Salam semua, 1st nak minta maaf dulu, dah beberapa saya hari hilang dari dunia maya.. Blogpun dah 3 hari tak update, komen tak berjawab. Biasalah tu, jawapan skema.. busy-lah katakan.. Hari ni pun saya tak pegi kerja, terpaksa ambil cuti sebab ada assignment yang hendak disiapkan.. kerja last minit, sebab tu baru sekarang kelam-kabut nak siapkan. Adik-adik jangan tiru perangai ni.. terutamaya yang ambil full-time course (betul tak istilah saya tu?)
Okey, kembali pada topik asal. Korang tahu apa tu fantasi kan? Pernah berfantasi? Mestilah pernah, kan? (Banyaknya pertanyaan). Melalui fantasi kita boleh mereka sesuatu dalam fikiran dan biasanya ianya jarang terbatas. Maknanya selagi otak mampu berfantasi, selagi itulah kita mampu mereka sesuatu jalan cerita atau peristiwa yang mungkin di luar jangkaan kita sendiri. Dan sama ada kita sedar atau tidak, dunia realiti adakalanya boleh dijadikan fantasi dan begitu juga sebaliknya, apa yang kadang-kala wujud di dunia fantasi boleh juga dilahirkan dalam dunia realiti.
Bercerita tentang fantasi ni sebenarnya, petang semalam selepas pulang dari kerja, saya duduk menghadap pc. Dalam keadaan petang yang sunyi, tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi seperti sesuatu jatuh pecah berderai di luar rumah. Punyalah terkejut sampai kelam-kabut saya berlari ke luar. Rupa-rupanya sekawan lembu sedang berpesta di halaman rumah. Yang lain menari-nari di atas ‘carpet grass’, sementara seekor lagi meneguk air dari kolam depan rumah tu. Cis, bedebah punya lembu sapi dapat nama, banyak-banyak tempat, kawasan rumah saya juga yang diserang. Mentang-mentanglah pintu pagar terkangkang luas. Nasib baik tak sempat capai parang, kalau tak memang nahas lembu tu saya libas ekornya buat sup.. hehe. Saya taklah sekejam tu sebenarnya..
Tapi memang malang nasib petang tu, berderai pasu bunga isteri dekat kolam tu. Nasib baik pasu tu tak berisi apa-apa, kalau tak gerenti isteri pun akan bertukar jadi incredible hulk atau paling tidak cat women.. huhu (tak sempat berfantasi pasal tu). Yang lagi membuatkan saya jadi berang, salah seekor lembu tu siap jatuhkan beberapa tompok periuk api berwarna hitam di depan rumah..
Selepas lembu tu menghilangkan diri di sebalik semak, saya kembali menghadap pc, tapi tetiba fikiran masuk ke ruangan fantasi. Terus cari gambar lembu dan gambar-gambar lain yang ada kena-mengena dengan fantacy. Dan mulalah buat sesuatu mengikut apa yang terlintai di fikiran. Adoiii, macam-macam dalam kepala otak, tapi nak buat macam mana tak terdaya nak menggambarkannya dengan photoshop. Terpaksa mengakui yang alam fantasi kadang tidak sama dengan realiti. Biar burukpun, saya kongsikan juga di sini. Mesti yang pro dalam editing ni ketawakan saya. Lantaklah, mana ada orang terus pandai edit-edit gambar dengan sekali cuba, betul tak?
Dahlah tu, selesai dah berfantasi dengan lembu, teruskan asignment lagi.. Siap nanti insyaAllah akan sambung berbelog dengan gembira.. har har har…
Gara-gara berfantasi nak jadi hero “The Six Million Dolar Man”, sampai sekarang ada sesuatu daripada cerita tu yang melekat jadi nama saya…cisss.. Suatu ketika dulu pernah juga berfantasi jadi lelaki bertuah yang berjaya mengejutkan semula “Snow White” dari tidurnya.. malang sungguh yang sudah yang dulu, hehe..
Sila abaikan entri merapu ni..
Apapun, tak lupa bagi kredit untuk: http://www.foopets.com dan http://www.pegor.com untuk background original.





{ 31 comments… read them below or add one }
muhaha bro kulanz kuat bebenor berfantasi mcm cerita siti di alam fantasi tapi kali nie bro kulanz dialam fantasi muhahaha…terbaca entry nie jadi tergelak sorang2 hahaha…nice editing…
kadang berfantasi ni bagus juga bro, dapat merehatkan minda..
tu dia… dok lame sgt sunyi sbb bz berfantasi rupanye hehehe… ape2pun, cntik dh editing tu!
.-= arieza´s last blog ..::: Kereta Terseret Di Kepala Lori Tanpa Disedari =-.
memang masih sibuk dengan fantasi dalam dunia sendiri.. InsyaAllah lepas selesai nanti akan kembali aktif
hu hu memang fantasi lah bro,mana saya boleh dapat gambar kepala harimau berapi tu bro?
.-= FCUKZBLOG´s last blog ..Rumah orang terkaya di dunia =-.
gambar tu dapat dari google juga bro, tapi tak ingat dah site dia..
huhuu..teringat masa zaman kanak2 ..sentiasa berfantasi dengan patung2 askar ..cipta perang olak2 berdasarkan fantasi haku .. neh semua terpengaruh dengan cite2 perang yang ayah haku slalu pasang masa tue..hehehe
sama juga bro, saya pun minat jg dgn patut combat kecik-kecik tu..
fuh lawa dah tu gambar tu. kalau saya la jangan cakap nak buat photoshop, fantasi pun tak ada. haha
xdalah lawa sangat bro, baru belajar editing, tu pun rasa macam ada je tak kena
bagus fantasi ni bro, latih otak jadi kreatif dan inovatif…memang ada nilai seni hasil gambar2 fantasi tu
.-= etomyam´s last blog ..Under Promise Over Deliver: Code for personal success =-.
betul bro, orang berjaya cipta teknologi pun hasil fantasi juga..
hehe ingatkan fantasi apa tadi..haha..
nice edit gambar bro..lawa..pic bawah sekali ganas jer edit hehe..power bro kulanz..:)
.-= Nine´s last blog ..Memang Berbakat :=) =-.
hehe, thanks bro.. tak mahir sangat photoshop ni, saja try buat tu..
sesekali berfantasi apa salahnya ye tak bro,hehehe
.-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.
betul tu bro, janji fantasi yang baik..
berfantasi elok untuk otak.. sebab kita akan menggerakkan otak untuk berfikir apa yang berlaku seterusnya.. hehehe.. cantik gambar.. ajala Ps
.-= SiPanda´s last blog ..Bayi-bayi aneh dan unik didunia =-.
betul bro, fantasi yang baik akan menghasilkan yang fikiran yang baik juga..
nak ajar ps tak pandai bro.. hehe
Salam Kulanz.
Saya juga suka berfantasi. Berfantasi untuk sesuatu yang baik apa salahnya.
Hasil kerja yang baik, teruskan usaha.
Jika ada gambar suntingan yang baru nanti, kongsikanlah dengan saya.
Wassalam.
salam lee, thanks jenguk blog aku ni..
bulih bah nanti kita kongsi apa-apa gambar yang menarik.. ko kan rajin upload gambar sana FB..
pening pulak fantasi ni..(*_-)
.-= mizzura´s last blog ..Kenduri Kahwin ialah Reunion =-.
pening? napa boleh jadi pening tu?
Perghh.. baik punya fantasi.. kretif lagi tu..
tabik spring …
.-= Zoul´s last blog ..Ujian Memandu =-.
adess, xda la bro, fantasi tu memang baik punya.. tapi hasil pic tu x baik sangat..
Masa kecik sukala berfantasi… macam2 lah..jadi superman, power ranger… hehe.. nak tergelak pun ada.. dah besar , ada gakla, tapi tuh berangan kot?? ke sama je??
.-= zik´s last blog ..Sakit kepala! =-.
fantasi dan berangan tu lebih kurang juga bro.. daripada fantasi juga akan timbul angan-angan tertentu..
aku suka berfantasi berjumpa dgn awek2 cun..ekekeh
haha.. bagus juga tu bro.. baru ada semangat..
sesekali berfantasi boleh dapat idea nak tulis blog. haha..
aah bro, kadang tu memang dapat idea penulisan daripada fantasi juga..
kan best ada dunia fantasi tapi ada jugak kejahatan walau apa pun dunia realiti lagi best.kalau tak kita takan jumpa artis dalam dan luar malaysia!macam dayana ik2,datuk sti nur haliza dan lain-lain lagi!