Home >> Personal >> Menyambung Projek Terbengkalai

Menyambung Projek Terbengkalai

by Kulanzsalleh on March 13, 2012

Petang semalam kebetulan ada masa terluang, saya ambil masa menjenguk projek rumah sewa kami yang terbengkalai. Tujuan utama adalah untuk mengira kos yang perlu untuk meneruskan projek ni. Sayang juga sebenarnya sebab projek ni sudah masuk 2 tahun, belum dapat apa-apa pulangan lagi. Padahal dah labur lebih RM50 ribu. Kalau dibiarkan berterusan lama-kelamaaan jadi sarang burung pula.

rumah sewa

Mula-mula projek ni berjalan lancar juga sebab saya dah lantik seorang project manager. Bukan orang lain pun, adik ipar sendiri. Kebetulan dia memang rakan kongsi saya dalam hal-hal projek ni. Dan yang bagusnya kami guna modal tunai sendiri. 3/5 daripada modal adalah duit saya sendiri dan selebihnya kongsi dengan adik-beradik lain. Guna modal sendiri ni banyak kelebihannya sebab boleh beli bahan binaan dan bayar gaji pekerja secara tunai.

Cuma tu lah dia bukan tak komited sampai projek ni terbengkalai. Kebetulan juga rezeki kami murah sedikit tahun lepas dan dapat beberapa projek yang lain (alhamdulillah). Jadi kena tumpukan projek utama dulu sebab dah terikat dengan perjanjian dan perlu disiapkan ikut jadual. Lagipun nak save bajet punya pasal pekerja yang sama kami gunakan untuk buat projek lain. Ni salah satu sebab tu projek rumah sewa tu tak siap ikut jadual sepatutnya.

Rumah sewa

Sekarang ni tak banyak lagi bahan yang perlu dibeli sebab kebanyakannya sudah ada. Cuma perlu uruskan kerja-kerja electrical wiring, pasang tangki dan paip air. Pekerja pun dah datang tengok dan tetapkan tarikh nak sambung kerja. Insyaallah kalau tiada halangan mungkin dalam 2 bulan boleh selesai semuanya. Memang nak siapkan cepat sebab sudah ada beberapa orang yang booked nak sewa di sini.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner