Nampaknya krisis dunia yang dulunya berlaku di Mesir kini menular di Libya. Krisis Libya yang sebelum ini telah mengorbankan banyak nyawa bertambah buruk apabila yang terkini, satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru anti pesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat [...]
Semalam, daerah Pitas baharu sahaja mengadakan Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W & Festival Kesenian Islam peringkat Daerah Pitas Tahun 2011M/1432H yang bertemakan “1Malaysia 1Ummah”. Sambutan kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat (YB) Datuk Bolkiah Haji Ismail, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah merangkap ADUN N3 Pitas. Sambutan ini sebenarnya memang diadakan [...]
Sekarang ini memang terdapat banyak aplikasi yang dibangunkan bagi menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk memuat-turun (download) video secara online. Salah satunya ialah Clip Converter yang membantu anda untuk memuat turun video dari laman video streaming Online serta menukarkan video ke dalam audio dalam pelbagai format. Muat-Turun Video Online Buat masa ini Clip Converter menyokong banyak [...]
Semalam (22 Februari) boleh dikatakan Pitas hampir lumpuh disebabkan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di daerah ini. Banyak aktiviti tidak dapat dilakukan sebab gangguan tu bermula sebelum jam 4.00 petang lagi. Saya sendiri tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja pejabat yang pada masa itu terpaksa saya lakukan di rumah atas sebab-sebab tertentu. Sehingga hari gelap bekalan elektrik [...]
Baru sahaja lebih kurang 3 hari lepas, Menteri Pelajaran Malaysia yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan penambahan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011. Penarafan ini dibuat sejajar dengan salah satu tumpuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, khususnya untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik [...]
Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010 bagi menggantikan lost motion springs dan retainers bagi kesemua kenderaan terbabit. Dalam satu kenyataan, Honda berkata, lost motion springs yang dimampat oleh rocker arms dalam enjin biasa mungkin bengkok atau pecah sekali gus mengakibatkan bunyi enjin [...]
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 26 Februari ini. Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian [...]
Nampaknya ura-ura tentang penutupan Facebook pada bulan Mac nanti tidak melemahkan semangat pengguna daripada terus melayari laman sosial tersebut. Bukan sahaja setiap hari bilangan pengguna semakin bertambah, malah populariti Facebook baru-baru ini turut meningkat apabila ia dijadikan medium untuk mencetuskan revolusi di Mesir. Apapun, kita lupakan sejenak tentang populariti dan revolusi tersebut sebab bukan itu [...]
Setiap orang memang tidak terkecuali daripada keinginan untuk memenuhi impian masing-masing. Tidak kisahlah sama ada besar ataupun kecil, asalkan kita terfikir ianya mendatangkan kebaikan, kita mesti ingin mencapai impian tu. Tapi, adakah semua impian yang kita sasarkan tu akan tercapai? Adakah cukup dengan menetapkan sasaran tanpa usaha? Bagaimana dengan kemampuan kita? Mungkin ini dapat membantu [...]
