Saya Mangsa Parti Politik!

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 4th, 2010

Sedang saya menjalankan aktiviti rutin (blogwalking) pada petang Sabtu lepas (2 Januari), saya dikejutkan dengan deringan telefon rumah. Tanpa berfikir panjang saya terus mengangkat gagang telefon. Ingatkan rakan-rakan yang telefon (sebab nombor telefon ini agak privacy dan hanya diketahui oleh beberapa saudara-mara dan rakan), tetapi rupanya itu adalah panggilan daripada seseorang yang tidak saya kenal.

Pemangil (seorang wanita seksi) bertanya sama ada saya sedang berada di rumah atau pejabat… dengan berat hati saya menjawab yang ini adalah telefon rumah milik peribadi. Kemudian pemangil memperkenalkan diri sebagai salah seorang agen (tidak ingat agen apa..) dan ingin membuat tinjauan negara secara rambang. Saya mula berfikir ada sesuatu yang tidak kena, lalu saya tanyakan pemanggil dari mana dia dapat nombor telefon berkenaan. Beliau memberitahu yang panggilan dibuat secara rambang dengan memilih nombor tertentu dan panggilan seterusnya dibuat berdasarkan urutan nombor. Pemanggil merayu agar saya dapat meluangkan masa sekitar 10 minit untuk menyempurnakan tinjauan berkenaan.

Artikel penuh »

Terima Kasih 2009

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 31st, 2009

Salam,

Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru dan memang ni adalah artikel penutup untuk tahun 2009 di blog ni. Tak sedar tahun 2009 dah nak berakhir. Masuk Januari 2010, bermakna sudah 6 bulan aku aktif dalam berblog (kalau guna blogspot, guna wordpress ni 3 bulan)… masih baru sebenarnya.. apa gelaran tu, newbie? Yes, aku memang newbie pun! Sampai bila-bila aku tetap anggap diri aku newbie sebab dalam hidup ni setiap kali kita belajar satu ilmu yang baru, maka di situlah kita akan menjadi newbie.

Tapi jangan tak tau, webblog aku yang pertama aku dah publish sejak tahun 2002 lagi. Masa tu, aku tak kenal blogspot, wordpress atau joomla… yang aku tahu masa tu ada beberapa web hosting yang bagi tumpang diorang punya web server, antara yang jadi pilihan aku masa tu ialah Geocities yang disediakan oleh Yahoo. Tapi sekarang ni geocities tu rasanya tutup dah pun. Blog aku pun dah tutup.. tak sempat popular, hehe… Niat untuk berblog tidak kesampaian apabila time tu aku ditimpa pelbagai kegagalan dalam hidup.

Artikel penuh »

Dilema HIDUP BERANI UNTUK GAGAL

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 24th, 2009

Hidup Berani Untuk Gagal, aku berani… kamu? hehe

Salam,
Pernah tak dalam hidup kamu berada dalam keadaan dilema untuk buat keputusan? Apa yang akan kamu lakukan jika berhadapan dengan senario semacam ni? … dan macam mana perasaannya, susah? Senang? atau macam biasa juga bah!

Tu intro jak tu… kisah sebenarnya macam ni…

Hari Isnin lepas, 21 Disember 2009, sepatutnya aku menghadiri exam untuk subjek terakhir semester ni. Exam sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi.. Jadi sepatutnya aku kena berada di sana selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi.. Tapi masa tu aku tak ada pun dekat dewan exam, nak tahu aku di mana masa tu?

Artikel penuh »

Canon Ultrasonic EFS 60mm

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 20th, 2009

Akupun tak paham pasal minat aku.. sekejap minat tu, sekejap minat ni.. Sekarang ni tengah demam dengan kamera pula… actually memang dah lama minat ambil gambar, cuma tiada duit untuk beli kamera yang bagus. Alhamdulillah sekarang ni dapatlah memenuhi minat yang dah lama dipendam.

Kemarin aku ada peluang turun Kota Kinabalu, apa lagi, aku ambil la kesempatan tengok-tengok peralatan kamera di Center Point… terpandang lensa yang memang dah lama aku idam-idamkan, macro lens… setelah berunding dengan salesman di kedai tu, aku tangkap sebiji Canon Ultrasonic – EFS 60mm F/2.8 Macro USM, memang sesuai dipadankan dengan Canon EOS 1000D (untuk beginner macam aku). Untuk tambah ciri-ciri keselamatan dan tingkatkan kualiti (kata salesman tu), aku tambah dengan Hoya 52mm Pro1 Digital UV Filter.

Artikel penuh »

Full RSS | Comments RSS