UTARA.FM DIHARGAI DI PITAS

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: November 12th, 2009

Oleh: Pentadbir 1Sabah.net

utarafmProgram Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Ybhg. Encik Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Pitas. Utara.FM telah menyiarkan secara langsung program tersebut melalui frekunsi di www.utarafm.net. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah, Encik Justin Akun (Pengerusi Pelaksana) dan VIP-VIP yang hadir kerana menyambut baik kehadiran Utara.FM. Utara.FM dihadiri oleh DJ rumputt, Tuan kulanz, DJ PP, DJ siiputt, DJ mka, wxyz dan wady. Penghargaan juga diberikan kepada Encik Nuarji Sawatan yang bertindak sebagai juru gambar Utara.FM. Klik sini untuk melihat galeri.

utarafm2Kelihatan Tuan Pegawai Daerah yang diperhatikan oleh Encik Justin Akun sedang mengambil nombor telefon DJ rumputt yang juga sedang diperhatikan oleh Tuan Kulanz.

utarafm3DJ rumputt sedang memberi penerangan kepada Tuan Pegawai Daerah berkaitan dengan aktiviti Utara.FM dan portal 1SABAH.NET

utarafm4DJ rumputt sebagai wakil Utara.FM menerima cendera kenangan dari pihak penganjur yang disampaikan oleh Encik Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Pitas.

Nota Kompius: Tu bukan sengaja tulis nama sendiri… tapi aku cedok jak tu dari artikel asal tulisan pentadbir 1SABAH.NET.. hehe

Award Daripada Rakan

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: November 10th, 2009

Award ni daripada seorang rakan, SERACURLYLA atau Sera DC
Aku copy semula entri penganugerahannya.. hehe

Latar Belakang: Sebuah bilik berangin kan kipas angin
Situasi: utarafm bersama dj PP..

RAINY AWARD

- Award di atas ini adalah atas tanda ‘Terima Kasih’ Sera kepada Tuan Kulanz, Tuan MP dan opCoz Teman karib lagi akrab ku Miss Dalink ku kerana kesudian menjadi Commentator pada n3 sera yang bertajuk ‘Nangis’..
- Sudi sudikan lah Diri anda bertiga meng “ATTACH” kan AWARD yg tidak seberapa ini di BLOG Kalian..

- Terima Kasih atas Support yang cukup gah dan hot..

p/s: Sebagai penghargaan juga kepada SERACURLYLA, jom rakan-rakan serang blog dia…

Server Overloading

Ditulis oleh: kulanz ~ pada: November 10th, 2009

Semalam blog ni tidak dapat diakses disebabkan akaun aku kena suspended. Kenapa sampai kena suspended? Bukan sebab aku belum bayar lagi.. tapi sebab server overloading.

Mulanya aku sendiri tak perasan yang akaun kena suspended… lepas install satu plugins tu, aku try masukkan satu url guna widget tu.. pastu aku reload balik page.. Sementara tu aku buka peti email untuk check email baru. Terkejut aku baca email daripada Free Web Monitoring… Bagitau yang diorang tidak dapat monitor blog aku..maknanya blog ada problem…

(Terima kasih Free Web Monitoring sebab bagi info segera)

Aduiii.. akaun kena suspended pula dah… Ni berlaku selepas aku install satu plugins “Visitor Blogroll”. Heran juga.. plugins begini kecil boleh sebabkan server overloading… tak paham aku.. aku tengok masih banyak space lagi yang ada di hosting aku tu.. Tapi menurut juruteknik yang aku contact untuk dapatkan bantuan:

This is the script eat lots of resources /wp-admin/widgets.php and l/wp-admin/admin-ajax. we have to suspend the account to prevent sever overloading.

Oooo.. gitu pula… Sebenarnya aku tak tak taupun kaitan antara space di hosting dengan server ni. Tapi aku ada baca juga di forum diorang yang ada skrip tertentu boleh menyebabkan server overloading…mana aku tau skrip tu boleh sebabkan server overloading.. bukan ada senarai pun…

Aku dah minta bantuan daripada juruteknik untuk membenarkan diorang buka akaun aku balik, aku mau uninstall tu plugins… tapi diorang tidak benarkan. Aku minta diorang bantu padamkan plugins yang bikin masalah tu, tapi lebih kurang 30 minit aku tunggu respon… dioarang tak beri respon langsung…. aku hantar support ticket beberapa kali sebab mau respon segera…. sekali lagi aku kena marah sebab “bump ticket”…

Adehhh.. panas hati ada, lucupun ada juga… kononnya aku jadi penyebab server diorang overloading dan banyak website down. Aku buat silap sikit dah kena marah… selamanya ni server tu banyak kali slow aku tak pernah pun bising-bising.. tapi memang macam tu lah… diorang punya barang… diorang boleh marah kita sesuka hati.. iyalah.. kita saja yang buat silap…

Balik dari opis petang tadi aku try login di admin panel, tapi tak dapat pula, masuk cpanel.. rupa-rupanya nama folder telah ditukar dan fail widgets.php sudah dipadam kandungannya… permission pun diorang dah setkan 0000… maknanya aku sendiri tidak dibenarkan akses fail tu… patutpun tak dapat buka…. aku submit lagi ticket minta diorang buat apa-apa yang patut… mula tu diorang bagitau yang komponen plugins dan widget untuk blog ni tidak boleh diaktifkan. Alasannya kalau diaktifkan semula, server diorang boleh overloading lagi…. Jadi apa makna blog ni.. tak dapat update, tak dapat buat pos… kalau macam tu baik aku delete semua fail…

Banyak kali dah minta tolong, tapi diorang still tak nak aktifkan komponen plugins dan widget… Akupun tiada cara lain, aku buat last request… tanya diorang macam mana aku boleh dapatkan EPP Key untuk domain ni… dengan EPP key tu, aku boleh transfer domain ni ke hosting lain! Itu saja cara terakhir yang boleh aku buat… Lepas tu aku tidurrrrrr….. pening aku fikirkan hal ni.. lalala

Lebih kurang jam 9 malam tadi, aku buka blog ni, dan dapati blog dah pulih seperti sedia kala… dah boleh aktifkan plugins dan akses bahagian widget… Aku tengok ticket yang aku submit petang tadi, diorang bagitau plugins dan widget dah aktif semula.. tapi diorang bagi warning, kalau aku salah pasang skrip lagi, diorang akan suspended akaun aku selama-lamanya… ehemmm…

okey dah tu.. aku dah boleh pasang balik nuffnang kesayangaku di sidebar.. bolehlah klik klik balik..

Buah cempedak di luar pagar,
Buah pisang dibawa belayar,
Aku budak baru belajar,
Salah silap tolonglah ajar.

p/s: Berdasarkan rekod Free Web Monitoring Halaman utama blog aku suspended selama: 3 hours 43 minutes 21 seconds

Full RSS | Comments RSS