Menyambut Ulangtahun Kelahiran Serentak
July 18th, 2010 | 5:26 am | Personal | 36 responses
Salam. Dua hari lepas adalah antara hari-hari yang bermakna dalam keluarga saya. Pada 16 Julai, anak perempuan saya menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-3. 17 Julai pula, ulangtahun anak sulung lelaki yang ke-7. Mengingatkan tarikh ini sekaligus mengingatkan saya yang sudah 7 tahun saya menjadi seorang bapa.
Walaupun kedua-dua hari itu cukup istimewa, namun tiada sebarang majlis besar diadakan. Bukan saya bapa kedekut, tapi anak-anak dah merasa semua tu pada ulangtahun pertama/kedua mereka. Lagipun tahun lepas ada juga buat majlis kecil-kecilan. Dan sebab paling utama, harga gula dan minyak dah naik, jadi tentu harga kek pun naik juga. Opsss.. tak boleh sebut harga naik, nanti kerajaan marah. Kena sebut penyelarasan harga
Kepada anak-anak. Andai tulisan ini mampu kalian baca beberapa tahun ke hadapan. Ingatlah yang abah dan emak sentiasa sayangkan kalian. Jadilah anak-anak yang baik yang mampu jadi harta peninggalan paling berharga kami. Semoga Allah SWT melindungi kalian semua.

















said on July 18th, 2010 at 5:59 am
Salam…
Selamat Hari Lahir pada anak2 tu…..
Iza pun selalu sambut jugak kalau balik ke kg, bukan dua atau tiga tapi empat orang sekali untuk bulan 9 setiap tahun…..
Keknya pun boleh tahan besar jgk. Tp tahun ni…..dah “penyelarasan harga”, kena berjimat la nampaknya….
iza´s last blog ..Tetamu Tak Diundang
said on July 18th, 2010 at 9:41 pm
wah 4 orang sekali.. kalau semua nak itu ini besar juga tu belanja.. tapi kalau utk anak2 tak kisahlah kan..
said on July 18th, 2010 at 10:37 pm
hehehe ya.. untuk anak2x tak perlu pikir2x lagi.. yang penting mereka bahagia.
jawatan kosong´s last blog ..E&W Engineering Jobs KG Baru Subang Shah Alam
said on July 19th, 2010 at 1:12 am
betul, kebahagian anak kebahagian kita juga..
said on July 18th, 2010 at 9:04 am
salam
selamat ulangtahun pada si kecil berdua
semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
p/s lanz dah tengok ke apa problem di cikmin.com tu?
cikmin´s last blog ..017-87123xx 17 julai 2010 1058 am ‘Syangmorningmahu jumpa la
said on July 18th, 2010 at 9:48 pm
salam,
terima kasih cikmin..
dah tengok dah kod, xda msalah apa2.. rasanya disebabkan plugin tu
said on July 18th, 2010 at 2:06 pm
selamat hari lahir juga untuk anak2 bro..semoga diorang panjang umo dan ceria selalu..
Thoha´s last blog ..Kerjaya Dalam Bidang Sains Komputer
said on July 18th, 2010 at 9:50 pm
terima kasih bro..
said on July 18th, 2010 at 3:50 pm
semoga mereka menjadi anak yang bijak dan berjaya suatu hari nanti…gambat diorang tak ada bro ?
ishak´s last blog ..Anda malu jom atasi dan hilangkanya
said on July 18th, 2010 at 10:07 pm
thanks bro,
gambar diorang ada ambik juga.. tapi tak sempat masukkan sini..
said on July 18th, 2010 at 5:16 pm
uncle ucapkan happy birthday pada putera dan puteri saudara kulanzsalleh. semoga menjadi anak yg soleh dan terpelajar bila besar nanti. anak uncle kecik lagi, hahaha..
said on July 18th, 2010 at 10:14 pm
terima kasih banyak2 bro.. doa kesejahteraan untuk keluarga bro juga
said on July 18th, 2010 at 5:59 pm
selamat hari lahir..buat anak2nya..
said on July 18th, 2010 at 10:15 pm
wakil anak2.. terima kasih bro zik
said on July 18th, 2010 at 6:06 pm
happy birthday !!!! Seronoknya!!! Memang no 7 begitu bermakna dalam hidup ko, ye!!!
bujang3´s last blog ..Minyak naik lagiii!!!! Parah la macam nie !!!!
said on July 18th, 2010 at 10:24 pm
betul, memang besar maknanya no 7 tu..
said on July 18th, 2010 at 6:50 pm
salam..selamat ulangtahun buat anak-anak kamu. semuga berjaya di dunia dan akhirat. betul tu..tak buat sambutan hari jadi bukan bermakna kita tak sayang mereka.cukuplah sebiji kek untuk meraikan mereka. akak memang tak pernah buat jamuan hari jadi untuk anak-anak. duit tak cukup masa tu.
said on July 18th, 2010 at 10:26 pm
terima kasih banyak2 kak, kejayaan untuk kak ina sekeluarga juga..
betul tu kak, kadang nak juga adakan majlis utk anak2, tapi fikir balik.. tak perlulah rasanya.. kasih sayang boleh diberi dengan pelbagai cara..
said on July 18th, 2010 at 10:49 pm
selamat hari lahir..semoga anak2 sentiasa sihat dan membesar menjadi insan kamil di masa hadapan…err nak jadi blogger berjaya macam ayahnya boleh kot hehehe

etomyam´s last blog ..Kagum Dengan Hasil Foot Painting
said on July 19th, 2010 at 12:21 am
makasih bro.. insyaAllah moga semuanya diberkati..
anak sulung tu nampak gayanya memang dah ada hati nak jadi blogger tu.. pandai dah tanya pasal blog ni..
said on July 18th, 2010 at 11:00 pm
mak saya punya besday pun 16 julai. hehe. selamat hari jadi utk anak2 bro.. smoga jadi anak yg soleh dan solehah.
Amir´s last blog ..Citarasa Indonesia di Blok M Express- Melbourne
said on July 19th, 2010 at 12:18 am
sama dengan anak perempuan aku kalau macam tu..
thanks bro..
said on July 18th, 2010 at 11:22 pm
semoga terus gembira dan bahagia
said on July 19th, 2010 at 1:04 am
terima kasih bro..
kebahagian dan kegembiraan utk bro juga
said on July 19th, 2010 at 7:57 am
Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat bapa dan anak. Semoga hari2 mendatang lebih baik adanya.
said on July 19th, 2010 at 10:22 pm
terima kasih banyak-banyak.. insyaAllah, mudah2an semua baik
said on July 19th, 2010 at 10:14 am
Tahniah bro dah jadi ayah selama 7 tahun, sampaikan salam keluarga bro kulanz semua, tak lupa juga selamat hari buat anak2 bro, seronok kan dah berkeluarga, semoga keluarga bro murah rezeki n pnjang umur selalu..:)
seronok ada anak2 nih..:)
said on July 19th, 2010 at 10:23 pm
terima kasih bro nine, wasallam..
sama-sama murah rezeki bro..
said on July 19th, 2010 at 10:59 am
terlewatkah suri? hurm apapun nak juga selamat hari lahir pada mereka..
tapi bila lagi bro nak nambah anak ngheee …
smga mjdi anak yang baik nd soleh
said on July 19th, 2010 at 10:25 pm
x lewat lagi suri, terima kasih..
susah nak tambah sekarang ni.. isteri tengah sambung study dia..
said on July 19th, 2010 at 2:43 pm
selamat hari lahir untuk ank bro. untuk bapanya jgk. haha. smoga sht2 selalu hendaknya. hepy k
said on July 19th, 2010 at 10:27 pm
thanks bro.. moga2 murah rezeki.. untuk bro juga
said on July 19th, 2010 at 4:07 pm
sweetnye ayah buat entry khas utk anak nye.. hehee.. selamat hari lahir utk 2-2 anak bro.. mga mereka mjadi anak yg berguna utk keluarga, agama, bangsa & negara…
fiezaradzi´s last blog ..Rajin Boleh Dipupuk
said on July 19th, 2010 at 10:31 pm
tanda ayah sayangkan anak2 (dan tak mengaku bujang lagi, hehe), terima kasih banyak2.. moga jadi anak soleh/solehah..
said on July 21st, 2010 at 10:47 am
ucapan selamat hari lahir untuk kedua2 anak bro kulanz
[eh, kena sebut penyelarasan harga ya? hehehe]
tehr´s last blog ..Rezeki Raya Di Pasar Minggu