Home >> Hiburan >> Mohd Juara Mentor TV3 Musim ke-4

Mohd Juara Mentor TV3 Musim ke-4

by kulanz on 04/07/2010 · 13 comments

Secara rasminya Mohd atau sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, protege kepada Ziana Zain telahpun dinobatkan sebagai Juara Mentor Musim ke-4 yang disiarkan di TV3 sebentar tadi. Tempat kedua pula dimenangi oleh Adi, protege kepada Dayang Nurfaizah dan ketiga Nani, protege kepada Azmeer. Lega rasanya mengetahui keputusan ini. Bukan dek kerana tahu siapa menjadi juara, tapi satu siaran yang panjang tamat akhirnya! :D

Walaupun tumpuan tidak diberikan sepenuhnya kepada persembahan setiap protege, saya tetap ucapkan tahniah kepada juara dan juga mentornya. Bukan apa, saya dari awal jam 9 tadi duduk menghadap TV3 menonton Persembahan Akhir Mentor Musim ke-4 ni. Ada “seseorang” yang minta ditemankan. Jadi duduk jugalah menemani walau dalam keadaan terpaksa..

Lagipun bagus juga. Sambil duduk-duduk tu, ada juda idea menulis sesuatu di blog yang dibiarkan tanpa update selama 2 hari akibat tindakan melarikan diri dari rumah selama dua hari. Selesai menonton Mentor Musim ke-4, saya boleh publish terus entri ni.. kan senang :D

Sebagai perkongsian, berikut adalah info lengkap mentor dan protege musim ke 4

Mentor: Azmeer
Nama Penuh : Nurhadzwani Salleh
Nama Panggilan : Nani
Umur: 24
Tarikh Lahir: 17 September 1986
Pekerjaan: Jurutera
Tinggi/Berat : 164 sm/62 kg
Lagu final: Terhenti Di Tanda Koma (lagu baru), medley Suci Dalam Debu dan Livin’ Da Vida Loca serta duet bersama Ramli Sarip membawakan medley Istilah Bercinta dan Jikalau Berkasih

Mentor : Ziana Zain
Nama Penuh : Mohd Izwan Mohd Nor
Nama Panggilan : Mohd
Tarikh Lahir :8 Oktober 1988
Asal : Johor
Tinggi/Berat : 186sm/57kg
Hobi : Bola sepak
Lagu final: Cinta (lagu baru), Tragedi Oktober dan Itu Kamu, selain berduet dengan juara Mentor musim Ke-2, Fiq menerusi 3 Malam Tanpa Bintang dan Bujang Senang

Mentor : Dayang Nurfaizah
Nama Penuh : Adi Hamiz Johar
Nama Panggilan : Adi
Umur : 23
Tarikh Lahir : 20 Mei 1987
Tinggi/Berat: 179 sm/72 kg
Lagu final: Tafsirkan Cinta (lagu baru), Kenangan Terindah dan Suatu Janji serta duet dengan Aizat menerusi Hanya Kau Yang Mampu

Kata kunci artikel:

mantor tv3 4

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 13 comments… read them below or add one }

1 etomyam July 5, 2010 at 1:57 am

saya tak pernah tengok mentor ni hehehe, tak pernah berkesempatan, tapi pastinya peluang juara untuk membangunkan kariernya dalam bidang nyanyian akan cerah :D
etomyam recently posted..Petanda Awal Bulan Puasa Akan TibaMy Profile

Reply

2 kulanz July 5, 2010 at 2:07 am

akupun 1st n last tengok malam tadi :D

Reply

3 jawatan kosong July 5, 2010 at 10:44 pm

betul tu.. kesempatan ni bagus buat karier yang lebih cerah.
jawatan kosong recently posted..BMW Jobs – Technical Support Engineer- Accounts ExecutiveMy Profile

Reply

4 Thoha July 5, 2010 at 8:14 am

saya pun tengok yang final je malam tadi..nama mohd yg menang..tak kenal pun siapa..hehe

Reply

5 kulanz July 5, 2010 at 3:17 pm

Samalah kita juga.. tu pertama kali tengok siri Mentor :D

Reply

6 azizan4444 July 5, 2010 at 9:10 am

tahniah pada mohd..aku bajet nani yg juara tp klh plk.hehhee
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam DilemaMy Profile

Reply

7 kulanz July 5, 2010 at 3:18 pm

nani pun kira ok juga malam tu.. cuma mungkin kurang bernasib baik

Reply

8 fiezaradzi July 5, 2010 at 3:51 pm

tak sangka mohd menang.. wpun tau ramai yg sokong die.. oklah.. tak tgk sgt pun.. kdg2 je, bila tertukar siaran.. persoalannya, mampukah mohd menyaingi black?
fiezaradzi recently posted..Setelah 2 Tahun BerlaluMy Profile

Reply

9 kulanz July 6, 2010 at 4:35 pm

xtau sama ada dia mampu menyaingi black atau tak.. sbb tak ikuti sangat perkembangan mentor tu.. :D

Reply

10 hafizmd July 5, 2010 at 5:21 pm

akupun tak layan mentor ni..dah bosan ngn rancangan realiti tv camni..hoho..
hafizmd recently posted..Iran dalam kenanganMy Profile

Reply

11 suri July 6, 2010 at 11:10 pm

rezeki dia masuk last minute sapa yang dapat jangkakan..hehee

Reply

12 acapz July 7, 2010 at 7:39 am

dari start cite ni yg first2 lagi. aku xpnh lyn. haha. xpe r. congrat to him. hrp pas ni jgn lupe diri :D
acapz recently posted..Disqus Memperkenalkan Thread Migration Tool Untuk Import Komen LamaMy Profile

Reply

13 nazra July 15, 2010 at 12:47 pm

baru dpt tengok vid mentor 4 semalam. ada entri sempena ni lepas baca entri kat sini :)
nazra recently posted..Cosplay di Malaysia Jom join Remaja TV3 Nips Crazy Challenge!My Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: