“Tinggi-tinggi gunung Kinabalu. Tinggi lagi sayang sama kamu. Biru-biru hujung Kinabalu. Tengok dari jauh, hati saya rindu”.
Siapa tahu ayat tu datang dari mana, sila angkat tangan. Kalau yang belum tahu, saya promote sikit. Tu sebenarnya petikan daripada lagu Sayang Kinabalu, nyanyian Allahyarham Kimin Mudin. Salah satu lagu tempatan Sabah yang memang popular dan diangkat sebagai lagu pelancongan Sabah.
Sebenarnya gunung Kinabalu ni boleh juga nampak dari kampung tempat saya tinggal walaupun jauh di Utara Sabah. Kalau lepak bersantai di tepi pantai awal pagi, mesti boleh tengok kelibat gunung tu. Tapi saja datang ke tempat ni sebab kalau dapat tengok dari jarak dekat lagi bagus.
Masa cuti hari tu kami bermalam di Kundasang, jadi awal paginya dapatlah menghirup udara segar dan memerhati pemandangan menarik di sekitar dari Mount Kinabalu View.
Bukan saya seorang yang memerhati gunung Kinabalu awal pagi dari tempat ni. Ada beberapa pengunjung lain yang juga bangun awal. Kebanyakannya dari luar negeri Sabah.
Semua tu boleh nampak dari Mount Kinabalu Heritage Resort & SPA, Kundasang, Ranau (dulu dikenali sebagai Perkasa Hotel). Kalau ada niat untuk datang ke Kundasang, boleh menginap di sini. Ada juga gambar bilik di resort tu, ada masa nanti saya kongsikan.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.













{ 22 comments… read them below or add one }
Entah bila la dapat sampai ke sana.. Insyallah satu hari nanti.
Insyaallah bro, moga ada rezeki sampai ke sini..
dah 4 kali aku tawan gunung kinabalu. tengah tunggu turn kali ke 5 plakk..
aku kalah bro.. sebab setakat ni aku baru 3 kali
baru sekali jejak ke gunung kinabalu ini…anniversary tahun ini nak pergi lagi…:-)
pergi bro.. jangan tak pergi gunung kinabalu
Wow aku suka view yg macam tu..cantik!
akupun suka bro.. tak jemu mata memandang gunung tu
Assalam..
Cantiknya pemandangan kat situ…
Mesti ada bau kehijauan di situ…
Saya ni memang peka dengan bau-bau ni…hehe..
wassalam..
memang ada bau kehijauan di sini..
Rasa tenang berada di Kundasang dan nampak gunung Kinabalu daripada jauh.
bro dah pernah sampai kundasang?
intai2 dari seberang
tak tahu bila dapat datang
huhu
Ada rezeki boleh datang sini bro..
Syioknya tinggal dekat Kundasang ni.. Cuaca sana menang sejuk.
Memang best di kundasang..udaranya yang sangat segar dan nikmat..cuma ada masa-masanya sejuk kene sampai kene air pun boleh terkejut
betul.. ada masa juga sejuk melampau
semasa saya pergi di sana puncaknya tak nampak sebab di litupi awan. rupanya di sini lagi terang , gambarnya cantik sekali bah
terang sikit kalau awal pagi.. kalau lewat tak macam ni view dia..
dah pernah sampai dah..singgah kejap snap gambar..hehe..bro, orang sabah ke??
bagus juga dah singgah sini..
yup.. orang sabah
wah..orang kita bah nie..hehe