Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 16th, 2009

Kerja sosial merupakan satu profesion yang memerlukan kita bekerja secara terancang bagi memajukan keadaan sosial sebuah masyarakat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kekurangan atau kelemahan tertentu, di samping menyediakan psikologikal runding cara, tunjuk ajar, dan bantuan, terutamanya dalam bentuk perkhidmatan sosial.
IFSW General Meeting yang diadakan di Montreal, Kanada pada bulan Julai 2000 telah memberikan takrif baru kerja sosial yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Takrif baru ini telah menyisipkan nilai-nilai kemasyarakatan abad ke-21 yang lebih dinamik dan berkembang serta menyeluruh. Berdasarkan takrif yang dipersetujui itu, kerja sosial boleh didefinisikan sebagai satu bidang tugas yang bertujuan utuk meningkatkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam perhubungan manusia dan pendaulatan dan pembebasan manusia untuk mengukuhkan kesejahteraan. Takrif ini ditetapkan berdasarkan teori-teori perilaku manusia dan sistem-sistem sosial yang terlibat. Prinsip-prinsip hak asasi manusia dan keadilan sosial adalah asas untuk kerja sosial.
Artikel penuh »
Kategori: Artikel, Ilmiah/Pendidikan, sosial | 8 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 16th, 2009
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Salam,
Ni kali kedua aku tulis pasal Topik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.. Ari tu tulis sebab nak promo contest tu jak…
kali ni pasal apa pula?
Kali ni aku nak inform yang aku nak join contest ni pula… (itupun kalau melepasi syarat yang dikenakan dalam blog DenaiHati). Antara syaratnya, kena tulis nama dan link sponsors yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Selain itu kita juga wajib: Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di blog Denaihati. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini. (syarat lain sudah saya tuliskan di sini.
Kenapa baru sekarang terfikir nak join contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL?
Ari tu sekadar nak promo contest tu.. tapi member2 bagi semangat supaya aku sendiri join contest tu… apa yang buat aku terfikir, sebab tajuk contest pun dah “Hidup Berani Untuk Gagal”, so kenapa aku tak berani untuk menghadapi kegagalan pada kali ni…. padahal bukan sekali dua aku pernah gagal sepanjang hidup ni….
Artikel penuh »
Kategori: hidup berani untuk gagal | 106 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 12th, 2009
Lagi-Lagi Masalah Streamyx
Ni bukanlah nak membelasah TM, tapi sekadar hendak melegakan hati yang tengah panas! Dua tiga menjak ni connection streamyx ni banyak kali bermasalah.
Dahlah dua tiga minggu ni aku busy dengan kerja, tak dapat concentrate dengan blog… pastu ada masa terluang menghadap sini, internet pula bermasalah. Yang lagi spoil tu time hujung minggu la connection selalu down…
Macam ari tu time di Labuan, semalaman tiada connection, pihak hotel cakap memang semua kawasan mengalami masalah yang sama… esoknya, aku terpaksa buang duit beberapa ratus untuk beli modem dan kad sim internet jalur lebar prabayar Padahal aku memang dah ada benda ni.. tapi ntah macam mana boleh tertinggal. Maka terpaksa aku beli satu lagi.
Artikel penuh »
Kategori: Luahan | 38 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: December 10th, 2009
Hidup Berani Untuk Gagal
Dalam hidup ini, siapa yang tidak pernah gagal walaupun sekali atau sekecil-kecil kegagalan?.. Rasanya semua pernah mengalami kegagalan… yang membezakannya hanyalah sebesar mana kegagalan yang kita alami itu.
.. ada yang mengatakan hidup harus berani untuk gagal. Adakah ini bermakna hidup tidak dapat dipisahkan daripada kegagalan? Jika saya ditanya, memang saya akui. Ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Setiap hari aku berhadapan dengan kegagalan. Gagal tidur atau bangun mengikut waktu sepatutnya. Gagal menepati janji terutamanya waktu yang telah ditetapkan.. gagal menunaikan ibadah..dan macam-macam kegagalan lagi..
Artikel penuh »
Kategori: hidup berani untuk gagal | 61 Respon »