Salam semua. Pertama saya mohon sejuta kemaafan. Sejak akhir-akhir ni agak jarang memberi tumpuan kepada blog, sama ada untuk memberi respon pada komen di blog ni atau menjenguk di blog rakan-rakan. Punca utama bukan sebab kemalasan, tapi mod senyap yang saya maklumkan sebelum ni hanya akan selesai pada 26 Disember nanti. Selain tu, minggu ni [...]
Dalam 1-2 hari ni anak kedua saya asyik bertanya bila hendak membeli beg, pakaian dan buku-buku sekolah. Anak yang sulung pula bertanya bila nak pergi “jalan-jalan”, sebab cuti dah nak habis. Kesan daripada pertanyaan yang berulang daripada anak-anak, saya mencari maklumat berkenaan Kalender Persekolahaan sekali dengan Takwim Cuti Umum 2011. Rupanya hari ini sudah pun [...]
Pirates of the Caribbean adalah antara filem bersiri kegemaran saya. Tiga filemnya sebelum ini: Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl, Pirates of the Caribbean: At World’s End dan Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest sudah tengok berulang kali. Kalau ditayangkan di saluran Movie Astro, mesti nak tengok juga padahal koleksi [...]
Saya amat tertarik tentang cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berkenaan pengambilan guru pembantu atau disebut guru kedua yang akan ditempatkan di dalam kelas melebihi 35 orang murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah. Antara rasional yang dikemukakan ialah, ia mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat menjamin keberkesanan proses [...]
Petang tadi setelah selesai mengambil peperiksaan, saya berkesempatan membawa seisi keluarga menonton cerita Rapunzel (Tangled). Mulanya saya tidak memilih untuk menonton filem tu. Maklumlah, kisah Rapunzel sudah saya ketahui sejak kecil lagi melalui bacaan daripada koleksi buku-buku cerita rakyat pelbagai negara. Dalam hati saya sudah dapat menjangka kesudahan ceritanya dan sudah pasti tiada unsur suspen. [...]
Setelah beberapa lama menunggu keputusan muktamad, akhirnya pada petang tadi Dewan Rakyat telahpun meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) setelah bacaan kali ketiga dibuat. Kali pertama cadangan Bajet 2011 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 15 Oktober lepas. Dengan kelulusan itu, bermakna [...]
