Home >> Personal >> Misi 12 Menyelamatkan 20 Jam

Misi 12 Menyelamatkan 20 Jam

by kulanz on 27/01/2012 · 17 comments

Ini bukan pasal Program Baharu Astro Ria, Misi 12 yang bertujuan untuk menyelamatkan remaja bermasalah tu. Bukan juga berkaitan Game GTA Vice City misi 12 – Guardian Angels. Misi 12 yang ni bertujuan untuk menyelamatkan 20 jam seksaan gara-gara tiada elektrik. Kenapa Misi 12? Sebab saya telefon talian hotline Sabah Electricity (088515000) sebanyak 12 kali.

Keterlaluan? Ya mungkin sebahagian orang yang tidak tahu keadaan kami akan anggap menelefon sampai banyak tu agak keterlaluan. Apa-apa pun kena fikir juga, 20 jam tiada bekalan elektrik, bukan sekejap.

Facebook Timeline

Siap buat Facebook Timeline untuk kenangan :)

Lagi pun bagi saya, adik-beradik dan beberapa saudara lain, elektrik sudah jadi satu keperluan. Bukan setakat memberikan kami cahaya, tapi memberikan kami air juga. Tengoklah gambar perigi tempat kami ni, berapa banyak batang paip yang ada, begitulah juga bilangan rumah yang menggunakan air dari perigi ni. Tu belum campur 2 rumah guna satu saluran paip. Kena guna water pump juga untuk tarik air kalau tidak terpaksalah guna timba.

Air Perigi

Apapun saya ucapkan terima kasih kepada juruteknik SESB yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah tu. Bukan senang kerja ni. Teringat juga masa berlaku Gangguan Bekalan Elektrik di Pitas bulan Februari tahun lepas, mereka kerja tak kira waktu.

Kata kunci artikel:

misi 12, misi12, misi 12 astro, misi 12 astro ria, astro misi 12, misi 12 facebook, biasiswa sesb, sesb isu semasa, misi12 astro ria, misi 12 astro profile, misi12 ria, sabah electricity sdn bhd, maulidur rasul timeline, astro misi12, astro ria misi 12, astro ria- misi 12, CHUBBY MISI 12, download misi 12, guna water pump rumah, hotline sesb

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 17 comments… read them below or add one }

1 lunaticg January 27, 2012 at 10:57 pm

Salam bro.
Inilah masalah Sabah yang utama selain jalan dan air.
Di Kota kinabalu sendiri pun ada lagi kawasan yang tiada bekalan air dan eletrik.
lunaticg recently posted..100 dollars watermelon note for auctionMy Profile

Reply

2 kulanz January 27, 2012 at 11:16 pm

Air bersih memang jadi masalah besar di tempat kita ni..
tu yang pelik kalau ada orang tertentu kata dah berjaya bawa bermacam jenis pembangunan di tempat kita ni..

Reply

3 titan January 27, 2012 at 11:13 pm

aku pernah dok sabah. sok, aku faham sangat masalah kat sabah ni. hehe..
titan recently posted..Iklan banyak, iklan sikit.My Profile

Reply

4 kulanz January 27, 2012 at 11:32 pm

pengalaman bagus tu bro :)

Reply

5 hatiputera January 27, 2012 at 11:22 pm

masih ada lagi tempat yang mengalami gangguan elektrik dalam jangkamasa yang lama,,,

Reply

6 kulanz January 27, 2012 at 11:31 pm

kesian kan, hehehe

Reply

7 Denaihati January 27, 2012 at 11:33 pm

sampai 12 kali buat panggilan…hu hu. memang menyeksakan.
semoga tabah
Denaihati recently posted..Malaysia Social Media Week 2012My Profile

Reply

8 kulanz January 28, 2012 at 11:41 pm

memang seksa bro..

Reply

9 Amirez January 28, 2012 at 12:28 am

masa tak ada elektrik adalah waktu sesuai untuk kita muhasabah diri. ada kalanya kena merasa susah juga :)
Amirez recently posted..5 Blog Fotografi Mesti BacaMy Profile

Reply

10 kulanz January 28, 2012 at 11:42 pm

kalau berseorangan memang bagus keadaan macam tu.. tapi kalau anak dah ramai dan masing2 buat hal, aduhh.. susah juga kita :D

Reply

11 TopiJerami90 January 28, 2012 at 7:59 pm

hahaha,ingat kan misi ape td…
xbest betul kalau ada gangguan elektrik macam 2 kan?
TopiJerami90 recently posted..Bakal Suami Ana RaffaliMy Profile

Reply

12 kulanz January 28, 2012 at 11:43 pm

memang tak best.. apa lagi untuk budak2 :)

Reply

13 Jon January 29, 2012 at 1:25 pm

Sap ventura, menjana duit untuk anda,daftar,layari laman sesawang tersebut…

Reply

14 akubiomed January 29, 2012 at 9:11 pm

Sudah masanya kerajaan memikirkan untuk membina janakuasa baru walaupun ia mengambil masa untuk disiapkan tapi perlu dilakukan untuk memberi kesan jangka masa panjang.

Loji Nuklear adalah alternatif terbaik tetapi peristiwa berlaku di Jepun agak sukar ide itu untuk dilaksanakan kerana persepsi masyarakat.

Saya berfikiran positif kerana mesin pengimejan seperti x-ray, ct-scan, angio radiotherapy untuk merawat penyakit kanser dan sebagainya telah banyak menyelamat nyawa walaupun ia dikenali boleh menyebabkan kanser. Kenapa tidak loji Nuklear.
akubiomed recently posted..Tak Nak! restoran MamakMy Profile

Reply

15 kulanz January 29, 2012 at 10:38 pm

setuju dengan bro.. sudah tiba masanya kerajaan fikir alternatif sumber kuasa negara kita..

Reply

16 puanbee February 4, 2012 at 5:26 pm

Oh susah juga tu kan .. itu lah mereka patutnya kena juga fikir , bagi saya lah kalau tkde elektrik boleh tahan , tapi air tkde juga susah tu lagi2 kalau ada anak kecik
puanbee recently posted..Kami Tak Perlukan Taman TemaMy Profile

Reply

17 kewin February 4, 2012 at 11:49 pm

agak-agak nanti tahun 2020,masalah letrik di sabah dapat diatasi tak ???
persoalan yang sentiasa bermain di otak ni ..
kewin recently posted..Kewink.com : New domain for KEWIN BLOGMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: