Home >> Personal >> Menyambut Kelahiran

Menyambut Kelahiran

by kulanz on 30/11/2009 · 75 comments

baby1Alhamdulillah… itulah ungkapan pertama yang lahir dari mulut selepas menerima panggilan daripada Ain, isteri saya.. Ain telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan lebih kurang jam 5.08 petang tadi (30, Nov). Perasaan gembira banyak kali saya luahkan dengan lafaz syukur… Akhirnya penantian kami selama lebih daripada 9 bulan telah sempurna hari ni berkat keizinan Allah SWT.

Diimbas semula perjalanan hari ini, semalam saya tidur agak lewat memandangkan pada awalnya Ain memberitahu saya yang dia mengalami tanda-tanda hendak melahirkan. Muka terasa bengkak dan contraction semakin terasa. Disebabkan itu saya sukar melelapkan mata kerana bimbang susah untuk dikejutkan jika Ain perlu dihantar ke hospital. Saya sempat melayari blog untuk mengelakkan daripada mengantuk. Namun sehingga jam 5.00 pagi tadi, Ain tidur dengan nyenyak.  Akhirnya sayapun tertidur setelah jam hampir menunjukkan pukul 6.00 pagi.

Saya terjaga sekitar jam 8.40 pagi apabila telefon tiba-tiba berbunyi. Rakan sekerja menelefon dan bertanya di mana saya ketika itu. Sepatutnya saya memulakan tugas seawal 7.30 pagi. Saya yang bangun dalam keadaan mamai segera bertanya keadaan Ain. Ain memberitahu yang setakat itu belum pula ada tanda-tanda yang menunjukkan masa untuk bersalin semakin hampir. Lantas saya segera mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Saya cuma berpesan agar Ain segera menelefon jika perlu dihantar segera ke hospital.

Lebih kurang jam 12.00 tengahari, Ain menelefon saya dan memberitahu yang dia perlu segera ke hospital. Ini kerana sebelumnya dia telah membuat pemeriksaan di klinik desa dan Jururawat Masyarakat (JM) memberitahu yang keadaan bayi dalam kandungan sudah berada di bawah. Saya memberitahu Ain yang saya akan segera balik ke rumah dan membawanya ke hospital. Namun Ain melarang saya pulang kerana katanya dia masih mampu memandu. Walaupun beberapa kali saya desak Ain supaya menunggu, namun Ain hanya menyuruh saya menunggu di hospital (yang hanya terletak lebih kurang 1 kilometer dari pejabat). Ain pula terpaksa memandu lebih kurang 19 kilometer.

Sampai di hospital, Ain segera masuk ke wad bersalin untuk membuat pendaftaran. Sementara itu saya menjaga 3 orang lagi anak kami di luar. Setelah pemeriksaan di buat, jururawat mengesahkan yang masa untuk Ain bersalin sudah hampir. Namun sebelum itu Ain sempat menemui kami yang menunggu di dalam kereta. Ain menitiskan air mata kerana dia terpaksa berpisah dengan anak-anak. Namun saya memujuk dan menyakinkan Ain yang saya boleh menjaga anak-anak kami dengan baik. Jika diikutkan hati saya ingin menemankan Ain di labor room sehingga Ain selamat melahirkan. Namun saya terpaksa menjaga tiga lagi anak kami yang masih kecil. Hendak ditinggalkan di rumah saudara-mara susah sedikit kerana kebetulan pada masa ini musim cuti sekolah, jadi ramai yang sudah merancang percutian masing-masing.

Sedetik berlalu terasa sangat perlahan, hati dilanda kerisauan, selang beberapa minit saya menelefon Ain dan bertanya khabarnya. Ain menjawab dengan tenang dan memberitahu yang tanda-tanda bersalin memang sudah ada. Saya semakin risau. Namun saya tidak dapat bergegas ke hospital kerana anak-anak masih lagi tidur. Akhirnya sekitar jam 6.00 petang tadi. Ain sekali lagi menelefon dan memberitahu yang dia telahpun selamat melahirkan. Ain juga sempat mengirimkan mms foto cahaya mata kami. Saya cukup gembira. Segera menyiapkan anak-anak dan bergegas ke hospital.

baby2

Setiba di sana, jururawat menyerahkan bayi kami. Saya segera menyambutnya dengan ucapan salam… Kemudian saya melaungkan azan dan qamat ke telinganya. Itu sahaja yang mampu saya berikan untuk menyambut kelahirannya. Setelah itu saya meletakkan bayi itu di pangkuan saya. Tidak puas rasanya menatap wajahnya yang comel. Hanya selepas beberapa ketika, barulah saya letakkan bayi kami di sebelah Ain.

Saya dan tiga orang anak ingin terus berada di sana untuk menemankan Ain dan si kecil, tetapi memandangkan pada masa itu Ain masih berada di labor room maka kami tidak boleh berada lama di sana. Tambahan saya perlu balik segera untuk menguruskan uri bayi. Dengan berat hati terpaksa juga kami meninggalkan mereka berdua di sana. Sedih juga di dalam hati, namun apakan daya. Namun saya tahu Ain seorang yang tabah. Dia juga memang biasa hidup berdikari. Apa tidaknya, Ain kehilangan ayah ketika berusia 2 tahun. Kemudian menjadi yatim piatu ketika mencecah 7 tahun.  Itulah yang membuatkan Ain biasa hidup berdikari. Saya memang cukup kagum dengan Ain.

Berkenaan dengan pengalaman menguruskan uri pula, inilah kali pertama saya berhadapan dengan cabaran berkenaan. Sebelum ini, urusan membersihkan uri selalu dilakukan oleh ibu. Dialah yang banyak membantu saya dalam hal ini sementara saya akan bersama dengan Ain di hospital. Namun sejak pemergian ibu tahun lepas, maka terpaksalah saya lakukan tugas itu sendirian. Bayangkan seorang yang tidak pernah menyentuh uri sebelum ini terpaksa melakukan tugas berkenaan. Mujurlah saya sudah menjangkakan hal ini dan telah membuat rujukan daripada sumber-sumber tertentu berkenaan adat menyambut kelahiran dalam Islam, cara menguruskan uri, tentang azan dan iqamah bayi baru lahir dan sebagainya. Bahkan saya juga banyak bertanya daripada orang yang berpengalaman menguruskannya. Jadi saya ikut sahaja seperti apa yang mereka beritahu. Satu perkara yang sering mereka ingatkan, tiada peraturan khusus berhubung cara membersihkan uri. Asalkan dibersihkan dan diuruskan dengan baik (termasuk ditanam) itu sudah memadai. Itu sangat penting kerana uri keluar bersama bayi dari anggota badan isteri kita.

family

Dan benar juga kata sesetengah orang yang pernah menguruskannya, membersihkan uri bukan satu tugas mudah. Apatah lagi bagi seseorang yang tidak tahan melihat dan menghidu bau darah. Darah yang pekat sentiasa ada walaupun uri itu sentiasa dijirus dengan air. Namun bagi sesiapa yang pernah berhadapan dengan tugas ini, setiap mereka pasti telah merasai satu pengalaman yang bagi saya sukar untuk diungkapkan hanya dengan sebaris ayat. Satu pengalaman yang tidak dapat dirasai oleh semua orang. Perasaan sayu, insaf, gembira dan pelbagai lagi. Jadi jika hendak merasai perasaan yang saya gambarkan, cubalah ambil peluang itu jika sudah bergelar ayah nanti.

Setelah selesai membersihkan dan menguruskan uri berkenaan, saya segera menyiapkan makanan untuk anak-anak. Selapas itu menghidangkan makanan kepada mereka. Kemudian barulah saya menyiapkan katil bayi dan mengemas beberapa perkara. Tidak sabar rasanya menyambut ahli keluarga baru. Dalam sibuk-sibuk mengemas dan menyediakan kelengkapan bayi, tiba-tiba kepala saya rasa berdenyut-denyut dan pandangan berpinar-pinar seakan-akan hampir pitam. Barulah saya teringat yang saya belum menjamah sebarang makanan sejak tengahari tadi. Sibuk menguruskan banyak perkara sehingga lupa mengurus diri sendiri. Tetapi itulah sebahagian daripada pengorbanan seorang suami dan ayah.

8TGVBYM6QTMK

Kata kunci artikel:

cara membersihkan uri, cara membersih uri, cara membersihkan uri menurut islam, baby2 comel, cara bersihkan uri bayi, kelahiran bayi cara induce, membersihkan uri cara islam, tanda bersalin semakin hampir, tanda-tanda hendak bersalin

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 75 comments… read them below or add one }

1 IxoRa December 1, 2009 at 12:39 am

tahniah….

cute baby….

p/s: dah klik krismas gift…utk baby!

:D

Reply

2 kulanz December 1, 2009 at 12:56 am

@IxoRa, terima kasih.. rindu dengan baby tu sebab time ni baby masih di wad..

Reply

3 911 December 1, 2009 at 1:01 am

tahniah… cam bapa dia… ekeke

Reply

4 kulanz December 4, 2009 at 4:20 pm

@911, hehe.. nda tau la.. tapi bapa dia gelap sangat.. haha

Reply

5 lin December 1, 2009 at 1:09 am

comel :) .
nama dia ?

Reply

6 kulanz December 4, 2009 at 7:05 pm

makasih.. belum pilih nama lagi.. ada cadangan?

Reply

7 ieyza December 1, 2009 at 1:16 am

tahniah….teringat masa bersalin dulu…hahahha

Reply

8 kulanz December 4, 2009 at 7:05 pm

ieyza, makasih… baby dah brapa?

Reply

9 dilot December 1, 2009 at 1:44 am

tahniah bro..name baby tu?

comelnya…

Reply

10 kulanz December 4, 2009 at 7:06 pm

thanks bro.. belum sempat lagi cari nama baby.. hehe

Reply

11 wazy December 1, 2009 at 1:48 am

waaaaa comel nyer baby..tahniah bro

Reply

12 kulanz December 4, 2009 at 4:22 pm

@wazy, terima kasih bro… InsyaAllah moga sentiasa diberkatiNya..

Reply

13 haziq December 1, 2009 at 4:37 am

tahniah bro dan family..happy2

Reply

14 kulanz December 4, 2009 at 5:53 pm

makasih juga bro.. moga sentiasa happy family, InsyaAllah

Reply

15 Free Recipes December 1, 2009 at 5:08 am

congratz ya bro, semoga hari kedepan jadi lebih berbahagia, amin.

Reply

16 kulanz December 4, 2009 at 7:03 pm

terima kasih… InsyaAllah moga sentiasa diberkatiNya..

Reply

17 reena December 1, 2009 at 7:42 am

alhamdulilah semuanye selamat… chumey bb… sape name ek??

Reply

18 kulanz December 4, 2009 at 7:08 pm

alhamdulillah.. nama belum pilih lagi.. bagi isteri yg pilih sbb ari tu lelaki 2 org sya yg bagi nama… jadi kali ni isteri yg akan pilih…

Reply

19 Iza December 1, 2009 at 10:04 am

Tahniah

Reply

20 kulanz December 4, 2009 at 7:09 pm

terima kasih banyak2

Reply

21 Kakscha December 1, 2009 at 10:13 am

Syukur Alhamdulilah, Tahniah dari kak scha untuk Kulanz Isteri serta keluarga

Reply

22 kulanz December 4, 2009 at 7:09 pm

terima kasih banyak2 juga.. kami sekeluarga sangat berbesar hati..

Reply

23 farra-eng December 1, 2009 at 10:40 am

congratulation dpt bby baru hehe..x penah negok uri secara life

Reply

24 kulanz December 4, 2009 at 7:09 pm

thanks.. tak pernah tengok uri lagi?… xpa.. nanti bole tengok jugak tu.. hehe

Reply

25 wazy December 1, 2009 at 12:06 pm

ehehehe saya lom kawin lg bro,masih bujang ni

Reply

26 kulanz December 4, 2009 at 7:10 pm

hehe iya ka bro.. ingat dah kahwin.. :)

Reply

27 dalink December 1, 2009 at 1:09 pm

tahniah tn.. dpt rezeki lg.. sy tumpang gembira.. apa nama baby tn? hihihi

Reply

28 kulanz December 4, 2009 at 7:10 pm

terima kasih banyak2.. rezeki pemberian Allah SWT…
Nama baby tu nanti dibagitau… hehe

Reply

29 mustika December 1, 2009 at 2:31 pm

congrats….bertambah lagi rezeki…comey2nya anak tuan….sepesyen ngan papanya!

SEMOGA ANDA SEKELUARGA DI RAHMATI ALLAH & BAHAGIA SELALU!

Reply

30 kulanz December 4, 2009 at 7:11 pm

terima kasih banyak2…
Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rezeki daripada ALLAH SWT, amin.

Reply

31 aiman December 1, 2009 at 5:44 pm

Tahniah pck dapat orang baru

Reply

32 kulanz December 4, 2009 at 7:11 pm

terima kasih.. Aiman bila lagi mau dapat adik… hehe

Reply

33 rumputt December 2, 2009 at 1:35 am

Tahniah tuan :) maka akan berpanjang la serita kehidupan tuan sekeluarga…smoga Allah akn sentiasa melindungi dan menganugerahan kebahagian kpd tuan :)

Reply

34 kulanz December 4, 2009 at 7:13 pm

terima kasih tuan.. semoga tuan dan seluruh umat Islam juga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT

Reply

35 sera dc December 2, 2009 at 2:01 am

- tahniah tuan kulanz..
- hadiah utk baby akan nyusul nnt dr sera n dalink..-

- peluk cium baby utk kami ya tuan..-

Reply

36 kulanz December 4, 2009 at 7:14 pm

sera, terima kasih bnyk2 di atas ingatan ikhlas

Reply

37 Nine December 2, 2009 at 6:43 pm

Tahniah Bro kulanz..wahh dah dapat cahaya mata lagi sorang ek..tahniah2..hehe best…

semo rezeki keluarga bro kulanz makin bertambah lagi dengan seorang cahayamata baru…mmg comel anak Bro Kulanz..

Tahniah bro…:)

Reply

38 kulanz December 2, 2009 at 10:43 pm

@Nine, thanks bro.. dah makin besar ahli kluarga skrg ni.. moga rezeki pun makin btambah.. begitu jg dgn seluruh umat Islam.. moga sentiasa diberkati Allah SWT

Reply

39 huda December 2, 2009 at 11:30 pm

tahniah~!
eh, macam tak mention je baby girl ke boy~
huhuhuhu

Reply

40 kulanz December 3, 2009 at 2:19 am

@huda, makasih..
eh.. ada tu.. awal dah sebut tu.. :)

Reply

41 chah December 2, 2009 at 11:55 pm

tahniah.. =)

Reply

42 kulanz December 3, 2009 at 2:21 am

@chah, makasih ye..

Reply

43 marki December 3, 2009 at 12:17 am

tahniah atas cahaya mata tuan :)

Reply

44 kulanz December 3, 2009 at 2:22 am

@marky, terima kasih juga…

Reply

45 ezany December 3, 2009 at 11:12 am

congratz.. ikut muka ayah dia ker ek.. hehe..

Reply

46 kulanz December 3, 2009 at 11:34 am

Thanks.. macam ayah? hehe.. x tau la pula :)

Reply

47 rash December 3, 2009 at 12:12 pm

congratz 2 u & ain..
cute nye baby ^_^

Reply

48 kulanz December 3, 2009 at 9:22 pm

Thanks… rash dah ada baby? hehe <— soalan cepu emas

Reply

49 Putra Al-Maliki December 3, 2009 at 3:22 pm

tahniah saudara atas kelahiran orang baru dalam keluarga saudara.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Reply

50 kulanz December 3, 2009 at 9:21 pm

Thanks bro..
sudah add link blog kamu juga… :)

Reply

51 lizzy December 3, 2009 at 9:28 pm

Salam….Tahniah terutama sekali buat Ain yang telah selamat melahirkan baby girl yg cute n hopefully sihat walafiat..without Jaundice yang melampau2….insyaallah…and also congrats to Kulanz..hehehe another girl in ur life huh…thats so special to have them in life….untuk ain jaga diri lepas deliver ni mesti betul2 ikut pantang heheh….untuk kulanz tahniah sekali lagi….

Reply

52 kulanz December 3, 2009 at 9:38 pm

Thanks lizzy, alhamdulillah.. baby sihat skrg ni… pesanan lizzy dah disampaikan pada Ain.. makasih bnyk2

Reply

53 fara December 5, 2009 at 12:26 am

congrats tn kulanz!! makin be+ ahli keluarga, ucapan tahniah & salam buat sang isteri.

Reply

54 kulanz December 5, 2009 at 2:03 am

Terima kasih fara..
Betul tu.. makin besar keluarga, makin besar tanggungjawab..
Apa2pun, InsyaAllah tugas akan dipikul dengan senang hati.. ucapan terima kasih dari kami sekeluarga utk fara & keluarga juga.. :)

Reply

55 farenova December 5, 2009 at 1:43 pm

tahniah en kulanz dapat baby baru…. mura rezeki namanya tu…

Reply

56 kulanz December 5, 2009 at 9:08 pm

Terima kasih farenova… alhamdulillah, tu rezeki pemberian Allah SWT

Reply

57 m2g December 5, 2009 at 10:27 pm

tahniah bro..dapat baby baru, semoga dimurahkan rezeki you lepasni. Salam.

Reply

58 kulanz December 5, 2009 at 10:37 pm

terima kasih m2g… moga kita sama2 dimurahkan rezeki..

Reply

59 mka December 6, 2009 at 3:15 am

tahniah tuan, one more lagi hihihi

Reply

60 kulanz December 6, 2009 at 10:16 am

terima kasih tuan mka… alhamdulillah dapat rezeki lagi

Reply

61 Precious December 6, 2009 at 10:14 am

Cumilll nya! Tahniah.
Eh ehhh … jom join kontes Hidup Berani Untuk Gagal. RM5 sudah pasti. Mungkin dapat banyak $$$$ lagi … Jom!!

Reply

62 kulanz December 6, 2009 at 10:21 am

thanks Precious, yup contest tu kan.. baru nak tulis entri pasal tu.. semalam dah tulis, tapi x sempat publish sbb tetiba intetrnet buat hal.. kejap lagi nak publish entri tu… :)

Reply

63 Dak Wan December 8, 2009 at 3:10 am

Tahniah bro! Comey anaknya…

Reply

64 kulanz December 8, 2009 at 3:52 am

terima kasih banyak2 bro.. :)

Reply

65 syinrayafa December 15, 2009 at 9:31 am

tahniah…bertambah lagi rezeki sekeluarga…

Reply

66 kulanz December 16, 2009 at 5:35 pm

Salam syinrayafa… terima kasih bnyk2 ya.. semoga.. kita sama2 mendapat rezeki dariNya

Reply

67 adi_tau8605 December 16, 2009 at 7:50 pm

maaf mas kulanz…terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada mas kulanz n kak ain atas kehadiran seorang anggota baru :)

cute baby buat mas kulanz dan kak ain…
.-= adi_tau8605´s last blog ..Ebay adalah lubuk duit untuk rakyat Malaysia!! =-.

Reply

68 kulanz December 16, 2009 at 9:28 pm

thanks… tak apa mas adi.. faham juga tu dgn kerja mas adi.. tambah lagi sekarang ni jauh di perantauan.. apa2pun.. gud luck utk mas adi dan thanks sekali lagi

Reply

69 suki December 23, 2009 at 1:13 am

congratulations..

Reply

70 kulanz December 23, 2009 at 1:33 am

terima kasih banyak-banyak :)

Reply

71 sue December 23, 2009 at 2:01 am

salam..alhamdulillah smua selamat.pengorbanan seorang ibu dan kasih seorang ayah..kan…sy penah sambut baby,my mum bersalin,serius..sape yg tak tahan darah,mmg satu cabaran la..tahniah menyambut kehadiran org baru dalam family
.-= sue´s last blog ..Limau nipis RM0.02..murahkan! =-.

Reply

72 kulanz December 23, 2009 at 3:21 am

salam.. ya alhamdulillah,
skrg ni baru sya dapat rasa sendiri btapa besarnya pengorbanan ayah dan ibu…. mmg bagus pengalaman sue tu.. klu sya sambut baby yg nak lahir tu mmg x pernah lagi.. hospital x bagi suami sambut kelahiran.. hehe..
terima kasih bnyk2 ya..

Reply

73 lina@happy family December 23, 2009 at 3:12 am

Alhamdulillah, selamat Sobat…
.-= lina@happy family´s last blog ..Noodles Creation Recipes (1) =-.

Reply

74 kulanz December 23, 2009 at 3:22 am

Alhamdulillah.. terima kasih banyak-banyak

Reply

75 cikmin August 14, 2010 at 11:37 pm

baru baca entri ni..masa ni cikmin belum kenal lanz..faheem sepatutnya lahir 30hb november jugak..tapi doc induce dia lebih awal..
Alhamdulillah..bermula anak kedua..sume diuruskan suami cikmin..dari uri sampai jaga dalam pantang..memang besar pengorbanan dia sebagai suami dan bapa.. :)

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: