≡ Menu

Nak buat iklan ayat mesti power

pisang

Nak buat iklan ni, ayat bukan saja mesti kreatif tapi juga ada power tersendiri, baru ada kesan dan dapat tarik minat pelanggan, betul tak? Tapi power-power juga, tatasusila kenalah sentiasa jaga. Maklumlah, dalam masyarakat yang sebahagiannya masih percaya terdapat banyak perkara dalam hidup ini yang dianggap taboo (tabu), sesetengah perkara tidak patut disebut  dan ditonjolkan secara terbuka kerana suatu yang taboo itu adalah sangat dilarang sebab ia mungkin berkaitan dengan suatu amalan yang dianggap suci sama ada berdasarkan kepercayaan budaya atau agama. Melanggar taboo biasanya dianggap memalukan atau menjijikkan oleh masyarakat

Malangnya macam yang saya baca dalam laporan berita semalam. Ada sesetengah pihak/individu yang terdiri daripada golongan peniaga atau pengedar produk tersebut yang sudah tidak menganggap taboo itu sebagai suatu larangan. Mereka cukup berani menggunakan perkataan, ayat dan gambar-gambar tertentu bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka. Untuk tujuan apa lagi, mestilah nak tarik minat pembeli.

banana-bunker

Peniaga atau pembekal produk ‘ubat kuat seks’ seperti tidak makan saman. Itulah yang berlaku apabila segala jenis ubat kuat dipercayai untuk meningkatkan tenaga batin lelaki ditawarkan menerusi iklan yang ditampal di dinding bangunan, tiang lampu jalan, tiang elektrik, telefon, lampu isyarat dan pondok telefon awam di sekitar bandar raya ini.

Iklan yang ditampal secara haram itu turut menggunakan gambar dan ayat yang mengelirukan seperti ‘gambar pisang besar dengan iklan ubat kuat’, lelaki, I love banana’, ‘gambar harimau ganas dengan iklan krim lelaki’, “spring return, ubat kuat lelaki’, belum cuba belum tahu’, atau ‘ubat kuat lelaki, buktikan kejantanan anda!’. Promosi iklan terbabit yang cuba meyakinkan pengguna dengan mendakwa produk itu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, Pusat Racun Negara, Amalan Pengilangan Baik (GMP), Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Halal. Tinjauan Sentral yang meninjau di sekitar bandar ini mendapati pelbagai iklan ubat kuat tenaga batin lelaki terbabit turut berbaur lucah dipercayai bagi menarik perhatian pelanggan.

Wakil Sentral cuba menghubungi nombor telefon yang tertera di ikan terbabit dan mendapati ada nada dering, tetapi talian tidak dijawab.

Bagaimanapun, selepas lima minit menghubungi talian berkenaan, pihak ejen iklan terbabit menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dipercayai untuk mempromosi produk.

Kandungan SMS terbabit antaranya ialah ‘gel tahan lama, lambatkan pancutan yang ditawarkan dengan harga RM50, krim tambah keras, kasar, tegang (RM80) dan soya kuatkan tenaga batin (RM60). SMS terbabit turut menyatakan penghantaran bekalan akan dibuat secara percuma terutama di sekitar Lembah Klang, malah hanya boleh didapati di empat farmasi terpilih di Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan Petaling Jaya.

Lebih mengejutkan, kunjungan ke farmasi terpilih yang menjual produk terbabit mendapati setiap ubat kuat lelaki yang dipromosi dipamerkan di rak secara terbuka, malah petugas farmasi yang ada tidak segan silu mengajar cara penggunaannya.

Selain kesahihan maklumat kelulusan dari Kementerian Kesihatan, persoalan timbul apabila nama promosi iklan yang meragukan kerana berbeza dengan nama produk yang dijual serta mengapa hanya empat farmasi tertentu saja yang menjualnya.

Kebanyakan orang awam yang ditemui melahirkan rasa kesal dan menyifatkan golongan itu hanya mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka terhadap pemikiran golongan muda terutama pelajar sekolah. Poster yang ditampal tanpa menjaga sensitiviti orang ramai amat memalukan kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat negara ini. Ia tidak sesuai dengan ciri orang timur yang tidak membicarakannya secara terbuka, namun jika kanak-kanak mula bertanya apakah maksud ubat kuat lelaki kerana membaca iklan produk ini di tepi jalan, mungkin kita perlu fikirkan soal lambakan ubat perangsang seks lelaki di pasaran.

Tambah membimbangkan, kanak-kanak yang turut melihat iklan berkenaan secara terbuka turut bertanya mengenai iklan berbaur lucah terbabit apabila mengaitkan pisang, harimau, spring dengan ubat kuat tenaga batin bagi lelaki. Sudah tentu agak sukar untuk memberikan jawapan mengelakkan impak negatif kepada kanak-kanak bawah umur sedemikian

Jadi kepada pengguna yang mungkin telah atau baru bercadang untuk membeli produk macam ni, kenalah hati-hati. Paling penting kita perlu bijak memilih produk yang benar-benar sah dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Takut juga ada produk yang tak diluluskan tu boleh memberikan kesan sampingan sebab produk tu mengandungi racun berbahaya dan boleh memberi kesan berbahaya termasuk kegagalan fungsi pada alat sulit, serangan jantung, angan ahmar, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan serta pendengaran.

Sesetengah mungkin beranggapan yang perkara macam ni adalah perkara biasa dan tak ada pun ralatnya. Orang kata pandai-pandailah menapis mana yang perlu. Tapi pada pandangan saya yang pasti tidak semua lapisan masyarakat mampu menerima atau perlu mengetahui perkara macam tu. Contohnya macam kanak-kanak bawah umur. Kalau mereka nampak iklan macam tu dan bertanya lebih lanjut. Nak jawab macam mana? Dijawab susah tak dijawab lagi susah.

About the author: Kulanzsalleh

{ 25 comments… add one }

  • cikmin September 24, 2010, 12:12 pm

    betul la lanz..yasmin anak no 2 tu suka bertanya kalau dia tengok gambar iklan pelik2 ni..adohai…ni kalau dia tengok pisang ni mesti dia tanya jugak.. :)

    • kulanz September 28, 2010, 9:06 pm

      tu lah kelebihan budak2.. tapi kalau dalam situasi macam tu mmg susah juga..

  • iza September 24, 2010, 12:20 pm

    Salam…

    A’a betul la….kanak2 skrg suka bertanya termasuk anak aku. Jenuh nak memikirkan jawapan yg sesuai…

  • ishak September 24, 2010, 2:12 pm

    ish bahaya betul kan sekarang ni….tapi dia pakai pisang tu ahahaha

  • zik September 24, 2010, 4:13 pm

    susah juga mcam nie … apa nak jawab dekat budak2 nie… cakap jer itu untuk orang dewasa jer… pastu dia tanya lagi… arrr

  • pawaka19 September 24, 2010, 10:11 pm

    takut pakai ubat yang tak bertauliah…pisang jadi keras je..xkendur2..

    New Entry “Produk Handphone Yang Menjengkelkan”

    • Affan September 27, 2010, 2:01 am

      hmm, macam pnh baca gak kes cmtu. lebih baik secara semulajadi.

  • Amir Said September 25, 2010, 10:00 am

    ada kisah di sebalik pisang tu. haha.

    • reff September 25, 2010, 4:23 pm

      kisah apa tu amer?

      • cikmin October 8, 2010, 7:58 am

        a’ah la amir..nak tahu jugak kisahnya tu…hehehe…

  • m2g September 25, 2010, 3:49 pm

    memang betul tu bro, bukan setakat ayat, dengar musikpun kita dah tau iklan barangan ape.

  • tehr September 25, 2010, 4:23 pm

    komen ni tiada kaitan dengan lelaki atau perempuan

    ‘saya suka makan pisang, ia sangat baik untuk kesihatan’
    hehehe

    • Affan September 27, 2010, 2:00 am

      hahaha. ada double meaning ke tak? bahaya2

  • donny September 25, 2010, 11:35 pm

    up traffic

  • mrnamie September 26, 2010, 2:22 am

    Ayat macam ni kalau kanak-kanak tanya boleh terdiam nak menjawabnya.. hehe

    • kulanz September 28, 2010, 4:00 pm

      itulah masalahnya..

  • Mohd Isa September 26, 2010, 6:31 pm

    bahaya betul iklan2 sekarang ni…kuat tang mana tah…

  • Affan September 27, 2010, 1:58 am

    huhu. tu namanya takde etika.

  • mijie September 28, 2010, 4:45 pm

    mereka ni dah melampau sebenarnya untuk mendapatkan sales

  • wazy September 28, 2010, 9:41 pm

    demi dapatkan jualan,macam-macam taktik juga mereka guna

  • zezebel September 29, 2010, 12:36 am

    Dah keluar media arus perdana macam ni, budak-budak lagi la curious nak tahu kan?

  • sunglasses September 29, 2010, 3:30 pm

    kebayakan ubat kuat di pasaran sangat merbahaya…pelbagai campuran bahan kimia dan dadah akan memberikan kesan sampingan kepada penggunanya

  • suri September 29, 2010, 11:42 pm

    rasa malu pada diri adalah..nak2 bila anak2 kecil tanya bu tu apa? huhu..

    anak2 skrg byk dah bijak2 belaka huhu..

  • Syafrizal October 8, 2010, 7:42 pm

    aku pun bila letak iklan memang cuba aplikasikan ayat yang power hehe..
    tapi takde la nak bagi janji2 palsu

Leave a Comment