Home >> Aplikasi >> Muat-turun Video dan Ekstrak Audio daripada Video Secara Online

Sekarang ini memang terdapat banyak aplikasi yang dibangunkan bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk memuat-turun (download) video secara online. Salah satunya ialah Clip Converter yang membantu anda untuk memuat turun video dari laman video streaming Online serta menukarkan video ke dalam audio dalam pelbagai format.

Muat-Turun Video Online
Buat masa ini Clip Converter menyokong banyak perkhidmatan video online, termasuklah: Direct Download, YouTube (HQ dan HD), Google Video, Sevenload, MySpace, Dailymotion (HQ), Vimeo (HQ), Metacafe, MyVideo, Veoh. Dengan kemudahan aplikasi percuma ini, pengguna akan dapat menonton video kegemaran secara offline daripada telefon, PSP, iPhone atau hampir semua peranti lain.

Ekstrak Audio daripada Video
Selain daripada kemudahan muat-turun video, Clip Convertor juga membolehkan pengguna mengekstrak audio daripada sesebuah video atau menukar format audio ke format lain seperti mp3, aac, wma, mp4, 3gp, avi, flv dan sebagainya.

Clip Converter

Untuk menggunakan aplikasi online ini, pengguna hanya perlu melayari laman Clip Converter dan ikuti arahan penggunaan yang tertera pada laman berkenaan.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner