Uikk ? tak ambil arca kucing ke ? :D

benjy recently posted..GONG XI FA CAI – TAHUN NAGA AIR 2012My Profile

Reply

34 kulanz January 24, 2012 at 10:17 pm

ada.. tu di lokasi lain pula.. nanti di kongsi ada kelapangan

Reply

35 akubiomed January 26, 2012 at 10:19 am

Saya pernah bertugas di Hospital Umum Sarawak sebelum dipindahkan ke Hospital Miri. Saya sangat suka Kuching Waterfront dan selalu ke sana pada cuti hujung minggu untuk cuci mata ketika bujang dahulu. :-)
akubiomed recently posted..Timang bulu ayam permainan tradisi MelayuMy Profile

Reply

36 kulanz January 28, 2012 at 11:44 pm

cuci mata masa bujang memang best.. sekarang dah tak boleh cuci mata lagi kan bro? guna air bolehlah, :D

Reply

37 Cutidikuching May 18, 2012 at 9:00 am

Minta izin share dalam website saya….http://cutidikuching.com/

Reply

38 ila laila May 30, 2012 at 6:06 pm

Banyak lagi tempat yang menarik tapi ramai orang x berapa tahu termasuklah orang Sarawak sendiri….mungkin kerana kedudukan yang agak terpencil dan populariti yang kurang

Reply

39 anak sarawak April 6, 2013 at 8:27 pm

jangan melawat kat kuching jer..lawat serian, simunjan, sri aman, engkelili, lubok antu, betong, pusa, debak, layar, saratok, roban, sarikei, sibu, bintulu, miri, limbang, lawas.. :) selamat datang..

Reply

40 Fiezul sidchan May 5, 2014 at 8:04 pm

Pegi Santubong lagi best,,, Banyak tempat pelancong di Sarawak…

Reply

41 kulanz January 22, 2012 at 11:40 pm

Sarawak memang best.. :)

Reply

42 kulanz January 25, 2012 at 10:26 pm

mungkin baru juga dibuat

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner