Saya dimaklumkan secara tidak langsung yang pada hari Sabtu nanti, ramai kakitangan/penjawat awam yang akan menduduki Peperiksaaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Salah seorang yang sangat dekat dengan saya pun akan menduduki PTK juga nanti. Kebiasannya beberapa hari menjelang PTK, saya akan ingatkan dia beberapa panduan penting yang bersangkut-paut dengan peperiksaan tu. Begitu juga dengan rakan-rakan [...]
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 11.40 pagi tadi, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini. Pasangan dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunus Mohd Ali dengan bersaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che [...]
Guru-guru, pelajar, ibu bapa dan banyak pihak lain pastinya tertunggu-tunggu keputusan cadangan Pemansuhan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah dibincangkan sejak Jun 2010 lepas. Hari ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan secara tidak rasmi yang UPSR berkemungkinan akan [...]
Pagi tadi sempat menghadiri mesyuarat rutin pejabat. Dalam mesyuarat berkenaan, salah satu perkara yang turut disampaikan adalah berkenaan permohonan bantuan rakyat miskin 2011 melalui Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih. Mengikut apa yang disampaikan, portal ini sudah wujud agak lama sebenarnya. Tapi masih ramai yang kurang mengetahui kewujudannya sebagai portal untuk menyalurkan maklumat kemiskinan. Dan sejujurnya sayapun [...]
Pada masa ini 1Tradezone tampil ke hadapan dengan membawa matlamat menyediakan laman web pengiklanan kepada semua rakyat malaysia. 1 di hadapan nama laman web tersebut mengikut seruan perdana menteri kesayangan kita Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak iaitu 1MALAYSIA. Laman web ini masih baru bertapak dan memerlukan sokongan kita semua. Kalau merujuk kepada pemilik laman [...]
Kementerian Pelajaran Malaysia telahpun mengumumkan yang permohonan untuk Program Matrikulasi sesi 2011/2012 di bawah kementerian itu telah dilanjutkan daripada 10 Oktober kepada 30 November 2010 ini. Maknanya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 masih mempunyai ruang yang panjang untuk mengemukakan permohonan bagi mengikuti program berkenaan. Untuk membuat permohonan melalui internet, pemohon mestilah memiliki nombor [...]
Pelakon, pengacara dan penyampai radio popular, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, pada 28 September lalu. Sumber memberitahu Harian Metro semalam, Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku (KE) bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada tarikh berkenaan dan ia dilaksanakan [...]
Kalau merujuk kepada keywords atau kata kunci yang digunakan pengguna untuk sampai ke blog ni. Salah satunya adalah “Sahabat Selamanya”. Sayapun sebenarnya tak berapa ingat kalau ada menggunakan secara spesifik frasa tu. Jadi saya gunakan keyword tu di enjin carian. Apa lagi kalau bukan enjin carian utama, Google.
Petang tadi sempat membaca berita online. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah paparan gambar Masjid Futuristik yang akan dibina berdekatan Ground Zero atau kawasan bekas World Trade Centre (WTC) yang telah diserang pengganas suatu ketika dulu. Ingatkan sudah ada gambar reka bentuk sebenar, rupanya yang ada hanyalah gambar lakaran artis.
