Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kementerian sedar masalah itu dan sedang berunding dengan JPA untuk mencari penyelesaian terbaik. “Kita sedang usahakan. Bagaimanapun, [...]
KUALA LUMPUR – Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini. Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini. Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang [...]
Sekarang sudahpun menjangkau tarikh 2 September. Hari ni baru sempat menulis blog review untuk bulan Ogos 2010. Seperti biasa setiap awal bulan saya akan berkongsi prestasi untuk kulanzsalleh.com pada bulan sebelumnya. Bagaimanapun awal-awal saya maklumkan, ini hanyalah sebagai perkongsian dan kenangan peribadi. Kepada yang kurang suka dengan review atau yang melibatkan statistik blog tu, saya [...]
Hari ni dah masuk 2 September rupanya. Tak sedar sudah dua hari kita meraikan sambutan ulangtahun memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Walaupun begitu, semangat kemerdekaan di blog ni belum lagi berakhir. Kalau anda lihat di sidebar sebelah kanan tu, banner Merdeka hasil kreativiti blog Emila Yusof masih lagi saya letakkan di sana. Tambahan bulan [...]
“Kalau setakat RM5 atau RM50 ringgit tak kisah sangat, tapi ni RM50,000 (Lima puluh ribu ringgit). Banyak jumlah tu.” Rasanya itulah yang difikirkan oleh Hassan Skodeng seorang penulis blog yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghantar komen palsu. Seorang penulis blog, Irwan Abdul Rahman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini [...]
Sebelum ni saya memang dah membaca perihal video yang kononnya itu adalah rakaman “Malaikat Turun Ke Atas Kaabah” di beberapa blog. Dan jika ditanya kepercayaan saya, ianya tidak jauh berbeza sepeti kes UFO di Kota Kinabalu hari tu, kepercayaan saya masih agak terbatas kerana tidak berpeluang melihat sendiri keajaiban tersebut. Bagaimanapun dalam masa yang sama [...]
Agak terkejut juga apabila membaca berita berkenaan laman facebook “Melayu Babi”. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Selangor (GPMS) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, hari ini berhubung kewujudan satu laman sosial ‘Facebook’ yang menggunakan nama ‘Melayu Babi’. Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu [...]
Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun 2010 telahpun ditetapkan pada 8 September ini. Penetapan tarikh tersebut dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan kaedah menentukan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, proses mencerap anak bulan syawal akan dilakukan di 30 [...]
Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500. “Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut [...]
Rasanya ramai rakyat Malaysia dah tahu siapa Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee. Namewee mula-mula terkenal dulu gara-gara klip video ciptaannya yang disifatkan sebagai menghina lagu Negaraku dan negara Malaysia kerana banyak mengandungi perkataan kesat dan lucah. Tahun ini sekali lagi nama Namewee menjadi topik panas apabila dia sekali lagi menghasilkan video kontroversi yang [...]
