Home >> Internet, Teknologi >> Nak Cuba Maxis Broadband Pula..

Nak Cuba Maxis Broadband Pula..

by kulanz on 11/07/2010 · 29 comments

Minggu lepas, masa guna Celcom Broadband yang saya selalu pakai masa out station, dapat mesej daripada Celcom suruh register prepaid tu sebab servis akan expire pada 7 Julai. Ingatkan mesej tak serius, tapi time saya guna 7 Julai tu, lebih kurang jam 3.30 pagi, servis dah tak ada.  Memang betul-betul di-terminated rupanya.

Sebab tu petang semalam saya register Maxis Broadband. Saja nak try servis Maxis ni. Lagipun, kalau ikut cakap orang Maxis tu, 3G Network Coverage Maxis di area Kota Kinabalu, boleh sampai Inanam, Putatan sampai area Penampang. Memandangkan rumah dekat-dekat area KKIA (Kota Kinabalu International Airport), saya fikir memang tiada masalah untuk dapatkan servis Maxis 3G. Tapi sebelum beli/register, saya dapatkan senarai harga ikut setiap pakej.

Harga Broadband dan Modem Maxis ikut pakej.

Habis berfikir beberapa kali, saya pilih pakej 3GB dan modem tanpa kontrak. Jadi kalau tak suka, boleh terminate bila-bila masa. Tak perlu tunggu habis tempoh kontrak 6 bulan.

Selesai semua urusan dan beli barang keperluan, saya balik terus ke rumah, tak sabar guna broadband baru ni. Tapi nak guna terus memang tak boleh, sebab proses nak aktifkan servis mengambil masa 5 jam. Kena tunggu sehingga jam 9.00 malam nampaknya.

Sampai masa yang ditetapkan (selepas 5 jam) saya cuba buat connection. Memang dah aktif broadband ni. Yang tu memang saya puji servis Maxis. Tepat ikut masa yang dijanjikan. Thumbs up! Malangnya, connection yang saya dapat cuma warna hijau. GPRS oh GPRS.. aduhhh..

Dah ubah kedudukan beberapa kali. Memang GPRS saja yang dapat. Lampu biru 3G sekali-sekala ada juga menyala, tapi line yang dapat cuma 1 bar, kadang-kala langsung tiada. Apa nak buat. GPRS pun hentam sajalah. Janji dapat guna.

Apapun, saya tak salahkan Maxis atau salesman yang bagitau pasal Network Coverage tu sebab ada beberapa sebab yang mungkin mempengaruhi. Antaranya, saya duduk tingkat 1 di kawasan apartment, blok dan lot di tengah-tengah. Ada lebih 20 buah blok apartment di kawasan tu selain daripada bangunan yang lain. Rasanya semua  tu ada pengaruh juga pada coverage. Fikir yang positif lah kan..

Jadi, dengan hanya GPRS yang dapat diguna. Mungkin hujung bulan ni terpaksalah terminate semula servis Maxis ni :D

Kata kunci artikel:

pakej maxis broadband, harga broadband maxis malaysia, Maxis broadband pakej, senarai pakej celcom broadband, pakej maxis broadband prepaid, pakej broadband MAXIS, maxis internet in mersing, maxis broadband problem, harga broadband celcom prepaid, maxis broadband gprs, how to terminate maxis broadband, harga pakej broadband maxis, harga maxis broadband, harga broadband maxis, terminate maxis broadband 6 bulan

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 28 comments… read them below or add one }

1 Azuan July 11, 2010 at 2:20 am

Kalu guna GPRS, merangkak lah jawabnya..hehe..

anyway, blog bro dah naik PR4 ke? ke mmg dah PR4?
Azuan recently posted..Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs SpainMy Profile

Reply

2 kulanz July 11, 2010 at 3:45 am

Memang merangkak skrg ni bro.. :D
Alhamdulillah, blog dpt PR4 masa update bulan April lepas.. tu yang masih tertunggu-tunggu sama ada update kali ni PR masih kekal atau turun..

Reply

3 Azuan July 12, 2010 at 1:50 am

Ye ke.. cepat-cepat lah terminate jer bro.. rugi jer nnti.. Harap-harap PR blog bro makin meningkat…

Reply

4 kulanz July 12, 2010 at 9:50 pm

aah, kira mmg nak terminate tu.. merugikan je

Reply

5 Azuan July 13, 2010 at 2:27 am

Ok bro.. bagus lah macam tu.. :)
Azuan recently posted..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010My Profile

Reply

6 Alang July 11, 2010 at 2:52 am

Rasanya blok kat tgh or ada bangunan sekeliling tak mempengaruhi sgt. Try check setting moden tu. Member pernah terkena sebelum nie. Dia tak adjust setting, so guna la gprs sampai dekat seminggu. Lepas sorang member ckp pasal benda tu n ubah setting baru ok.

p/s cara paling senang nk check 3g, check je kat hp. Klau hp dapat 3g area tu, dat mean internet pun akan dapat 3g.
Alang recently posted..Company BumiputeraMy Profile

Reply

7 kulanz July 11, 2010 at 3:52 am

modem dah setting.. boleh dapat 3G juga kadang2, tapi line tak clear sangat.. mmg kedudukan rumah ni yg mempengaruhi.. sbb aku try di luar rumah, ok juga..
btw, thanks tips tu.. :)

Reply

8 tehr July 11, 2010 at 3:14 am

saya guna celcom bband
rumah jauh juga dengan pemancar
tapi saya pilih setting 3g only
setakat ni ok, w/pun hanya 1 bar
tehr recently posted..Seni Bogel Dan TelanjangMy Profile

Reply

9 kulanz July 11, 2010 at 3:54 am

Sblm ni akupun guna celcom juga kalau datang rumah sini.. tapi memandangkan celcom prepaid tak dapat guna, tpaksa guna alternatif lain..

Reply

10 Affan July 11, 2010 at 4:01 am

Malang tak berbau. Saya pun ddk apartmen, mcm tu gaklah.
Kadang2 dapat, kadang2 slow rasanya. Ikut mood agaknya. hehe

Reply

11 kulanz July 12, 2010 at 9:56 pm

tu lah, ada kesan juga apartment ni dgn coverage maxis tu

Reply

12 etomyam July 11, 2010 at 4:33 am

nampak gaya kena guna streamyx jugak kot hehehe
etomyam recently posted..Official World Cup 2014 LogoMy Profile

Reply

13 kulanz July 12, 2010 at 9:56 pm

rumah tu akan ada jaring juga bro, 2mbps tak silap.. tapi sekarang ni tak pasang lagi..

Reply

14 serol July 11, 2010 at 4:57 am

takde trial guna untuk seminggu ke beli ni? sebab 2,3 bulan lepas, maxis ada buat promosi, kalau dalam masa seminggu tak puas hati dengan coverage, wang boleh dikembalikan.. :D

Reply

15 kulanz July 12, 2010 at 9:58 pm

xda pula aku tanya bro.. dah gian sangat nak dapat connection internet, sampai lupa tanya benda2 penting :D

Reply

16 syahrilhafiz July 11, 2010 at 12:42 pm

rasanya tengok coverage tempat tu juga la..
sy nih guna celcom broadband, sakit jati juga kekadang..=D
syahrilhafiz recently posted..Cantikkan Grub2 Menu dengan BurgMy Profile

Reply

17 kulanz July 12, 2010 at 10:09 pm

coverage agak lemah tempat tu.. tapi kira dah bagus, GPRS maxis ni pun laju juga banding celcom

Reply

18 ishak July 11, 2010 at 1:58 pm

saya time guna celcom broadband beruk prepaid hari tu kalau pakai reload daily rm 6.oo boleh akses secara percuma seminggu,dan kalau reload rm 20 boleh pakai secara percuma sebulan..tak tahulah mungkin sebab bocor service kot

2 bulan pakai free celcom tu…..tanpa reload apa-apa..
ishak recently posted..Jom berkenalan dengan baim wong benci bilang cintaMy Profile

Reply

19 kulanz July 12, 2010 at 10:11 pm

wah, tu dah kira beruntung tu bro.. bukan calang2 boleh buat camtu.. “)
aku tiap kali nak pakai, terpaksa korban kan RM6.. blog punya pasal tak kisah sangat..

Reply

20 zik July 11, 2010 at 4:03 pm

mana yang terbaik bro..agak2 kalau tak bagus terminated jela… huhu
zik recently posted..Piala Dunia 2010 Milik siapaMy Profile

Reply

21 kulanz July 12, 2010 at 10:14 pm

kalau yg mobile broadband mmg xda yg baik sangat bro..
xpalah, lepas ni mmg nak terminate juga sbb jaring nak pasang juga tu..

Reply

22 iza July 11, 2010 at 4:22 pm

Alhamdulillah….
Saya dah tak nk guna broadband apa2 pun….mula2 mmg ok biru je, lama2 bawa masalah jgk.bila dah ramai org guna, dah bertukar hijau. Kadang2 sakit hati, bila nk buka blog kena tunggu hampir 1/2 jam baru blh buka, itu tak termasuk nk komen lg…..
Tp sampai skrg belum potong lg walaupun dah tak guna celcome broadband

http://azilas.blogspot.com/2010/07/exchange-banner-dan-vote.html
iza recently posted..Cara Pasang Recent Posts Slider TutorialMy Profile

Reply

23 kulanz July 12, 2010 at 10:16 pm

mobile broadband problem dia mmg mcm tu selalu.. kalau dah lama pakai, boleh tukar kaler hijau walaupun coverage full line time tu.. tapi tak kisah sgt..
sbb kalau di rumah sebenar.. mmg pakai streamyx juga

Reply

24 yoy July 12, 2010 at 1:01 am

gune maxis..no prob sebab dok JB..tapi kalau balik mersing..memang hampeh le..:)
yoy recently posted..Juara Piala Dunia- Milik NetherlandMy Profile

Reply

25 kulanz July 14, 2010 at 4:25 pm

Maxis mmg ok sebenarnya, pakai GPRS pun dah laju.. tapi kalau dapat 3G lagi best

Reply

26 hel July 24, 2010 at 5:07 pm

Nanti ko akan tahu apa disadvantage of maxis broadband ni.Menyesal aku subscribe bendalah ni..baik pakai straemyx je..configure cket je dh laju macam air..menyesal laaa pekhidmatan maxis brodband tu.CAP AYAM!!!!!!!bukan sebab connection dia tapi sebab makan duit org…sengal!!!

Reply

27 lin December 15, 2010 at 10:35 am

haku da guna maxis broadband almost 4 months..so far mmg best..biru jerk..aku guna y 1.5G jer yg rm48 per month sb aku xla suke sgt nk donlod2 nih..ko y x ubah setting kot..b4 ko connect g tool dier..pilih WDCMA only..for sure pasti biru jerkk…x caye cuber try…haku try kat kg nenek haku y jauh dari bandar pun biru kot..hape lagi ko y kat bandar..hek3..

Reply

28 am June 13, 2011 at 11:29 pm

bape ratus abes ble nk terminated?

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: