Pengalaman berkunjung ke Kuching, Sarawak merupakan pengalaman yang sangat berharga. Walaupun tujuan sebenar datang ke sana adalah atas urusan kerja, tapi peluang seperti ini turut saya kongsikan bersama keluarga. Maklumlah, bukan selalu berpeluang seperti ini, jadi tidak salah jika perjalanan kerja diselitkan dengan aktiviti melancong. Setelah selesai segala urusan kerja saya mengatur jadual lawatan pula. [...]
Masih ingat kisah pada entri Sabtu yang merehatkan yang saya tulis sebelum ni? Kalau tak ingat atau belum baca, saya imbas semula serba sedikit. Pada hari Sabtu, Ahad, Isnin dua minggu lepas, kami menghabiskan masa seharian di beberapa lokasi untuk memeriksa status semasa projek yang masih berjalan. Itulah antara tugas yang perlu kami selesaikan segera. Tugasan [...]
Hari ini makcik belikan pakcik basikal baru jenis ‘Mountain Bike’, warna biru sesuai dengan warna kegemaran pakcik. Makcik pilih yang ada ‘absorber’ sebab terpengaruh oleh taukey jual basikal. Kata taukey tu, ini basikal banyak baik. Kalau jalan teruk, basikal ni tidak hentak kuat. Mungkin taukey tu faham juga yang pakcik ni dah nak reput tulang. [...]
Kapal persiaran Costa Concordia yang membawa lebih 4,000 penumpang dan sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean terkandas kemudian tenggelam selepas terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, Tuscany, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin. Seramai 70 penumpang pelayaran masih hilang dan tiga orang disahkan meninggal [...]
Terjumpa satu video animasi 3D berkenaan teknologi perubatan untuk menyembuhkan tulang yang retak dan patah. Animasi yang sangat menarik dan rasanya tak salah untuk saya kongsikan di sini walaupun ianya adalah video lama. Kalau lihat video ni mungkin ada yang tak percaya sebab orang terlibat mengalami patah tulang hampir di semua bahagian anggota badan. Apapun [...]
Saya kongsikan maklumat ini disebabkan sebelum ini saya pernah mendengar perbualan di kedai kopi tentang isu penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. Ada beberapa individu mengatakan, dakwat yang akan digunakan susah ditanggalkan dan tidak telap air menyebabkan wuduk tidak sempurna. Bahan untuk membuatnya juga tidak diketahui sebab dakwat tersebut diimport dari [...]
Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan Bantuan Kewangan RM500 atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan pembaca di entri Pendaftaran Bantuan Kewangan RM500 Dibuka. Semoga maklumat ini dapat memberi sedikit panduan kepada para pembaca. Bayaran Bantuan Kewangan RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia – BR1M) Pembayaran akan dilakukan selama dua bulan bermula 15 Januari [...]
Setiap hari pada waktu bekerja, si suami seperti biasa akan sampai di rumah sekitar jam 5.40 petang. Perkara pertama yang akan dilakukannya setiba di rumah ialah masuk ke bilik dan menukar pakaian. Isteri dan anak-anak pula akan berada di laman rumah atau di ruang menonton. Petang tadi agak berbeza daripada hari-hari sebelumnya. Ketika memandu masuk [...]
