Home >> Personal >> Menu Berbuka Puasa dan Imbauan Masa Silam

Salam semua. Ketika menulis entri ni, saya baru lepas menghabiskan 2/3 daripada muka surat penuh Modul Sains yang examnya akan dihadapi esok. Padahal baca dari semalam lagi. Penat juga otak mentafsir bahan rujukan yang ditulis dalam bahasa Inggeris tu.  Nasib baik ada Google Translate. Hari ni juga akan turun ke Kota Kinabalu dan bermalam di sana sehingga Sabtu.

Sebenarnya nak cerita sedikit hal semalam. Hari pertama berpuasa. Awal pagi tu sempat juga bersahur, tapi masuk tengah hari lapar kian terasa. Normallah tu kan.. Sebelah petang tu duduk menghadap PC sambil baca-baca modul yang dimaksudkan. Petang tu lah juga saya baru baca topik pertama, MasyaAllah… Itupun nasib baik hari Isnin tu sempat tengok jadual exam. Terkejut tengok yang 1st paper untuk final exam semester ni rupanya hari pada Hari Jumaat 13 Ogos. Tinggal sehari saja nak mentelaah. Kepada adik-adik yang masih belajar di sekolah atau IPT tu, jangan ikut perangai pakcik ni, last minute baru baca nota!

Sedang saya sibuk dengan hal sendiri, isteri pula sibuk di dapur. Dengar jugalah bunyi periuk belanga segala. Tandanya isteri sedang menyiapkan makanan untuk berbuka (biasa kami sebut sungkai). Tapi belumpun sempat saya terhidu bau apa-apa masakan, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Mungkin kes catuan lagi lah tu. Sebab brown-out tu dah lepas waktu pejabat. Lama juga tunggu tak hidup-hidup juga. Nasi belum masak. Kelapa pun belum sempat diparut. Kesian pada isteri saya yang termenung di dapur menunggu bekalan elektrik pulih, saya apa lagi, terus ambik keputusan bawa isteri ke Bazaar Ramadhan kampung yang kebetulan dekat dengan rumah. Belilah ala kadar setakat untuk berbuka; bubur jagung/sagu, mee goreng dan makanan kegemaran saya dari dulu, pulut panggang yang dibuat dan dijual oleh adik perempuan saya.

Pulut Panggang

Waktu berbuka puasa di tempat kami tepat pada jam 6.30 petang, menikmati makan yang telah dibeli. Tak sempat makan nasi sebab belum masak. Masa menjamah pulut panggang tu lah saya teringat sangat-sangat dengan arwah ibu. Pulut panggang Allahyarhamha memang terkenal di sekitar kampung. Seingat saya, sejak saya belum bersekolah lagi ibu dah pandai buat pulut panggang. Hinggalah di akhir-akhir usianya, ibu masih buat pulut panggang untuk dijual. Ibu juga tahu saya memang suka pulut panggang. Dah besar panjang pun, waktu saya dah bekerja, ibu akan sediakan pulut panggang untuk saya buat bekalan waktu kerja. Anak-anak saya pun suka sangat dengan pulut panggang buatan ibu.

Sejak ibu tiada, saya tidak dapat lagi merasa makanan berbuka puasa hidangan daripada ibu. Juga tidak dapat lagi bekalan pulut panggang buatannya.  Tapi, mujur ibu sempat mengajar adik-beradik perempuan saya (seramai 4 orang) buat beberapa masakan warisan termasuk pulut panggang. Buatan pulut panggang kakak dan adik pun hampir sama dengan buatan ibu. Itulah resepi turun-temurun namanya.

Bagi saya, ibu bukanlah seorang tukang masak yang hebat berbanding chef hotel terkenal. Tapi masakan ibu tetap istimewa kepada saya. Ianya telah berada dalam darah daging saya sejak kali pertama dia menyuapkan makanan ke mulut saya. Dan sehingga kini, masakan ibu sudah tersebar di serata tempat tanpa disedari. Mengalir bersama setiap bait tulisan dan kata-kata anan-anaknya yang mungkin ada sedikit manfaat dan meresap ke dalam diri orang lain melalui sedikit ilmu yang dikongsikan. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmat kepada setiap perbuatan yang baik.

Kisah ini adalah ‘Menu’ istimewa saya di hari pertama Ramadhan 2010.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 38 comments… read them below or add one }

1 Wan Perlis August 12, 2010 at 8:29 pm

macam biasa buka puasa kurma dan nasi ja
cucur tak sangat
Wan Perlis recently posted..Ramadan Ini Milikku!My Profile

Reply

2 kulanz August 13, 2010 at 11:05 pm

sama bro, akupun suka juga kurma dan nasi

Reply

3 cikmin August 12, 2010 at 9:51 pm

AL-FATIHAH untuk Arwah ibu lanz…

Pulut panggang juga memang peberet cikmin..hasil air tangan mama cikmin jugak.. :) belum berkesempatan nak menuntut ilmu dari mama…
cikmin recently posted..1 Ramadhan Dalam Sejarah Trafik 5k SehariMy Profile

Reply

4 kulanz August 13, 2010 at 11:07 pm

terima kasih cikmin..
memang sedap pulut panggang ni terutama kalau mak sendiri yang buat :)

Reply

5 Syafrizal August 12, 2010 at 10:49 pm

macam biasa buka dengan air, buah dan kuih pastu solat pastu baru makan nasi hehe
Syafrizal recently posted..Alkaradix ChloropHyll Drops – Pelonjak AlkaliMy Profile

Reply

6 kulanz August 13, 2010 at 11:08 pm

bagus juga cara tu.. taklah berat nanti nak solat kalau dah terlebih kenyang..

Reply

7 etomyam August 13, 2010 at 12:58 am

sedap betul pulut panggang tu…petang tadi saya berbuka simple je ngan budak2 je, wife pegi kuliah huhuhu

Reply

8 kulanz August 13, 2010 at 11:10 pm

selalu kalau berbuka sendiri akupun pilih yang simple je.. malas nak masak sendiri :D

Reply

9 x-po August 13, 2010 at 1:05 am

tahun ni adalah first time aku dpt berpuasa penuh dgn family kat kg hehe
x-po recently posted..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARANMy Profile

Reply

10 kulanz August 13, 2010 at 11:12 pm

syukur bro.. peluang berpuasa bersama keluarga memang best

Reply

11 mancai August 13, 2010 at 1:33 am

feveret food ni.. teringat mak kat kg huhuhuhu…

Reply

12 suri August 13, 2010 at 3:57 pm

air tanga ibu mmg ada auranya yang tersendirikan :)

Reply

13 kulanz August 13, 2010 at 11:14 pm

Memang betul tu suri.. hebatkan insan yang bergelar ibu ni..

Reply

14 zik August 13, 2010 at 3:03 am

alfatihah …. sedapnya pulut panggang…

Reply

15 kulanz August 13, 2010 at 11:15 pm

makasih bro zik :)

Reply

16 tehr August 13, 2010 at 3:27 am

kalau di kelantan pasti isinya sambal daging
…selalu makan pulut di kantin sekolah
tehr recently posted..Sebelum Waktu berbukaMy Profile

Reply

17 kulanz August 13, 2010 at 11:16 pm

di sini pun ada juga kadang isi dia daging.. tapi aku lagi suka ikan..

Reply

18 azizan4444 August 13, 2010 at 5:15 am

berbuka dgn apa yg ad je..kali ni xnak bazir sgt mcm thn2 lps..hehehe
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna BerkumpulMy Profile

Reply

19 kulanz August 13, 2010 at 11:17 pm

tahun lepas mesti pulun habis bro… hehe

Reply

20 Mentol Bulat August 13, 2010 at 7:25 am

Salam sahabat………

Sedap nampak dalam gambar pulut tu macam di Pekak punya masakan Pulut Udang……… Sedap

Reply

21 kulanz August 13, 2010 at 11:19 pm

Salam sahabat..
kalau pulut udang pun memang sedap juga.. suka sangat-sangat

Reply

22 BbHussain August 13, 2010 at 8:26 am

selamat berpuasa kulanz..dah al fatihah untuk arwah ibu
BbHussain recently posted..Marhaban Ya RamadhanMy Profile

Reply

23 kulanz August 13, 2010 at 11:21 pm

selamat berpuasa,
terima kasih banyak-banyak :)

Reply

24 ishak August 13, 2010 at 11:32 am

al fatihah..eh bro samalah kita bro kat sarawak ni pun sebut sama tapi hujung ejaan lain..tempat bro sungkai tapi kat sini sungkei
ishak recently posted..Mi yang sememangnya haramMy Profile

Reply

25 kulanz August 13, 2010 at 11:22 pm

terima kasih bro..
mungkin pengaruh bahasa brunei agaknya tu.. :)

Reply

26 suri August 13, 2010 at 3:56 pm

salam ramadhan..

Al-Fatihah.. tersa sungguh pilu takala mmbaca isi posting bro..

bro pulut tu ada isi apa lagi..namoak macam ada daging je heee

Reply

27 kulanz August 13, 2010 at 11:24 pm

Salam Ramadhan Suri,
Pulut panggang berisi ikan :)
di sini memang jarang guna daging untuk isi pulut

Reply

28 ray ban malaysia August 14, 2010 at 3:55 pm

aduhaii sedapnyee meleleh air liur xsabar nak buke puasa =(
ray ban malaysia recently posted..Size guideMy Profile

Reply

29 kulanz August 15, 2010 at 11:21 pm

hahaha, sabar..

Reply

30 jawatan kosong August 13, 2010 at 11:26 pm

selamat berbuka…
jawatan kosong recently posted..Fosroc Jobs Walk In Interview Hilton Hotel KL SentralMy Profile

Reply

31 kulanz August 15, 2010 at 11:19 pm

Terima kasih

Reply

32 wazy August 14, 2010 at 4:07 pm

wahhh dah lama tak beli pulut panggang
kebiasaanya kalau waktu berbuka saya makan kurma,mnasi dengan air masak je,kalau rajin ke bazar tu hidangan wajib dibeli adalah murtabak
wazy recently posted..Slot Akasia Epilog Syurga Cinta Di TV3My Profile

Reply

33 kulanz August 15, 2010 at 11:20 pm

kurma memang antara hidangan yang jarang tinggal..
akupun kalau pegi bazaar Ramadhan, mesti nak beli murtabak..

Reply

34 Samdaddycool August 14, 2010 at 11:50 pm

Air tangan ibu juga yang tetap menjadi pembuka selera, walau pun tak sehebat chef terkemuka. Ada sesuatu yang membezakannya.
Samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy Profile

Reply

35 kulanz August 15, 2010 at 11:21 pm

betul tu, itulah keistimewaan ibu kita :)

Reply

36 Amir August 16, 2010 at 4:24 am

al-Fatihah untuk mak bro. semoga ditempatkan dalam kalangan org2 yg beriman.

masakan mak memang xleh lawan masakan orang lain, even chef wan pun. sbb dari kecik mmg membesar dgn air tangan mak, ikut selera kita… sy pun suka pulut panggang. kalau area pantai timur, pulut panggang sedap sket. kat KL, Selangor biasanya x banyak rasa ikan. nak jimat kot.

p/s: baru tau bro tgh study skg. study ape ye?
Amir recently posted..Resepi Kerabu Jantung PisangMy Profile

Reply

37 Mus August 17, 2010 at 8:55 pm

kalau sabah sungkai
kalau sarawak pulak sungkey
lebih kurang jer
Mus recently posted..Oh Tidak! Macam Aku Kenal Saja Gambar Ni Cuba Teka Mana Yang SamaMy Profile

Reply

38 titan August 18, 2010 at 11:20 am

biasanya minum air dulu. cari kurma. baru makan nasi. Dulu memang makan segala yang ada kat atas meja. Tapi sekarang, kena kawal. Kawal perut dan duit. Haha.. :mrgreen:
titan recently posted..Tips untuk menulis artikel yang menarikMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: