Nokia memang sudah terkenal sebagai pendahulu kepada model-model telefon mudah-alih. Saya sendiri walaupun sekarang ni sedang menggunakan Sony Ericson G705 tetapi tetap menyimpan nokia sebagai koleksi peribadi. Antara model yang masih saya miliki sampai sekarang termasuklah Nokia N95 yang dibeli selepas 3 bulan dipasarkan di Malaysia. Memang sayang sangat dengan N95 ni sebab masa tu harga masih lagi cecah 2K.
Berbalik kepada cerita Nokia X6… model ni pada saya memang antara yang terbaik. Dengan berkonsepkan “Come with music”. Nokia X6 memang tidak akan menghampakan penggemar-penggemar handphone berasaskan entertainment. Dibekalkan dengan memori dalaman sehingga 32MB, pastinya memberi ruang kepada pemiliknya memuat-turun lebih banyak lagu daripada Ovi Store dan disimpan dalam storage handphone berkenaan. Bayangkan kalau satu lagu hanya bersaiz 1MB, berapa banyak lagu yang boleh kita simpan? Ditambah dengan bateri yang tahan lebih lama, bolehlah kita dengar muzik lebih daripada 35 jam. Dan kalau sehari duduk di pejabat buat kerja sambil dengar lagu.. tak lah bosan.. kan?
Nokia X6 didatangkan dengan skrin 16:9 yang memang optimum untuk pengguna melayari pelbagai fungsi seperti gambar, video dan internet. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan akses terus secara online ke Ovi Store, laman di mana pengguna dapat memuat-turun pelbagai jenis muzik. Selain itu, Nokia X6 juga pastinya memberikan pengalaman muzik yang lebih baik dengan adanya Speaker kecil MD-9 (pocket size speaker) yang dapat menghasilkan kualiti suara sama seperti speaker yang besar.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi Nokia X6, sila kunjungi laman web Nokia. Spesifikasi lengkap ada di sini. Untuk mengetahui harga pula, jangan lupa berkunjung ke pusat-pusat pengedar/penjual Nokia berhampiran.
.. Pertanyaan dalam hati selepas habis taip entri: Bila lah saya dapat handphone ni.. nak labur 2K++ jugakah lepas ni macam nak dapat N95 hari tu?





{ 28 comments… read them below or add one }
eh aku dh taip mesej pnj2 td tetiba hilang lak dia..huhu..
ok ku taip blk..hehee…menarik hset nie, dpt duit innity nnti kumpul2 blh beli 1..hehe
tp aku lagi suka klu utk amik2 gmbr guna hset skrg nie sony cybershoot (ku x ingat model brape tp kaler pink, limited edition)amik gmbr oklah.
tapi klu untuk yg lain2 tu nokia lg best!
kadang memang macam tu.. ni aku tuan rumah sendiripun pernah reply sini panjang-panjang, tetiba komen tak save.. penat taip, hehe
memang ndak kena tukar nokia jugak la ni…aku sebelum ni sony ericson yg lama tu jer…
.-= 1tomyam´s last blog ..Wanita Malaysia di Tempat Ke 100 Dalam ‘Gender Gap Report 2009? =-.
sama bro, akupun masih guna sony ericson juga.. tapi nokia pun ada simpan..
kekadang malu pulak nak keluarkan hp depan budak-budak yang sgt canggih hp…hehehe
.-= etomyam´s last blog ..Layan Cendol Ibrahim Banting =-.
sejak umur aku ni makin tua, rs cam dh x berminat dh nk main tkr2 hp ni..hehe
betul tu bro.. akupun dah tak minat handphone canggih ni utk kegunaan harian.. tapi kalau simpan utk koleksi, aku minat.. mana tau boleh jadi harta karun selepas simpan 10 tahun nanti.. hehe
Best gak nokia x6 ni,huhu ak jadikan wishlist utk bulan depan la bro,ade rezeki nak sambar satu
.-= wazy´s last blog ..Adobe Photoshop CS3 & CS4 Portable =-.
bagus tu bro.. dah buat wishlist lagi semangat utk capai matlamat tu.. mudah-mudahan murah rezeki bro..
nama cam keta bmw je..dah cukup canggih la tu hehe
.-= zamz´s last blog ..Wanita Muda Mangsa Jangkitan Terbaru H1N1 =-.
haha.. mungkin nokia nak buat kelainan utk model kali ni
tak mampu aku nak guna henpon ni..
pelan-pelan bro… tunggu harga dah jatuh baru kita beli.. hehe
mmg mantap siot hp nie.
t’gugat satio ku olehnya,
hihihihiih
.-= panadol´s last blog ..Hutang Homework Men In Black From Felda =-.
yup.. memang menggoda hp ni..
Nokia memang bagus, user friendly pulak tu.
Kalau nak trade in pun harga dia masih bagus lagi.
.-= m2g´s last blog ..Celcom plan to sell iPhone =-.
tu memang kelebihan nokia yang tak dapat disangkal.. sebab tu sampai skrg ni nokia masih lagi jadi pilihan
ko punye info tang x6 lg mantap.teruja bro. ak ne dh xtau nk amek y mane satu.haha.. dua2 best.. x6 pun cun n beso space dia.. ade garmin lg..hehe..
xda lah mantap pun bro, copy dari web nokia saja tu.. rasanya sony ericson pun boleh install 3rd party punya garmin.. aritu saya install di xperia boleh jg
Simpan Jongkong Emas bro lagi berbaloi-baloi! Hehehe
.-= Dak Wan®´s last blog ..The Best of Bidor Makan-Makan =-.
betul tu bro..
tapi risau kalau kumpul emas, nanti org datang rompak, hehe
erm, macam best jugak x6 ni, nak beli, duit dah cukup tapi selagi hp lama tak rosak, rasanya sayang nak laburkan rm2k mcam tu sahaja…
nak cari duit kemain susah, nak habiskan cepat jer
.-= Meow´s last blog ..Kontest Teka Tajuk Drama Ezy4u.Org =-.
betul tu bro, kalau hp sedia ada, buat apa bazir duit utk beli.. aku pun dah tak minat beli hp mahal-mahal ni sebenarnya.. dah tak ada guna utk aku.. hehe
aku baru beli nokia 5800xm…dah cukup terbaik kot..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..Dapatkan 10 Tiket Percuma Final Raja Lawak Musim 4 =-.
aah bro, ramai yg cakap 5800xm tu memang terbaik.. tapi akupun dah tak pakai lagi hp canggih ni..
bestnye lau dpt nokia nih..tuan blog taknak wat contest ke?jdkan hp nokia as hadiah…
leh deco join contest tuhh
nak juga buat contest, tapi nak tau contest apa.. fikir dulu.. insyaAllah ada rezeki nanti akan buat juga..
kalo X6 ni compare ngan sony satio mne lg ok?