Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 10th, 2010
BLOGGER WE CARE – ADIK AMMAR

Sekali lagi saudara Hydir mencetuskan gelombang Blogger We Care yang kedua apabila melancarkan misi sokongan kepada blogger. Berikut adalah entri tersebut (Disalin daripada blog Saudara Hydir – http://www.hydir.com:
Sekali lagi atas rasa tanggungjawab sesama insan, saya rasa terpanggil sekali lagi untuk meneruskan kempen Blogger We Care. Kali ini kita mempunyai kesempatan untuk membantu adik Ammar yang menghidapi penyakit jantung (PDA) sedangkan adik ini baru berusia 2 tahun!
Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.
Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.
Artikel penuh »
Kategori: Blogger | 48 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 9th, 2010

Pengenalan
Profesor Dicey berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja iaitu Prinsip Kedaulatan Parlimen dan Prinsip Kedaulatan Undang-Undang. Walau bagaimanapun, seperti mana yang dijelaskan oleh Tun Mohamad Salleh Abas (dalam Salleh Abbas, 1986), takrif yang diberikan tersebut tidak mencukupi kerana apa yang terkandung dalam perlembagaan itu merangkumi sesuatu yang lebih luas. Beliau juga telah menjelaskan bahawa perlembagaan itu ialah suatu surat atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden. Undang-undang tertinggi inilah yang menjadi punca bagi kesemua undang-undang sama ada yang sudah atau akan dibuat.
Sejauh mana kebenaran pendapat yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh tersebut belum dapat dipastikan memandangkan saya sendiri tidak memiliki ilmu yang tinggi mengenai konsep yang dibincangkan itu. Jadi adalah diharapkan melalui kajian-kajian keperpustakaan atau pembacaan saya berkaitan tajuk yang dibincangkan, saya bukan sahaja dapat menjawab persoalan tersebut, malah dapat menjelaskan beberapa konsep lain yang juga sinonim dengan tajuk yang dibincangkan ini.
Artikel penuh »
Kategori: Ilmiah/Pendidikan | 11 Respon »
Ditulis oleh: kulanz ~ pada: January 8th, 2010
Setiap kali on9, kalau bukan blog, mesti aku buka email dulu.. ni dah jadi rutin harian… Selalunya dalam email tiada pun yang penting sangat, paling banyak email dari Facebook. Yang tu aku tak bukapun, sebab aku tak aktif sangat di facebook sejak akhir-akhirnya… Tapi malam tadi aku dapat email dari Free Web Monitoring yang aku kira antara email yang penting.. Buka email, aku dapat mesej macam ni;
This message was generated by FreeWebMonitoring.com. Website error alerts are generated in response to a failure to connect to your website or the server where your website is hosted. FreeWebMonitoring.com will monitor your website more frequently and will notify you once the error has been resolved. ?
Penat aku copy paste, hehe.. baik aku bagi tengok gambar.

Artikel penuh »
Kategori: Webhosting | 20 Respon »